Monday, May 26, 2008

Konsert Akhir AF6: Serlah Bakat Superstar

Konsert akhir AF6 dah pun berlangsung dgn jayanya. Macam biasa, rumah siap pahat tetap berbunyi. Normal la tu..ada yg rasa tak puas hati..ada gak yg rasa sumer mmg dah cukup segalanya.Bagi aku, konsert AF6 Final ni tak kurang hebatnya jika nak dibandingkan dgn konsert2 AF sebelum ini.

Kita dpt saksikan yang juara-juara AF sebelum ni semua pun dah success dgn cara masing2 antaranya Vince AF1, Zahid AF2, Mawi AF3, Faizal AF4, Mila AF5 dan yg terbaru yg mungkin membawa satu kelainan kepada industri hiburan kita iaitu Stacy dari AF6. Bukan saja juara yg akan disebut2, tapi finalist juga mampu menerima tempias populariti yg sama jika pandai membawa dan merancang haluan dan kerjaya seni mereka. (sekadar menyebut antara nama yg success hingga kini; nana, burn, atie, sahri, khai, rosma, farah, bob, kaer, adam, marsha, yazer, reza, farhan, velvet, rich, haziq, dafi, heliza, ebi, felix, aizat dan shawal) Namun begitu, title juara bukanlah pengukur kejayaan seseorg, itu yg pasti.
Melihat dari segi sambutan penonton untuk konsert final AF6 ni, aku lihat ianya agak kurang gempaq berbanding AF5 tahun lepas. Banyak jugak kerusi2 yg lopong di level tengah (tiket RM40) dan upper tier (tiket RM20). Penonton di stadium jugak diasak utk penuhkan ruang depan di bahagian bawah kerana dari atas jelas kelihatan yg masih byk kerusi2 tidak dpt dipenuhkan. Berbeza sekali dengan sambutan yg boleh dilihat pada konsert final AF5 tahun lepas. Namun begitu, pujian harus diberikan kepada pihak Astro kerana berjaya mengendalikan program tersebut dengan baik.

Bercerita pula mengenai persermbahan pelajar:

Juara : Stacy

Stacy dilihat begitu selesa sekali di pentas dan aku amat setuju dgn komen2 pengkritik terhadap persembahan Stacy. Memang sungguh mengujakan. Terpukau gak aku bila mendengar alunan suara Stacy yg sungguh indah skali seakan seorg penyanyi profesional. Tahniah buat Stacy yg berjaya membawa kedua-dua lagu dgn baik skali.


Naib Juara : Riz

Keupayaan suara Riz mmg tak dpt dipertikaikan lg. Dari konsert 1 lagi aku berharap Riz dpt ke final dan berada sekurang-kurangnya di top 3. Lagu 11 Januari dibawa dgn begitu berbeza dan ia amat sesuai skali dgn Riz. Aku juga semakin minat dgn lagu bru Riz berjudul Hanya Sandiwara ni sbb alunan muzik R&B Jazz cam sesuai sgt dgn suara Riz. Aku kurang setuju dgn pengkritik waktu sbb bagi aku persembahan Riz utk lagu baru ni dah dibawa dgn cukup baik and tak nampak pulak macam dia tak selesa dgn lagu ni. Tahniah Riz.



Tempat Ketiga : Nubhan

Agak kecewa dgn persembahan pertama Nubhan menyampaikan lagu Bukan Di Sini dendangan asal kumpulan Sofaz kerana pergerakkan Nubhan di atas stage kelihatan sgt kaku macam mencari-cari apa yg hendak dilakukan. Namun, lagu kedua Nubhan yg berjudul Ada Untukmu berjaya dibawa dgn baik sekali. Bergema gak stadium dgn sorakkan penonton dgn cara pembawakan Nubhan terhadap lagu yg nampak lebih rilex, bersahaja tetapi mantap..Cayalah..(suka aku dgr lagu ni..:))


Tempat Keempat : Toi

Lagu Cinta Zulaika nyanyian asal Mawi ni memang kena dgn suara Toi yg besar seakan-akan Mawi tu. Tapi bg aku, persembahan Toi kurang menyengat dan tak nampak climax di kedua-dua lagu yg dinyanyikan Toi. Persembahan yg macam mudah dilupakan dan ditenggelamkan pula dgn persembahan pelajar yg lain. Komen aku, agak bosan. Apa pon tahniah untuk Toi sbb berjaya ke peringkat akhir.


Tempat Kelima : Nadia

Aku amat bersetuju jika pengkritik mengatakan persembahan Nadia sangat bertenaga dan penuh energy sesuai ngan trademark Nadia iaitu 'Redah jerr'. Nadia membawakan lagu Mila berjudul Aku Lebih Tahu dgn baik dan penuh dgn gaya tersendiri dan tak terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal lagu ni. Tapi bg lagu kedua, walaupon ia bergenre rock yg mmg sesuai dgn Nadia dan amat bertenaga, bagi aku persembahan ni agak sedikit hambar kerana vokal Nadia tidak jelas dan tak dpt dgr perkataan yg disebut kecuali "Oooo..Ooooo." Hanya yg jelas muzik latar dan dan tarian Nadia yg mengiringi persembahan ni. Mungkin jugak lagu ni memang tak sesuai dgn Nadia. Itu pendapat aku.

Tapi apa jua pon, inilah Akademi Fantasia..Jari Menjadi Juri. Aku berpuas hati dgn perjalanan konsert kali ni begitu juga dgn keputusan yg telah pengundi buat. Tahniah dari aku dan semoga kesemua bintang AF akan menyinari lagi persada seni hiburan negara kita. Bukan hanya bsersinar seketika saja... Renung-renungkan dan, selamat beramal..Wah!! Apakah ini...

::..Credit to www.murai.com.my for the pictures..::

0 comments:

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates