Atas permintaan yg agak tinggi (berangan kejap...hua hua hua..) utk aku wat entry tentang topik kategori² lelaki ni, so, utk tidak mengecewakan readers aku sumer (berangan lagi skali.. hua hua hua...) nah.. beberapa kategori jenis² lelaki yg ada kat dlm dunia nih.
Seperti biasa, aku tak pasti la kesahihannya. Ni pulak bukan sbb aku nak UP golongan lelaki ni kerana aku lelaki, tp hanya sekadar bahan bacaan. Kalu korang ada pandangan len, sila la drop komen yerr..(macam tak biasa kan..??)
Jenuh gak aku nak carik info ni, plus pening gak aku dok belek² koleksi Maskulin aku yg bertimbun tu utk carik topik ni, tapi..nan hado... mungkin ada yg tersorok-sorok kat dlm kotak² nun kot..
Actually.. payah sbnrnya nak mengenali hati budi orang ni, tapi mungkin kita bley ramal berdasarkan sifat2 diri yg org tu tunjukkan..iye dak..? Kepada gurls out there, mana yg tgh dok berkapel ke, ingin nak berkapel ke or sedang cari kapel ke (aku single mingle lagik nih!!), mungkin tips ni berguna kot kat korang utk buat appraisal kat pasangan korg. Utk lelaki lak.. lu pikir la sendiri yerr..
[1] Lelaki Takut Komitment Bukan maksud tak de teman istimewa, ada masanya hubungan yang terjalin tu dah bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina ikatan rasmi tu mcm tak pernah wujud dalam diri diorg. Karier dan kehidupan sosial sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.
P/S: blom sampai seru la bak kata org tua² kan..
Review: Sekiranya si dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu. -- serius, ni aku no komen!
Keperibadian lelaki kategori ni tergambar menerusi penampilan luarannya (fuh..ayat..!) Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka tu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya tu. Mereka juga dianggap suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.
Review: Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.
P/S: mungkin juga lelaki kategori ni adalah pilahan mak² mertua di luar sana.. diorg ni bley dilabel sbg matured la gak.. matang dlm berfikir kan.. mungkin kah korang??
[3] Lelaki Konservatif
Antara term yg paling aku suka.. Konservatif! Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.
Review: Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.
P/S: tapi ada orang kata, org yg berfikiran konservatif ni agak ketinggalan takut takut nak hadapi real life. Apa yg dia percaya adalah apa yg dia yakin percaya je.. Susah gak sbb dia tak nak terima apa yg mungkin dan telah berubah.. iye dak..??
[4] Lelaki Hipokrit Lelaki kategori ni pulak dikatakan ego dan gemar mementingkan diri sendiri dan tu gak antara sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!
Review:
Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!
P/S: memang banyak pon manusia cenggini dlm dunia.. baik laki, baik pompuan... sama jer dedua.
[5] Lelaki Anti Perempuan Hurmm.. anti perempuan? Gay kah..? Lelaki macam ni sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.
P/S: jangan salah paham bro, leaki anti perempuan ni tak bermaksud dia suka laki je and gay... cuma sikap diorg tu yg buat diorg cam tu.. complicated kan...haish...
Review: Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya. -- bahaya dowh!! Kaki spedo versi lelaki gak la konsep nye ni kan..
[6] Lelaki Playboy Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut ‘manis'.
Review:
Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.
P/S: kategori ni kalu tak ulas pon aku rasa korang dah cukup maklum kan..
[7] Lelaki Berwawasan
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.
Review: Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.
** so... what say you? puas ati ngan info² aku kali ni?? Kalu rasa ada yg cam tak cukup, terkurang or terlebey... sila lah dgn ringan jemari anda utk drop komen.. nyatakan korang punya perception lak.. sure korang ada buah fikiran yg lagi bernas dari aku kan...
Sehingga itu, renung-renungkan la yer...
7 comments:
bagaimana pula dgn lelaki beralatsulitkan wanita?
hi...
lelaki beralatsulitkan wanita???? adam... ko jelaskan!!!!!
btw... dlm bab laki2 ni mmg nak kena backup kaum sendiri la kan...
tq ar adam sbb ko post kan entry ni..susah je ko cari benda ni.. hehehe...
aku nak ulas byk pun cam xyah la sbb smua ko dah review... aku just nak ckp... ITULAH LELAKI... BKAN SENANG NAK JD LELAKI... MCM2 KENA TEMPUHI SEBAGAI LELAKI... hahahaha...
jenis2 yg kt atas tu pun ada la yg ada pd diri aku skit2... tp xleh ar nak citer...nati kantoi plak... haha...
layan je...
Comment to Jejaka Anggun:
lelaki beralatsulitkan wanita lak dah..! ari tu wanita beralatsulitkan lelaki....
ntah la bro.. aku tak pernah tgk lg org yg camtu.. ko ada contoh tak..? bley aku kaji utk direview nnt.. hehhee :P
Comment to Voice2heart:
(sambil pk) agak2 ko kategori yg mana la yer.. mungkin skit2 dari sumer karegori kot.. hehe
apa pon, bg aku beb.. lelaki or even pompuan pon ada difficulties tersendiri dlm menjalani ari2 diorg ni.. tak sumer laki perfect, tak gak sumer pompuan burok... memasing ada pro and cons la kan..
cuma terpulang kat diri sendiri utk bwk diri tu je utk jd baik.. or tak baik.. iye dak..
p/s: aku yg dok wat review segala ni pon, bukan je betul sgt.. tah2 lebih worst dari yg worst yg dok ada tu..
saper tau kan..
nbak jd lelaki playboy la hahah **matila larekkkk
hoho... statement berani mati ni rizz..
semoga usaha anda akan berjaya.. ahaks...
wahh kena cari lelaki berwawasan nampaknya.hehe
yup..
mmg kena la edzlin..
berwawasan + beriman,,
baru la balance kan...??
Post a Comment