Tuesday, April 28, 2009

Skeptikal kah kita?

Bila bercakap soal skeptical, apa yg kita paham sebenarnya? Dari hasil carian aku: The true meaning of the word skepticism has nothing to do with doubt, disbelief, or negativity. Skepticism is the process of applying reason and critical thinking to determine validity. It's the process of finding a supported conclusion, not the justification of a preconceived conclusion. Apa yg aku paham pulak ialah, meletakkan seuatu pandangan rendah pada sesuatu yg kita tak pasti kebenarannya. Hurmm.. lebih kurang kan? Orang kita terlalu byk yg sangatt skeptikal kan??


Selalunya kalu berborak ngan mbr aku kat chatroom, tak byk la yg kiorg bual kosong. Selain gossip **wink, byk gak topic yg aku suka debatkan.. Tak caya? Ok.. ni antaranya.. Text kat bwh adalah hasil chatting aku ngan mbr2 aku bebaru nih. Tp aku dah edit, dah olah jdkan ianya sebuah karangan.. mudah skit korang nak baca. Next.. enjoy reading k.. and don’t feel hard to drop comment about it.
Permulaan story pasal kewangan…

Orang mungkin nampak diri kita mewah dgn hanya cara kita berpakaian.. berhibur sana sini, makan itu ini ikut suka gigi je kan.. Skali tgk mcm kaya je mamat nih.. dari situ mula dibandingkan dgn org lain. Sebenarnya kedudukan kita sama je. Kita bekerja utk cari duit.. Duti utk kegunaan diri sendiri, utk kesenangan diri kita gak, masa depan dan keluarga.. bukan utk kesenangan org len kan. Setiap org ada cara sendiri nak berhibur. Tapi takkan la sampai ikat perut hanya utk spend sejumlah amount yg buat kita nak enjoy je kan. Tp buat pe pulak nak tahan nafsu yg terlalu sangat walhal ada duit..nak ini tak bley.. nak tu pon tak bley.. sumernya nak kawal. Salah ke kalau kita beli apa kita nak kalu itu menjamin kepuasan kita kan. Dalam pada tu, kena la tgk sama kemampuan diri ni. Jgn belasah jerr.
Tak semesti bila melihat seseorg tu kerap bertukar pakaian kita anggap dia mewah. Mungkin ada yg terlekap di badannya tu kurang dari RM 50 pon.. mungkin lebih rendah dari tu kan. Jgn sbb tu kita anggap dia mewah berbelanja. Bg aku, bukan susah kita nak kelihatan mewah. Hanya padankan apa yg patut, tentu org akan impress!. Kalau pandai gayakan, pandai jaga ketrampilan diri, imej sentiasa clean.. bersih, barang bundle pon boleh nampak mahal kan.. Kalu dlm 4 bulan skali, bru beli seluar jeans beharga RM 150 sehelai, lepas satu tahun.. bru beli kasut jenama Primavera dgn harga RM 200 sepasang.. adakah itu dianggap mewah. Sumtimes kita kena fikir rasional gak. Lain la kalu dah setiap hari kita keluar shopping.. dpt je duit gaji.. tak smpai seminggu dah abis.. tu patut la dilabel mewah + membazir.. tp kalu dah lima nam bulan simpan duit just utk dptkan brg yg sedikit mahal.. tak salah kan?? Kalu sebulan sekali pergi clubbing nak hiburkan diri lepas utk stress dgn kerja.. pon bley dikatakan agak berbaloi..iye dak?

Apa pon setiap org ada persepsi sendiri dalam mencari kepuasan diri. Asal kita enjoy dgn life dan tak memudaratkan diri sudah la kan.. tapi jangan sampai terlebih pulak...

Story kewangan berlarutan ke isu clubbing…


Kalau ada antara kita yg pergi clubbing ke kelab gay, adakah kita akan dilabel sbg gay jugak?? Tu satu lg pandangan skeptikal masyarakat kita skang ni. Pakai baju kaler pink dikatakan gay, lelaki kahwin lambat dikatakan gay, lelaki berkawan rapat dgn lelaki dikatakan gay, lelaki byk kwn perempuan dikatakan pulak playboy.. so kesian jd lelaki ni kan.. serba tak kena!

TIDAK!! (kata kwn aku!!) So, why bother kan? Club is just a club kan? It just one of entertainment around. Ada orang suka main pool, pergi karaoke, pergi tgk wayang..dan ada juga yg suka clubbing. Kepuasan terletak pada individu tu sendiri kan? Kalu sesebuah kelab tu byk port dari org² golongan gay utk melepak, takkan orang straight tak leh melepak kat situ jugak kan? Dulu aku agak conservative bila bercakap soal ni. But now I’m old enough to be an adult kan.. Makin byk aku membaca, makin jelas aku melihat dgn keadaan sekeliling, now I’m realized pasal benda² ni sumer. Actually pemikiran masyarakat yg suka meletakkan sesuatu label tu yg menghukum seseorg tu sbg itu dan ini. It’s Not Fair!! Sebab kita tak bg peluang utk org lain menidakkan apa yg tidak. Sumtimes, we have to broaden up our thinking.. then we know what we have around.

Gay or not, itu cara hidup yg dah dipilih kan? And I’m sure that they already know the consequences about it. The matter is, gay pon org jugak! Memang ada yg jahat, tp tak semua gay tu jahat! Gay, Bi or even Straight is still human being. Kalau seseorg tu gay, tu dah memang naluri dia.. sama la mcm kita yg straight sbb tu adalah naluri kita. Takkan sbg manusia kita nak pulau hanya kerana mereka gay? Macam mana kalu putaran dunia berubah, glgn gay adalah majority dan straight adalah minor? Tentu kita jugak akan dpt tempias yg sama kan? Bukan maksud aku nak menghalalkan yg haram, tp mungkin perhatian kita boleh buat diorg berubah. We never know!!

Takkan hanya kerana kita punya kawan yg beza dari resam dan naluri hidup kita, kita sanggup putuskan hubungan persahabatan tu sedangkan dia kwn baik kita. Seriously, aku bukan jenis org yg mcm tu! Kwn yg makan kwn, songlap duit kwn dgn suka hati, mencerita keburukkan kwnnya, serta talam dua muka lebih teruk dari mereka yg dtg dari golongan² mcm ni. Naluri dia tu antara dia dah Maha Esa. Sedang kita sbg kawan harus cuba memahaminya, bukan nak letakkan hukuman tak tentu hala.

Moralnya mudah jer.. cuba jauhkan pandangan skeptikal kita dlm melabel dan menilai org lain ikut suka rasa. Sifat skeptikal ni bukan je memusnahkan maruah dah jatidiri org, tp mempengaruhi kita utk turut menuduh tanpa usul periksa. Belajar lah terima dgn hati terbuka. Jgn nak menghukum org dgn apa yg kita lihat saja kan.. So.. renung-renungkan dan selamat beramal..

P/S: I’M TOTALLY NOT GAY! But.. I’m proud to have them as friends (if I have it!) Atleast kita tau dunia unik diorg ni… Sorry.. isu ni bukan nak sentu sensitiviti sesaper.. hanya pandangan jujur agar kita bley melihat dari sudut berbeza.. Insya-Allah!

13 comments:

Unknown said...

satu lagi topic yg aku rasa membuka minda byk org. bg aku topic2 sebegini harus menjadikan kita lebih matang n terbuka dalam berfikir.

sebut pasal "skepticism" ni, bukan org2 lama je cam tu, byk jugak org2 modem terutama org yg muda yg masuk skeptikal.

mcm ko ckp, isu penampilan, isu genda, seksualogi, darjat dan kedudukan dan byk lagi la.

aku dulu pun seperti ko gak, xdpt nak terima benda2 ni semua, tp "I’m old enough to be an adult" (pinjam ayat ko jab) itu semua secara automatik telah merubah tahap pemikiran dan corak hidup aku sebenarnya. Lebih byk yg kita belajar sbb kita lebih mendedahkan diri kita kepada benda2 yg mungkin selama ini tidak dipandang oleh org main. But make sure n igt satu je la.. aper yg kita belajar itu adalah untuk kebaikan bukanya menambah keburukan.

Yang haram tetap haram n tidak akan jd halal.

Aku sendiri akan terus cuba untuk menerima sesuatu yg baru agak aku lebih byk belajar n bersedia utk semua itu.

jejaka anggun said...

heheh...
manusia kan memang suke hidup dalam denial?

Adam Arjuna said...
This comment has been removed by the author.
Adam Arjuna said...

Comment to Voice2heart :

Wah..!!
terharooo ngan komen ko kali ni bro..
atleast i know there's people out there who think like me..kan

scepticism/skeptikal ni susah nak dibendung sbnrnya.. sbb tu adalah pandangan individu sendiri.. susah kita nak sekat apa org nak fikir sbb kita bukan Prof. X kan..
but.. we have right to tell anything yg kita rasa betul.. tu jugak hak kita sbg manusia.

x sepatutnya kita nak melabel org suka ati, even betul pon, who we are to judge people kan..

p/s: idea ni kuar spontan je, masa tgh chat.. and rasanya wajar diberi perhatian kot.. ntah!


Comment to Jejaka Anggun :

setuju pendapat saudara tuh!
tu maknanya dia tak tau apa dia nak dlm idup kan..

susah! kena kasik genjatan elektrik skit kasi sedar la bai..

farish izaryl @izreez said...

alaha adam biasa r tu mentaliti msyrkat kte..slu sgt nk kutok golongan gay ni..dorg pon x mtk jd cmtu kn..n then yup agree with u..xsmestinya sllu tuka bju pon mewah..juzz mixx n match je ok dh..:p

Naftalena 'Nafty' said...

As one saying goes,


"we are born original, dont die a copy."



Let the love and faith have it all, as colorful are the only human being can be.


:)

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz :

hurmm..
ntah la! tak nak la sebelahkan sesapa.. juts nak org fikir bebaik je sblm bertindak melulu nak cop org sbg itu dan ini..kan..

jgn yg tak salah, diorg salahkan..
tak fair la camtu kan..

org berhak buat apa saja utk dirinya..
contoh mcm clubbing, suka ati lak nak gi clubbing mana pon kan.. bukan guna duit diorg.. len la kalu ada yg sponsor.. huhu


Comment to Mazwani 'Nafty' :

agree with u missy!
let them to be their ownself.
why should bother it..right? is it cost u lot..? none is it!

friends exist to support, not to punish for the wrong they had done.. b'coz we done have the power to punish them..

let them think what's the best for themself, one day they will realize it..

world peace!

KeMatZ said...

hemmm... just apa yang aku lehh kata.... usah diladenkan mereka mereka itu... apa yang penting... kita tahu siapa kita....

bak kata pepatah...

kebenaran yang berbeda beda
renung kalimah esa
itulah jawapannya

taksangkaye.....

Edzlin said...

hmm, posting yg bagus. setuju sal kewangan dan clubbing. kalo sal gay, haram tetap haram, sendiri mau ingatla. kalo dari segi kawan tak kisahla kan, saya sendiri pun ada kenal 2-3 pengkid, asal tak buat perkara tak senonoh, tak kisah pun.

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz :

apa makud 'diladenkan' tu??
bahasa dari mana tuh?

tapi aku mmg setuju bila cakap yg kita lebih tahu siapa kita.. who cares what people say kan.. org akan sentiasa bercakap dan sentiasa akan cop kita itu dan ini suka ati..
skeptikal sgt pandangan diorg..
kebenaran bukan diorg tau pon..

lantak la mana kita nak gi, dgn saper kita nak lepak.. yg penting kita pandai jaga diri kita kan.. berkawan bukan ada limit, dgn sesiapa pon kita boleh berkawan.. iye dak..

bravooo!!


Comment to Edzlin :

topik yg agak cam best utk didebatkan..tul tak? :P
setuju dgn ckp edzlin, nak berkawan tak kisah la, dgn saper pon boleh.. kita manusia, diorg pon manusia gak..
asal kita tahu yg mana baik yg mana buruk dah la kan..

p/s: i'm open to accept anyone, asal bukan kwn mkn kwn or kawan tikam belakang n jenis yg talam dua muka jer..

membuka sedikit minda utk mengetahui sesuatu yg baru tu tak salah kan? supaya kita lebih tau rencah duni ni camne sebenarnya.. kan..

Izman said...

baru je beli kasut primavera hari tu (cam tau2 je)..berbaloi sbb bali satu dapat spasang lagi kasut yang lain...hehehe

smua org sbnrnya sgt skeptikal pada sst, pada org atau apa pun perkara yang derianya boleh dirasa.

contoh paling senang
susan boyle dlm britain got talent.

everyone were being sceptical bout her before she open her mouth. ppl already judged her just because of her look. but then she was amazing..like amanda said "that was the biggest wake up call ever'(pandai2 je aku ni)..
hehehe

Izman said...

oh god i was wrong..when i posted tat
^------

i guess tat cynical not skeptical..
hmmm..wait..wait..

sama jerr(blurrr)
heheheh

Adam Arjuna said...

wah.. shopping tak ajak eyh! sentap! :P

anyway, i kinda agree with u buddy, actually sifat skeptikal ni mmg ada kat sumer org..
cuma tinggal, tahap skeptikal dia sangat terlalu skeptikal or just biasa² jer.

bila dah terlalu sgt tu yg jd smpai suka ati diorg je nak ckp apa kan.. nak judge itu ini without knowing the truth..

iye dak?

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates