Wednesday, May 07, 2008

Trip to Sabah..[day 03]


Aku kembali dgn experience aku untuk hari ke-3 di Sabah. Well, pengalaman bercuti dgn kawan² ni merupakan satu pengalaman yg cukup indah. Contohnya cam Aleng dan Zam yg dah aku kenal selama 8 tahun since aku diploma lagi, Ika lak yg aku kenal masa zaman Degree manakala Alyn yg baru aku kenal melalui Ika juga amat sporting. Hopefully, nnt bila ada kesempatan masa dan kewangan yg lebih stabil, kita g travel tempat lain lak k.

Ok, bercerita tentang hari ke-3 ni, asalnya kami bercadang nak menjelajah ke Ranau, nak melihat Gunung Kinabalu kononnya, tapi di sebabkan terdapat masalah pengangkutan, kami decide hanya meronda-ronda di sekitar Kota Kinabalu je. Sblm merayap lebih jauh, kami cri dulu kenderaan yg boleh membawa kami ke Ranau utk keesokkan harinya (hari terakhir kami di Sabah). Dah dpt kenderaan, bru la hati lega skit sbb plan yg dirancang berjalan dgn lancar. Tapi kami terpikir gak, kat KK ni mana tempat yg best??? sambil lepak makan tgh hari kat Secret Recipe (tgh ari ke kalu kul 10 pg), kami bincang utk dptkan khidmat pengankutan dri org yg kami deal utk ke Ranau esoknya. Akhirnya dapat gak la kami travel area KK ni. Byk gak tempat yg dibawa. Berpeluang gak la aku melawat Bangunan Yayasan Sabah, yg merupakan salah satu mercu tanda Sabah. Sempat jugak la naik ke tingkat 18 bangunan ni dan melihat sekitar kawasan pantai di KK.


Selain tu kami jugak dibawa ke Masjid Terapung KK, naik ke Bukit Bendera KK (aku igt Penang je ada Bukit Bendera nih..), ke Muzim Sabah sambail melihat sumer monumen sejarah negeri Sabah, melawat Heritage Village Sabah, melepak di Tanjung Aru dan seterusnya ke Pasar Filipin (Philipine Market) dalam kul 3 petang. Actually, Pasar Filipin ni la antara tenpat yg nak sangat aku gi sbb di sini la tempatnya segala barang2 cenderahati di jual. Kopak gak la duit aku kat sini. Bila balik, tgk tak der apa sgt pon yg aku beli...kat ner duit aku sumer abis ar...??? haih...

Abis shopping lebih kurang kul 6.oo ptg. Sempat gak kami makan kat Waterfront, gerai makanan tepi laut. Mmg kagum aku tgk org kat sini berniaga. Cepat dan pantas. Mungkin sebab ni dah memang sumber pendapatan diorg. Abis makan, kami pon balik ke apartment utk berehat. Sambil jalan kaki dari Pasar Filipin ke Marina Court tu, sempat gak aku cuci mata ngan keadaan sekililing.


Sebelah malam lak tak der apa aktivit sgt utk hari ni. Just kami kuar jalan² cari makan kat sekitar bandar KK ni bila perut dah lapar. Keadaan mlm di KK berbeza skali la ngan KL. Di sini cepat suram, kebanyakkan kedai pon tutup awal. So, tak der apa sgt yg menarik utk kami lihat kecuali buat lawak antara kami, gelak..gelak..dan gelak jer....ahahhaha...



3 comments:

mesin.masa said...

kat pasar philippine tu (betul ke aku eja ni?) ko takde ke makan rumpai laut tuh??

~SYAMELIA~ said...

aiyoo adam...
motif sgt kn amik gambar dkt sgn board...
kalu akak mintak pose dkt sign board yg dkt roundabout antara umah adam n umah akak 2 nak x?
heheheheh...

dakchomey said...

x dew kerw souvenirs tok miera?

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates