Wednesday, November 05, 2008

Cicakman 2: Planet Hitam


Mendapat jemputan pada 04 Nov 2008 yg lepas, utk menyaksikan pratonton filem terbaru keluaran KRU Sdn Bhd memang sesuatu yg aku tunggu-tunggu. Apatah lg filem ni adalah filem yg acap kali disebut2 kerana teknik penggunaan CGI nya yg melebihi 800 shot di samping filem ini turut mencatat jumlah kutipan sbyk RM 6 juta pada episod pertamanya...tentunya Cicakman!

Filem superhero Malaysia pertama, Cicakman akan kembali beraksi di layar perak pada Disember 2008 nnt bakal membawa penonton sekali lagi menerokai misi penyelamatan negara yang dilakukan oleh Cicakman terhadap musuh-musuhnya.

Cicakman 2: Planet Hitam adalah judul terbaru filem ini turut menampilkan barisan pelakon yg sama seperti Saiful Apek, Fasha Sandha, Aznil Hj Nawawi, AC Mizal, Adlin Aman Ramli, Yusry serta turut melibatkan watak2 baru yg mungkin menarik lebih ramai penggemar filem ini, antaranya Tamara Belenzski, Sharifah Amani, Linda Onn, Louisa Chong, Azwan Hj Ali, Dee dan ramai lagi. Kehadiran watak² ini sudah tentu akan mempengaruhi jalan cerita episod terbaru Cicakman.

Cicakman 2 turut mendapat publisiti yg meluas dari segi promosi dan penajaan utk membawa nama negara terhadap penghasilan filem cereka sebegini dan tentunya berjaya menarik minat pelbagai golongan dan penggemar filem2 aksi komedi seperti ini.

ULASAN

Jalan cerita Cicakman 2: Planet Hitam tidak banyak beza dari episod pertamanya iaitu untuk melumpuhkan dan menumpaskan musuh utama Cicakman iaitu Profesor Klon dgn rancangan-rancangan jahatnya untuk menakhluk negara. Kemunculan watak Rrama sbg pembunuhan upahan juga bakal menarik minat penggemar setia filem ini nnt. Tentunya penonton tak sabar menyaksikan aksi2 lasak dan pertarungan antara Cicakman dan musuh-musuh terbarunya. Tidak ketinggalan, penonton juga bakal disajikan dgn misteri watak Miss Chee yang akan membuat anda tertanya-tanya.

KOMEN

Namun begitu, bg aku, jalan cerita Cicakman 2 agak lemah di samping pengenalan kepada beberapa watak baru tersebut yg agak longgar. Contohnya seperti watak Iman yg seakan mempunyai deria 'sixth sense' tp tidak dikembangkan dgn baik dan hanya tergantung pd sesetengah babak. Kewujudan Rrama juga yang secara tiba2 juga mungkin akan membuatkan penonton seakan tertanya-tanya dari mana asal usulnya dan bagaimana watak ini boleh terlibat dalam secara tak langsung. Lokanan Fasha Sandha sebagai Tania juga agak 'biasa' dan tak byk bezanya dari yg terdahulu. Cicakman 1 bg aku adalah lebih 'kemas' dan 'cantik' espcially dari segi suntingan shot CGI dan animasinya.

PENGHARGAAN

Apa pon, ungkapan 'Tahniah' harus diberi kepada team produksi Cicakman 2: Planet Hitam kerana berjaya menghasilkan filem fiksyen sebegini. Tak perlu dibandingkan dgn kehebatan filem2 superhero antarabangsa yang tentunya jauh lg 'mewah' dari kita. Penghasilan filem seperti Cicakman ini dah menunjukkan bahawa orang kita juga mampu juga utk bersaing.

Buat semua, selamat menonton Cicakman 2: Planet Hitam.

Dari 5 bintang, utk filem ni aku kasi 2 bintang. Tahniah!!

7 comments:

KeMatZ said...

sharifah amani ada ye... tak tau plak aku... tiba tiba rasa nak nengok walaupun aku rasa borring ini cerita.. macam cicakman 1.... but oleh kerana ada sharifah amani... harus nengok... wakkakakakka....

Adam Arjuna said...

ada...
apa wataknya...kena tgk la nnt k..
tp wataknya different skit kali ni ngan watak yg slalu dia bwk...
and ada unsur sense of humor..

tgk..jgn tak tgk..

KeMatZ said...

harus nengok... demi amani.. kalau tak ada dia harus aku just dload ajhe.. heheheh citer ni more ngarut... coz keciwa ngan cicakman1... ntah apa apa ntah...

Adam Arjuna said...

what do u expect dude??

komedi fiksyen..mmg cam ni...
tp aku yakin coz citer ni ada follower dia tersendiri..

terpulang pd org utk menilai..kan..

KeMatZ said...

hahahah..... ntah tapi pada aku mmang tak best cicak man 1.... setakat apa tu cgi ajhe gempak isi tarak... hehehehe... layan keluangman lagi best... hahahha jangan marah ye....

Farazila said...

lilo suka lagi cicak man 1 dr cicakman planet hitam...

:)

Adam Arjuna said...

ye ke lilo..
then, u have decided which one u love most kan..

maknanya lilo bley bezakan apa yg lilo harapkan through citer ni kan...sekurang0-kurangnya bg pihak lilo sendiri kan....

enjoiss...

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates