Tuesday, September 09, 2008

Fikirkanlah..

Dah lama rasanya aku tak mem'blogging'kan diri dgn topik² yg lebih kepada sifat 'humanities'..(mana lah aku blaja guna ayat² cenggini...hehehe..). Asik² menceritakan tentang aktiviti² ujung minggu aku yg mcm² tu je kan. Sesekali perlu gak rasanya aku ubah topik yg lebih memerlukan otak kita berjalan, berfikir dan menetapkan apa yg perlu atau apa yg tidak dlm hidup kita, betul tak..? Saper rasa betul angkat tangan...!

Sedar atau tak, sejujurnya adakah kita menghargai apa yg wujud di sekeliling kita? Tak kisah la sesuatu yg patut kita hargai itu bersifat 'benda' atau 'org di sekeliling' kita. Mungkin dlm konteks famili, kita lebih menghargai keluarga kita kerana mereka merupakan antara insan² terdekat yg menyayangi kita. Tapi, bila bercerita soal kawan, rakan, teman atau sahabat, bagaimana pula situasinya??

Tak dinafikan yg hidup kita lebih menyukai sesuatu yg baru, bernilai dan mahal serta yg mampu beri kepuasan kepada kita. Yang murah dan tidak menepati citarasa pandangan mata kita jarang kita ambil peduli. Jangan hipokrit!! Ini realiti..!!

Cubalah hidup untuk menghargai semua yg kita ada kerana kita takkan rugi apa² pon. Jika kita cuba utk menghargai apa yg berada di sekeliling kita, tak mustahil yg hidup dan diri kita juga akan mudah dihargai.

Lumrah hidup manusia, jarang utk menghargai apa yg benar² wujud di depan mata kita sehinggalah ianya hilang dari pandangan, lenyap dalam ingatan, dan baru lah waktu itu kita mula tercari-cari ke mana perginya. Belajarlah untuk menghargai sesuatu terutama yg berada di sekeliling kita kerana kita tak tahu bila masanya akan tiba...dan kita kehilangannya...

Renung-renungkan..Fikir-fikirkan...

2 comments:

Anonymous said...

saling hargai menghargai..(wujud ke perkataan tu) hehe

Adam Arjuna said...

Anonymous..ermmm..wujud ke..?
ntah la..layan aje...

boleh la tu asalkan kita tau maksud 'menghargai' tu aper... kan..

btw, thanks for visiting my page..:)

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates