Friday, June 05, 2009

Terminator Salvation

Now turn filem ni plak masuk list aku utk di'review' :p haih.. byk plak movie di panggung skang ni. Kasi abis duit aku je nak layan kat panggung kan.. anybody yg nak sponsor aku tgk wayang tak??

Terminator Salvation merupakan siri ke-4 dalam francais terminator yg sblm ni dah muncul dgn Terminator (1984), Terminator 2 : Judgement Day (1991) dan Terminator 3: Rise of the Machines (2003).

Aku yakin ramai yg dah jadi follower Terminator ni dan aku jugak salah sorg darinya. Kemunculan filem ni memang sgt dinantikan la especially bila nak bandingkan kehebatan filem ni dari masa ke semasa.

Beberapa hari lepas aku dah tonton filem ni, dan 4 bintang dari aku utk Terminator Salvation ni. Congrates!!

Permulaannya, aku agak was² gak nak tgk citer ni.. takut ia tak sehebat filem² yg lepas.. plus kali ni man vs robot... i mean totally robot kan.. tak der lg robot yg bertopengkan manusia..bley cair sana sini, ubah itu ini.. but, after watching it, i just feel this movie give me such a big impact and that was really cool.

Nak tau kenapa?

Salah satunya adalah sebab branding 'terminator' tu sendiri yg dah cukup gah utk disaksikan. Seterusnya bagaimana jalan cerita Terminator Salvation (TS) ni berkembang dari plot kepada plot lain dan bagaimana setiap babak dikaitkan antara satu sama lain yg menampakkan ianya sgt kemas dan teratur. Seawal siri terminator, kita sering tertanya impact sebenar watak John Connor terhadap keseluruhan legasi terminator ni kan? dan semua itu boleh didapati dgn jelas melalui TS. Ni antara faktor yg buat aku puas hati menonton TS. Aku juga cukup kagum dgn kesinambungan cerita yg dilayarkan melalui TS terhadap siri² terminator sblmnya. Nampak smooth dan teratur. Apa yg pernah kita lihat, or dgr melalui siri terminator sblm ini dikaitkan dgn baik melalui TS. Itu lebih memberi kesan secara total jika benar kita mengikut perkembangan jalan cerita terminator termasuk koleksi siri TV nya iaitu Terminator: The Sarah Connor Chronicles yg pernah ditayangkan di kaca TV tidak lama dulu.

Berrcakap tentang lakonan pulak, bagi aku kombinasi yg ada di dalam TS ni dah cukup sempurna. Sangat berkesan. Watak John Connor yg dilakonkan oleh Christian Bale serta Sam Worthington sbg Marcus Wright adalah satu kombinasi yg cukup baik bg memantapkan lg jalan cerita TS. Tak perlu lg si gagah Arnold utk memonopoli gerak kerja menghapuskan robot² pemusnah atau Linda Hamilton bg melancarkan misi penghapusan ini kerana watak² di dalam TS dah kelihatan sgt gah dgn karektor² yg dibawa masing².

Kemunculan elemen² surprise di dalam filem ini juga sedikit sebanyak membantu TS utk kelihatan lebih menarik dan dramatik. Nak tahu apa dia..? kena la tgk kan...

Adegan lasak, aksi serta kesan khas filem keluaran hollywood ni tak payah nak diuji lg la kerana sememangnya ia tampak cukup sempurna.

Namun begitu, ada yg masih kurang dlm perjalanan sbnr TS ni. Mungkin ianya sekadar disimpan utk dilayarkan pada sekuel yg seterusnya nnt. Mungkin. Ada babak dan objektif yg masih menjadi tanda tanya terhadap keseluruhan penceritaan TS ni.

Tapi jika nak aku tonton filem ni utk kali kedua... aku takkan cakap TIDAK sbb sememangnya TS ni tidak bosan ditonton. Hope korang pon rasa excitement yg sama semasa menontonnya nnt eyh.. Tapi terpulangkan, mungkin pendapat korang berbeza dgn apa yg aku rasa melalui TS ni. Tapi tu jugak yg aku rasa. Sblm menonton aku dah melabel filem ni pada satu tahap standard yg lain, dan selepas menontonnya, ternyata ianya tak seperti apa yg aku rasa.

So.. enjoy watching it ok guys.

P/S: Astalivista baby.... dialogt paling femes dlm segala terminator...kan..kan..

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates