Thursday, March 13, 2008

8 March 2008

Last week akhirnya dapat gak aku pulang ke kampung ku di Parit Buntar setelah hampir 5 bulan tak balik..heheh.. Tujuan asal sbb nak menghadiri majlis kenduri kawin cousin aku pada 8 & 9 Mar 08, tp dlm masa yg sama gak negara kita mengadakan PRU ke-12, aku pon sempat la amik kesempatan utk sama² mengundi pd PRU kali ni.

Saper yg aku pangkah tu biarlah rahsia, tapi apa yg pasti byk perubahan yg berlaku pada PRU ke-12 ini. Banyak perkara² yg tak pernah kita jangka berlaku. Apa pon itulah jawapannya. Rakyat sudah bersuara. Nak trima atau tak, tidak menjadi soal sekarang. Apa yg diharapkan agar 13 Mei tidak berulang.

Semasa tgh lepak² di pusat pengundian sambil menunggu parents aku yg still on que tu, aku rasa terasa kagum gak la bila melihat warga² tua yg dah uzur tetap gigih datang untuk mengundi. Waktu ni terdetik kat hati betapa mereka sgt bersemangat utk menentukan perlembagaan negara kita. Tertanya di hati aku kenapa aku tak segigih mereka. Ni 1st time aku mengundi, kalu ikutkan ni musim kedua utk aku layak mengundi. Tapi naper aku tak buat tu dulu. Sedangkan undi tu 5 tahun sekali..entah la...

Yang kita hajatkan adalah 'negara makmur, rakyat aman.' Insya-Allah.

Berbalik kpd majlis kawin tu, kali ni aku ditugaskan jd pengapit kpd cousin aku ni, Hasrul. 1st time ni jd pengapit, amik berkat org kata...ahahhaha..x de makna nyer..

Selain pengapit, aku jugak lah driver, jurufoto, mentara (rewang) and macam² lg..Penat memang penat sbb tak sempat rest pon balik cuti kali ni, tp aku rasa ni yg paling fun sbb aku buat byk benda untuk majlis yg simple ni.

Kat bawah aku selitkan skit foto² yg sempat aku snap menggunakan camera digital 3.2 mp aku tu. Gambarnyer tak la cantik. Tu je yg termampu au dptkan. Plus aku edit la skit gambo tu ngan photoshop...baru la masyuk skit kan...ekek...


5 comments:

Anonymous said...

dah jadik jurufoto plak abang kita skang ni...

Farazila said...

selamat pengapit baru mazlly..
:P

Lina said...

adam bila lagi?
hahaha. (:

Lyn Yusoff said...

bila lagi adam nak naik pelamin nih.. tak sabar nak tunggu.. hehehehe

Adam Arjuna said...

haha..adam biler lagik ar...saper tau..??

susah la..calon2 pon tak nampak lg..ekeke...bila la agaknya diriku akan duduk di pelamin...

jgn pelamin anganku musnah udah ler..ehehe

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates