Tuesday, February 10, 2009

Siapa Hensem??

Situasi : Kejadian yang berlaku di bawah tidak ada kaitan antara yg idop ataupon mati.. Ini adalah utk bacaan umum dan diklasifikasikan sbg 'U'. Hanya hiburan semata.

*****************************


Gadis A: Beb...ko tgk mamat baju kotak2 tu, giler baban la hensem dia tu...cair aku!

Gadis B: Yg mana? Yg sebelah kiri tepi tong sampah tu ke? Biasa je aku tgk! Tak der la hensem pon. Cute lagi brader yg kat tgh jual beger tu.

Gadis C: Macam tu korang cakap hensem and cute, aku rasa kawan dia yg baju hitam tu lagi hensem! Betul tak??

Gadis D: Ntahapahapantah la korang ni. Mamat2 mcm tu pon korang taste ke? cuba tgk pakwe aku ni, lagi macho!

*****************************

Untuk wanita di luar sana, pernah tak korang berkonfrantasi seperti situasi di atas? Atau paling tak pon mengalami situasi cam tu? Hahahhaaa..jangan tipu..tipu dosa tau... Comfirm pernah kan?

Untuk sang jejaka lak, apa korang rasa bila girls berbual-bual topik cenggini depan korang?? Mesti ada yg tergugat kan especially bila bercerita tentang level kehenseman korang tuh.. Heheh..saja je aku nak buat isu kat sini.. kes..kes..kes..kes...


Secara kasarnya, bagaimana korang menilai maksud hensem, kacak, macho, cute, segak dan sewaktu dengannya yg wujud pada lelaki termasuk jugak jika seseorang tu tak hensem pada pandangan mata korang? Dan bagaimana pulak contoh orang yg korang katakan hensem or tak, cute, macho dan sebagainya ni??

Confius kan? Aku pernah gak la bertanyakan kepada beberapa org wanita kat luar sana pasal pendapat diorg tentang sifat-sifat lelaki hensem sumer ni. Dan kebanyakan jawapan yg aku dpt sumernye berbeza-beza. Contohnya, ada yg kata si Abu ni hensem, tapi bila tanya org len, jawapan yg aku dpt sebaliknya. Ada yang kata tak hensem, ada pulak yg cakap cute. Jadi.. apa kesimpulannya??

Nyatanya setiap org ada persepsi tersendiri tentang apa yg diorg lihat kan. Ada yg melihat org hensem tu tak cute, dan ada pulak yg melihat macho tu bukannya terdiri dari org yg segak bergaya. Hurmm.. musykil pulak aku nak cari makna dan identiti setiap kategori nih.

Bila bercakap pasal macho, ada yg beranggapan org tu tak perlu hensem utk jd macho. Jejaka yg suka smoking dikatakan lebih terserlah kemachoannya apatah lagi sifat kejantanannya. Yang metroseksual dan pandai menjaga penampilan pulak dikatakan lebih segak dan tampan, yg berwajah keanak-anakkan pulak cenderung dilabel sbg cute, comel dan jambu. Hurm... tapi kat mana pulak letaknya hensem setiap mereka-mereka ni kan? Bagaimana pulak kalau mereka yg kurang perfect dan bukannya model type of person? boleh jugak ke diklasifikasikan sbg hensem atau kacak? Subjektif jugak jawapannya kan! Tapi tu la persoalan yg mungkin jarang kita amik berat. Sebab bagi kita, apa yg cantik dan perfect yg dilihat dpn mata ni, tu la yg nanti kita huraikan sbg terbaik. Yg tak suka kita tgk, itu yg kita anggap buruk.

Entah ler... aku pon slalu tertanta-tanya pasal hal2 cenggini. Susah nak menilai org sbb setiap mempunyai keunikkan berbeza. Yang pasti, lain org lain citarasanya kan. Yg cantik pada kita tak bermaksud sama pada org len, dan tu jugak sebaliknya.

8 comments:

rizz said...

hahah betul sgt3 lah tu mmg pernah mngalmi situasi ni ahahha...

Anonymous said...

baik jadik tak ensem asalkan perangai yg ensem...

mesin.bayar.parking

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz:

Hahaha..
rizz pon penah kena situasi cam ni gak ker?? ekekek..
so, diorg ckp rizz hensem ke cute..?? ahaks...


Comment to Mesin:
Wah! Sejak akhir² ni mcm2 jenis mesin yg log in kat blog aku..hehe..
bagus²!
erm...tapi betul la, buiar tak ensem tapi perangai ensem..tapi susah kan, org lebih menilai ensem luaran dari dalaman.. sbb bila ensem, diri akan dpt lebih perhatian dari yg kurang ensem ni..
begini la nasib diriku...ekekeke...

Adam Arjuna said...
This comment has been removed by the author.
ayuputeri said...

smtimes ada org akn ckp apa gune ada rupe tp perangai hancus!!..
sebenarnya mayb setgh2 pmpn akn memilih rupe tp for me la hensem ke cute ke macho ke smua tue subjektif cz susah nk explain klau blh biar la lebih kepada as long as sedap mata memandang kannn..

congrtaz adam for diz topic sekurangnyer kite mengenali lelaki mcm mne kan..
hahahah!!

Adam Arjuna said...

Comment to Ayuputeri:

Ye la kan, setiap orang ada pandangan dan persepsi berbeza tentang apa yg diorg lihat dan pandang. Macam yg adam ckp, lain org lain penerimaannya.

Sama jugak cam laki bila melihat pompuan sendiri. Punya definasi berbeza gak mcm mana pompuan sendiri bila melihat lelaki. Yang pasti nilai hensem, macho, cute, tampan, kacak dan sebagainya tu mempunyai kriteria tersendiri kepada si pemerhati yg melihatnya.. heheh...

p/s: macam berceramah la pulok..keskeskes

LaraHati said...

Kecantikan dan kekacakan bermula dari hati. hati yg bersih, jujur n tulus akan menzahirkan fizikal yang berkeyakinan n berketrampilan. apa pun terpulang pd individu utk menilai. yg pasti kecantikan dan kekacakan yg dipuja, suatu hari nanti akan pudar jua...

Adam Arjuna said...

Comment to LaraHati:

Wah! mendalam sungguh kata² ko ni..but the fact is, its true dude..

but reality is different kan..? yg elok rupa lebih senang dihargai jika nak dibandingkan dgn yg sebaliknya kan..kan..kan..

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates