Monday, March 16, 2009

City of Ember

Aku tgk wayang lagi.. ahaha.. aiyo! Skang ni dah terasa macam makin kerap je aku gi nonton movie di pawagam. Pendek kata, mcm tak nak langsung terlepas dr melayan citer² yg baru kuar ni. Sorang2 pon sanggup! kalu berteman lagi la best! ** wink ** wink!! Duit pon makin susut ..(padan muka aku!!) Yang tak bley blahnya, dah macam kat umah tu tak der tv jer..hehe :P

Apa pon, tu salah satu perkara yg aku buat kalu nak kasi ilang stress atau lupa seketika masalah yg melanda dlm jiwa nih… perrgghh ayatttTT!

Sebelum aku me’review’ ngan lebih lanjut lg, aku nak kaksi 2 bintang je kat citer City of Ember ni.

Mulanya terasa macam excited giloss nak nonton citer ni sbb aku agak familiar ngan hasil lakonan Bill Murray dlm filem2 nya terdahulu. Memandangkan pulak byk citer kat panggung yg dah aku tgk, tu blom masuk lagi DVD cetak rompak, so dah tak de choice..!! and mood ari tu pon mcm nak layan citer omputih, jadi pilihan aku adalah City of Ember. Thanks to seorg kwn yg sudi teman. 3 org rakan len aku layan Race To Witch Mountain as aku pon dah layan citer tu..better tgk citer len lak kan?

Berkerut-kerut gak dahi aku setengah jam pertama menonton citer ni. Cuba nak paham citer berkaitain apa, kenapa, dan mengapa benda ni berlaku, apsal diorg kat situ, kenapa diorg mcm ni..dan macam2 la yg aku pk semasa menonton citer ni hanya sebab nak paham apa sebenarnya main point yg tersirat melalui City of Ember ni.

Citer2 omputih ni slalunya conclusion nye kita dah bley tangkap kat intro awal setiap citer tu. Dan sedari awal tu gak la aku cuba focus apa sbnrnya yg tersirat melalui filem ni. Tapi agak hampa sbb aku tak dpt gali sgt maksud dan jalan citer ni pada awalnya.. (Eceh ayat!)

Tapi, selepas satu babak seorg budak perempuan yg menemui ‘time box’ turun-menurun milik neneknya yg agak nyanyuk, baru lah perjalanan citer ni semakin rancak dan menarik. Mengkaji apa sebenarnya yg masyarakat di City of Ember ni mahukan, mencari jalan keluar melalui semua kod2 rahsia yg hampir 200 tahun lamanya tersimpan serta cuba mencari sinar dan harapan baru bagi setiap penduduk di Ember ni adalah motif yg cuba dirungkai.

Kalu anda meminati The Da’ Vinci Code dan National Treasure, mungkin anda akan menjadi peminat kepada City of Ember. Cuma bagi aku, perjalanan citer yg agak slow ni buatkan penonton jd gelisah hanya semata-mata nak menantikan babak klimaks kepada perjalanan keseluruhan citer ni. Tidak seperti dua filem yg aku sebut td. Seawal citer dah agresif dan menarik membuatkan penonton sentiasa tertunggu apa akan berlaku seterusnya.

Namun, dari segi kostum dan rekaan set movie ni, kesan khas dan watak, aku agak respek la. Walaupon penuh dgn kegelapan, tapi mampu membuatkan ianya kelihatan menarik dan seolah berada dalam ruang dunia yg sebenar.

Buat sumer, kalu korang dah tak der choice sgt nak menonton movie di pawagam, rasanya tak salah menjadi City of Ember sbg pilihan masa lapang korang tuh. Enjois!!!

14 comments:

Anonymous said...

city of ember?

amber chia berlakun kew? LOL

Anonymous said...

amber chia??
hahahaa!!!! can't stop laughing!!
teringat c pondan dlm SYCD 2!! ahahahaa

Adam Arjuna said...

Comment to Ray and Sakura:

erk!!!
[a]mber ke [e]mber..??
tetiba aku lak confius..huhu
mugkin pengarah ni suka kat amber chia kot sbb tu dia letak tajuk city of ember.. tp bukan ember chia yg berlakon..harap maklum :P

farish izaryl @izreez said...

ahha alahai nape x ajak me tgk wyg sama.ngee!:p byknye cte bru kua knn

KeMatZ said...

amber chia... teringat watak mimie... yang obsess ngan amber chia.....

aku rasa dalam SYCD... Mimie tu ajhe yang menghidupkan cerita...

lain semua... hampeh.... maybe terikat ngan script dan arahan bengong si pengarah kot...

Edzlin said...

yeke. saya rasa lakonan SYCD yg lain2 ok je, cuma adala beberapa yg mcm kayu terutama ebi. huhu.

film city of ember ni dah lama tertunggu2 nak tgk dr last year lg. tp kalo 2 stars...hmm....saya suka idea film ni. dunia bawah tanah. dari novel ke eh...mcm penah dgr

KeMatZ said...

pendapat masing masing....
pada aku semua sama ajhe...

kayu, buluh bagai semua ada..
sampai lakonan amani dan samuel pun agak down...

wakkkakaka... tu semua akibat script dan direction director yang hampeh...

kesian kat AMANI....

KeMatZ said...
This comment has been removed by the author.
SyuQ said...

cam best jer cerita ni...

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz:

hehe..
sory la rizz! cam ne nak ajak , lgpon mana ada access.. hehe :P
tp bulan march ni mmg byk citer kuar la.. ada lg list yg dlm process nak tgk nih.. ahaks!!

Comment to SyuQ:

bg aku ok lah utk menghabiskan masa lapang tu kalu dah tak de sgt citer nak tgk..
tak de la buruk sgt, masih boleh diterima akal laa..
tu bg aku la bila dah tonton citer nih..

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz and Sakura:

Wah korang ni.. errkk.. poster kat blog aku ni citer City of Ember, ulasan and review aku pon pasal citer City of Ember.. tp cam ne lak komen leh ke citer SYDC nih?? musykil aku!!

bab2 nak ubah topik mmg terer kan ko ni kematz..keskeskes..

nnt la aku ulas pasal SYCD lak eyh.. kat situ korang berdebat la.. ahaha..

p/s: City of Ember punya idea yg luas tp sayang..garapan citer sedikit membosankan..

Unknown said...

emmm.. br plan nak tgk.. tp cam xberapa... kena wat pertimbangan semula la ni...

KeMatZ said...

Adam... ko tau kan aku..
memang suka corner topic perbualan....

wakakakka

wehh aku perhatikan ada tak kena lahh ngan senarai comment ko skrang...

awat aaa..... hemm... mushkil jap....

ni adalahh ciri ciri nak corner topic lagi.... wakakka

Adam Arjuna said...

Comment to Voice:

bro, tak salah kalu ko nak layan citer tu. Jgn ikut sgt apa aku tulis, review org kan berbeza...


Comment to Kematz:

beb! aku tau maksud tersirat ko tuh. hehhe :P tapi tu la, nak wat camne lg. yg tu yg sudi drop by, aku kan universal studio, layan je la.. nnt org kata aku kekwat..

tak gitu.. :P

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates