Entry aku kali ni berbeza skit. Kalau selalu aku create posting yg more to pemikiran, lifestyle, cara hidup kita seharian yg jarang kita kaji and amik tau serta citer² hidup aku yg tak berapa best tu.. tp kali ni aku mau stori-mori pulak pasal citer² lawak a.k.a kelakar tahap cipan ngan korang. Saja nak buatkan hari² korang lebih happy dan gumbira yg mungkin td korang muram sbb gado² ngan boifren or girlfren ke, kena sound ngan driver bas ker, terkena panggilan hangitt ke, kena makin hamun ngan boss ke atau yg sewaktu dgn nyer tu.
So, kat bawah ni ada beberapa koleksi citer² kelakar (kelakar ker..? entah!) utk tatapan korang sumer eyh, especially to all my dearest blog readers. Eceh! :P Enjoy reading k.
Kisah benar ini berlaku di Menara KLCC yg menjadi kemegahan kini. Pernahterjadi pada suatu hari, waktu tu KLCC baru saja dibuka utk kegunaan ramai. Seorang pegawai yg bertugas lebih masa terpaksa tinggal di pejabat keseorangan. Toleh kanan, toleh kiri tak ada orang di sana sini. Tengok jam di tangan dah pukul 3 lebih. Maka lelaki ni pon bergegas la utk turun ke bawah. Kebetulan pulak pejabatnya di tingkat 40. Tinggi tu bai.. Kalau nak diikutkan, time ni dah patut tak ada org lg dah. Lelaki ni pon melangkah masuk ke lif. Tekan butang G, tetiba je lif bergerak laju naik ke atas. Lelaki ni dah mula tak sedap hati. Sampai ke tingkat 56, lif tetiba berheti.
Berdegup kencnag jantung lelaki ini. Masuk seorang perempuan cantik yg mmg tak pernah langsung dilihatnya sblm ni. Melangkah masuk sahaja diiringin pulak dgn bau harum semerbak. Dalam hati lelaki ini dah mmg tak tenteram. Bau wangi ni pon dah buat dia berfikir panjang. Lif turun semula menunju ke tingkat bawah. Sampai je di tingkat 18, tetiba lif berhenti sekali lg, tapi kali ni dalam keadaan mengejut. Lampu lif pon turut terpadam. Lelaki ni mula panik. Seretak itu juga ada bau yang amat meloyakan tekak menusuk hidungnya. Tentu dapat dibaca apa yg terlintas di fikirannya. Beberapa saat kemudian lampu lif bernyala semula. Dalam ketakutan, lelaki ini memberanikan diri menoleh ke belakang..
Dengan muka kemerahan, perempuan itu pon berkata : "he..he..he.. maafkan saya. Tadi saya terkentut!!"
Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.
"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya." kata Sonto kepada Supir.
"Bagus la tu, Habis kenapa pulak kau bersedih ni?" tanya Supir kembali..
"Sebab saya tak dijemput..huaarghhh.." jawab Sonto.
"Bagus la tu, Habis kenapa pulak kau bersedih ni?" tanya Supir kembali..
"Sebab saya tak dijemput..huaarghhh.." jawab Sonto.
TEMUDUGA WARDEN
Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.
Pegawai : Awak ada pengalaman ke?
Pemuda : Tak ada.
Pegawai : Awak mesti dasyat kalau dapat kerja kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas² semuanya. Boleh ke awak kawal?
Pemuda : Oowwhh..!! Tak ada masalah! Kalau diorg menyusahkan saya, saya keluarkan ajer..!
Huhu.. ada rasa² mcm terhibur tak? Kalu tak, buat² la terhibur yer.. ketawa guling-guling atas carpet pon dah buat saya cukup menghargai usaha anda semua tu.. Ahask! Banyak lagi koleksi² citer kelakar nak mampos kononnya ni akan dipublishkan pada masa² akan datang. Sehingga itu.. Teruskan membaca @geNdaiNsPiRaSi kerana di sinilah gerbang maklumat untuk anda. Wah!! Katanya.. (cam tagline berita perdana lak kan.. :P)
4 comments:
cam dah penah dengar jer lawak2 nih semua?
saya suka lawak yg first tu. yg lain tak ketawa pula...huhu tp enjoy la.
lawak la adam lg2 part yg warden tuh hahah
Comment to Jejaka Anggun :
hehe!
besa la bro.. lawak recyle katanya.. keskeskes!!
Comment to edzlin :
ahaha.. 'jangan la ketawa!' mcm jac ckp.. hehe...
p/s: ezdlin pernah ke baut camtu dlm lif..? jangan deeekk....!!
Comment to Rizz :
tu la warden yg bertauliah kan..
mmh hancur dunia kalu ada yg buat cam tu kan...
hehe..
mmg sgt tak bley blah!!
Post a Comment