Thursday, August 14, 2008

UiTM Di Hatiku

"Bersatu kita pelajar UiTM
Kita bangsa berjaya
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja"

Inilah antara bait² lirik yang terkandung dalam lagu rasmi UiTM, "Wawasan Setia Pelajar". "UiTM di hatiku" pula ada tagline semangat yang sering disebut-sebut oleh setiap pelajar UiTM.

Pagi semalam, masa masuk ofis, aku sibuk dok belek² setiap akhbar yg dilanggan. Bila tgk je Utusan Malaysia (13 Ogos 2008) aku cam terkejut ngan headline nyer. "Pelajar UiTM Berarak Protes". Sekali imbas dgn headline tu terlintas kat kepala aku, 'apa hal lak diorg ni nak protes² segala', tapi bila aku baca artikel tersebut, baru aku faham dan mungkin jugak aku akan turut serta dalam protes tu. Hurmmm... bila tgk lak gambar yg dikepilkan, macam ada pulak yang mmg aku kenal.. tapi tak penting la tu semua...yang penting kenapa mereka berprotes..??

Kepada yang lain, kami bukan melenting dan kami juga bukan melatah dgn isu yang masih panas dibicarakan ni...tapi terfikir-fikir kenapa ianya perlu terjadi. Jika nak ketawa, silakan..nagara kita negara demokrasi, rakyat bebas bersuara utk apa saja.

Nak buka UiTM kepada bangsa lain?? Apa hal lak..!! Apa kes ni..!! 100% aku tak setuju. Walaupon zaman aku bergelar pelajar dah berakhir, tp aku tetap TAK SETUJU. Ni lah antara penyebab mengapa perarakan protes tu dilakukan. 5000 pelajar berkumpul dan berarak ke bangungan SUK Shah Alam berbekalkan senaskah memorandum bantahan demi mempertahankan hak dan maruah agar UiTM TIDAK DIBUKA kepada bangsa lain. WALAUPUN HANYA SARANAN & PANDANGAN, JIKA DARI AWAL KITA TIDAK MELAHIRKAN RASA TIDAK SETUJU TERHADAP PERKARA INI, ORANG AKAN MENGANGGAP YANG KITA AKAN TERIMA SAJA APA JUGA YG DITETAPKAN.

SEKADAR PENDAPAT!! Apa relevannya jika UiTM dibuka kepada bangsa lain?? Kerana kurang wujudnya daya saing di kalangan pelajar melayu..? atau kerana pelajar melyu tidak mampu menonjolkan diri dalam bidang akademik dan memerlukan mereka mencari x-faktor diri masing² jika ada pelajar bangsa lain di dalam satu universiti yang sama..

Jika bercakap soal mutu dan daya saing pelajar melayu, adakah anda terfikir yang pelajar melayu tidak bersaing..? Tolonglah...fikir rasional skit. UiTM dah ditubuhkan berpuluh-puluh tahun lamanya, dah beribu tokoh² ternama yang dilahirkan oleh UiTM merangkumi pelbagai aspek dan bidang, adakah tu belum cukup utk menunjukkan yg pelajar melayu sentiasa bersaing utk menjadi yg terbaik. UiTM berkembang sehari demi sehari dan perkembangan itu adalah atas kemajuan pelajar itu sendiri. Pelajar UiTM adalah pelajar melayu dan bumiputera. Mereka bersaing setiap hari demi menjadi yang terbaik antara yg terbaik. Melayu sesama melayu juga bersaing, melayu dan bumiputera juga bersaing. Terdapat juga pelajar pertukaran antarabangsa di UiTM yang juga bersaing dgn pelajar kita demi menjadi yang terbaik. Bukan kah itu juga persaingan..??

Hebat sangat ke universiti lain yg menawarkan kursus serta dibuka kepada bangsa lain?? Aku rasa sama jer.. UiTM juga pernah dan akan sentiasa mampu menggondol hadiah hingga ke peringkat antarabangsa seperti juga universiti² awam dan swasta yang lain dan UiTM juga pernah menjadi universiti terbaik di Malaysia berbanding universiti lain..Jadi apa bezanya..?

10%? Mungkin jumlah itu hanya segelintir saja bg sesiapa yg mungkin tak amik kisah hal ini. Bayangkan jika setiap tahun 10% kuota diberikan kepada bangsa lain, dan hari demi hari jumlah pelajar ini akan terus bertambah dan bertambah. Dan tidak juga mustahil dari 10% akan bertambah kepada 20%, kemudian 30% dan seterusnya...jadi apa lg yang akan tinggal dgn kita..??

UiTM adalah salah satu keistimewaan yang diberikan kepada masysrakat melayu dan bumiputera kerana masih mengekalkan pelajar melayu dan bumiputera di dalamnya. Janganlah sampai keistimewaan ini hilang serinya pulak kan..

Jika isu ini juga dikaitkan dengan agenda politik, aku rasa aku bukan lah org tepat utk menyatakan apa yg perlu. Tp aku juga punya pandangan sendiri. Mungkin ramai yg beranggapan isu politik dijadikan medan utama kenapa UiTM enggan dibuka kepada bangsa lain. Mungkin betul atau mungkin juga ada salahnya. Tapi bagaimana pula jika UiTM dibenarkan utk dibuka kepada bangsa lain? adakah terdapat agenda politik di dalamnya..? Siapa tahu kan...sudah 8 penggal barisan kepimpinan pelajar MPP UiTM menyapu bersih kerusi yg dipertandingkan dan ia diwakili oleh pro-aspirasi bermula tahun 2000, jadi tidak mustahil isu politik juga dijadikan sebab kenapa UiTM perlu dibuka kepada lain bukan..? Tepuk dada tanya minda!!

Ini hanya pendapat aku. Aku berhak bersuara kerana aku juga rakyat Malaysia. Sebelum ini UiTM tiada cacat celanya dan telah lama membantu nasib golongan pelajar melayu dan bumiputera dan dek kerana ini, mengapa ia perlu diubah? Adakah ini perubahan yg kita minta..? Fikir lah sendiri... jgn hanya fikir utk jangka-masa sementara...tp fikirlah utk generasi anak cucu kita...Wassalam..

21 comments:

mesin.taip said...

yg ini aku tak setuju ngan ko...

KeMatZ said...

heheheh.... tiba tiba aku teringin nak menyampuk.... heheheh walaupun ko tau aku ni macam mana kan... tapi bab 10% untuk non bumiputra... pada aku memang aku bangkang.... hemmmm..... ye lahh apa motif dia.. setakat nak kaji daya saing... betul kata ko.... macam U lain hebat sangat pelajar bumiputra dorang... hemm.... tul tak... cuma ada... benda yang aku rasa tak best... aku siap sembang... ngan lecturer lagi.. dah lecturer ni pun siap kata... apa nak buat... heheheheh.... tak apalahh biarkan ajhe.... apa aku ngarut ni.. dah macam buat blog plak dalam blog ko... udah udah... hehehe apa apa pun aku tak sokong UiTM dibuka pada non bumiputra... coz itu ajhe tinggal keistemewaan BuMiPuTRa.....

TakSangkaYe....

Adam Arjuna said...

en. mesin masa;
boley ko komen skit tak naper tak setuju...aku setuju gak ngan ko kalu ko drop naper ko tak setuju, sbb masing² ada hak bersuara kan..?

so..apa pendapat ko?

mesin.taip said...

to kematz and arjun rampal:

different people has got different perspective kan??

ko boleh ckp apa yg ko nak cakap...dan aku boleh cakap ngan apa yg aku rasa betol at least bg pihak aku....

....dan aku tak boleh nak impose people to believe in what i believe...ini negara demokratik yg sepatutnya sesiapa pun boleh bebas bersuara...kan????

whatever....

kenapa melayu ni kena banyak sangat tongkat???

kita bangsa yg kuat....kita tak sepatutnya menerima terlalu banyak keistimewaan...lambat laun kita akan jadik bangsa yg lemah...

kerajaan dah terlalu banyak bg kelebihan pada melayu...

kerajaan bagi melayu subsidi baja utk pertanian...dorang jual....

kerajaan bagi keistimewaan "tanah rizab melayu"...dorang convert kat pejabat tanah jadik tanah umum pastu jual kat cina....

kerajaan bg syarat ketat kpd developer perumahan spy mnjual 30% dari projek mereka khas utk bumiputera sahaja....tapi bumiputera kita takde duit...rumah tak terjual...30% tu tak abis....developer bangkrap....

apa semua tu??

aku bukan tak patriotik...

tapi fikirlah...

orang yg buta matanya...jika tidak dilatih berjalan tanpa bantuan orang, maka selamanya si buta itu akan menjadi parasit yg akan menyusahkan kehidupan org lain...

...dan demi survival org melayu...demi unity bangsa malaysia...demi equality kita sebagai human being....aku yakin semua org patut diberi hak yg sama rata...

untuk itu aku menyokong supaya uitm juga dibuka kpd bangsa cina, india...etc....

p/s: kalau mrsM boleh...kenapa uitM tidak? 'M' dihujung kedua2 institusi itu mempunyai maksud yg sama kan?? MARA....

SEKIAN

KeMatZ said...

hemmm.... tertarik plak pada idea ko... hemmm... pasal pembukaan mrsM.... boleh... kerana.. itu idea siapa.... hemmm.... ni pembukaan UiTM plak.. idea siapa yang menyebabkan benda ni berlaku.... tu adalahh perbezaan nyer.... cuba kalau usul ni suarakan oleh kerajaan..... korang rasa ada ke riot bagai... adakah kata kata NC cabar mencabar.... sebab kalau tak silap aku... idea untuk open ke non bumiputra.... pernah disuarakan oleh kerajaan.. tapi tiada apa apa riaksi pun.. dan kalau tak silap aku time tu aku still belajar lagi di peringkat diploma di uitm..... hemmmm... itu ajhe yang menjadi masalahnya kan.... hemmmmm.... tapi pada aku sebagai bekas pelajar UiTM... aku tak sokong.... untuk dibuka... kalau setakat alasan.... daya saing pelajar melayu..... apa alasan yang boleh diberikan... untuk perlunya open pada non bumiputra.... lain lahh kalau UiTM ni merupakan UNIVERSITI TERLEMAH di Malaysia... tapi tak kan.. still antara yang terbaik.... yang aku nak ada reason yang benar benar kukuh... kalau setakat politik ajhe... untuk apa.....

pasal kontractor2 tu... aku pun tak sure... tapi apa yang aku... banyak sangat birokrasi.... so.... dorang open macam mana pun... kalau ada banyak sangat halangan dihadapi macam mana.... contoh kalau pemberian kedai runcit.... y mesti kena inform ko ahli umno... baru dapat.... hemmmm kalau tak... jangan harap ko akan dapat kedai under pembandaran.... tu adalah contoh yang sememang nye aku pernah lalui ok...

hemmm.. disini apa apa pun benda ni semua terjadi akibat politik...... politik telah menyebabkan benda benda ni berlaku.... hehehehehe... dan oleh kerana itu... aku dah malas nak citer pasal politik... apa yang aku dapat buat tunggu dan lihat... dan biarkan ajhe.... hemmmm..... sebab nak bangkang sangat pun bukan dapat apa.... nak sokong sangat pun tak dapat apa apa... janji aku tak ganggu orang sudah...

wahhh.. panjang plak aku mengoment... dah lehhh buat blog baru ni... jangan marah adam.... hehehehehehe.... sajhe ajhe.. nak bagi pendapat aku... walaupun aku rasa agak terabur... dan apa apa ntah..... comment aku....

heheheheh...... tapi apa apa pun aku still sayang UiTM ku... hehehe walaupun aku tak dapat menabur bakti dan keringat kat UITM.. seperti bekerja kat sana ke... join alumni ke.... apa ke... wakakkaka.. ok...

apa apa pun UITM TETAP DIHATIKU....

mesin.taip said...

to kematz:

2001 : Dr M penah bg cadangan spy UiTM dibuka kepada non-bumi....pak berahim tak berani pon nak menyalak...

skang ni?? apa kes?? nampak sgt org melayu kita ni suka mengampu...

sok kabar semalam : kementerian akan mengambil tindakan disiplin kpd pelajar2 yg berpiket aritu krn melanggar akta AUKU...

ni suma pak berahim punya angkara la ni....pak berahim sila jawab????

mesin.taip said...

to kematz:

2001 : Dr M penah bg cadangan spy UiTM dibuka kepada non-bumi....pak berahim tak berani pon nak menyalak...

skang ni?? apa kes?? nampak sgt org melayu kita ni suka mengampu...

sok kabar semalam : kementerian akan mengambil tindakan disiplin kpd pelajar2 yg berpiket aritu krn melanggar akta AUKU...

ni suma pak berahim punya angkara la ni....pak berahim sila jawab????

KeMatZ said...

hehehehe... tu lahh isu nye... mesin... yang aku pelik... time under kerajaan... dorang tak bangkang apa pun... well tu masalah nye... kalau jadi Mr Yes... wakakakkaka..... apa apa pun benda ni si pak berahim lahh kena jawab... so apa lagi.. suruh anak angkat dia si adam tanya... wakakkakakaka dah aku dah merapu... wakakkakakaka.....

Adam Arjuna said...

jap...aku suka korang berbahas ni..dah macam berdebat dalam forum plak..

ok..aku tak leh on9 lama ni..

nnt aku kuarkan pandangan aku plak..!!

tunggu...

mesin.taip said...

to arjun rampal : ni suma ko punya pasal la...saper suh wat isu panas.....sila jawab skang....

Adam Arjuna said...

to mesin..

aik..! kata kita ni berdemokratik...
aku pon berhak gak mengutarakan apa yg aku rasa betul kan...kan..kan..

takkan nak mengselatankan lak...wah...
ehehehe..

KeMatZ said...

hehehehehe...... apa apa ajhe lahhh adam arjuna.... ko buat apa lahh tu nyah... busy sangat.. wah tak sangka ko nyah.... patriotik juga ko ye.... kelassss....

TakSangkaYe.....

Adam Arjuna said...

harus lq beb...
bulan merdeka la katakan..
ekeke...
apa pon nak bercakap kena la guna fakta...salah fakta kena sangsang la kang..lg susah kan..

aku plak mmg da jarang dpn pc ni..susah skit nak on9 lately...aduhaiii...

KeMatZ said...

memang pun fakta pun... ada ke semua propa... wakakakka.... dan dan ajhe kan.... nyah malam ni ko kerja malam ye nyah.... wah tiba tiba plak aku ni....

mesin.taip said...

uiks???apa yg korang bincangkan ni???kuar tajuk nampak???!!!!

KeMatZ said...

tak ada lahh mesin... aku nengok si adam ni no respond pun... so sajhe ajhe nak larikan topic... wakakkakaka... jangan bimbang... wakakkakaka.....

mesin.taip said...

kematz:

pesal ko panggil aku mesin ek??

aku mesin masa la....

bukan mesin rumput mahupun mesin tebu....haha

KeMatZ said...

aku pun tak tau nak panggil ko apa... sebab nick ko banyak sangat... tak apa lahh aku panggil ko ARBAIN... ok.. sebab aku mula tau ko pun ngan nick tu ARBAIN.... ntah nanti ko tembak aku ngan mesingun

Adam Arjuna said...

aiyo..ada sesi berkenalan la pulak kat sini...tunggu eyh...

aku nak masuk lak ulasan aku yg kedua pasal isu uitm ni. tp dlm ruangan komen ni je laa..

mesin.taip said...

wakakaka...lawak la korang berdua ni....

apapun ...aku tgk entry ko yg ni la paling banyak sekali comment2 nya...syabas!!! tapi cuma dikomen oleh hanya aku ko ngan kematz jer.... =)

KeMatZ said...

itu lahh pasal... mana geng geng ko yang lain adam... dorang tak ada nak berbicara bab ni ke....

asyik aku ngan arbain ajhe.. baik aku duk chat ngan dia ajhe... wakakkaka...

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates