Friday, July 16, 2010

MANTRA

Berkesempatan menontonnya pada hari pertama tayangan filem ini, secara keseluruhan aku berikan *** 1/2 bintang utk Mantra yg telah diarahkan oleh Azhari Zain ini. Tahniah!

Jika mahu dibandingkan antara filem ini dgn filem seram terbitan MIG yg sblmnya (mengambil contoh filem Santau), aku lebih mengagumi dan meminati Santau kerana dari segi aspek rasional dan jalan cerita Santau bagi aku adalah lebih kuat dan pejal.

Ringkasnya, Mantra adalah sebuah filem yg baik utk ditonton, dan mungkin utk sesetengah org akan menontonnya dua atau tiga kali. Tapi bg pendapat aku, filem ini agak mendatar dan anti-klimaks. Seawal permulaannya cerita, kita sudah digemparkan dgn babak² serta plot² yg hebat yg mempu membuatkan kita teruja utk menonton hingga ke akhirnya. Namun begitu, apa yg aku rasa, babak² semua bergerak pada satu baris yg tetap dan sama. Tiada yg lebih hebat yg mampu kita cari. Permulaan dan akhir yg agak terancang. Klimaks filem ini seakan ada di mana-mana kerana tiap babak hampir menunjukkan kesan yg sama.

Akan tetapi, aku memuji hasil lakonan peneraju watak² di dalam filem ini. Zul Handyblack, Ana Dahlia, dan Hasnul Rahmat memberikan mutu lakonon yg patut dipuji. Tahniah pada Zul kerama membawakan watak Muzir dgn berkesan. Memek muka serta gerak tubuh yg terkawal menjadikan beliau seakan hidup dlm wataknya. Pon begitu, sayang kerana kebanyakkan watak² di dalam filem ini tidak dikembangkan dgn baik. Ia dilihat seperti tergantung dan tersekat antara setiap watak² yg wujud dlm filem ini dan ini menjadikan filem bergerak terlalu pantas tanpa banyak drama bermain di dalamnya. Penonton hanya disaji dgn babak seram dan aksi sahaja. Bagi aku, itu bukanlah satu kepuasan untuk menonton.

Walau bagaimana pon, Azhari bijak bermain dgn jalan ceritanya. Mantra membawa kita kepada satu dimensi lain dalam filem² seram tempatan. Seawal permulaan dan hingga ke akhir, beliau cuba menghidupkan babak agar ia bermain dgn emosi penonton. Paling aku puji bila Azhari cuba bermain dgn babak akhir cerita ini. Kesimpulan cerita yg tak aku jangka dari awal. Tahniah.

Apa pon pendapat dan huraian aku tentang filem ini belum tentu sesuatu yg boleh korang terimanya. Itu pasti. Namun amnya, Mantra adalah sebuah filem yg menghiburkan dan sesuai utk disaksikan. Dari aspek kesan khas serta sinematografi filem ini juga mampu untuk dipuji kerana sebagai sebuah filem tempatan, ia boleh dikatakan sebagai sebuah filem yg layak ditonton dan sedang meningkat naik seriring filem2 luar.

Kepada semua...


Selamat Menonton :)


5 comments:

rAy jR...@...Aliff said...

uitsss...mau tgkkkk......hak3

Adam Arjuna said...

Comment to Ray Jr. :

tengok jgn tak tengok...
nak tgk ajak aku.. hehe

Afzainizam said...

lama tak ziarah blog ko ni aku dah dah tengok iklan kat tv macam seram sangat nampaknya isshhhh menakutkan plak tak apa lah aku try tengok
...♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

jejaka anggun said...

3.5 stars... hmmm....

Adam Arjuna said...

Comment to Afzainizam :

welcome back bro :)

tgk la bro... sure ko puas ati la..
menarik gak citer nyer...


Comment to Jejaka Anggun :

err... kenapakah?
mesti nak ckp.. pesal asik 3.5 stars je kan..?

ahahak..

ia bermaksud citer tu best.. sesuai ditonton.. tp tak la besssttt sesangat.. masih ada kekurangan.. but masih boley diterima utk menghiburkan..

kalu diubah certain2 part.. ia boleh dianggap terbaik..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates