Friday, July 24, 2009

The Taking of Pelham 123

Sempat lagi aku gigih meluangkan masa utk menonton movie di panggung. Planning asalnya nak layan movie hantu dari Indonesia yg berjudul Hantu Ambulance.. tp masa tgh dok surfing2 info kat internet, terbukak satu site yg review movie ni 1.5 bintang jer... apakah?? aku tak baca apa pon review tu, tp utk bertindak lebih bijak tanpa perlu bazir $$$ dgn citer yg mungkin ntahapahapantah.. so aku decide tgk citer The Taking of Pelham 123.

Make it short... aku kasi 3.5 bintang utk filem nih!! Bravo...

Sebelum tu, bukan aku nak menidakkan kreadibiliti pengarah dan penerbit filem tempatan kita, cuma aku kagum dgn produksi Hollywood bila buat satu² movie. Setiap sudut, setiap ruang di dunia ni boleh dijadikan sebuah filem yg menarik utk diorg. Mungkin juga teknologi serta bajet yg jadi kekangan utk produksi tempatan kita maju... tp itu lah realiti... di luar sana, segala aspek boleh dijadikan filem.. dan jika digarap dgn baik.. tentu ia akan menjadi sebuah genre filem yg juga terbaik.

Itu apa yg aku dapati menerusi The Taking of Pelham 123, filem yg berkisarkan tentang rompakan sebuah gerabak (satu gerabak je ok!) keretapi dan menjadikan penumpang-penumpang di dalamnya sebagai tebusan bagi memperoleh $10 juta USD. MENARIK!! Yup... jalan cerita yg simple tetapi sangat menarik. Seawal cerita ini dimulakan sehingga ke penamatnya, penonton disajikan dgn pelbagai situasi² yg sgt mengujakan tentang perjalanan filem ini dan ternyata ia tidak membosankan. Situasi demi situasi dipaparkan dgn cukup baik seperti 'kisah hanya pada satu malam' saja, namun diadaptasi serta dioleh dgn cukup berkesan. Tiada babak yg dianggap membosankan dan melalaikan penonton.

Tiada apa yg terselindung atau tersirat melalu The Taking of Pelham 123 ini kerana apa yg dilayarkan sgt telus dan direct kepada penonton. Jalan ceritanya sangat analytical dan mudah untuk difahami. Tahniah kepada pengarahnya iaitu Tony Scott yg mmg femes dgn genre² serta tema filem yg hampir sama.. mempunyai unsur suspen, strategy serta aksi yg berjaya dikombinasikan dgn baik.. contohnya seperti siri tv popular Numb3rs, dan filem Man on Fire.

Gabungan watak yg wujud melalui filem ini juga menjadi antara faktor yg membuatkan 'aku mahu' menonton filem ini. Siapa yg boleh mempertikaikan hasil lakonan dua watak utama especially utk filem The Taking of Pelham 123 ini iaitu Denzel Washington (Walter Garber) dan John Travolta (Ryder), sememangnya pemenang² banyak anugerah ini telah memperlihatkan aksi lakonan selamba dan cukup baik dan berkesan apatah lagi bila watak antigonis diberikan John Travolta dan perlu bersaing dgn Denzel Washington dan ternyata ia satu kolaborasi yg cukup baik.

Tak rugi rasanya menonton sebuah cereka jika kepuasan menonton itu mampu kita capai walau hanya dlm beberapa jam menonton sahaja. Filem yg berdurasi sepanjang 121 minit keluaran Columbia Pictures juga boleh dikategorikan sebagai sebuah filem thirller-drama yg cukup saintifik dalam memperlihatkan sesuatu unsur atau subjek yg cuba diketengahkan. Politik, matawang, birokrasi, kepercayaan, serta tolerensi yg memang merupakan garis panduan kehidupan seharian kita dipaparkan dgn jelas melaluinya.

Jadi, jika berkesempatan.. apa kata korang cuba menonton filem The Taking of Pelham 123 ini dan rasai sendiri excitement yg ada di dalamnya.

Selamat Menonton :)

P/S: macam bosan je asik reviews muvie je... hurm.. kena carik idea baru la kot kngkwn kan..? :P Next.. nanti review muvie lain plak... hehe.. apa filem latest korang tonton eyh?? share ngn teman ni ha..

12 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

awalnya adam tgk...br semalam citer nih kuar panggung kan! hebat! :D

Adam Arjuna said...

haha..
gigih giler kan?
mmg slalu tgk citer movie ari khamis pon, sbb kebetulan citer baru kuar..

citer ni best, tgk ar nnt. :)

jejaka anggun said...

x sempat lagik nak tgk harry potter nih.....


next: alice in wonderland in march 2010!!!!!!

KeMatZ said...

kagum aku ngan review ko...

cuma jarang aku nengok ko bagi
0.5 ke... -5 ke... hehehe..

heheheheh.....

awat nak tuka posting ke.. tak nak review movie lagi... hemmmm

apa kata ko review... kereta kereta terkini.... or teknologi terkini..
jenis jenis ikan ke..

erkkk motif ikan...

edzlin007 said...

dah lama tak nonton wayang, tp dah cuti sbb H1N1 tu...akan ku abiskan cuti seminggu dengan ari2 tgk filem. muahahah.

filem ni berdasarkan kisah benar kan? atau ia adalah filem remake.

idyavie said...

good story.. i like it.

Tulisan Dari Manjung said...

citer hantu ambulance tu...tajuk cam seram jer.....tapi 1.5 bintang yer....terus rasa cam tak nak tengok...komen anda mempengaruhi keputusanku....cam ner tu????

NUke_Rude said...

perenggan pertama, ayat yang last n kaler merah tu.

"The Talking of Pelham 123"


TAKING la.. hahahaha. saje je create issue.

Adam Arjuna said...

Comment to jejaka anggun :

hehe :P
apa lagi bro.. segera la nonton movie² tu..
byk lg muvi nak kuar nih..
ahaks!!


Comment to kematz :

kagum la sangat! stetment nak propa jer... :P

betul! so far blom ada filem yg aku kasi 0.5 or 5 bintang sbb mmg blom ada filem yg aku rasa mencapai tahap cam tu.. tp kalu aku tgk 'mendam berahi' lg skali kat panggung... mmg aku kasi 0 bintang jer.. hehehe..

p/s: 'anak ikan' bley dikategorikan jenis² ikan ke..??

Adam Arjuna said...

Comment to edzlin :

tak sure sama ada true story or tak, but for sure citer ni remake movie yg pernah dibuat pada tahun 1974 dulu.. (kalu tak salah info la..)

:)


Comment to idyavie :

thanks :)

keep reading my blog k..

appreciate it so much :)

Adam Arjuna said...

Comment to saudara manjung :

[aiyo.. panjang benor nak taip nama nih!!] :p

hehe...
tajuk citer mmg cam best, tapi kalu citer cam ampess susah gak gak kan, so baik jgn bazirkan duit dgn citer² yg blom tentu best.. tp kalu dah confident tu, layan je..

iye dak??

ahaks!!


Comment to nuke :

terima kasih atas perhatian anda!

nnt aku kasi ubah balik, typo error je tuh...

kuikuikuii..

Anonymous said...

perlu menyemak:)

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates