Wednesday, June 24, 2009

Revenge of the Fallen



Jika sblm ni aku bercerita tentang promosi filem TF2, kini setelah menontonnya pula pd 23 Jun 2009 yg lepas, bangganya aku katakan yg ianya mmg wajar utk dipromosikan dgn sebegitu hebat. Rangkaian promosi yg gah seiring dgn penceritaannya. Sebelum aku ulas dgn lebih panjang lg, 4 bintang aku berikan kepada Transformers 2: Revenge of the Fallen yg sudah pon memulakan tayangnya secara rasmi pada 24 Jun 2009 yg lalu.


'Revenge of the Fallen'..! Judulnya saja dah menunjukkan bahawa filem ini bakal memperlihatkan penonton dgn kekejaman yg mungkin dilakukan oleh pihak antigonis yg ingin kembali mendominasi dunia setelah tewas pertama kalinya menerusi filemnya yg terdahulu.


Plot serta jalan cerita sekuel kepada Transfomers kali ini lebih padat dan kemas dan ia juga memberikan penonton satu kepuasan menonton kerana ianya digarap dgn agak baik dan berkesan selari dgn judul yg cuba dibawanya. Kesinambungan setiap plot di antara plot yg lain dibuat dgn teliti dan ia dpt membuatkan penonton agar turut sama merasai sendiri ekspedisi serta adventure transformasi yg cuba dilayarkan melalui filem ini.

Dengan durasi tayangan sepanjang 150 minit, ternyata Revenge of the Fallen mampu memberikan kepuasan menonton yg maksimun kepada peminat2 movie ni. Susur-galur transformasi yg dilakukan oleh setiap watak2 robot juga lebih berkesan jika ia dibandingkan dgn filem live-action pertamanya dahulu. Perubahan dan pembinaan karektor robot sama ada dari puak baik (Megatrons) atau jahat (Decepticons) tampak lebih kemas dan teratur. Jika sblm ini, mungkin penonton kurang nampak dgn jelas transformasi yg dilakukan dari sebuah jentera kepada sebuah robot, namun kelemahan dan kekurangan dari segi teknik animasi serta aplikasi pembinaan imej2 tersebut nyatanya lebih berjaya dan tampak jelas dan hidup.


Aku takkan ceritakan bagaimana kisah kedua ini bermula dan berakhir, apa, mengapa, bagaimana dan kenapa ia terjadi begitu dan begini.. namun yg pasti, jalan cerita TF2 ini adalah lebih baik dan relevan dalam kepompong konsepnya yg tersendiri. Apa yg dimulakan diakhiri dgn jelas dan kemas menjadikan filem ini tidak seperti tergantung di tengah jalan begitu saja.


Dari segi lakonan, berani aku katakan yg rata2 pelakon memberikan aksi serta dramatik yg sgt baik, dan dalam masa yg sama membantu dalam menghidupkan lg jalan cerita sebenar filem karya Michael Bay ni. Penonton akan dibawa ke alam humor, aksi, dramatik, adventure dan pelbagai lg kerana dari situlah bermulanya kisah sbnr yg terkandung dlm Transformers 2 ini.






Namun begitu, aku agak sedikit kecewa kerana ada masanya, Revenge of the Fallen seakan tenggelam timbul dalam membawa penonton menjelajahi jalan ceritanya. Humor serta komedi seakan lebih mendominasi jalan ceritanya pada lebih kurang sejam pertamanya. Yup! ianya berjaya membuatkan penonton bergelak ketawa dgn aksi2 lawak spontan itu, tp ada masanya ia seakan mencacatkan subjek utama yg cuba dibawa melalui filem ni, dan ini secara tidak langsung mungkin mengabaikan sedikit pimikiran penonton yg lebih teruja dan mahukan aksi serius menerusi filem ni.


Jika dulu penonton hanya dpt saksikan beberapa sahaja karektor robot yg wujud dalam filem Transformers pada tahun 2007 yg lepas, namun filem keduanya kini nyata lebih berbeza kerana menampilkan lebih byk karektor animasi ini dari sblmnya yg mempunyai lebih kurang 14 jenis atau karektor robot . Akan tetapi, lambakkan karektor ini menjadikan ianya kurang seimbang terutama dari segi penampilan watak di layar perak. Ada antara watak2 robot ini hanya muncul beberapa saat saja dan ianya seperti tidak dikembangkan dgn baik dan hanya mati di situ saja tanpa sbb. Apa yg dilayarkan jugak sangat pantas dan memerlukan pemerhatian yg lebih especially utk penonton mengetahui apa yg mungkin berlaku di dalam filem.

Pon begitu, Transformers 2 'Revenge of the Fallen' ni ternyata telah menjawab semua persoalan yg mungkin wujud sblm kita menontonnya. Adakah ia hebat? atau hanya sekadar 'suam-suam kuku'? Personally aku menyukai filem dan tidak mustahil utk aku menonton utk kali ke-2...3... or mungkin juga kesekian kalinya... Tidak rugi utk menonton sesebuah filem jika ia mampu memberikan kepuasan sewajarnya.


Untuk anda... apa kata lapangkan masa utk menonton filem ini nnt.. dan luahkan sendiri apa y7g anda rasa melaluinya. Pendapat berbeza blom tentu menyatakan sesebuah filem itu baik atau buruk. Apa yg pasti.. aku salute pada kelancaran filem ini dalam melayarkan cerekanya kepada penonton.


Selamat Menonton :)

10 comments:

KeMatZ said...

first comment.... ya...
wakakaka..

ehhh yang kembar tu apa nama dia ye...
bengong giler.... nak cari lahh model dia... hahahaha

Abir Abhar said...

seb baik x bocorkan jalan cerita dia..
org x tgok lg nieh!!

Adam Arjuna said...

Comment to kematz :

gila la..sejak jd juara bowling ni, sumer nak yg pertama ajer..
tau la hebat kan..

'tunjuk ajar ku sifoo..' :P

tp best la kembar tu... perangai mmg tak bley blah.. asik gaduh ajer.. tp cute plak sbb diorg lincah.. nama dia kalu tak silap aku Mudflap dan Skids..


Comment to Abir :

harus la tak reveal sbb citer baru lg dlm panggung kan.. sgtttt baru ... sure ramai yg blom sempat nak tgk..
lgpon jalan crita dia kali ni agak interesting.. sukar gak nak hurai satu2...

so.. jgn lupa tgk k..

jejaka anggun said...

hmmm... reviews fr international papers/reviewers kata filem nih penuh dgn bad storytelling but full of action n explosions only....

kinda expected it tp x kesahla cuz lain org lain minatnya.

farish izaryl @izreez said...

menarik gak tp rizz x minat lak cte2 cmni hahahha

Edzlin said...

yg baik bukan ke dipanggil autobots, megatron tu yg robot jahat.

saya suka film ni. enjoyable, 4 bintang jg. suka bumblebee. masa baru lepas tgk, rasa mcm terlalu byk CGI pula, tp kemudiannya, filem ni mmg lekat dlm kepala semalaman. boleh dpt movie of the year ni

Adam Arjuna said...

Comment to jejaka anggun:

yeah..!
i heard the international review about this movie.. some more, i read it as well..

but as for me.. tak de la burook sgt and personally i kinda like this movie coz it's full of action..

but.. it shouldnt put much the humor parts kot...

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz :

ahaks!!
rizz minta citer jiwang² je kan.. cintan cintun and tangkap lentok... kan..kan..

opss.. and citer antu² gak kot.. kan?

:P


Comment to edzlin :

erks.. silap.. typo error..

yg baik Autobots.. jahat Decepticons.. while megatron tu nama one of robot dlm kumpulan decepticons.. means jahat la..

ehehe..

thanks for notified it.. :P

boboiz said...

fuh...byk blog yang mempromosikan ceita nie...terasa pulak nak tonton...tapi takde masa lah...tgk dvd je nanti kot...huhu

Adam Arjuna said...

Ahaks!!
besa la boboiz, citer box office baru masuk panggung.. sure ramai yg nak buat review and nak ulas kan.. termasuk la aku..ehehhe :P

beb!! tgk kat panggung lg feel lorr.. baru rasa excitement tu..
kalu dvd lambat la kot...

apa pon selamat menonton yerr..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates