Tuesday, April 14, 2009

Queens of Langkasuka

Kali terakhir aku menonton filem Thailand di pawagam rasanya tahun lepas, melalui cerita Long Khong 2. Seorang diri je waktu tu sbb aku tau tak ramai member aku gemar nak follow citer² mcm ni. Dan sehingga kini, antara filem² negara jiran ni yg menjadi kegemaran aku ialah 303: Fear Faith Revenge (my favourite so far), Nang Nak, Nang Nak 2, Nek Nak (oooppss!! ni tak termasuk! silap!!), Long Khong, Long Khong 2 dan yang terbaru Queens of Langkasuka.

Tertarik nak menonton citer ni semasa aku tertengok trailer movie ni diputarkan di dalam panggung minggu lepas. Nampak menarik.. tap entah la kan.. Semalam, abis je keja, planning ngan member umah aku gi tonton movie ni. Bagi aku, 3 bintang utk Queens of Langkasuka ni!
Sebelum aku ulas pandangan aku pasal citer ni, aku nak tanya saper tau sejarah Langkasuka? Masa belajar subjek sejarah kat sekolah dulu, ada la dgr gak kan pasal Langkasuka ni.

Sebuah kerajaan terletak di kawasan yang dikenali sebagai Patani (Kedah). Langkasuka juga merupakan sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. . Ada sorg reseacher tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Konon, menurut buku Negarakertagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka. Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropolog berasal dari suku Jawa-Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.

Alamak!! Terlebih sudah! But, tu la serba sedikit info pasal Langkasuka. Tapi, movie ni tak der kaitan dgn sejarah tertubuhnya kerajaan ni. Filem ni mengisahkan tentang kerajaan Langkasuka yg diperintah oleh tiga orang puteri bernama Hijau (permaisuri), Biru dan Ungu. Dalam usaha menjaga dan mempertahankan kerajaannya, Langkasuka diancam oleh kekacaun dan kekejaman Prince Rawai dan lanun laut bernama Black Raven. Mereka juga cuba utk menjejaki kembali sebiji meriam terhebat yg pernah dihasilkan oleh seorang pembuat senjata berbangsa asing yg ingin dihadiahkan kepada Langkasuka. Namun meriam tersebut hilang di dasar laut akibat pergelutan kekacauan yg dilakukan oleh Black Raven. Dalam masa yg sama, seorang pemuda gipsi bernama Pari yg pernah dijumpai dilaut pada waktu kecilnya cuba mempertahankan kampungnya setelah seluruh ahli keluarga, teman, isteri serta penduduk² yg lain dibunuh oleh Black Raven. Pari yg ingin membalas dendam atas kematian mereka semua cuba utk mendalami ilmu sihir Du Lum dgn seorng yg dikenali sbg White Ray. Namun keadaan menjadi agak sukar kerana utk mempelajari Du Lum, Pari harus membuang sikap dendam dan marahnya kerana jika tidak, dia akan menjadi seorang yg ganas dan kejam seperti mana White Ray memisahkan dirinya dari sisi gelap dirinya yg dikenali sbg Black Ray. Pelbagai kejadian dan kekejaman berlaku hingga menyebabkan Pari turut terlibat dalam mempertahankan Langkasuka dan dalam usaha mencipta sebuah meriam lain yg lebih hebat utk menentang Prince Rawai, Black Raven serta pengikut²nya.

Sejujurnya, boleh dikatakan aku agak menggemari cerita ini. Bukan kerana sbb filem ini menjadi review pada Cannes Film Festival 2008, tapi kerana ia memberi kepuasan menonton kepada aku. Dengan durasi lebih kurang 2 jam tayangan, ternyata Queens of Langkasuka berjaya membawa perubahan baru kepada dunia perfileman Thailand yg dulunya lebih diterima dgn filem² bergenre seram. Namun begitu, pada sesetengah penonton, mungkin akan berasa bosan menantikan cerita ini hingga ke penghujungnya kerana harus terlebih dahulu meneliti jalan cerita yang panjang dek kerana setiap babak dirungkaikan satu persatu. Queens of Langkasuka juga menggabungkan pelbagai watak seperti Puteri Hijau, Biru dan Ungu, Pari, White Ray, Black Ray, Lord Jarang, Prince Pahung, dan ramai lagi di mana setiap watak mempunyai peranan yg besar dalam menghidupkan jalan cerita Langkasuka.

Kredit juga diberikan kepada tenaga produksi kerana filem ini memaparkan sinematografi yg cantik dan indah kepada mata penonton. Selain itu, teknik kesan khas serta CGI yg digunakan juga boleh dikatakan baik bagi sebuah filem epik yg baru cuba utk memasuki dunia perfileman kreatif sebegini. Melihatkan kepada filem yg menelan belanja sebanyak 140 juta bath ini seakan memberikan kita pandangan bahawa ini adalah filem kita..filem tempatan. Dari segi costume, reka bentuk budaya, tatasusila, riak wajah, nama watak serta pakaian yg dipakai di sepanjang filem ini dilayarkan menampakkan Queens of Langkasuka lebih menjurus kepada masyarakat di tanah melayu pada waktu dulunya. Kalau tak percaya, cuba korang sendiri saksikan..

Jadi, jika tiada pilihan lain, apa korang luangkan masa menonton filem epik Queens of Langkasuka ni kerana hanya anda sendiri mampu menilai sejauh mana filem ini mampu pergi. Mungkin ia bukanlah sebuah filem hebat yg bisa menandingin kehebatan filem epik kita seperti Puteri Gunung Ledang atau pon filem antarabangsa seperti Elizabeth, namun Queens of Langkasuka masih boleh dibanggakan melalui teknik suntingan serta animasi yg agak baik. Selamat menonton :)

10 comments:

rizz said...

wahh cte epik sejarah yer..tula rmai org ckp best cte ni.ok i will see thz hehehee

KeMatZ said...

pergi tak ajak....

DENGAN INI...

surat RESIGN 81jam...
diberikan.....

RESIGN... dr ADAMARJUNAFC

edzlin007 said...

baru tgk filem ni. boleh tahan jugala.

♥Syamelia♥ said...

thx 4 info adam...
for all these while, akak igt rajan sorg jer pakar sejarah, tp adam lg gigih jg pakar sejarah LOL...

btw, brulah now akak taw sejarah langkasuka, coz 4 all these while yg akak taw Langkasuka is nama resort (near helang hotel) n sebuah supermarket di Langkawi :D

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz :

so rizz, my review sama tak mcm nuar?
ni pendapat lelain ok, tak baca pon komen dia.. :P
kalu free, gi layan la citer..
puas ati la..


Comment to Kematz :

Atas ke'resign'an anda, maka dgn itu, ADAMARJUNA FC dibubarkan..
hehe :P YAhhHHOOOo...

bro, citer ni tak de kat sunway la.. kalu nak tgk ko kena gi atleast aling dekat bukit raja je la kot..

selamat menonton :)

Adam Arjuna said...

Comment to Edzlin :

dah tgk eyh?
not bad kan...
kira puas ati gak la sbb citer dia ikut flow dan tak tergantung..
iye dak..

p/s: tgh pk apa filem lak nak tgk pas ni..hurrmm...


Comment to Syamelia :

ahha..
welcome! welcome!
tp ini info copy paste je as pengenalan kpd stori katanya.. hehe
saper bley challenge rajan kalu bab sejarah ...

hamba kan pacar yg hina! :( sob..sob..

byk sbnrnya citer pasal langkasuka ni, cuma kita je yg tak amik tahu.. btw, adam pon pernah terbaca gak pasal hotel langkasuka kat langkawi nun..
hehe..
hotel pon hotel la.. tp tu la impact kesan sejarah kat negara kita ni.. sekurangnya tak de la yg tak tau pasal nama langkasuka ni bila hotel pon dah ada nama yg sama kan...

Ikhares said...

waaa...belum tengok lagi filem ni..

busy dengan final exam.. :(

Adam Arjuna said...

mamsih sempat lagui kalu nak tgk movie nih.. best!!

hehe..

gudluck in ur exam k.

Lady Aurora said...

Saya rasa cerita nie best dan mampu buat saya tertanya2 n try to dig out the real history...Sbb tu i end up reading your blog. Hahaha~

Cerita nie sepatutnya orang melayu @ Malaysia yg buat. Ada budaya kita kat sini... Yang mana budaya tu cantik, indah dan patut dibanggakan...

Adam Arjuna said...

Comment to Lady Aurora:

setuuuuuuuuju dgn anda :)
at 1st kurang maklum gak ngan langkasuka ni, tp lepas menonton sy plak beriya cari infor pasal sejarah langkasuka ni.. hehe..

mmg dlm ni penuh ngn culture dan peradaban masyarakat tanah melayu waktu dulu kan..

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates