Wednesday, April 28, 2010

Hooperz


Kurang lebih seminggu sudah filem Hooperz ni ditayangkan di seluruh tanah air. Bagi yg belum menonton sudah tentu tak pasti dgn jalan ceritanya, dan pada yg sudah, apa pendapat korang?

Bagi aku, jika mahu dinilai dari segi konsep penceritaan dan lakon layar, mungkin filem ini boleh dianggap biasa dan ** 1/2 bintang je dari aku. Akan tetapi, jika diamati dari aspek hiburan, bagi aku Hooperz sememangnya sebuah filem yg menghiburkan.

Jalan cerita yg ringkas, mudah dan santai. Itu yg aku dapat setelah menonton Hooperz. Sebelum ni, filem tempatan kita sudah byk dilambakkan dgn filem² berunsur cinta, seram dan bertemakan kekeluargaan. Jarang sekali kita dpt menyaksikan sesuatu yg lain sehinggalah Hooperz dibawa masuk ke layar filem tempatan. Tema sukan yg bermotifkan bola jaring sebegini mmg jarang dpt kita saksikan, apatah lg di Malaysia. Dengan itu, sekalung tahniah kepada barisan produksi kerana berjaya membawa sesuatu yg baru di dalam industri perfileman tempatan kita.

Bagi aku, apa yg menarik tentang Hooperz adalah olahan serta suntingan di dalam filem ini yg aku andaikan unik dan menarik. Amat mudah difahami setiap karektor yg wujud hanya beberapa babak pendek yg cukup menceritakan segalanya. Garapan setiap plat dibuat agak teratur menjadikan filem ni tampak santai dan mudah. Pengarah juga berjaya mengembang setiap watak dgn baik dan jelas. Walaupon terdiri daripada beberapa watak utama yg menjadi tonggak penceritaan kepada filem ini, namun ianya masih dilihat seimbang dan setiap watak punya karektor yg tersendiri. Namun sedikit mengecewakan pabila watak Amy Mastura dan Adibah Noor seakan dilihat seperti melepaskan batuk di tangga sahaja kerana kurang memberi impak kepada penceritaan Hooperz. Akan tetapi tahniah kepada Melissa Maureen Rizal, Intan Nor Sainah, Anita Bahrom serta beberapa lagi teraju utama Hooperz kerana berjaya membawakan watak dengan. Kadang tertawa melihat keletah serta watak yg dijayakan oleh Melissa..

Walaupon Hooperz boleh diklasifikasikan sbg sebuah filem santai yg menghiburkan, banyak lagi perkara yg boleh diperbaiki terutama dari aspek teknikal seperti suntingan, animasi yg cuba dilakukan, plot serta kekuatan watak dan babak, jalan cerita dan lain2 lg.

Apa pon, bg aku Hooperz adalah sebuah filem yg agak menghiburkan. Tak perlu nak berkerut-kerut dahi menonton, memikirkan apa yg bakal berlaku pada seterusnya dan seterusnya kerana ianya sungguh ringan dan jelas..

Selamat Menonton :)

10 comments:

Afzainizam said...

Salam ziarah salam kunjungan pada kamu…. Salam dari kejauhan
Salam dari kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Salam kunjungan salam ziarah….

" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Sebuah persahabatan....
Terima kasih
kembara ziarah maya”

eeemmm kali ni mungkin awek yang ajak pakwe dia tengok wayang.... terbalik plak.... bagus gak dia yang belanja...

thanks berikan aku kesempatan comment walau tak ade respon

Lyn Yusoff said...

Adam,
cam menarik jer cerita ni...
sempat ke lagi nak menengoknya ni..
cam takde publisiti jer....

Qarl said...

suke hooperz

lawak die cool

rAy jR...@...Aliff said...

okay..not yet watch dis one...but then again, i've heard about it as much as i wanted..hahaha..

Adam Arjuna said...

Comment to Afzainizam :

Thanks buddy sbb singgah lg di sini. Sentiasa alu² kan kehadiran anda :)
hehe..
setuju gak ngan komen anda tu, tp takut pakwe yg ajak gi sbb dlm flem tu byk pompuan2 cantik.. hehe


Comment to Lyn :

yup!!
mmg best citer ni.. kelakar dan yg pasti unik..
lawak sengal jer...
hehe

selamat menonton :)

Adam Arjuna said...

Comment to Qarl :

kan....

lawak dia sgt sempoi... mmg layan laa... tp sayang kurang diberi promosi..
penonton pon tak ramai.. :(


Comment to Ray Jr. :

recommended u to watch it bro.
But then, dont put so high expectation on the storyline coz, its just a simple movie yet fun and enjoyable..

happy watching :)

KeMatZ said...

AJ = ADAM JAMBAN..... wakakakk :p

edzlin007 said...

layan gak filem ni. cuma pada ku ia tak se-best filem dunia baru

Afzainizam said...

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

eeeemmm awek gua ajak gua tapi gua tak layan beb.... malu nak masuk panggung pasal ramai orang pompuan dari lelaki.... arrrgggghhh tak sanggup aku menghadapinya...

but terpaksalah jaga hati awek layan sambil tidor kat wayang jadi wayang tengok aku tidorrrr...

sorry beb lama tak ziarah aku cuti lah ... i baru balik cuti waah esok dah kerja... selamat hari pekerja

Adam Arjuna said...

Comment to kematz :

ish!!
a`a laa... aku baru terperasan.. hehe..

choi la ko..


Comment to edzlin :

yup!!
dunia baru mmg lagi best.
tapi filem ni santai.. layan je kepala utk tonton..
lagu2 pon best...


Comment to Afzainizam :

hoho..
its ok bro.. thanks yerr sbb singgah lagik..

hehe!! aiseh.. tido plak ko. layan sudah...
byk tu chick cun2 dlm filem tu.. hehe..

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates