Friday, February 22, 2008

Aku..!!!

Hari ini 22 Februari 2007. Lagi Sebulan genap umur aku 26 tahun pada 22 March akan datang. Hurmm..dah tua ker..? aku tak rasa pon! Bagi aku umur bukan satu masalah, ia cuma angka. Sejauh mana kita percaya diri kita, sejauh itu ia takkan memakan usia.

22 March 1982, jam 6.30 pg aku dilahirkan di Hospital Besar Kuantan, Pahang. Merupakan anak kepada pasangan En. Gazally dan Pn. Mariam Bee. Aku anak ke-4 dari 5 beradik (3 lelaki, 2 perempuan).

[umur aku brapa bulan ntah..]

Aku dibesarkan di banyak tempat. Mengikut abah yang bekerja sebagai tentera membuatkan kami sekeluarga terpaksa berpindah ke sana sini. Zaman tadika aku di kedah, kemudian penang dan kini kami semua menetap di Parit Buntar, Perak (sempadan penang-kedah-perak). Namun kerap kali jugak aku berulang-alik antara Penang dan Perak sbb kampung ku di sana. Namun aku tetap bangga menjadi anak utara..


[still tak igt brapa umur aku time ni..hurmmm...]

Zaman kanak² aku tak ler seceria mana. Macam kanak² lain, bermain dan berhibur tu la tujuan utama. Namun aku akui yg aku agak pasif skit di zaman kanak² ni. Kadang² je kuar bermain ngan kawan² dan selebihnya aku lebih suka duduk di rumah. Bosan..!! Memang sangat bosan..!! Sebelah pagi pergi ke sekolah, balik tgh ari bersiap pulak nak ke kelas fardhu-ain. Malam pulak ke kelas mengaji. Tu la rutin harian aku. Kalu malas, mula la bg alasan sakit perut la, nak demam la..mcm orang lain jugak. Tapi mmg aku agak pasif, tak byk bergaul dgn rakan² seusia. Aku hanya mengikuti aktiviti² yg dianjurkan oleh pihak sekolah jerr...lain nye..ikut keadaan.

[saper la dak nih...cute nyer....ueks..!! :P bru nak blaja berdiri]

Zaman tingkatan aku pulak berbeza. Di sini aku dah mula berdikari. Seawal aku di sekolah rendah lg aku dah cuba utk berdikari..Cuba bangun pg sendiri, basuh kasut sendiri, ke sekolah pon sendiri dan gosok baju sekolah pon sendiri. Memang yg tu yg diajar utk aku. Kalau malas, memang serabai la aku kelas. Zaman sekolah menengah memang sesuatu yg aku dirindui. Rindu kawan² aku yg dah lama tak jumpa.

[umur aku 4 tahun]

[sewaktu umur aku 6 tahun..tadika beb!]

Aku mula bergiat aktif dalam berpersatuan, kelab dan sukan semasa di tingkatan. Byk yg aku libatkan diri. Aku ada perancangan aku sendiri. Aku sedar yang aku bukan la perlajar cemerlang yg boleh capai semua 'A' dalam setiap subject, tapi aku harus ada 'sesuatu' yg mungkin dpt aku bawa yg boleh membantu aku utk masuk ke Universiti. Itu azam aku. Dan semuanya tak sia-sia...

[Darjah 6 a.k.a 12 tahun..errrkk!!]

[Form 1 a.k.a 13 tahun.. toya nyer mukerr]

[umur aku 17..semasa form 5]

Melangkah kaki ke Universiti adalah perkara yg sangat aku impikan. Dari kecil tu la cita² aku. Pertama kali mendapat surat tawaran utk melanjutkan pelajaran ke UiTM terus menyangkal pendapat aku sendiri yg aku bukanlah BODOH. Aku masih berpeluang utk berjaya seperti org lain walopon cita² asal aku dah terkubur dalam.

Apa yang pasti, aku berbangga kerana aku satu-satunya anak di dalam keluarga yg berjaya menempatkan diri ke Universiti. Bukan nak menunjukkan diri ini riak, tapi setiap kali mendgr perbualan abah dgn rakannya yg menyatakan yg dia juga punya anak yg belajar di 'U' membuat aku rasa cukup berbangga. Bapak mana yg tak nak lihat anaknya berjaya kan..??

[Zaman aku di universiti. Alam diploma masa ni..]

Keluarga aku bukan mewah, tapi bukan juga miskin. Cukup pakai..cukup minum..cukup makan.. itu dah memadai. Melihat abah berusaha gigih mencari duit supaya aku dpt menyambung pelajaran membuat hati aku kadang² sebak dah terharu. Demi anak-anak, mereka sanggup..!

Zaman universiti pula berbeza. Umur aku bru 18 tahun waktu ni. Baru nak kenal dunia. Baru nak merasa hidup berjauhan dgn keluarga. Apa je yg aku tahu waktu ni..tiada..! Apa yg ditanya, tu yg aku jawab..Apa yg disuruh, tu yg aku buat. Memang skema sgt. Dengan berkemeja ke kelas..berjalan kaki dari rumah sewa ke kelas yg amik masa selama 1 jam..mcm² perkara baru muncul dalam hidup aku. Waktu ni juga mula hati terdetik untuk mendekati seseorg yg aku suka pada waktu itu. Tapi, kini hanya kenangan..


Mengenali rakan² dari pelbagai peringkat umur, negeri dan perangai membuatkan aku lebih yakin dengan hidup ini. Waktu ni saat aku mula kenal apa itu CINTA..saat ini juga aku kenal perbezaan antara Kawa, Teman dan Sahabat.

Byk perkara tak dijangka berlaku sepanjang 5 tahun aku di universiti. Dari diploma hinggalah ke degree. Dari seorang yg skema, seperti katak bawah tempurung..aku berubah sekelip mata je setelah memenangi pilihanraya perwakilan pelajar. Jawatan yg tak pernah langsung wujud dalam kamus diri aku.

[Melangkah ke alam degree]

Aku melalui fasa-fasa kehidupan sbg seorg pelajar dgn cukup aneh dan pelik..bagi aku laa..dari seorg yg mengikut, aku cuba membina keyakinan aku sendiri. Dari seorg yg pendiam dan pemalu, aku berani tampil ke depan menyuarakan apa yg aku rasa. Dari seorg yg kurang bergaul, aku dah semakin lama semakin ramai kenalan.

[aku yang BARU..]

Apa pun perubahan dan transformasi yg aku alami tetap tak merubah siap diri aku. Aku tetap aku dari dulu, kini dan selamanya. Setiap perubahan menunjukkan kematangan aku berfikir, sama ada negatif atau positif. Aku cuba sebaiknya menjadi diri aku sendiri. Aku tak nak hipokrit dalam melalui setiap hari-hari aku. Biar apa pun tanggapan org pada aku, yang penting aku tahu siapa aku.

Inilah diri aku... Ini kisah kehidupan aku.. Ini semua tentang AKU...!!

5 comments:

KeMatZ said...

nothing to say.... to you ADAM TIMBERLAKE..... hehehehe..... yang penting biarlah jadi diri sendiri kan... hehehehehhe go ADAM... ishhh tak best... GO MAZLLY......

Farazila said...

wah2...
adam...dari kecik lagi kamu mmg sudah pandai bergaya...
ooo...dari kechik lagi jadi Mazlly Timberlake upanyer..
hhehee

♥Syamelia♥ said...

wah wah adam...
dari kecik lg dah pandai pose maut... patutlerr bila dah besar jd jejaka hawts...

btw adam, proud of yr achievements... n its a great honour 2 know u... lol

Naftalena 'Nafty' said...

Jejaka hawtz..

hehe.. se'hawtz' mana pun kau jadik mally.. dari zaman wak misai sampai zaman timberlake ni, aku tetap tau kau akan jadi diri kau sendiri..

hehe..

mesin.taip said...

I think u missed the part about a phase where u went for ur AF punya audition. penting gak tuh untuk diceritakan...hihihi :)

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates