"Guys...i'm back with some new info for us.
Actually, the article below originally came from 'Majalah Dewan Budaya, Jun 2008'. When reading it, i was thinking that, it was so nice if i can share with you out there about this topic because its related to our malay culture and our malaysian communities from centuries. Surely we can imagine how it goes to our lifestyle years and years ago.."
"Ada sarjana Barat mengatakan bahawa orang Melayu tidak pernah mempunyai konsep warna dan waktu". Pandangan ini sebenarnya bersifat tidak adil kerana mereka yang mengatakan sedemikian sebenarnya tidak mengkaji sosiobudaya masyarakat Melayu yang mesra alam ini gemar membuat perbandingan antara kegiatan sehariannya dengan alam semesta. Sebab itulah, konsep warna dan waktu itu tidak dilambangkan dengan satu istilah khusus. Berikut adalah waktu sehari semalam orang Melayu:
Dinihari – adalah antara jam 2.00 pagi hingga 4.00 pagi.
Fajar – 4.00 pagi
Terang tanah – 5.00 pagi
Hari terbang lalat – 5.00 pagi
Pagi hari – 4.00 pagi hingga 9.00 pagi
Hari belum tinggi – 9.00 pagi
Rembang tengah hari – 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Lohor – 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang
Tergelincir matahari – 1.00 petang
Tengah turun – 3.00 petang
Matahari sudah mengayun – 4.00 petang
Rembang petang – 5.30 petang
Asar – 4.00 petang hingga 6.00 petang
Senja – 5.30 petang hingga 6.30 petang
Senja raja – 6.30 petang
Senjakala – 6.00 petang hingga 6.30 petang
Senja buta ayam – 6.00 petang
Larut malam – 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam
Tengah malam – 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi
Ada juga dikatakan orang bahawa ‘senja rembang datang’, ‘senjakala’, dan ‘senja raja’, sebenarnya bermaksud hari sudah gelap dan pertengahan antara waktu siang dengan malam.
‘Rembang’ bermaksud ‘titik yang tertinggi’. Rembang matahari pula bermaksud tengah hari tepat, ketika matahari ada di puncak kepala kita.
Jika diperhatikan waktu sehari semalam orang Melayu lama tidak sama dengan pengertian konsep waktu Melayu hari ini. Waktu sehari semalam orang Melayu dahulu dibahagi dua iaitu siang dari pukul 6.00 pagi sampai 6.00 petang dan malam dari pukul 6.00 petang hingga 6.00 pagi. Pintu dan tingkap rumah ditutup sewaktu peralihan waktu siang dan malam dan hanya dibuka setelah malam. Anak-anak juga dilarang pulang lewat hingga senjakala karana dipercayai bahawa waktu peralihan waktu antara siang dan malam selalunya terdapat unsure-unsur jahat nan ghaib yang sering mengganggu manusia.
Hakikatnya, pantang larang pulang rumah sebelum senja sudah tidak lagi dituruti kini….

0 comments:
Post a Comment