Friday, June 12, 2009

Drag Me To Hell


Sebelum aku ulas dgn lebih panjang pasal filem seram yg baru memulakan tayangannya pada 11 Jun 2009 ni, bagi kategori filem seram mcm ni.. aku nak kasi 4 bintang utk filem berjudul Drag Me to Hell nih.

Aku ni boleh dikategorikan sbg salah seorang fans kepada filem² seram, horror, thriller, dan yg sewaktu dgnnya la. Byk filem seram yg aku dah tgk dan byk jugak yg buat aku tonton mcm tak der feeling jer.. nama je citer hantu, tp kalu aku tgk muka aku kat cermin rasanya lg menakutkan kot.. huhu.. Tapi berbeza plak ngn filem Drag Me To Hell ni. Memang agak memberi impact kat aku sepanjang menonton citer nih.

Drag Me To Hell ni aku andaikan antara filem seram terbaik pernah aku tonton selain citer seram seperti The Amityville of Horror dan The Exorcism of Emily Rose (pernah tak korang layan citer² ni?). Naratif, jalan cerita, kesan khas, mesej, olahan skrip, lakonan, emosi dan suspen yg ada dlm filem macam dah lengkap and memang akan buat korang berdebar menantikan 'what next' dlm filem ni. Tahniah kepada pengarahnya iaitu Sam Raimi dan Ivan Raimi (adik beradik kot..) yg juga pengarah kepada filem Spiderman ini.

Filem yg berdurasi selama 99 minit ini berkisarkan kepada kehidupan Christine Brown, seorang pegawai bank yg menguruskan bidang pinjaman dan hartanah. Kehidupannya yg normal dalam usaha cuba merebut jawatan Assistant Manager di bank tersebut bertukar menjadi kusut dan misteri apabila dia didatangi seorang wanita tua yg cuba meminta bantuannya utk membatalkan hasrat pihak bank utk melelong rumah yg didudukinya. Christine yg cuba bertindak bijak dalam menyelesaikan masalah wanita tua itu akhirnya membuat keputusan utk tidak menerima permintaan wanita itu walaupon dirinya sudah dipujuk dan dirayu oleh wanita misteri tersebut. Keengganan Christine telah mencetuskan marah dan dendam kepada wanita yg dikenali sbg Mrs. Ganush itu. Christine merasakan tindakan membuat keputusan yg berat seperti itu akan memudahkan lg dirinya utk menduduki jawatan di bank tersebut. Malang menimpa apabila Mrs. Ganush telah menyumpah Christine dgn ilmu hitam dan menjadikan hidup Christine menjadi tidak tentu arah. Cuba menyelesaikan masalah dan misteri yg melanda dirinya, bantuan teman lelakinya Clay (Justin Long), Christine cuba mendapatkan khidmat seorang pakar ramal tentang nasib yg menimpanya. Dari situ, banyak perkara² pelik yg menghantui hidup Christine termasuk diganggu oleh makhluk yg dikenali sbg Lamia. Christine diberikan 3 hari utk menyelesaikan semua dan membebaskan dirinya dari sumpahan wanita itu. Berjayakah Christine dgn misteri yg dihadapinya? Apakah yg dialami Christine? Siapakah Mrs. Ganush? Mampukah Christine terselamat? itu mungkin yg akan persoalan jika anda tidak menonton filem ini.

Personally aku rasa filem ni mampu buat korang berdebar dgn apa yg dialami Christine. Lakonan yg bersahaja dgn dialog yg agak ringkas juga mampu buat korang nak faham jalan cerita Drag Me To Hell ni dgn lebih mudah. Elemen² cemas serta kesan khas mungkin juga boleh buat korang rasa agak meloyakan sepanjang menonton citer ni. So, aku nasihatkan pada yg agak geli² dgn benda kotor tu, tak payah la nak tgk citer ni yer.. sebab semuanya nampak sgt realistik. Walaupon watak yg kurang berat, aku sifatkan lakonan Justin Long sbg Clay Dalton kali ni lebih matured dan berkesan kerana sblm ini Justin lebih byk kelihatan dgn filem komedi dan lawak² skeptikal..

Namun di sini aku nampak yg filem ni mungkin lebih cantik jika efek dan kesan khas dlm filem ni lebih kemas sbb adakalanya ia tampak seperti lakonan di dalam sebuah studio. Mungkin itu perlu diberi lebih penekanan. Menonton di pawagam berbeza dgn menonton di cakera padat kerana excitement berada di dalam panggung berbeza dgn menonton di hadapan tv. Bunyi, lighting dan surrounding juga antara yg memainkan peranan penting sama ada sesebuah filem itu berkesan kepada penonton atau pon tidak. Itu juga yg terdapat dlm filem ni.

Jadi, jika anda berani, apa kata luangkan masa menonton Drag Me To Hell ni di pawagam. Mungkin salah apa yg biarakan di sini. Namun aku yakin ia bukan satu kerugian jika anda sendiri merasai bagaimana impact filem ni kepada diri anda. kan...

Selamat Menonton :)

P/S: apa ulasan korang lepas tgk citer ni...? share ngan aku k... ke aku berangan sendiri jer tgk citer nih.. hehe :P

3 comments:

farish izaryl @izreez said...

full ngn n3 movie kn blog die haha..cm best jek cte niwww

boboiz said...

tajuk dia pon dah menakutkan aku...huhu

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz :

ahaks!
tp ni bukan blog movie yer rizz..
hanya bahan bacaan tambahan.. :P


Comment to Boboiz :

2 kali aku tgk beb! tak mustahil aku akan tgk lagi.. :P
citer dia mengerikan tp tak de la sampai tahap menyeramkan sampai tak boleh nak pandang belakang langsung.. huhu..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates