Berkesempatan menonton Dragonball Evolution ni panggung sehabis je waktu keja aku kul 10 mlm semalam, buat aku tak sabar sgt nak menyaksikan aksi lincah Goku dan delegasinya dilayar perak. Promo yg dah dibuat hampir setahun buat aku rasa lagi excited. Dengan bertemankan seorg housemate aku...terus shoot ke TGV Bukit Raja Klang utk menyaksikan tayangan kul 11.30 mlm movie nih.
Kalau nak dikira berapa banyak bintang yg bley aku kasi utk movie ni, mesti aku akan garu kepala. Niat di hati nak je kasi 4 or 5 bintang. Tapi aku mampu kasi 2.5 bintang je kot. Why..why...why...?? Let’s check it out.
Aku yakin expectation org especially peminat tegar siri Dragonball ni mesti sangat tinggi. Nak tgk skill fighting yg mantap, karektor kartun yg dibawa ke alam realiti yg hebat, jalan citer yg gempak dan macam2 lagi la. Tu je yg aku rasa sebelum menonton citer ni sbb aku sendiri bley dikatakan peminat Dragonball gak la..walopon tak la setegar mana.
Dragonball Evolution adalah judul yg diberi pada siri ini. Beberapa karektor penting yg asal yg ujud dalam dunia sebenar Dragonball versi kartun dilayarkan dalam filem ni seperti Goku, Gohan, Bulma, Master Roshi serta watak villain iaitu Piccolo dan Ozaaru. Namun bagi, agak sayang sebab setiap watak ni tidak dikembangkan dgn baik melalui jalan cerita ni. Watak2 yg muncul seperti kurang menampakkan impak kepada jalan cerita Dragonball Evolution ni. Karektor yg dibawa agak ringan dan kurang menonjolkan identiti sebenar setiap watak. Tidak seperti menontonnya di tv, watak2 yg wujud mampu memberi kesan kepada kita sehingga kita boleh ingat peranan2 mereka di dalam versi kartunnya kan.
Sebagai penonton, kepuasan dalam menonton filem adalah sesuatu yg diinginkan oleh setiap org. Tapi personally bagi aku, aku tak dapat kepuasan tu. Jalan cerita yg agak singkat dengan masa tayangan yg agak pendek (lebih kurang 90 minit) buat aku rasa mcm ada sumthing yg kurang pada filem ni. Segalanya mcm tersangat pantas dan cepat. Macam tak nampak dan tak sampai klimaks kepada jalan cerita yg ingin dilayarkan. Tu pendapat aku.
Tapi, aku tak nafikan yg semua bentuk kesan khas, kostum, pembawakkan setiap watak dalam cerita ni boleh dikatakan baik walopon aku yakin ramai antara kita yang lebih mahukan konsep cerita yg asli seperti mana yg boleh kita tonton di kaca TV. Even jalan cerita yg dipaparkan lebih kepada arus kemodenan, namun ia tidak sangat mencacatkan matlamat dan mesej yg cuba dipaparkan menerusi movie ni.
Komen aku, jika diperkemaskan lagi karektor setiap watak, jalan cerita, peranan setiap kerektor yg lebih agresif dan berkesan serta naratif cerita yg lebih mantap, aku yakin Dragonball Evolution mampu menjanjikan satu kepuasan kepada penonton. Pada sesaper yg rasa mahu menilai sendiri keberkesanan filem ni pada diri sendiri, aku cadangkan korang tak ketinggalan menontonnya di panggung. Mungkin apa yg aku rasa tak seperti apa yg korang sangkakan..tul tak. Bagi aku, Dragonball Evolution agak menghiburkan, Cuma dari segi nak mencapai tahap kepuasan menonton tu..blom lagi kot. Pastinya, aku sangat2 menantikan sequelnya nnt jika ia diteruskan. Hopefully it’s much better than the previous one.
Selamat Menonton.
**********************************
p/s: Pastikan korang stay dalam panggung sehingga cerita ni habis ok. Ada lebih kurang 5 minit lagi babak selepas kredit movie kuar. Next...movie aku nak layan Race To Witch Mountain, The International, Sayang You Can Dance. (saper nak teman aku…??)
12 comments:
wahaha mk ikot adamm p tgk wyg hikss ape id ym u? btw 2bintang je tuk dgon ballz ni? mlas la tgk hahaa
dah agak dah citer nih x best....
Comment to Rizz:
my YM - (lee_royz)
ahaha...tak de la 2 bintang.. 2.5 up to 3 la gak..
bukan sbb tak best, tapi kurang kepuasan menonton..sbb mcm ada yg slightly slack...ntah..
Comment to Jejaka Anggun:
wah!! panjangnya nak taip nama..:P
bukan la tak best sgt bro..
bley tahan gak la..
kira tontonan ringan je la..
aku nk ikot kalau tgk citer selain race to the witch mountain... biasa2 je citer tuh...make sure ko ajak!
hahaha....
p/s: aku rasa mcm nk pegi dinner tu.
emmhh...
x brp besh ke..?
mcm da boleh agk..
sbb mcm kata ko, expectation pada pengikut2 dragonball msti tinggi, mcm aku...
aduyai..~
Comment to Fushairie:
ok2!! nnt aku ajak eyh..
tu pon kalu ko tak bz la bro!
p/s: jom gi dinerr tu...yahoo..
Comment to Akramin:
ahaha!! yezza bro!
mmg expectation org akan tinggi utk citer tu, tp bila dah tgk.. mcm tak capai kepuasan menonton jer..sedey..!!
tapi aku tak la klasifikasikan citer tu sbg tak best sgt.. cuma 'boleeehhh laaa....'
wOw
Kolum Mingguan Malaysia pada 1 Januari 2010:
BISIK-BISIK FILEM bersama ADAM ARJUNA..~~~~
p/s: aku dh "up" sket ko nih..mana tau leh jd kolumnis terkenal lak pasni.hehe..
Comment to Kematz:
apakah yg 'Wow! itu wahai encik kematz?? huhu :P
Comment to Fushairie:
gitulah statement!!
sgt tak bley blah la kawai oiii!!
apa pon, tr=ima kaseh la sbb mengsuka-hati upgrade kan aku..wakaka..
p/s: nak terputus urat perut aku gelak...wakakak
aku slh seorg peminat tegar Dragonball. aku mmg kecewa ngn filem ni. dah berkurun aku menunggu Dragonball ke layar perak, ini hasilnya... :-(. tp, awal2 aku dah set minda aku, jgn harapkan sesuatu yg luarbiasa dr sesebuah filem adaptasi (pengajaran lalu begitu beerti)
p/s: motip goku kesekolah...
Tu la pasal.
masa nak tgk kira cam agak excited la, tp bila dah selesai tgk, aku jd down sbb tak seperti aku harapkan..
bukan senangkan nak puaskan ati org nih?
apa pon congrates to production team Dragonball Evolution ni sbb berjaya merealisasikan impian kebanyakkan penduduk dunia yg mahukan citer animasi ni ke layar perak.
hope jika ada sekuel nnt, biar lah lebih baik!!
hopefully sequelnya lbh better. aku x hrpkan citer ni perfect cam dlm komik. tp jln citer asalnya jgn la diubah n karakter satu2 watak tu seharusnya dikekalkan seperti mana dalam komik... supaya identiti n keaslian sebenar komik tu still ada
Post a Comment