Monday, May 04, 2009

X-MEN ORIGINS : Wolverine

Saper yg blom berkesempatan nak layan movie nih? X-men Origins: Wolverine.. Sebuah lagi karya superhero terbitan Marvel Comics. Rata²nya aku rasa ramai yg dah tonton citer ni di panggung kan...or else DVD pirate yg berlambak di pasaran tu **wink! 3.5 bintang bagi aku utk Wolverine!

Personally, aku klasifikasikan filem ni sebagai sebuah filem prequel kepada trilogi X-MEN sebelum ni sbb filem ni mengisahkan kehidupan Jimmy Logan a.k.a Wolverine sebelum beliau turut serta di dalam pasukan X yg dikepalai oleh Professor Charles Xavier a.k.a Professor X. Wah!! Byk plak a.k.a yg nak kena taip ni kan..
X-Men adalah sebuah filem superhero yg sangat aku gemari selain Spiderman. Sebelum munculnya live action filem ni lagi aku dah gemari siri kartun dan komiknya. Sempat juga la kumpul buat koleksi masa zaman kanak² dulu. Ok. Tutup citer tu. Jom ulas pasal filem lak.

Aku dah tonton filem ni lebih kurang 3 minggu lepas, tapi bukan di preview screening or tayangan perdana or invitation sesaper pon yer...diulang..bukan invitation sesaper..:P Aku layan DVD pirate jaaa yg beli kat tepi jalan.. Tetiba terasa excited nak layan citer ni smpai tak sbr tunggu official screening pd 29 April 2009. Tapi sekurang-sekurangnya, aku TETAP layan citer buat kali seterusnya di pawagam.. fair kan? Ada perbezaan bila menonton filem ni melalui DVD dan pawagam, tambahan pulak DVD yg berada di pasaran tu adalah raw copy yg 70% je siap. Makna ia bukan complete version seperti yg anda tonton di pawagam. Babak serta animasi grafik yg ada di dalam Wolverine masih jelas kelihatan seperti filem ni masih diperingkat pra-produksi dan belum siap disunting. Bila dah tonton di panggung, baru aku realize yg Hollywood mampu membuat sebuah filem animasi CGI grafik yg asalnya sebuah karektor kartun yg blom siap sepenuhnya tampak real dan hidup bila ia sedai ditayangkan. Itu yg aku dapat perhatikan bila menonton movie ini melalui dua versi nya.

Jalan cerita yg diangkat melalui Wolverine juga sinonim dgn sequal X-Men sblm ini. Makna, penonton tak akan nampak kepincangan babak dan perbandingan yg cuba dikaitkan melalui X-Men dan Wolverine especially dalam memperkembangkan watak Wolverine itu sendiri. Apa yg cuba dilayarkan di skrin melalui Wolverine selari dgn apa yg kita pernah lihat di dalam X-Men. Tidak seperti versi Catwoman dan Batman Return yg menampilkan watak Catwomen di dalam siri Batman, kemudian diwujudkan pula filem yg memaparkan kisah Catwoman. Namun, sejarah hidup serta latar belakang dipaparkan adalah berbeza dari apa yg kita tahu. Itu adalah antara perbezaan antara Catwoman dan Wolverine dari pandangan mata aku.

Mulanya, aku menganggap X-Men Origins: Wolverine adalah sebuah karya klise yg hanya menceritakan watak Logan sebelum bergelar Wolverine tanpa ada elemen yg mengetengahkan aksi X-Men dan mutan, namun jangkaan aku silap kerana filem ini menceritakan lebih dari itu. Di sini juga munculnya watak² mutan yg antagonis dan sejarah² mutan lain secara sampingan seperti contoh, Cyclops, Sabretooth, Gambit, Deadpool, Bolt, Zero, dan ramai lg. Siapa sangka Wolverine juga punya pertalian dgn Sabretooth kan? Sebab tu jika anda sedar, sejak kemunculan X-Men lagi, watak Sabretooth sengaja dilagakan dgn Wolverine dan kelihatan seperti ada sesuatu yg kurang jelas di antara mereka, dan ini terjawab melalui X-Men Orgins: Wolverine.
Filem yg berdurasi selama 107 minit arahan Gavin Hood ni ternyata padat dgn aksi² yg mampu menarik perhatian penonton utk terus membuka mata menyaksikan Wolverine hingga ke akhir penamat cerita. Jika sequel X-Men sblm ini diarah oleh Bryan Singer, namun kelihatan Wolverine juga punya daya penarik tersendiri apatah lg dgn keberkesanan Hugh Jackman membawakan watak Jimmy Logan yg akhirnya bertukar kepada Wolverine dan ternyata ia menjadi.

Mungkin ada yg akan bertanya kenapa watak Sabretooth tak sama dgn apa yg pernah kita lihat melalui X-Men dan aku yakin mesti ramai yg akan membezakan X-Men Origins ni dgn filem² X-Men yg lain. Namun bagi aku, ia bukanlah sesuatu yg patut dipersoalkan sgt kerana jika benar kita mengamati dgn jelas sejarah kemunculan setiap watak melalui X-Men Origins dgn X-Men yg lainnya, pasti kita akan nampak satu benchline perbezaaan antara setiap watak serta bagaimana watak itu wujud dan bangun sendiri. Tak dinafikan pasti ramai yg mempertikaikan karektor Sabretooth itu, tp bg aku ia adalah sebuah sejarah awal Sabretooth itu muncul dikalangan mutan² lain dan di situlah lahirnya sifat Sabretooth sblm ia muncul pula di dalam X-Men yg pertama.

Sukar jika nak menyingkap sepenuhnya karya² Hollywood ini. Namun yg pasti, X-Men Origins: Wolverine bukanlah sesuatu yg merugikan utk ditonton. Masih byk faktor yg menghiburkan di dalam filem ini yg boleh membuatkan anda untuk terus menonton. Namun aku sedar, tak semua org capai kepuasan menonton dgn cara yg sama. Mungkin bg sesetengah org akan menganggap Wolverine adalah filem klise seperti juga filem² X-Men yg lain. Seperti yg pernah aku beritahu sblm ni, apa yg kita rasa tak sama seperti apa yg org lain mungkin rasa kan. Pendapat manusia ni kan berbeza. Jadi, jika anda rasa X-Men Origins: Wolverine mampu menghiburkan masa terluang anda, apa kata saksikannya di pawagam. Have fun!!


Selamat Menonton :)


P/S: Ada lg sequel or even prequel utk X-Men selepas Wolverine ni eyh?? Hoping watak Gambit dikembangkan lg sbnrnya sbb Gambit ni pon part of X Team kan... Kalu korang, power mutan camne korang rasa best eyh...?? aku.....erk!

4 comments:

Edzlin said...

tak tgk lg filem ni, weekend ni baru ada masa nak pergi tonton. mmg ternanti2 filem ni.

mutan fav ku adalah gambit. hehe

farish izaryl @izreez said...

jrg tgok cte sci fi nih hehe tp nt try la ngeee

Adam Arjuna said...

Comment to edzlin :

yeah..! gambit very the mamat cool ok cara dia..

tp sayang aksi dia tak byk sgt.. :(

jgn lupa tgk k..sure puas ati!



Comment to Rizz :

Rizz, citer ni tak der la terlalu sci-fi sgt, tak mcm matrix, star trek or star wars..

citer biasa jer...
elemen CGI dia pon boleh diterima akal..

kalu u pengikut x-men, sure u akan minat..

Jacksonville Gutter Cleaning said...

Thannks for this blog post

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates