Monday, June 08, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak


Jangan Pandang Belakang Congkak... apa yg anda rasa melalui tajuk filem terbaru keluaran Metrowealth Movie ni? Adakah ia sekadar gabungan judul filem Jangan Pandang Belakang dan filem Congkak? atau hanya sekadar kenyataan?

Mulanya aku sangkakan yg filem Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) adalah sebuah filem seram komedi slapstik yg sengaja mengambil judul kepada dua filem seram pecah panggung terdahulu iaitu Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Namun jangkaan aku agak meleset kerana ia sebuah judul kepada sebuah ayat penyataan iaitu 'jangan pandang belakang congkak'... kerana jika berbuat begitu, pasti musibah akan melanda... Itu antara jalan sebenar filem ini..

Sebelum itu, 3 bintang aku berikan kepada filem arahan Ahmad Idham ni kerana ianya mampu membuatkan penonton bergelak ketawa di dalam panggung menyaksikan perjalanan cerita ini dari mula hingga ke akhir.

Jalan cerita filem ini agak mudah dan simple walaupon menggabungkan beberapa aspek dan elemen seperti seram dan komedi di setiap babak-babaknya dan sudah tentu ia sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak². Even apa yg dipaparkan adalah sebuah filem bergenre seram, namun elemen komedi yg terselit mampu membuatkan penonton tak gering gusi menonton filem yg berdurasi selama 90 minit ini.

Gabung watak yg dilakonkan oleh Mazlan, Shaheizy Sam, Cat Farish, Azlee dalam melakonkan karekter masing² ternyata menjadi dan menghiburkan. Lawak slapstik yg tampak bersahaja di samping pengucapan dialog² yg kelakar yg sering digunakan masyarakat tempatan menyatakan unsur sebenar cerita Jangan Pandang Belakang Congkak ini. Namun ada masa, penonton dpt melihat kekakuan beberapa watak atau adegan di dalam filem ini yg mungkin sedikit mencacatkan babak-babaknya. Itu pon mungkin jika anda sebagai penonton perasan apa yg aku nyatakan jika anda sudah menontonnya. Watak Mustika yg dimainkan oleh Lisa Surihani juga seakan ada yg tak kena. Lisa yg sering digambarkan sbg gadis ayu bagi aku kurang sesuai membawakan watak antigonis seperti Mustika ini. Ekspresi wajah dan gerak tubuh yg dilayarkan masih menampakkan Mustika sbg seorg yg baik tanpa sisi² jahat even waktu dirinya melakonkan babak hitam sekalipon, tambahan pula watak Mustika lebih memerlukan penghayatan dari segi emosi dan eskpresi wajah.

Namun di sini aku ingin memuji teknik solekan dan efek wajah yg dihasilkan di dalam ini filem ini terutama pada watak Hantu Raya, watak hantu jelmaan Zarina, serta watak hantu lakonan Lisa yg ternyata tidak kurang hebatnya seperti mana yg boleh kita saksikan di dalam filem Jangan Tegur. Tahniah!

Plot dan kesinambungan cerita Jangan Pandang Belakang Congkak ini berjaya digabungan dgn baik, namun aku rasa filem ini mampu dikemaskan lagi dari segi suntingan, kesan khas, serta perkemasan di dalam babak² tertentu. Seperti contoh, movement dan pergerakkan hantu² serta jalan ceritanya agar lebih terkesan kepada penonton. Tu apa yg aku rasakan selepas menontonnya.

Namun apa yg pasti, JPBC ni adalah filem komedi yg jauh lebih baik dari filem Senario Episod 1 yg juga dari arahan pengarah yg sama.

Jika rasa diri ingin dihibur melalui lawak² selamba yg slapstik dan sengal dan bg menghabiskan masa anda yg terluang tu, tak rugi jugak rasa nak menonton filem ni kerana selain jalan cerita dan komedi yg boleh dikatakan menghiburkan, sinematografi dan latar belakang panorama serta lokasi filem yg dilayarkan ini juga mampu menarik perhatian anda.

Selamat Menonton :)

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates