Friday, July 09, 2010

The Twilight Saga: Eclipse

The Twilight Saga: Eclipse! Satu lagi edisi terbaru filem saga romantik hasil tulisan Stephenie Meyer ini. Aku pasti semua dah maklum tentang sekuel-sekuel filem ini. Bermula dgn Twilight, kemudian Twilight Saga: New Moon, semuanya mendapaat sanbutan hebat dari penggemar-penggemar filem. Dan kini, Eclipse pula menerjah panggung utk memperkukuhkan lagi kisah cinta tiga segi antara golongan puntianak, serigala jadian dan gadis rebutan mereka ini.

Secara keseluruhannya, aku kasi *** 1/2 bintang utk filem berdurasi hampir 121 minit ini.

Kisah cinta, perjalanan cerita serta lakon layar, babak aksi, dan perkembangan setiap watak dilihat disusun baik oleh pengarahnya iaitu David Slade utk menjadikan Eclipse sebagai antara koleksi hebat di dalam siri Twilight.

Tak payah diulas apa jalan ceritanya, dan apa yg berlaku di dalam filem ini kerana bg aku, mungkin antara kita sudah maklum tentang menerusi pembacaan peribadi kita sendiri. Apa yg akan ditonton adalah utk menyaksikan bagaimana hebatkan filem ini bila diterjermahkan ke layar perak.

Jika Twilight memperlihatkan kita tentang perkembangan diri Bella dan Edward Cullen, New Moon pula byk bermain dgn emosi serta kehidupan sbnr Jacob Blake, namun dalam Eclips, ia lebih menterjemahkan kehidupan serta sejarah hidup serta dua puak berbeza ini iaitu golongan puntianak dan serigala jadian. Aku agak meminati episod kali ini kerana personally bg aku, setiap watak cuba dikembangkan dgn baik dan diberikan peranan yg sama hebatnya antara satu sama lain.

Mungkin ada antara kita tidak meminati siri ini kerana mahukan sesuatu yg lebih thrill dan aksi, tp ingatlah bahawa Saga Twilight merupakan sebuah kisah romantik, dan perjalanan hidup Bella Swan yg terikat antara dua lelaki dari dua dunia berbeza. Selingan serta babak aksi yg ditonjolkan bg aku tidak lah keterlaluan dan ia sekadar utk memberi lebih impak kepada jalan sebenar siri ini.

Mungkin perjalanan siri ini agak 'lembap' dan slow, tp apa yg menarik adalah bagaimana cara ia diolah dan bagaimana setiap watak dikembangkan dgn baik. Sepanjang menonton filem ini, aku tertarik dgn sinematografi yg cuba dilayarkan. Masih tetap sama seperti apa yg dipertontonkan episod pertamanya. Keindahan alam yg indah dan cantik serta peribumi yg sungguh unik.

Namun begitu, apa yg aku harapkan sebelum menonton filem ini, Eclipse mungkin akan mempelihatkan lebih aksi berbanding dua filem sebelumnya, kerana aku yakin peminat filem-filem ini mahukan sesuatu yg mungkin diluar pemikiran mereka, akan tetapi, Eclipse masih dalam landasannya yg sama.. seperti juga apa yg terdapat dalam Twilight dan New Moon, aksi hanya sekadar sampingan. Tak byk yg ditonjolkan. Ia dilihat seperti sekadar memenuhi ruang filem ini sahaja.

Rasanya tak perlu diulas dgn lebih mendalam lagi kerana aku pasti Twilight Saga mempunyai pengikutnya yg tersendiri andaipon filem ini diklasifikasikan buruk. Namun begitu, aku amat berpuas hati dgn filem ini. Masih cuba yg terbaik utk meraih perhatian penonton. Apa yg cuba dilayarkan berjaya ditampilkan dgn sebaiknya. Aku pasti, pada sesiapa yg telah menontonnya, pasti tak sabar menunggu kemunculan episod terbaru saga ini iaitu Breaking Down kerana disitulah nnt kemuncak segala-galanya. Apa yg tersirat bakal terjawab, apa yg terselindung bakal terhurau dan mungkin apa yg tiada pada Twilight, New Moon dan Eclipse akan dipertontonkan dalam Breaking Down nnt... sama-samalah kita tunggu episodnya nnt.

Seperti biasa, apa yg aku tonton dan ulas tak semestinya yg baik utk korang lihat. Apa yg aku huraikan merupakan pendapat peribadi aku sendiri.


Selamat Menonton :)

8 comments:

SyuQ said...

mula2 aku x minat citer ni...

tp bila da start baca novel dia, menarik plak rasanya.

thx 4 da review. wat aku x sabar nak terjah panggung :-)

Judiene said...

arghh!
aku nk tgk!
tlg bwk aku kuar dr kelantan neh!
LOL

Adam Arjuna said...

Commeny to Syuq :

u r most welcome bro.
aku lak mmg penggemar citer ni sbb tu aku folo setiap info citer ni..

gi la tgk. sure ko ada pendapat sendiri nnt. tp mmg puas ati la..


Comment to Judiene :

alahai.. sian lak kwn aku ni.
jom..jom..!!
aik, masih kat kelantan ke?
kalu kl leh la aku ajak, tp ko belanja la eyh? hehe

KeMatZ said...

terbaik punya review membuatkan aku tak sabar nak gi download.... thanks for the review.... :P

jejaka anggun said...

dah agak dah u bagi 3.5 bintang.

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

uhhhh citer ni mmg sodap... aku dah nengoknya

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz :

choi...!!
nak mendowload lak.. len la kalu nak gi panggung..

hahhaha... minggu depan MANTRA mau??


Comment to Jejaka Anggun :

wah.. sejak bila jd Alice Cullen ni??
ada sbb tak bg 4 or 5 bintang la dude.. 3.5 tu maksudnya lebih skit dari memuaskan..


Comment to Afzainizam :

hoho...
awal gak ko tgk kan.. best kan??
yesza..
yg penting puas ati...

Edzlin said...

suka baca novelnya, jd suka filem nya jg. tp filem2 cinta camni tgk sekali cukup lah :D

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates