Saturday, April 11, 2009

Jangan Tegur


Aku kembali dgn ulasan filem pulak kali ni. Last movie yg aku tonton di pawagam adalah filem kreatif 'Talentime' almost dua minggu yg lepas. Skop aku kali ni pulak kepada sebuah filem baru keluaran Metrowealth Movie Production berjudul 'Jangan Tegur'. Berapa bintang bagi aku utk filem ni? aku hanya mampu kasi 3 bintang je! Kenapa yerk?

Bila menonton sesebuah filem, bagi kita bukan hanya perlu menonton cerita yg dilayarkan tu dgn sepasang mata ni sahaja, tapi juga perlu juga mendengar apa yg di sekeliling dan merasai apa yg cuba dipaparkan utk mencari sendiri tahap kepuasan menonton kita. Itu yg aku cuba buat setiap kali menonton filem atau drama, bukan hanya sekadar focus pada satu segmentation saja.. kita perlu lebih dari itu sebenarnya.

Jalinan antara jalan cerita, watak dan penghayatan, karektor, pengucapan dialog, plot yg dilakukan, emosi, naratif filem serta mesej yg ingin disampaikan adalah apa yg cuba aku perhatikan di dalam sesebuah filem yg ingin ditonton. Itu bagi aku!

Jangan Tegur, sebuah lagi filem seram yg disebut bakal menggamatkan suasana di panggung semasa anda menonton. Tertarik dgn salah satu statement (kalau tak salah la..) yg dibuat oleh produsernya iaitu David Teo, "Jangan Tegur adalah 10 kali lebih seram dari filem successnya terdahulu seperti Jangan Pandang Belakang dan Congkak". Adakah kepastian beliau tepat utk menggambarkan apa yg terdapat di dalam Jangan Tegur adalah lebih baik dari filem yg sebelumnya? Bagi aku, tidak kepada 100%. Mungkin 40% saja tepat.

Filem yg mengisahkan tentang dua cerita berbeza pada mulanya namun mempunyai satu kaitan yg sama di sebalik kisah seorang gadis bernama Natasha dan Baizura. Natasha, seorang gadis yg sudah berkahwin mengalami koma akibat terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya namun pulih secara tiba-tiba. Manakala Baizura, seorang gadis kampung yg berhijrah ke bandar telah pulang semula ke kampung halamannya setelah menerima berita tentang kematian neneknya yg tersayang. Akan tetapi, kepulangannya itu merubah keadaan dirinya hingga dia hilang tanpa dapat dikesan.

Sejujurnya, Pierre Andre yg juga merupakan pengarah kepada filem ini mempunyai konsep cerita yg baik utk dilayarkan, namun sayang kerana pengarahannya utk Jangan Tegur seakan tidak kemas sehingga menampakkan beberapa kelemahan yg ada pada filem ini. Susunan karektor dan kaitan antara watak digabungkan dgn kurang baik especially tolenransi antara watak Natasha dan Baizura. Antara persoalan yg mungkin bermain di minda anda ketika menonton, kenapa hanya Natasha sahaja yg boleh melihat bayang² ghaib setelah pulih dari koma dan kenapa Baizura memilih Natasha untuk membongkar misteri kehilangan dirinya tidak dinyatakan dgn jelas. Adakah kerana kelibatnya yg mengundang Natasha terlibat dalam kemalangan menjadikan Natasha orang yg dipilih oleh Baizura? Apa kaitan Baizura dan Natasha dalam filem ini?

Plot dan kesinambungan cerita serta beberapa babak yg dilayarkan juga agak kurang diberi perhatian sehingga ada babak kelihatan seakan-akan seperti tergantung di tengah². Logik serta boleh diterima akal mungkin diperlukan oleh penonton semasa menonton genre filem sebegini. Especially yg melibatkan soal adat dan budaya masyarakat melayu. Ada ke kalau orang yg telah meninggal dibiarkan mayatnya seorang diri tanpa dijaga sebelum dikebumikan, dan tuan rumah pulak boleh masuk tidur..? Selain itu, kehadiran pelakon² tambahan juga seakan tidak memberikan apa² kesan kepada keseluruhan perjalanan cerita di dalam filem ini.


Pengucapan dialog dan skrip juga bagi aku mengundang kepada filem utk dikritik. Lemah dan agak kaku. Yes!! Itu yg aku perasaan semasa menonton. Pierre yg boleh dilabelkan sbg pelakon yg baik gagal menaikkan mood utk filem ini. Termasuk juga Julia Ziegler yg membawakan watak sbg Natasha ini seperti tiada daya. 'Sayang.. sayang.. sayang.. please.. please.. please..' itu mungkin yg anda akan dengar sepanjang menonton filem ni. Rata² penonton juga agak rimas dgn keadaan ini dari apa yg aku lihat dan dengar. Namun pujian jugak kepada Julia kerana lakonannya lebih dan semakin baik dari filem Kayangan yg dilakokannya sebelum ini terutama pada babak Natasha dirasuk. Tidak dilupakan juga kredit kepada Nadia Mustafa dan Ellie Suryati yg membawa watak dgn sangat berkesan dan antara punca filem ini hidup dalam mata penonton.

Selain itu, aku juga menggemari teknik serta kesan khas yang terdapat pada filem ini especially perubahan make up serta efek pada wajah Nadia Mustafa serta Julia Ziegler semasa mereka melakonkan babak rasuk. Bagi aku, ia satu kelainan di dalam filem² seram sebelum ini yang lebih memfokuskan kepada imej² hantu. Tahniah produksi! Filem ini juga berjaya membuatkan penonton berdebar-debar dengan setiap babak² gelap, suspen dan cemas melalui sistem bunyi dan audio surrounding yg digunakan.

Namun bagi aku, Jangan Tegur bukanlah sesuatu yg merugikan utk ditonton. Meskipun terdapat beberapa elemen dan kelemahan yg boleh kita rungkaikan, tapi ia tetap boleh menjadi sebuah filem yang menghiburkan untuk seisi keluarga.

Bagi yg belum atau sudah berhasrat utk menonton filem seram terbaru keluaran tempatan ini, apa kata luangkan masa utk menilai sendiri filem ini kerana pendapat and mungkin berbeza dgn apa yg dah aku nyatakan di sini. Selamat Menonton. :)

P/S: Aku masih lagi kecewa dgn sikap penonton kita bila menonton filem di panggung! Masih kurang sensitif dan peka dgn keadaan sekeliling. Kalau rasa nak buat bising, sembang, borak, gelak tak tentu hala.. baik beli je DVD pirate tu kalau dah tak mampu sangat, then layan la kat umah! Senang tak kasi nyusahkan hidup orang lain. Sembang la suka hati korang yerr.. Please!

8 comments:

joegrimjow said...

cite2 macam ni xde kat tenet ke?

KeMatZ said...

welldone.... pengkritik movie hebat
sure lehh menang...

tapi citer ni atleast more better dari CONGKAK... cuma sama level ajhe ngan JPB....

so tak perlu nengok sampai 5 kali...
wakakkakaa

Izman said...

n d title jugak x kena sgt!!

edzlin007 said...

tak minat sangat filem hantu, tapi sayangnya filem ni tak sebagus jangan pandang belakang kan. bila la nak ada filem lebih seram lagi.

p/s: tak suka juga orang bising dalam pawagam, part yang betul seperti lucu/ketawa, jerit/takut, takpe jg

Adam Arjuna said...

Comment to Joegrimjow :

aku tak sure la bro, citer ni pon baru lagi kat pawagam. citer² melayu ni susah nak dpt kat internet..

Comment to Kematz :

ahaha..
adoyai..apa kes la statement ko ni..tolong la beb.. tak tercapai akal ku ok! :P

bg aku congkak pon not bad, but ending dia je macam hampeh giler, flow citer dah ok.. Jangan Tegur lak citer a bit longgar la..

tu pendapat aku jerr..

Comment to Izman :

yup! sangat agree!!
lupa lak nak mention pasal tajuk 'jangan tegur' tu sendiri dalam review aku..

mmg tajuk yg tak kena dgn jalan citer..

Adam Arjuna said...

Comment to Edzlin :

aik! tak minat tgk citer hantu?
tapi statemnt tak sabar nak tgk filem seram lagi kan.. cam mana tu?

but yup! citer ni tak sehebat jangan pandang belakang. hopefully soon ada filem yg lebih hebat, lebih seram dari tu..kan..

p/s: mmg frust lah lin bila ada manusia yg cenggitu dlm panggung..

rizz said...

hurmm rizz nk tgok gak la..lain org lain pndapatnya kan..4 me x ksah la cte tu best ke x jnji niat kte nk tgok tuh klau da kuat..xley nk halang kan?

Adam Arjuna said...

tgk jgn tak tgk rizz!!
tak de la tak best sesangat.
boleh la layan..tp tak sehebat JPB la..sbb masih boleh nampak kekurang itu..

yup! setiap org kan pendapat berbeza..

selamat menonton :)

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates