Thursday, May 08, 2008

Trip to Sabah..[day 04]

Hari ke-4, bersamaan hari terakhir kami di kepulauan Borneo ni. Penat sudah berjalan seharian dlm masa 3 hari sblm ni. Walaupon byk lgi rasanya tempat menarik di Sabah ni yg blom sempat kami jelajahi. Tp pengalaman sebegini cukup menarik. Seawal 7.00 pagi kami dah bersiap utk check-out Marina Court KK ni sbb pengangkutan kami utk destinasi perjalanan kami yg terakhir ke Ranau dah pon siap sedia.



Aku tak tau sangat apa yg ada kat Ranau ni. Tapi bila dah belek² web sebelum ni, and dgr plak cakap² orang, rupanya byk gak tempat menarik kat sini. Antaranya Gunung Kinabalu. Bertolak dari Marina Court lebih kurang kul 7.30 pg. Perjalanan dari KK ke Ranau lebih kurang 2 jam. Bosan gak bila duduk lama² dlm van ni, dah la ngantuk. Nak hilangkan rasa boring, aku menyanyi je la di sepanjang perjalanan tu. Sampai nak abis gak bateri enset aku sbb nak melayan lagu MP3 yg ada. ahahahha..



Dari jauh aku dah bley nampak Gunung Kinabalu yg dah tersergam indah...dalam hati, "ooo..ni la rupanya Gunung Kinabalu, slalu aku tgk dalam tv je, bila pulak la nak cuba daki..abg aku sendiri dah 3 kali mendaki gunung ni.." hehehe..teringat gak ngan aktiviti tracking cam gini.

Uncle driver ni ada gak bitau kitaorg, kalu nak gi ke Ranau and tgk Gunung Kinabalu ni kena gi awal pagi. Kalu gi lewat possibility nak tgk gunung may be tak nampak, bukan dia hilang atau lari..tapi takut diselebungi awan or kabus tebal...so tak dapat la nak feel ngadap gunung ni sambil jerit "....aku cintakan kaaaaaaaauuuuuuu...."



Port perhatian kami yg pertama sebelum menjejakkan kaki ke Kinabalu Park (destinasi yg ingin dituju) adalah di Pekan Nabalu. Kat sini korang leh tgk Gunung Kinabalu melalui yg amat cantik. Mostly tourist akan singgah di sini la sbb di sini juga ada bench ar plantar utk korang bergambar berlatar-belakangkan Gunung Kinabalu. Selain tu, kat sini gak ada deretan kedai² yg menjual sourvenir utk kenang-kenangan. Aku tak membeli sgt kat sini sbb dah pokai membeli belah barang tak nampak di Pasar Filipin sblm ni. hehehehe..
Abis je snap picture segala, kami pon berat ke destinasi seterusnya iaitu ke Hot Spring (kolam air panas yg memang panas..tak dernye nak rasa suam2 kuku segala..air kolam ni mmg panas..). Tp sebelum tu sempat la kami singgah makan dulu di restoran sekitar pekau Ranau ni.



Menariknya juga di sekitar kawasan Hot Spring ni. Selain kolam air panas, kawasan sini jugak ala² sebuah tempat rekreasi dan jungle tracking. Di sini juga terdapat Canopy Walkaway (jambatan gantung di atas pokok setinggi 43m dan panjang 173m), Taman Rama-Rama, Waterfall, Poring dan macam² lagi.



Penat gak buat aktiviti tracking ni, tp mmg fun and enjoiss..walopon berpeluh, katanya...tp mmg fun bila melihat kehijauan alam semulajdi nih..fuh..ayat tak bley blah sangat...eekekek.. Lepas satu stesyen ke satu stesyen berjalan di atas canopy ni, kami pon turun. Penat beb! Letih berjalan dan menapak, ada antara kami yg berehat dulu di kolam air panas, rendam kaki utk buang kuman² sambil menyegarkan balik kaki yg letih berjalan seharian...



Selesai di kawasan rekreasi, kami menjejak pulak untuk melihat Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia yg menjadi kebanggaan negara kita kerana iainya tumbuh di negara kita. Mendengar cerita berkenaan Rafflesia ni, bunga ni mengambil masa 9 bulan untuk berkembang dan hanya 5 hari untuk hidup sebelum ia mati. Huh...azab nye nak tunggu masa dia berkembang kan..? tapi kami bertuah gak la sbb time kami datang utk melihat Rafflesia ni, iainya masih lg hidup. Bunga Rafflesia ni bukan cam bunga² yg lain, ia lebih kepada gaya hidup kulat atau pokok tumpang yg hidup tanpa batang dan daun, cuma akar je yg menjalar menumpang ke kawasan² sekitar yg sesuai utk ia hidup..



Destinasi jalan² aku dan Zam, Ika, Aleng serta Alyn diteruskan ke Kinabalu Park. Kinabalu Park merupakan kawasan kaki gunung Kinabalu di mana semua expedisi mendaki gunung ini dimulakan di sini. Disebabkan cuaca yg kurang elok, tak der apa sgt yg ami buat di sini kecuali bergambar dan lepak. Ada jugak la beberapa tempat menarik ytg boleh diteroka di sini antara Taman Orkid, ruang pameran berkaitan Negeri Sabah dan lelain lagi. Tapi memandangkan kami jugak mengejar masa sbb flight kami utk pulang ke semenangjung dijadualkan jam 9.00 malam. Takut lak tak sempat sbb nak makan lg...nak mandi..nak salin baju dgn bau badan yg sgt la harum nyer setelah berpeluh-peluh tracking td...


Sampai di Terminal 2, KK International airport lebih kurang pukul 5.00 ptg cam tu la.. Plan asal nak makan and mandi di airport, tp memandangkan kat situ tak der shower, so kami yg lelaki ni decide tukar baju di surau je manakala dak pompuan lak awal lg dah plan utk ke umah pakcik mbr kitaorg si Za utk mandi dan bersiap. Biasa la. perempuan kalu bersiap haih....tp cam tu gak rupanya...ahahahha..jgn sentap yerk...!!!


Selesai semua, Za pulak dtg jemput kami untuk ajak kami dinner bersama sebelum kami berangkat pulang. Sedap jugak makan kat Sutera Harbour Resort ni. Tambah sedap bila makan free. Thanks to Za and her mother for paid the dinner.. Abis makan kami rushed balik tuk ke airport. Sampai di airport, check-in tickets, terus masuk ke departure hall. Igt kami antara yg awal sbb nampak dari luar cam, tak der org, rupanya kat dalam dah penuh..kami antara yg last..hahahah.. Flight bertolak tepat jam 9.15 mlm dan penerbangan kami samapi 15 minit lebih awal ke LCCT dari waktu jangkaan.

So far, ni la serba sedikit cerita perjalanan dan pengalaman aku ngan kengkwn aku ke Sabah. Akhirnya..sampai gak aku ke bumi Sabah ni..next plan is to Sarawak lak..ahahah... Plan yg mulanya aku igt memain je rupanya menjadi..Tak Sangka Ye!! (zam, pinjam tagline ko..) Apa pon kat sini aku nak thanks bebanya kat korang (Zam, Aleng, Ika, Alyn, Za and her mom, Pash, Uncle Liew and her daugther and sesapa yg terlibat) atas kejayaan trip ni..wahhh..!! cam menang award lak... ahaha...



0 comments:

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates