Showing posts with label Travel n Living. Show all posts
Showing posts with label Travel n Living. Show all posts

Monday, August 17, 2009

Masak Lemak Nenas Ikan Masin

Oh!!.. Masak Lemak Nenas Ikan Masin!!


Ooppss! Jangan betul siaran blog anda yerk! Anda masih lagi bersiaran di blog rasmi aku, @geNda iNsPiRaSi dan bukan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. :P

Kalau ada antara korang yg pernah terbaca status FB aku few weeks ago, ("Teringin nak makan masak lemak cili padi nenas ikan masin!").. tup..tup.. sumone dah pon dgn bermurah-hati dan baiknya telah memasakkan makan itu utk aku.. Wah!! Sangat terharuuuuuu yerr... harapan aku utk makan makanan/lauk-pauk hasil tangan mak² or ibu² ni akhirnya tercapai gak dan paling penting lauk yg aku kepingin sgt tu turut dimasakkan...


Just nak say T.H.A.N.K.S to kak lyn and family sbb sudi masakkan makanan tu, actually bukan Masak Lemak Nenas Ikan Masin je yg terhidang atas meja, Rendag Kerang, Ikan Kembung Goreng, Sayur Campur dan Sambal Belancan juga menjadi juadah utk aku dan kengkawan aku malam tu.



Kenyang..?? GILA TAK KENYANG!

3 pinggang nasik aku makan. Kenyangnya terasa sampai keesokkan harinya jugak lah.

Memang sgt lazattttt.............

Bak kata pepatah, (aku tak sure la cik Faradiba pernah dgr or tak pepatah melayu nih! :P)

"Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa..."

Sbg menghargai kak lyn dan famili yg dah sesusahkan diri masak tu, aku pon tak dtg dgn tangan dan perut yg kosong je, aku sediakan juga la desert berupa Puding Cocktail sbg pencuci mulut kitorg termasuk la kak lyn dan famili skali. Yang pasti puding tu aku order khas oleh Puan Nafty Ayu yerr... gigih ni mintak tolong ayu buatkan puding ni, nak harap aku yg buat sendiri, bukan puding jdnya... jadi bubur terus kot... huuhuhuhu..


muka² kelaparan... dari tengah hari tahan perut utk di cas di malam hari.. ahaks!!

THANKS again akak...
THANKS sbb layan karenah dan sifat ku yg mengada-ngada nak makan itu dan ini.. :P

Thursday, May 21, 2009

Trip to Egypt - lifetime memories

Kali ni gua mau bercerita pasal vacation lak.. topik ni under label 'travel and living' dlm blog aku.

Best kan kalu berpeluang melancong ke negara luar.. mengenali dan menikmati persekitaran, culture, dan cara hidup masyarakat luar selain apa yg pernah kita nampak di tempat kita sendiri ni... iye dak?

Few years ago.. aku berpeluang menjejakkan kaki ke Mesir. Memang satu memori yg takkan aku lupa la.. 1st time dpt gi melancong ke negara luar.. free plak tu.. Thanks to UiTM of 'coz.. and thanks to all friends yg vote aku as MPP.. hehe.. sbb diorg la aku dpt gi Mesir selama 10 ari nih.

Mesir or also know as Egypt.. negara penuh dgn tinggalan sejarah. Orang kata kawasan ni padang pasir... panas.. but the facts is.. tempat ni sejuk.. cakap pon bley kuar2 asap.. aku byknya ber'sweater' je masa kat sana..

Okey la.. tak mo ckp byk.. just nak sharing pictures ngan korng tentang pengalaman aku di Egypt ni.. Byk tempat yg aku dah lawat sepanjang 10 hari travel.. and byk lg sbnrnya yg tempat menarik yg boleh dikunjungi..

1st day.. melawat ke Papyrus Gallery.. sejenis tumbuhan seperti tebu.. diproses dan dijadikan kertas yg digunakan oleh kebanyakkan masyarakay di Egypt utk melukis dan membuat sesuatu design..

Restoran Habiba - yang pasti roti kat sini mmg sedap.. bley tgk cara trasional diorg buat and bakar roti tuh. Hot and Fresh!

Nile Cruise Splendor - atas deck cruise yg membawa kitorg belayar di sepanjang Sungai Nil selama 3 hari.. best woo.. siap ada balley dancing lg.. ariba..ariba..

di West Bank, Aswan .. teruja aku kat sini.. mcm nak terjun ke bawah je..

1) Di Perfume Gallery
2 & 3) Egyptian Russian Monument Tower (satu tinggalan sejarah masyaralat Rusia yg memasuki Mesir suatu ketika dulu) terletak di Aswan.
Di Luxor Temple. Kat Egypt ni mmg sgt byk temple memandang zman dulu kan terlalu byk sgt kepercayaan dan anutan, mcm² tuhan diorg sembah.. so, byk la tempat sembahan yg dibina dan salah satu daripadanya terletak di Luxor ni.

Di Karnak Temple, Luxor.


Di Horus Temple, Edfu. -- burung tu plak di kenali sbg Harus Falcon yg juga terletak di Edfu.

Di Makam Ramses yg terletak di Valley of the Kings. Luas kawasan kat sini, sumer bukit bukau berpasir je. Kat sini lak korang bley melawat makam² Ramses dari yg awal hingga la akhir.. (tak salah aku la..) Tahu je la, dolu² kan ramai yg mengaku jd raja dan tuhan.. so jasad kemangkatan diorg pon diabadikan kat kawasan² cenggini. Macam² nama Ramses² ni and payah nak sebut. Salah satunya dikenali sbg Tutankhamun.

Masih di lokasi yg sama. Bukit kat blakang aku tu aper nama pon tak tau. Tp tu la orginal piramid nyer structure. Tu natural ok.. bukan hasil kerja tangan diorg.. Impress kan dgn kesan tinggalan sejarah Mesir zaman dulu.


Skang ni aku berada di New Morssey Alabaster. Sejenis kraftangan yg sgt femes kat Egypt ni. Daripada sebongkah batu Alabaster, si petukang² mcm dlm gambar tuh mengikis dan mengukir batu tersebut menjadi pelbagai jenis arca yg sgt cantik dah berkualiti.. bukan senang beb.

The great Temple of Deir el-Bahri yg terletak di Thebes yg dibina utk Permaisuri Hatshepsout.


2) Columns yg juga di Karnak Temple, Luxor.

3) Tiang tinggi tu dikenali sebagai Obelisk yg terletak di Karnak. Obelisk ni digunakan sbg mercu tanda di Mesir. For your info, tingginya obelisk ni bukan dibaut phase by phase yer.. ia mmg sebongkah batu yg besar dan panjang yg dihasilkan utk menjadi obelisk. Kalu masa ukiran, batu tu pecah, diorg akan cari batu yg batu utk dijadikan obelisk. Tiada proses sambung menyambung or tampal menampal dilakukan. Kagum gak la.

Aku di sekitar Karnak Temple. Cantik pemandangan kat sini bila dpt melihat unsur sebenar pembinaan penempatan masyarakat di Mesir pd kurun² yg lepas. Kebanyakkan struktur seni bina dan ukiran serta warna masih kekal sampai sekarang.


Saja nak berangan kejap. Ada macam pak arab tak aku?? Yang pasti unta tu sgt busuk yerr, di tambah pulak bau badan owner unta tu.. tahan nafas je aku waktu tu. Dah la dia siap peluk cium aku lepas tu.. errrr..

Huhu.. Saper yg tak Piramid kan.. Akhirnya dpt gak aku tgk live one of 8 wonders of the world nih (topik fevret aku time study dulu..). Sgt kagum, impress, teruja, terkesima dgn hasil seni bina piramid ni. Actually, ada 3 piramid di Giza ni dan yg terbesar (siap pembinaan) dinamakan sbg Ku fu.

Selain Piramid Giza, Sphinx juga antara simbol agung yg menjadi tarikan di Mesir.

Di Universiti Al- Azhar.. antara universiti yg terkenal di seluruh dunia.

Di luar kawasan universiti.

1) di Masjid Imam As Syafie yg menempat Makam Imam Syafie serta Makam Syeikh Zakaria Al Ansari yg juga seorg ilmuan islam yg terkenal.
2) Di national library yg terletak di Cairo.. sgt cantik dan kelihatan sgt moden kan..

Masih di Cairo. Berhadapan dgn Alexandria Light House, Fort Qaitbay yg sautu ketika dulu turut menjadi salah satu benda ajaib di dunia sebelum ia dimusnahkan oleh penceroboh luar.

Well, byk lg sbnrnya gambar yg aku snap.. almost 1300 keping gak la.. tp pakai camera digital biasa je.. imej pon tak de la cantek sgt.. muka aku pon agak kelihatan toya waktu tu..hehe. but as for me, visited Egypt is like one of my unforgetable memories that i wil never ever forget. Apatah lagi bila Egypt ni antara negara yg penuh dgn sejarah dan di sini la mulanya semua jenis era ketemadunan.

Utk korang, sekiranya berpeluang dan ada duit lebih, boleh la melancung ke sini. Sure korang takkan menyesal.. :)

Saturday, March 07, 2009

Trip to Kuantan

'Umpama sirih pulang ke ganggang...'

..

'tempat jatuh lagikan dikenang..'

Wah...bermadah plak aku kali ni kan? Cam tu la yg aku rasa saat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Pahang especially Kuantan nih. Teruja beb!!

Mana taknya, di Kuantan ni la tempat aku dilahirkan dan di sini gak la pertama kali aku membuka mata melihat donia.. Eceh! mcm la aku igt sumer tu kan?? Tak kisah la.. tp, yup! Memang aku teruja. Thanks kat seorg kawan yg dah bwk aku kat sini..hurmm kawan...


Tak de yg menarik sgt pon ngan percutian aku ni. Ops!! pic kat atas nun menunjukkan lokasi di mana aku menginap. Grand Contiinental Hotel jadi pilihan. Untuk semua, kalu dtg ke sini rasanya tak susah nak cri tempat penginapan sbb byk hotel2 besar dan boleh dikatakan not bad gak ada di sekeliling bandar Kuantan. Walhal Kuantan ni tak der la sebesar mana sgt pon..


Penuh nilai2 estetika kan bilik aku?? perrrghh ayat... heh.. gigih tu panjat meja sbb nak dptkan shot terbaik! Bak kata rakan aku tu, kadar byrn utk bilik ni tak la mahal.. kira berpatutan la..


Walopon di lahirkan di Kuantan, Pahang dan pertama kali ke sini.. tak byk tempat yg sempat lawat sebab aku ada kurang lebih 3 hari je. Biasa la, aku ni bukan tourist tegar cam mat² salih yg dtg negara kita ni.. sanggup ber'bag-pack' ke sana sini jalan kaki.. even aku try gak wat cam tu... namun just sempat jalan2 sekitar bandar Kuantan jaahh..! Bahasa Pahang camner eyh???

Antara tempat yg sempat aku lawat tak lain tak bukan, perpustakan (tetap kan...), Wisma Negeri Pahang, Masjid Negeri, Sungai Pahang, Hospital Besar Kuantan Tengku Ampuan Afzan (..di mana aku dilahirkan..), dan kedai2 tepi jalan..shopping complex..mamak stall...dan lain-lain. :P

Dari jauh kelihatan biru je masjid nih.. lawa beb..! Gigih self-timer kan camera amik gambor.. sedey tak der org tlg amikkan.. hehe

Agak² tingkat berapa, katil mana, wad yg mana mak aku bersalinkan aku ni haa...? Tak sempat lak aku nak wat kaji usul kat hospital tu...hehe

Sedikit fakta : Sungai Pahang ialah sungai di negeri Pahang, yang terletak di Semenanjung Malaysia. Dengan panjang 459 km, merupakan sungai terpanjang di kawasan semenanjung ini. Sungai itu berhulu di pertemuan Sungai Jelaii dan Tembeling di Pergunungan Titiwangsa dan mengalir ke Laut China Selatan.

Bagi aku, kawasan sekitar Sungai Pahang ni antara port paling best kalu nak lepak, tenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam ni.. (best la ayat aku cengginni...cam rancangan Majalah 3 plak kan..)

Respek lah kat kerajaan kuantan ni sbb memelihara keindahan alam ni. Sungai Pahang ni nampak bersih je. lanskap pon agak menarik.. sampah sarap terkawal.. layan gak la perasaan masa aku lepak2 kat sini sengsorg..huhu..

Cam aku bitau awal2 td, tak byk tempat yg sempat aku lawat sepanjang bercuti ke Kuantan ni. Hari pertama sampai, aku just pusing2 dalam shopping complex, lepak2 kat kedai and stay kat hotel je..

Hari kedua baru la aku gi ronda² area bandar Kuantan ni.. Sebelah petang lak aku ke Teluk Cempedak a.k.a Palm Beach. Bak kata org penang, tempat ni "nalla punya best!"

Pantai yg cantik, pasir yg halus mulus putih bersih...flora dan fauna yg indah, menjadikan Teluk Cempedak mmg menjadi tumpuan pengunjung. No wonder la kat sini ramai giler manusia.. tu blom campur kroni² kera serta monyet² yg penuh di sekitar kawasan ni lagi.. haha..



Well guys, tu je la pengalaman aku sepanjang bercuti di Kuantan ni. The next day aku dah bertolak balik ke Shah Alam lepas amik lunch. Apo pon thanks bebanyak kepada org yg bwk aku ke sini. Tak tau bila lagi aku bley cuti cam ni.. kena kumpul duit balik la nampak gayanya..

Btw, tujuan aku buat posting ni pon motifnya nak bitau..yg negara kita Malaysia ni sbnrnya byk sgt tempat² menarik yg bley kita lawati. Byk lg sbnrnya yg blom kita discover utk bercuti. Mungkin kita dah kenal pasti tempat2 yg punya nama yg gah dan femes jer kan, padahal byk lagi tempat terpencil yg ada daya penariknya tersendiri gak kan..

Sehingga itu... 'Selamat bercuti pada semua.. dan rancang la percutian anda sebaiknya yer...'

p/s: sorry kalu ayat aku terskema skit.. :P Saja je nak amik mood pgrm travel and living.. nnt aku masukkan byk lg yer tempat2 menarik yg dah pernah aku lawati.. stay tune... hehe

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates