A.T.M! Bukan bermaksud Autoteller Machine yerr.. nnt korang salah paham lak! ehehe.. ATM atau lebih dikenali sbg Angkatan Tentera Malaysia merupakan satu badan ber'uniform' yg antara lain tugasnya adalah menjaga keamanan donia.. (keskeskes..suka aku ngan ayat nih!)
Ala..sumer org pon dah maklum kan ngan ATM ni! Baru² aku sempat la menjejakkan kaki ke Hari Ekspo Kerjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia yg diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.. Fuhh....dasat beb! Macam² adoo... Dari kereta ke motosikal, konsep khemah, senapang, peluru, bom, makanan² tentera, pancaragam dan byk lagi yg berkaitan bidang ketenteraan ni dipaparkan kepada mata umum. Menarik gak pada sesaper yg betul minat dlm kerjaya mencabar nih.
[Sekitar kawasan Dataran Merdeka. Seluruh kawasan padang ni digunakan sepenuhnya bertujuan mempamerkan dan memberi maklum balas kepada pengunjung tentang kerjaya sbg Angkatan Tentera Malaysia.]
Bila bercerita tentang askar atau tentera, mesti yg spot kat kepala otak kita ni tentera darat, tentera laut dan tentera udara je kan..?? Sama la cam aku! Huhu.. Actually bidang ketenteraan ni bukan sekadar tu je bro, malah lebih meluas lagi. Ada byk lg unit ber'uniform' yg boleh dikategorikan sbg tentera dan bukan hanya darat, laut dan udara jer.. tu yg perlu kita igt laa.. Bidang ketenteraan ni sgt besar dan korang bukan hanya pegang senapang dan bom jer, mungkin jugak bley jd chef terkemuka dalam aliran ketenteraan! We never know kan??
Ada juga bidang yg dibuka khusus utk sukarelawan dan part-timers jika terasa diri berminat dgn kerjaya ni. Tak perlu beri sepenuh masa jika anda tak mampu. Hanya minat dan kesanggupan membahagikan masa je yg diperlukan. Tak semestinya bila dah mempunyai kerjaya tetap sbg model ternama tak leh jadi tentera kan...?? (motiff model...???)
[Antara barang² yg dipamerkan kepada masyarakat umum yg sblm ni mungkin tak pernah kita lihat atau dgr. ]
Actually, aku ni pon patutnya boleh jd org lebih byk tahu tentang bidang ni sbb ayah, abg dan adik aku sendiri pon tentera. Tu blom kira pakcik, makcik, abg sedara ngan suku-sakat aku yg len lagi yang kebanyakkan menceburi kerjaya ni. Naper aku tak eyh!! Tak berminat la.. Nanti balik umah time cuti, citer pasal bom dan senapang jer... hehehe.. bosan beb... (alasan jerrrr tuh!!)
Walaupon ramai yg beranggapan yg bidang ketenteraan agak strict, kasar dan very the berdisplin, tapi kerjaya ni gak merupakan satu kerjaya yg murni dan membantu byk pihak. No wonder jumlah yg memilih kerjaya sbg tentera ni sangat ramai termasuk la juga dari golongon gadis² manis. Hehehe...
[Antara koleksi² pencapaian yg telah diraih oleh Angakatan Tentera Malaysia di dalam dan di luar negara merangkumi perlbagai bidang termasuk kejuruteraan dan automotif.. Hebat kan!!]
[Pengunjung turut disajikan utk merasa sendiri makanan² yang sememangnya menjadi sajian para tentera sewaktu mereka bertugas. Sedap gak!! Dah lama aku tak rasa makanan diorg nih! Dulu slalu abg aku bwk balik.. hehe]
Kesimpulannya, apa pon bidang yg kita pilih, biarlah dasarnya pada minat dan kesanggupan kita sendiri kan? Cam aku skang ni, minat ke ngan kerjaya aku??? Hentak kepala kat dinding, baru tanya selera sama ada minat ke tak!!! Wakakakaka...
5 comments:
heheh.ssh jd askar ni.takot ah:p
hahah...
takot ke rizz??
takot aper? takot kena tembak ke.. takot ke ragging...??
kes..kes..kes..
Tgk...trus tetiba aku teringat kat gadis laut...sedey ar camni...
aku.pelaut.laut.luas
uiks..seram maa tgk peluru dia..mesti berat semacam je kan...
Comment to Si Pelaut:
Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bertemu jua..
huhu.apa aku ngarut nih.. ko sedey ker..?? siannn ko...
tp, gadis darat kan ramai..tul tak Farahzila...?
Comment to Farahzila:
bukan setakat berat, tp mengerikan gak la. Nasib tak der belerang dlm tu. Kang meletup kat situ lagi naya jer.. jd padang jarang padang tekukur la dataran merdeka tu..
tp mmg best la..jarang kan kita dpt tgk benda2 camtu kan..
p/s: tetiba tingat kesatria kat uitm lak..
Post a Comment