Friday, May 15, 2009

Angels & Demons


Tak tahu cam mana aku nak ulas citer ni.. jalan cerita, naratif, konsep, watak, sejarah serta fakta yg terkandung melalui Angels & Demons ni agak sukar utk aku huraikan. Tapi yang pasti, setelah menontonnya pada hari pertama tayangan filem ni di pawagan semalam (15 May 2009), aku berani kasi 4 bintang utk filem Angels & Demons ni.

Filem yg berdasarkan best hits selling novel karya Dan Brown yg sblm ni turut femes dgn karya² seperti The Da Vinci Code and Digital Fortress ternyata boleh membuatkan korang excited nak terus menonton citer ni, menantikan babak² apa yg akan berlaku seterus..seterus.. dan seterusnya.

Bagi aku, sesaper yg meminati filem bergenre thriller-action-mysteries-puzzle seperti The National Treasure dan The Da Vinci Code tentu tertarik dgn citer ni kerana ia bukan sahaja memaparkan jalan cerita yg kemas dan plot yg teratur, namun mampu membuatkan kita sbg penonton berdebar menantikan setiap perkara yg akan berlaku melalui filem ni. Serius, tu yg aku rasa sepanjang 138 minit menonton filem ni. Banyak perkara dalam masyarakat dunia kita yg mungkin tak pernah kita sedar rupanya wujud dan itu jugak yg digambarkan melalui Angels & Demons.

Mungkin ada orang akan mempersoalkan pasal latar belakang filem ni, "laa.. citer more to christianity aspect & religious mcm ni pon ko nak tgk ke..?" Ketepikan pandangan skeptikal itu kerana bukan budayanya yg kita jdkan bench-line utk menonton filem ni, tapi lebih kepada ingin tahu apa sebnrnya yg kita tidak tahu melalui certain amalan dan kepercayaan masyarakat di luar sana selain kita. Thru Angels & Demons, byk perkara yg aku tidak arif langsung, malah tak tahu pon tentang budaya serta anutan dan kepercayaan bangsa lain sehingga muncul pula istilah² misteri seperi Illuminati, Cardinal, sejarah dan latar belakang paderi seperti Pope dan sebagainya. Byk sebenarnya misteri di sebalilk setiap kepercayaan yg wujud dalam masyarakat seharian kita hari ini, dan salah satu dibongkarkan melalui Angels & Demons.


Berkerut dahi juga pada mulanya aku nak faham isi kandungan filem lakonan Tom Hanks yg memegang watak Prof. Robert Langdon ni, apatah lagi kita sbg penonton turut sama mengkaji misteri yg tersurat dan tersirat di sebalik apa yg cuba dipaparkan. Namun itu yg buatkan aku utk terus duduk menonton kerana ingin tahu apa yg akan berlaku. Seawal permulaan cerita penonton dah dikejutkan dgn kejadian misteri yg buatkan kita tercari kaitan dua babak berasingan yg kemudiannya dilayarkan pada plot dan jalan cerita yg bersangkutan. Babak demi babak yg seterusnya menjadikan kita lebih mudah utk faham apa dan kenapa ia berlaku apabila ianya terungkai satu persatu. Sangat bijak!

Seperti biasa, Tom Hanks yg menerajui filem ni ternyata berkesan dgn wataknya dan aku kira ia lebih baik dari filem The Da Vinci yg mana beliau turut memegang watak dan peranan yg sama. Seorang professor yg berkhidmat di Harvard University diminta utk membantu menyelasaikan sebuah kes misteri pembunuhan dan penculikan luar biasa melalui ajaran² kuno lama yg melibatkan fahaman² luar yg berbeza dari logik pemikiran manusia. Itu yg dapat aku simpulkan.

Jujurnya dari aku, Angels & Demons adalah sebuah filem yg baik dan beilmu jika kita mempunyai intention utk mengenal dunia dan persepsi budaya yg lain. Lupakan sekejap pandangan skeptikal kita tentang isu keagamaan, namun cuba terapkan minda utk mengkaji apa yg dilayarkan... tentu korang juga akan meminati filem ni. Walaupun mempunyai durasi tayangan yg agak lama melebihi 2 jam, namun takde plak rasa bosan sepanjang menonton citer ni sbb setiap babak agak menarik apatah lg bila cuba mencari klu2 utk menyelesaikan masalah dah kesulitan yg wujud dlm filem ni. Bravooo...!!

Untuk semua, cuba la korang layan Angels & Demon. Yang pasti ni bukan citer hantu yer.. tak de nye buat korang terkejut terjerit terlolong sana sini bila layan movie ni. hehehe... Pada yg tak minat konsep cenggini..sorry la.. pd yg ada intention nak tgk, enjoy ok.

Selamat menonton...:)

P/S: tak sabar tunggu next sequel, Digital Fortress.. ada ke?? Mmg masyuk la layan citer yg mcm main puzzle nak cari harta karun ni.. adventures..!!




10 comments:

jejaka anggun said...

heheh...

tiada yg misteri di sebalik Illuminati, Cardinal, dan Pope itu.

rata2 org kita kurang diberi pendedahan terhadap agama dan kepercayaan lain.

dok gitu?

Adam Arjuna said...

Comment to jejaka anggun :

setuuuju...
masyarakat kita yg nampak moden ni sbnrnya masih byk ketinggalan sesetengah perkara..

actully benda tu mmg dah sedia ada dan tiada misteri nya, cuma kita je yg tak tau.. sbb tu jd misteri pada diri sendiri..

dlm erti kata len, cuba la explore skit minda utk kenal lebih dari satu perkara saja... kan..

Edzlin said...

rasanya akan ada lg lepas ni. thanks tuk review, saya dah baca novel nya, maybe tonton next week.

baru tgk trailer i love u man. nampak menarik jg

farish izaryl @izreez said...

kekristianan cte ni xtlmpau kuat keww

hady said...

i love this movie
baru tengok semalam
memang syokkk...
aku kasi 4 star

tapi bagi aku still xleh challenge
the da vinci code yang 5 star tu
no wonder coz angel and demon ialah the first book kan
so the scope just around Vatican City saja

compared to da vinci code yang scopenya mencapai ke zaman zaman beratus2 tahun dulu dan link between art - lagi memeningkan dan lagi besh
ape pun aku salute lah the twist!

Izman said...

we r all illuminati..

tp klu baca novel tu
bnyk lg plot yg takde dlm movie tu
but sumhow i love this movie..

let see if the nxt movie(if there is)will b as gud as da vinci n angels n demon..

actually, theres another book of him(Dan Brown)..'deception point'(d best i think) n soon to be published -- ' the lost symbol'

boboiz said...

macam menarik kalbu aku jek baca sinopsis cerita nie...
tak tau lah bila dapat tgk...huhu

boboiz said...

macam menarik kalbu aku jek baca sinopsis cerita nie...
tak tau lah bila dapat tgk...huhu

Adam Arjuna said...

Comment to edzlin :

jgn lupa tonton k!
sgt menarik.. adam pon rasa mcm nak tgk lg..

wah..siap dah baca novel.. sgt bagus..
jgn lupa baca next sequal lak k..


Comment to Rizz :

not really la rizz!
biasa je.
lgpon bukan soal christian or what-so-ever yg kita nak tau, tp try learn sumthing yg mungkin kita tak tau...
dlm citer ni lebih byk fakta yg ditonjolkan...
try la..
tu pon kalu rizz minat la..

Adam Arjuna said...

Comment to hady :

TQ bro for the comment.
wah!! new person dlm blog aku nih..
TQ lagik..

ahaha..
mmg best kan citer ni..
nampaknya rating kita sama la..ahaks!

newt kita tunggu digital fortress lak wokeh...

p/s: tak sangka lak aku ramai yg tau pasal citer dan novel² nyer sumer tu...bravoo...


Comment to Izman :

got new book eyh?
never knew about dat..
harus kena cari la pas ni..
Thank for the info...

apa pon citer ni mmg best!

adventures gak la when it comes to solve all the clues kan..

really nice art-works..

it's really worth to watch kan..


Comment to Boboiz :

kalu ada masa gi la tgk..
or else.. ko belil je dvd, sure ko tak rasa rugi..
tp excitement tgk kat panggung ni len la skit kan..

abgi aku citer ni sgt memuaskan hati..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates