Tuesday, June 01, 2010

Movies Review : Quick Updates!

21 hari berlalu tanpa sebarang update dari aku kat blog ni. Hehehe.. almost a month kan? Tapi aku appreciate sgt even blog ditinggalkan tanpa informasi atau bualan kosong aku utk korang, masih ada yg sudi menjengah ke ruangan ini.. lebih terharu pada yg masih sudi yg drop komen or shoutbox kat sini.. memang aku hargai sgt..

Okey la.. Jgn byk pon tak guna kan.. Utk korang, especially pengunjung setiap @geNda | iNsPiRaSi, ni ada sedikit update dari aku tentang movie² yg dah aku layan sepanjang 21 yg lalu.. hehe... sorry lambar review yer.. ni pon aku kasi 'quick update' jer... Enjoy reading buddies...


Movie: Prince of Persia: The Sands of Time
Rating: *** bintang
Ulasan:

Tak banyak aku nak perkatakan tentang filem ni walopon aku dah menontonnya sebanyak 2 kali. Biarpon jalan cerita yg cuba dilayarkan ini berbeza dari filem² epik fantasi yg lain, namun garapannya tak ubah seperti filem² epik fantasi hollywood yg sedia ada seperti trilogy The Mummy, Clash of Titans, dan yg sealirannya. Mutu serta gaya persembahannya yg sedikit berbeza menjadikan Prince of Persia ditampilkan menarik utk ditonton. Filem adaptasi dari permainan computer 'Prince of Persia' ini turut dijayakan oleh ramai bintang² terkemuka hollywood seperti Jake Gyllenhaal, Gemma Arterton, Ben Kingsley, Alfred Molina dan ramai lagi menjadi antara daya penarik filem ini selain ia turut menggabungkan elemen komedi serta padat dgn aksi² yg mengkagumkan.






Movie: Robin Hood
Rating: **** bintang
Ulasan:

Keseluruhannya, aku begitu menggemari filem ini. Dari segi penceritaan, lakon layar, konsep, sinematography serta karektor memang membuatkan aku terus terus terpaku di hadapan skrin utk menontonnya hingga ke akhir. Walaupun kita sudah sedia maklum akan watak "Robin Hood" itu sendiri, namun filem ini nyata tampil berbeza dan membuatkan kita turut serta dlm penghuraian sebenar "Robin Hood" serta masa silamnya. Nyata watak "Robin Hood" yg dijayakan oleh Russel Crow ini sajak pada karektornya yg tersendiri. Mulanya aku andaikan filem ini mungkin sedikit membosankan, namun nyatanya andaian aku itu silap. Seawal ia dilayarkan sehingga ke babak akhir, pelbagai aksi serta babak yg 'exciting' turut sama dipancarkan kepada penonton dan membuatkan kita utk terus setia menonton menantikan apa yg kan berlaku seterusnya..





Movie: Shrek Forever After (Final Chapter)
Rating: **1/2 bintang
Ulasan:

Sejujurnya, aku lebih menggemari dua filem sebelumnya iaitu Shrek 2 dan Shrek the 3rd. Mainan emosi, humor, pembinaan karektor serta 'adventure' nye lebih jelas dan lebih dekat dgn penonton. Bagi aku, tak byk yg menarik yg dpt dirumuskan melalui edisi terbaru Shrek ini. Mungkin penonton akan lebih terhibur dgn humor yg dibawakan oleh watak² sedia ada di dalam filem ini, tp bukan kepada jalan cerita yg boleh dianggap biasa. Namun begitu, Shrek tetap mempunyai auranya tersendiri dalam menghidupkan jalan cerita filem ini dan itu mungkin menjadi kesinambungan filem ini utk terus sukses. Penonton masih boleh bergelak tawa dgn karektor seperti Puss in Boot dan Donkey seperti filem² Shrek yg terdahulu. Akan tetapi, jika dibicarakan tentang 'Shrek' sendiri, mungkin tak byk yg menarik yg dpt dilihat selain penerapan aspek kekeluargan yg boleh diulaskan melalui filem ini.




Movie: A Nightmare of Elm Street (2010)
Rating: *** bintang
Ulasan:

Filem remake tahun 1984 ini digembar-gemburkan bakal menjadi sebuah filem yg mungkin menghantui malam² kita kepada sesiapa yg menontonnya. Siapa yg tak kenal dgn watak seram si Freddy Kruger dgn kuku besinya itu?
2010 menjadikan filem ini kembali ke layar perak dgn konsep yg lebih fresh, dan keganasan yg mungkin lebih menggila berbanding filem asalnya sblm ni. Penonton akan dikejutkan dgn byk elemen² suspen dan thrill yg sukar dibayangkan. Namun bg aku, tak byk perubahan dan perbezaan yg dpt dilihat melalu remake kali ini selain perubahan watak serta pelakonnya. Namun A Nightmare of Elm Street di lihat lebih kemas dan plotnya lebih tersusun rapi. Watak serta efek dilakukan dgn cukup baik dan mungkin penonton akan turut serta merasa cemas dalam setiap babak yg dilayarkan. Akan tetapi, filem ini juga tak lari dari aspek klise sebuah filem² thrill dan seram yg sudah sedia ada.. Anda pasti dpt melihatnya sekirany menonton filem ini.



Selamat Menonton :)

10 comments:

Hizami Rahim said...

wah.
dah tengok shrek dgn prince of persia je.
hohO.

Adam Arjuna said...

ahaks...
kena tgk lg la yg len ni..
recommended Robin Hood..

KeMatZ said...

mantop.... terbaik.... kagum aku... tahniah.... :P

edzlin007 said...

review camni pun ok gak. sesuai dgn keadaan byk filem menarik di pawagam skrg.


prince of persia - boleh tahanlah, enjoy jg cuma part romantik saya kureng sikit, sbb cam slow ja..(dlm hati pikir kalo nak cium tu cium jela! lol )

robin hood - mcm tgk doku sejarah pun ada. tp mmg best.

shrek -maybe sbb kita semua expect ia kelakar kut, setuju, 2 movie sblm ni lg best. tp dari segi pengajaran, sgt sesuai tuk golongan bapa kan.

Afzainizam said...

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Sama-sama Kita semua mendoakan
agar misi bantuan kepada rakyat dan bumi Gaza Selamat ...
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

aku nak tengok sherk makluk hijau tu.... waaarrrgghhh aku tah kenapa tah minat ngan makluk hijau tu...

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz :

Errkk!! Apakah..??


Comment to edzlin :

Wah.. review dalam review ni.. hehe..
tapi kurang satu muvie edz, mana nightmare of elm street.. :P

p/s: blog ni byk sgt review muvi la kan...??


Comment to Afzainizam :

ahaks!!
tgk tgk.. jgn tak tgk bro...
enjoy ur muvi.. nnt wat ulasan versi ko lak keh... :)

mesin.antik said...

shrek frustrated sangat kan? boring gilak...

Afzainizam said...

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Sama2 la bagi sokongan atas usaha bersama ini..
Kami mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara Gaza http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Sorry aku lambat balas... agak sibuk kebelakangan ni

warrgghhh aku ade tengok citer prince of persia gila lah citer tu... but tengok kat DVD cetak romp[ak tak terang lah plak

Afzainizam said...

┌─┐ ─┐
│▒│ /▒/
│▒│/▒/
│▒ /▒/─┬─┐
│▒│▒|▒│▒│
┌┴─┴─┐-┘─┘
│▒┌──┘▒▒▒│
└┐▒▒▒▒▒▒
└┐▒▒▒▒┌
Peace no war...
Sama2 la bagi sokongan atas usaha bersama ini..
Kami mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara Gaza http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

aku nak bagi cadangan boleh tak ko lain kali sertakan sekali ngan video trailes sekali.. memang banyak leceh nak donload tapi ade sekurang-kurangnya aku dapat tengok gimik citer tu nanti..

anywhere_Smile said...

This set of unspoken pandora jewerly rules went unchallenged it's not pandora bead and this extra weight, almost magically, pandora charms bracelets everything changed.Brings about acne could Pandora beads find out how traditions evolve, they simply do. To discount pandora the creative mind, images of a wizened pandora sale old wizard sitting atop a stone tower towards discount pandora charms the top of by far the largest mountain pop into your head. He sits Pandora beads 2010 in his white robe stroking his long a few facial beard pandora beads charms coupled with surveys the earth's weddings to be which buy pandora charm has a look of greatly consternation.

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates