Sunday, January 04, 2009

Diari 2008

AKu kembali! Ahaks.. propa sgt ayat ni kan? Well, cam dah lama rasanya tak update blog aku ni since my last entry kan? Sure korang rindu stori-mori aku kan...(wakakaka...tak bley blah! Edisi berangansss menjelma kini...hehee)

Ok lah, memandangkan aku cam malas gaks nak menaip nih, entry kali nih aku nak re-cap balik diari idop and aktiviti aku sepanjang 2008 nih! Kalu korang bosan baca tu, buat² je la mcm excited nak tau and baca citer aku nih eyh.. kang kecik je ati aku yg tak berapa besar nih.. jom kita enjoiss!!

Januari 2008


Seperti biasa, permulaan tahun. excited dgn sumer benda yg bakal muncul.. celebrate new year dgn kwn bru dan mcm2 lg benda bru. 3 januari lak aku wish besday kat bonda yg aku sayangi. Tarikh 11 Januari gak sesuatu yg patut aku igt selalu.. bukan sbb tarikh lahir Siti Nurhaliza jatuh pada tarikh tu, or bukan jugak sbb lagu 11 Januari nyanyian Gigi yg sgt aku suka.. tapi 11 Januari tarikh yg aku yg sgt struggle nak kuar duit utk byr road tax & insurans keta yg mati pd waktu tu.. huaarrghhh... Buat pertama kalinya dlm Januari ni aku 1st time jejakkan kaki ke Bukit Tinggi, Pahang (dkt je dari KL)..bersuka ria bersama mbr2 sezaman diploma aku dulu which is Zam(kematz), ina, ana and pak tam. Mmg best! Bergambar sakan aku.. knowing me la kan.. hehe Dan PALING TAK BLEY BLAH bila aku dgn poyo dan tak malunya gi audtion AF6 kat PNB Darby Park masa last day audition AF di KL. Hahahaha... kalu di igtkan balik mmg sgt bodo keje yg aku buat tu. Tp waktu tu aku stress gila baban.. nak cri sumthing yg pelik utk aku buat utk released tensen nih.

Februari 2008


Bersama team DFC, kitorg dpt tiket utk menonton Zoom In @ RTM 1 yg waktu tu Erra Fazira menjadi hostnya. 1st time aku gi Angkasapuri waktu nih. Teruja ok! Dan kebetulan kehadiran kami jugak sbb nak sokong Dafi yg buat performance on dat show. Utk pengetahuan korg, rancangan ni dah tayang pd hari raya aidilfitri yg lepas.. nampak gak muka aku yg sememeh ni bila diorg zoom..berangansss la kejap! Selain tu kitorg juga gi utk support Dafi ke show anjuran Suria FM -- Pasangan Romantis Rafflesia kat Sg. Wang KL. Kat sini gak aku berpeluang berjumpa n bergambar ngan my lovely doll, Miss Diana Danielle.. cun siottt.. jatuh chenta lak aku!! :P Namun.. dlm aku happy bergelak ketawa sana sini, aku & kengkwn masa zaman study dulu dikejutkan dgn pemergian seorang sahabat yg sgttttt aku sayang, Firdaus Shamsudin. Tragedi Arwahyarham Daus ni bg satu impak yg besar dlm idop aku utk lebih menghargai kwn² & sahabat² aku! Serius.. sampai hari ni aku masih igt akan dia dan ayat² terakhir yg dia ucap kat aku.. aku pohon pada semua, sedekahkan Al-Fatihah padanya...


March 2008

Bulan yg sgt aku nnt²kan!! 1st sbb aku berpeluang gi ke Genting Highlands utk menghadiri ABPBH 2007 yg di adakan di Arena of Stars..apa lg kalu bkn nak support Dafi kerana tercalon dlm kategori Artis Baru Lelaki Popular -- luckily he won!.. 2nd, sbb march jugak la bulan kelahiran aku ni muka bumi ni. Tarikh 22 March ni mmg satu yg sgt aku nntkan bila menanti
sendiri pertambahan usia aku, dan yg menariknya bila dpt sambut bersama kengkawan. Besday aku ni aku sambut kat Naili's Uptown Damansara..Thanks pd yg buat surprise tu, yg beli kek dan sbgnya. Aku sayang korang...u guys know how i feel rite? Dan secara kebetulan lak, tarikh besday au 22 march tu gak merupakan tarikh anniversary DFC.. dpt la aku rasai kemeriahan berganda.. Abis je berhibur sakan kat E-Box Karaoke bersama rakan² di DFc, aku sambut pulak dgn rakan² zaman blajar dulu.. Happening!! Sgtt Besttt..!! Bulan ni gak buat pertama kalinya dlm sejarah aku jadi 'Bestman' kepada cousin aku.. ni pon buat aku teruja sgt.. Kebetulan balik ke kg sbb nak jd pengapit, aku amik kesempatan utk turut mengundi pada Pilihanraya Umum bg DUN Parit Buntar. Ni pon kira 1st time mengundi setelah 26 thn aku idup di muka bumi nih.. hehe..


April 2008

Sedikit membosankan! Tak byk aktiviti aku buat bulan ni. Yang light² jerr...hehe.. Selain mengenakan org sempena 'April Fool' (mmg menjadi....sorry yer yg terkena tu...u know who u r..), aku just attend invitation for wedding.. gi koroke.. and lepak² besa jer.. Tak der pulak yg lebih extreme aku buat. Cuma April ni aku tak sabar and excited sgt bila nak gi bercuti bersama kengkwn ke Sabah pd May nnt. Oppss!! terlupa, 02 april -- tarikh genap setahun aku bekerja as Junior Library Exec kat Taylor's University College, Subang Jaya.

May 2008


Yehhaaaa!! Bercuti.. 3 days 2 Nites! mmg best and mcm benda terjadi sepanjang waktu aku bercuti ke Sabah tu. Dari mula menjejakkan kaki atas flight Air Asia -- sampai la detik berangkat pulang. Apa pon thanks to Ika, Alyn (mwahh..hehe -- ada yg akan kasi statement haram kat aku nih nnt...hehe..), Zam and Aleng for realisasikan trip bercuti kita nih. Kadang benda tak plan camni lebih menjadi dari ber'plan' segala kan..Tak lupa gak kepada Za & family for all the helps. Bercuti ke Sabah ni gak bwk satu pengalaman baru kat aku yang tak mungkin dpt aku lupakan.. Nak tgk gambar? bukak la fotopages aku! hehe..(cuma ada gambar² beranganss aku jer la..)
Apa lg yerk??? May jugak tarikh final AF6 kan? Memandang aku tak termasuk langsung as peserta AF musim ke-6 nih (wakakkakakka..still nak beranganss), aku tetap sokong utk tgk konsert final AF6 kat Bukit Jalil tu. Gigih ok gi beli tiket kat MidValley semata-mata nak layan final ni. Hahaha..lucu gak bila pk!

June 2008

June 2008 pulak, rakyat negara kita dikejutkan ngan berita kenaikkan harga minyak petrol yg naik melampau tak hengat pd bulan nih. Apa yg pasti, mmg satu kesan yg sgt mendalam especially pd kita yg punya transport kan.. terkesan gak la dlm perjalan idop seharian nih bila minyak dah naik harga.

July 2008

Buat kesekian kalinya aku ditugaskan lg jd pengapit utk wedding sahabat aku. Kali ni aku jd bestman utk Iskandar. Dari KL bwk pulak bestman ke JB. Haha.. pon pengalaman bru dlm idop aku bila 1st time drive ke JB ni.. hehe.. ye la.. aku kan budak utara nun!! Thanks Is sbb trust aku eyh..(lama tak jumpa ko bro..! keja besar, harus la bz kan!). Dan buat kesekian-kalinya jugak aku dan team DFC berkumpul utk bg sokongan kat Dafi dalam Konsert Dafi & Gita: Cornetto Love Sparks! Makan aiskrim smbil berhibur. Selain Dafi dan Gita sendiri, artis yg terlibat dlm konsert ni adalah mawi, estranged, mila dan jugak stacy. Selain tu, aku gak terlibart dlm program Jom Mesra Alumni MPP UiTM anjuran alumni mpp sendiri. Best bila dpt terlibat dlm pgrm camni. Sejak meninggalkan zaman MPP aku bila dah bekerjaya ni, pgrm mcm ni gak la yg dpt jalinkan kembali bekas² MPP yg dah lama tak jumpa..bley gak kenal junior² and senior² MPP sebelum dan selepas batch aku. UiTM di Hatiku katanya...hehe. Selain tu gak, aku dan beberapa org team DFC dijemput oleh pihak KRU Studios sbg event crews sempena 16th KRU Anniversary yg diadakan di Life Centre, Ruums KL. Gile kentang!! Best bangat..!! Dan sbg blogger pulak, aku dan beberapa bloggers lain dijemput utk menghadiri makan malam anjuran Yoyooh.Com yg bertujuan utk memperkenalkan portal web belia terbaru nih. Gempaqs!!

August 2008


Yezza! sepoerti kita semua sedia maklum Ogos jugak merupakan bulan di mana sukan Olimpik Beijing dilancarkan, dan rata² or memana kita gi sumer org bercerita pasal sukan dan aktiviti² seumpanya kan.. Tak ketinggalan gak aku dari mengikuti aktiviti² sebegitu. Dari melibatkan diri ke tournament bowling anjuran Diddy FC, aku join lak prgm explorace anjuran UiTM sempena pgrm Alumni UiTM: Nostalgia 50, pastu aku join pulak Jacob's Walk of Life.. mmg best! mmg meletihkan... tapi tu la experienced tak dpt lupakan.. bukan slalu ada aktiviti cenggini kan. Selain tu aku gak melapangkan diri join piknik kat Sg. Kemensah dgn geng² DFC and dak² Murai.Com. Tu pon happening gak almost 50 org yg join piknik ni...gila gempaq espcially bila Dafi, Ryzal dan Ajieb turut turun padang. Hang-out seharian kat Sunway Lagoon Theme Park ngan kengkawan rapat aku pon sesuatu yg sgt aku enjoy. Bayangkan last time aku gi Sunway Lagoon masa umo 12 tahun, skang dah 27 tahun..sure byk benda yg aku miss kan..Nak citer pasal besday jgn cakap la...Ogos ni la paling byk besday yg aku smbut dan aku wish.. lepas sorg ke sorg.. Namun, yg paling menyentap hati aku bila isu UiTM nak dibuka kepada kaum luar selain bumiputera dan melayu digembar-gemburkan...hangin gak la aku satu badan ni sbb tak setuju....haih... 31 ogos...Merdeka la beb!

September 2008

Tak byk sgt aktiviti yg aku join! Memandangkan bulan ni kita umat Islam dah menyambut kedatangan Ramadhan, so byk aktiviti dibekukan sementara waktu. hehe.. Hanya memenuhi undangan utk berbuka puasa di sana sini jer.. (hehhee...verangans...igt artis ker...??) selain beramal ibadah..Wah..! Honestly, byk kali gak aku sempat berjemaah utk solat terawikh kali ni berbanding tahun² lepas. Ops..!! As DFC's members, 2nd Annual Genaral Meeting for DFC juga diadakan pada bulan ni bersempena majlis berbuka puasa bersama Dafi sendiri. Dan waktu ni gak la secara rasminya aku dimasukkan kembali dalam carta organisasi DFC as Secretary.. Aku dan beberapa org kwn lain juga terlibat dlm pgrm raya di channel 9 utk pgrm raya berjudul Bingkisan Aidilfitri yg ditayangkan pd malam raya. Best gak bila tgk almost 10 minutes aku on-air dlm TV... verangansss lagi.. hehehe..

October 2008

Jika September aku sibuk menghadiri jemputan berbuka dgn rakan², October pula masa utk kita menyambut hari raya Aidilfitri kan.. di kesempatan ni aku amik peluang utk pulang ke kampung. Lama gak.. dekat 2 minggu la..amik cuti 5 ari, dan sambung lak ngn cuti sedia ada... hehe.. elok la tu selepas 9 bulan tak balik kan.. very the 'Tanggang a.k.a Malim Kundang' sgt kan aku ni. Tapi, raya aku tahun ni tak semeriah tahun² lepas. Most of the time aku dok lepak kat umah je. Kawan² kat kg sumer pon kebanyakkan dah kawen...tak dpt la aku melepak ngan diorg....bosaaan..... Belum sempat nak menghabiskan cuti kat kg, aku dah balik ke Shah Alam sbb byk lg planning yg aku kena buat. Kebetulan masih lg bercuti, so better aku selesaikan apa yg patut. Contohnya pgrm jalan² raya aku ke umah kengkawan di Shah Alam dan KL yg dah jd tradisi ni, aku dan AJK DFC yg lain juga ditugaskan utk handle rumah terbuka Dafi yg di beri nama Dafi @ Fiesta Aidilfitri ' Warna Warni Aidilfiti'. Bertempat di Saloma Theatre Restaurant, event kali ni mmg daboom lah. Kahadiran tetamau di luar jangkaan. Well thank you everybody. Dalam masa kurang 3 minggu kitorg struggle nak realisasikan event ni and its worth it! Selain mengadakan umah terbuka DFC tu, aku jugak berkesempatan utk menghadiri pgrm Kemuncak Aidilfitri bersama bintang² AF, aku jugak sempat menghadirkan diri kat Taylor's Annual Dinner yg diadakan di Sunway Convention Center. Dgn tema Movie Character...aku pakai sut ala² Mr. Smith yg sgt berangans...wakakaka..

November 2008

Bulan ni la aktiviti aku byk tertumpu pada menontong wayang. Lepas satu movie, ke satu movie aku tgk. Dan paling teruja sgt bila dijemput utk libatkan diri tgk pratonton filem baru. Then as blogger verangans, kena la buat review pulak kan. Antara movie yg sempat aku tonton dan review cam High School Musical 3, Antoo Fighters, Cicakman 2: Planet Hitam dan Twilight. Byk gak goodies yg sempat aku collect bila pt tgk pratonton cam nih. November gak menuntut aku jd pengapit merangkap photographer buat kesekian kalinya masa wedding Pak Tam & Ana di Melaka. hehe... thanks sbb sponsor baju aku yerk pak tam.. kekeke.. dan yg paling tak tercapai akal ku bila blog veranganss aku di'nominated' as nominee utk Yoyooh Blogger Awards. Thanks gak la pada saper yg mencalonkan tuh. Bak kata iklan Loreal kan, terasa blog ku begitu beharga. Ahaks..!!

December 2008

Fuh....letey giler aku nak mengarang entry kali ni.. dari Januari, kini dah December. Last month of the year! December, tak byk entry yg aku publish. Aktiviti aku lak lebih tertumpu pada lepak dan hang-out biasa jer. Port utama aku TETAP Pak Li Kopitiam. Selain aku dpt 'panggilan hangit' dari 'Mimi' (kalu nak tau, baca posting aku bulan December 2008 yerr..), Arjuna kesayangan aku meragam satu hari sbb bateri kong..tersadai sendirian kat subang, menghabiskan duit beli perfume kat warehouse sales atas dorongan kak lyn and kak amy, berjalan-jalan raya sempena Aidiladha bersama kengkawan rapat aku, sbb aku tak balik kg utk raya kali ni..sama mcm tahun lepas.. tapi aidiladha aku tetap meriah kerana dalam sehari tu macam² benda yg terjadi, dan macam² tempat yg aku gi dan aku wat. Ooppss!! 14 December lak dah cipta sejarah kat diri aku dan of coz kat sumer ajk dfc yg len kerana berjaya merialisasikan event kami yg kesekian-kalinya. DFC Terbang Tinggi @ Menara KL yg diadakan sempena besday Dafi ni bukan setakat event of the year, tp personally bg aku, best events ever la.. Dgn konsep yg sgt berbeza, Alhamdulillah semuanya success!!

********************************************************

Well... rasanya tu je la kot antara moment² penting yg aku dpt share ngan korang sumer.. Kalu korang bosan baca tu, sorry la... mmg panjang thread aku kali ni kan.. tp tu la apa yg aku buat sepanjang tahun 2008. Hopefully 2009 ni, byk lagi benda menarik yg boleh aku sharekan dgn korang kan.. Insya-Allah.. enjoy reading!

9 comments:

♥Syamelia♥ said...

wah!!!
panjang nyer posting adam kali ni...
baru baca skt, nt sambung lg...
heheheheh...
tp part yg paling xleh lupa is yg masa april fool 2...
aiyooo... mmg menjadik...
sampai meneteskan air mata ok....
still xleh lupa samapi skg...
:p

Adam Arjuna said...

kan...
diari katanya.. hehehe!!

ayark! meneteskan air mata ker..?

tersentap dan menyentap kan..

heheh..

KeMatZ said...

uikk.. panjang nyer bro...
wahh seronoknya life ko..

ehh... audition AF bukan february ke... heheheh

TakSangkaYe...

Adam Arjuna said...

Ahaha...panjang² baru best kan...?? hehe..

tu la life aku..kira nak enjoy jer, tp tak bermakna enjoy tu aku tak igt pasal dunia.. sumernye kena balance la kan..?

kadang pulak kita enjoy sbb nak cri ketenangan..tak gitu encik kematz? ahaks..

KeMatZ said...

wakaakakaka betul betul...
sampai ada orang ingat kita ni duk enjoy ajhe... macam tak ada problem... giler ke apa... tipu lahh kalau tak ada problem kan.. cuma reti how to hide kan ajhe kan... tak perlu nak LFA occay... wakakkakaka

opss.... but ko kena edit wehh.. ko gi audition february... bukan januari....

Adam Arjuna said...

bak kata upin & ipin la,
betul..betul..betul..!


erk..! wey..aku mmg audition januari la..
sbb aku dpt ada org kasi komen kat aku pasal gi audition tu on januari nyer posting. Macam mana lak bley ke february?

ahaha...adoyai...isu ker..???

Anonymous said...

g audition pun nk gdo tarikh ker...
aduyai!
x boleh blahh kan...
hehehe

KeMatZ said...

hahaha sebab aku tau lahh aku kan gi gak... dah aku update kat blog aku... wakakakka.....

hehehehehe.... ehhh minah ni... ada aku kacau hidup ko... ko nak sakit hati kenapa... wakakkaka

ada aku kisah sama kau...

Anonymous said...

huh.. hampir cramp jari jemariku mengontrol tetikus ni untuk membaca diary yg memang panjang banget ni.. huhhh...

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates