Friday, February 27, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula 'The Review'

Da' Review!



Actually, in general..ni bukan la review lengkap utk citer animasi 3D pertama negara kita nih.. artikel ni lebih kepada skop penilaian and huraian aku sendiri tentang filem ini.

Bukan sesuatu yg merugikan la jika kita terpaksa mengeluarkan RM10 hanya utk menonton citer kanak2 ni.. and why i'm saying that? Jom kita kaji!!! hehe..:P

Sewaktu artikel ni publish, aku rasa dah almost 2 weeks citer ni berada di pawagam. 4 hari pertama on screen dah mencatat jumlah kutipan 1.75 juta hengget, dan dlm masa 7 hari tayangan, filem ni dah mencecah ke angka 2.2 juta. Memberangsangkan..tul tak? Cuba kira lak pada waktu ni, detik ni dan masa yg skang ni, berapa agaknya jumlah kutipan yg diperolehi... macam byk jer kan..kan..kan..

Upin dan Ipin adalah dua karektor animasi yg bukan saja digemari golongan kanak².. tapi juga golongan mak bapak, pak cik makcik, abang², dan kakak²... tak caya..?? Ayat "betul..betul...betul.." tu sendiri dah diguna pakai semua lapisan masyarakat dan tu sendiri dah menunjukkan ianya diterima ramai.. dua karektor ni skang dah seakan menjadi ikon dalam perjalanan cerita Geng nih! Bravoo!! Aku pon suka.. :P

Animasi 3D yg tampak lebih ringan di samping jalan cerita yg ringkas dan menghiburkan membuatkan penonton tak jemu menonton cereka ini di panggung. Apa yg dpt aku saksikan, bukan saja kanak² ketawa terbahak-bahak dgn kaletah Upin, Ipin, Rajoo dan watak2 lain nih, malah ibu bapa pon turut sama mengilai tak henti sewaktu menonton citer nih... Jarang sgt kita dpt tgk ibu bapa atau kakak² or mungkin jugak abg² dtg ke pawagam dgn membawa anak² and adik² mereka sekali menonton wayang kan..mungkin ada...tapi dlm konteks masyarakat melayu tu sendiri agak susah aku rasa. CJ7, Madagascar, Toy Story..tu antara yg menarik perhatian.. tp jika nak dikira family melayu yg menonton...mungkin jumlahnya agak terhad. Ini menunjukkan Geng: Pengembaraan Bermula ni merupakan sesuatu yg segar untuk tontonan umum sekeluarga di samping menaikkan kembali imej animasi itu sendiri.

Bukan tak der cacat-celanya jika nak dibandingkan dgn animasi luar yg dah sedia gah tu.. cuma ianya kira macam boleh dimaafkan laa.. sbb everything yg dilayarkan tampak sempurna.. yang penting mesej dpt disampaikan dengan baik dan penonton terhibur..(wahh...ayat aku kali hebat tul!! huhu..:P) Yup.. mesej kekeluargaan, persahabatan, komedi serta pengembaraan yg cuba ditonjolkan sesuai ditonton dan boleh dikatakan ia agak tidak keterlaluan.

Claps! Claps! Claps!

Apa pon, TAHNIAH buat seluruh warga kerja Les' Copaque dgn kejayaaan Geng: Pengembaraan Bermula ni. Harapnya selepas ni, lebih byk hasil bermutu dpt dikeluarkan dan mampu mengharumkan nama negara.

p/s: Animasi hasil dari Les' Copaque juga boleh dilihat di dalam siaran2 iklan ti tv..cth: utk kempen memakai tali pinggang keledar.

5 comments:

farish izaryl @izreez said...

hehehe cte gang mmg best setanding katun overseaa! hiksss

Anonymous said...

cte ni mmg besh!!
sgt2 adventures!!
hahaa..
sakura ske!!

XD

akraminHARIRI said...

betul, betul, betul...~~

Adam Arjuna said...

Comment to ALL:

betul..betul..betul..

setuju sgt dgn komen2 korang..

Adam Arjuna said...
This comment has been removed by the author.

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates