Showing posts with label Cerita Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kahwin. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

Jodoh...

Dah cam ala² lama gak la konsepnyer aku tak buat posting pasal 'lifestyle' masyarakat kita nih kan? Asik² citer pasal movies jer... bila masa nak kuarkan topik len pulak..

Okey kali ni aku nak kembali ke isu 'budaya' dan cara hidup kita seharian sama ada yg pernah kita sedar or tak.. wahhh.. (padahal byk keje kat opis nih!! TETAP nak apdet blog bagai!!)

Jodoh! Ada apa dgn J.O.D.O.H nih?

Bila org tanya naper kita tak kawin lagi, slalunya jawapan kita, ' cam ne nak kawin, tak der jodoh lagik!' tak pon... 'err.. jodoh tak sampai lagi...'

kan..

Tu slalunya jawapan standard mat² or minah² terlajak la.. (nnt aku buat entry pasal naper kita kawin lambat lak! :P )

Macam² cara and style org carik jodoh ni. Kalu dolu² or kat kampung², pilihan mak bapak tu la pilihan kita. Tak leh nak bantah. Mana mak bapak berkenan, tu la nnt jadi jodoh kita. Anak dara tak leh kuar umah takut nnt org kata 'perigi cari timba' lak. So, mula la segmen kenen-mengenen anak si polan tu dgn si polan ni utk dijodohkan.. Skang ni ada lg ker cam tu? Anak muda makin advanced... part² match-maker oleh mak bapak ni mcm dah tak layan lagi dah.. kalu ada yg tak suka.. berdesuuummm cabut larik rumah... haih.. susah kan? Kesian kat mak bapak samapi nak kena masuk iklan dlm surat khabar tulis 'anak larik rumah sbb tak setuju pilihan keluarga..!'


Kalau nak diikutkan, tak susah pon nak cari jodoh dlm era millenium ni. Abad ke-21 la katakan... eheheh!

Kalau tak selesa dgn pilihan ibu bapak, kita boleh je cari sendiri. Iklan kat radio. agensi mencari jodoh, iklan kat TV, facebook, friendster, myspace, twitter, sms, yahoo messenger.. Kalau dah malas ngan sumer tu, try je iklan kat tv tu yg slalu tulis 'anda bosan? type ON CINTA dan hantar ke 32329'..kan senang!

Byk sgt medium yg boleh digunakan utk cari jodoh.. Mungkin blog jugak bley menjdi medium utk bertemu jodoh! Saper tau kan...

Tapi.. ada orang tak percaya hubungan maya mcm ni, tersalah pilih kang.. tergadai body lak! kan naya jerr.. Tapi ada pulak orang yg bley idup bahagia mengenal pasangan dgn cara cenggini.. mungkin dah rezeki jodoh dia mengenali org thru cam ni kot kan.. amin..

Ooppss.. kawan² pon boleh dijadikan tempat utk kita cari jodoh sbnrnya. Selain mak bapak yg jd match-maker, kawan² rapat pon slalunya akan amik port memainkan peranan sbg agen cari jodoh ni.. selalunya la.. sampai tahap dah dpt nombo telefon tu kira success la peranan si kawan tu. Tinggal pulak kat diri sendiri utk move-on. Boleh berjaya ke?? Susah gak! Kalu ada prob.. dgn kawan² kita tu skali ada masanya boleh terjebak.. hish.. bahaya..

Susah sgt ke nak cari jodoh?

Tak susah sbnrnya.. cuma bergantung pada diri dan rezeki. Yang bernasib baik, mudah la jodoh tu sampai.. yg tak, kena la cari dan cari lagi sebab jodoh tu takkan datang sendiri.

Tetiba tingat la kat satu statement dlm filem, "Cinta takkan datang kalau tak dicari, Cinta gak takkan dapat kalau tak memberi."

Sama la tu konsepnye dgn jodoh. Mana bley kalu dgn duduk jer, tup² jodoh tu datang bergolek.. ko igt jodoh tu buah durian ke leh jatuh dari pokok suka ati.. then terus kawin.. hehe..

Aku dah try dgn kebanyakkan medium² kat atas nun, tp hado.. tak berhasil pon lagik.. naper eyh? Pilihan mak bapak je blom try lagik.. and aku tak rasa mak bapak aku heran dengan jodoh aku ni.. Kalau ada tu ada ler.. :P

Korang dpt jodoh cam ne eyh? Struggle tak nak dpt pasangan korang skang ni..??

Haih...

P/S: ada org tgh² dok match-maker aku nih.. tak tau la menjadi ke tak nih.. 'usaha kan lift kejayaan...' huhu

Monday, March 23, 2009

Another Wedding Story

Ada apa dengan 2 poster filem di bawah ni?

Saper yg dah pon tonton 2 movie di atas ni? Pada yg sudah, tentu dah sedia maklum storyline movie ni tentang apa kan? By refering to the 1st poster i attached here dah menunjukkan ianya tentang maid of honour..same goes with 27 dresses.

Yup guys! It's true! It is all about maid of honor. In other words, easier for us to named it as bestman, bestwoman, or..PENGAPIT!

***************************

Another Wedding Story

Status : Attended

Roles : Supporting people a.k.a Bestman

Date : 21 March 2009

Location : Raub, Pahang

***************************

Buat kesekian-kalinya lagi aku dipertanggung-jawabkan utk menjadi pengapit kepada seorang lagi sahabat aku pada Sabtu lepas. -- majlis yg diadakan di rumah pengantin perempuan.

Mohd Faizal Kasmon (Usop) dan Sazalina Sapie yg telah selamat diijab-kabulkan lebih kurang jam 10.30 pagi merupakan dua org rakan yg aku kenali sejak 5 tahun lepas semasa kami sama² berada dlm kelas yg sama mengikuti pengajian peringkat ijazah di UiTM Shah Alam.



[rakan sekelas -- Pyar yg jugak pengapit kepada si pengantin perempuan]


[antara rakan kelas lelaki yg turut hadir dari majlis akad nikah sehinggalah persandingan]



Kali ke-7! Orang kata.. semakin byk kita jd pengapit, semakin lambat la jodoh kita! Betul ke rumors ni?? Wallahualam.. aku tak percaya langsung pon.

Pada aku, kalu ada jodoh tu ada la kan.. Merancang bagai pon, kalu tuhan kata tu bukan jodoh kita, maka bukan la jadinya kan..

CINTA ni takkan datang kalau tak dicari.. tapi CINTA jugak takkan dapat kalu tak de yang memberi.. so, fikir lah sendiri yerr..


Di sini, aku dan rakan² lain mendoakan kebahagian korang berdua utk selamanya dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Insya-Allah. Kita sebagai hamba hanya mampu merancang, namun segalanya ditentukan oleh Yang Maha Esa kan..

SELAMAT PENGATIN BARU BUAT USOP & INA!!

Thursday, February 12, 2009

Jemputan Perkahwinan

Walimatul-urus..

Dengan segala hormatnya, kami menjemput Tuan/Puan_____________ ke majlis persandingan putera kami Mohd Mazlly Bin Gazally bersama pasangannya pada tarikh..... Chop!! Chop!! ... Ops!! terlebih sudah!! Ahaks..

Haiii...berangan pulak aku ni kan? BIla la agaknya keadaan macam ni nak berlaku kan... hehee... Skang ni bley dikatakan tetiap bulan aku terima jemputan perkahwinan dari member² terdekat, terjauh, bestfriends, sedara mara dan kenalan² aku. Bila difikirkan, diorg nih dah macam berlumba-lumba lak mengejar tarikh utk- mendirikan masjid nih. Masing-masing dok kalut booking tarikh, invite sana sini utk pastikan org yg dijemput tu bley hadir pada hari bahagia diorang nanti nieh.

Haiiiih...indahnya moment korang kan. Kad kahwin yg aku terima pulak jgn ckp la, dah macam² jenis dan rupa bentuk yg ada. Tak terkira dgn jari dah. Kreativiti men'design' kad memasing utk menarik perhatian org tu amat penting. Kad exclusive yg meletups bagai, bermaksud wedding org tu bley dikatakan agak kelas la.. bajet besar tuh.. Yang simple walopon hanya sekadar sekeping kertas photostate pon tak menjadi masalah kalu nak menjemput asalkan niat menjemput utk tetamu menghadiri majlis tu ikhlas dan bukan sebab nak menunjuk-nunjuk..kan.... Nampaknya planner aku tahun ni sumer penuh dgn attent wedding org jerk la!!!

Zaman skang dah moden! Tak sempat nak kirim kad, guna sms pon dah boleh. huhu.. Apatah lagi yg teknologi internet yg ado skang nih, through Yahoo Messenger, Friendster, MySpace dan Facebook pon boleh dijadikan medium utk jemputan perkahwinan ni kan.. Ish!! Gila la..teknologi dah mengatasi segala-galanya... ((tetiba tingat lak citer Bride Wars aku tonton di pawagam bebaru nih!.. Best giloss!!))

Dua tiga ari lepas aku terima lagi undangan perkahwinan ni, dan sekali lagi aku diminta jadi maid of honor si pengapit laki nih.. hehe..

Tumpang happy aku bila melihat kengkawan bahagia ni. Harapan aku satu je, sejauh mana pon diri hanyut dalam alam rumah tangga ni, kengkawan jgn la dilupakan..kan..kan..kan.. Bila pulak giliran aku... sedey la aweks tak dak nih.. idop membujang la aku sampai tuooo... muka tak ensem, tak kaya, tak romantik and tak gentleman ni saper la nak kan...keskeskes... saja nak provoke diri.. (suka aku la kan! blog aku! hehehe)

Insya-Allah, ada rezeki, blog ni la tempat aku edarkan jemputan...Ahaks..!!

Sebelum terlupa, cuba korang view kad jemputan dibawah nih. Kalu yg tak dpt tgk dgn jelas tu, just klik kad tu utk size yg lebih besar. Seriously, ni kad jemputan paling slumber..paling stylo dan paling tak bley blah aku pernah tgk.. ahahah... enjoiiss!!

Monday, December 01, 2008

Kisah Si Pengapit

Bila bercerita pasal majlis perkahwinan je..apa yg spot terus kat fikiran kita mesti tentang pengantin kan..? Saper si pengantin lelaki...dan saper pulak si pengantin perempuannya.. Jarang pulak kita mempersoalkan tentang si pengapitnya pulak siapa..tul tak..??

Pengapit atau bahasa mudahnya yg slalu kita sebut² iaitu Bestmen / Bestwoman adalah org yg bley dikatakan penting gak la utk melengkapkan sesebuah majlis perkahwinan. Tu pendapat aku la.. Kalau org len aku tak tau la pulak.

Ada gak la beberapa mitos yg aku dgr utk memilih si pengapit ni. Ada yg ckp jgn pilih si pengapit dari golongan org² bujang...mitosnya takut si pengapit pulak yg lambat kawen.. ada pulak yg ckp lebih baik pilih yg bujang...ambil berkat si pengantin katanya. Mana la tau pengapit bertemu pengapit, ada pulak jodoh kat situ kan.. ahaha..

Ntah la.. realiti nya aku sendiri pon tak pasti. Tapi..ada aku kisah...huhu..

Personally bg aku tak salah nak memilih sesiapa pon utk jd pengapit kita kan, sbb tu pilihan kita sendiri. Pengapit secara tak langsung akan menjadi org yg paling dekat dan rapat dgn kita sepanjang majlis perkahwinan..betul kan? Dan tentunya org tu adalah org kita sendiri rasa selesa and org yg kita sendiri boleh percaya..

Secara ringkas, nama 'Bestman/Bestwomen' tu sendiri dah menunjukkan yg pengapit lebih bagus kalu terdiri dari best-friends kita..kan... Dan waktu ni la kita sebagai kawan menghargai sebaiknya masa bersama kawan kita sblm mereka mendirikan rumah tangga.

Dah lebih 4 kali aku jd pengapit.. Jodoh aku belum juga dtg.. ahaha.. may be kena tunggu sampai 27 kali kot mcm citer 27 Dresses utk aku bertemu pasangan aku. Hahaha... bengong tul!

Aku suka jd pengapit! Sbb ni cara aku nak menghargai rakan² aku, dan mungkin juga buat aku utk menilai sendiri diri aku. Org pilih kita sebab org percaya pada kita. Tu je yg aku rasa. Tak kisah la jika jd 'pengapit bidan terjun' pon, sekurangnya aku tau yg nama aku terselit gak dlm fikiran mereka. Kan..?

Jadi pengapit ni bukan sekadar jd tukang kipas, tukang lap peluh, tukang pegang payung, tukang senduk nasi minyak atau segala tukang yg sewaktu dgn nya.., tp jd pengapit la salah satu cara kita menilai ikatan persahabatn antara kita dan rakan kita dan seerat mana persahabatan itu mampu kita kekalkan.. Adakah lepas kawen masing² wat hal sndiri even dah berkeluarga sekali pon ?? Aku serahkan kat korang utk menilai..

Monday, November 24, 2008

Dunia Baru

Dunia Baru..? Wah ! Caption macam bagus je kan.. Definitely posting aku kali ni tak der kaitan dgn telemovie siri Dunia Baru ataupon Dunia Baru The Movie atau juga yg sewaktu dgnnya.. hehe..

Title Dunia Baru yg aku guna kali ni just nak menggambarkan dua perkara yg berbeza utk aku share ngan korang sumer.. Nak tahu apa dia..?

Ok! 1st pasal kehidupan baru yang dilalui oleh dua org sahabat aku yg dah aku kenali sejak diploma lg. Muhd Nazri dan Nur Zuliyana dah pon sah bergelar suami isteri pd 22 November 2008 yg lalu. Mengenali mereka berdua kira² 8 tahun lalu la..lama gak kan.. Kalu ikutkan, diorg ni la couple class yg success smpai ke jinjang pelamin...yg len...[S.M.I] la yerk..

To Nazri (atau nama mesranya Pak Tam) & Ana, Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal selamanya.. Insya-Allah.. Bila dah melangkah ke dunia baru ni, pandai² bina and corak keharmonian rumah tangga tu yerk.. (cam ustaz lak aku!!)

Ok! My 2nd things is, dunia baru yg aku sendiri lalui.. heheh.. dulu aku suka sgt bergambar, dan sekarang aku cuba lak menjinakkan diri dgn Dunia Baru bg diri aku sendiri iaitu bidang fotografi. hehe.. Ntah la..mcm best plak bila dpt shoot gambar² yg cantik. Puas hati! Minat ni dah lama, cuma dulu mungkin belum masanya kot. Dulu aku suka org amik gambar aku, skang aku lak nak cuba² amik gambar org.

So, utk semua... kat bwh ni antara gambar² yg aku snap melalui cemera pinjam kwn aku si Kematz yer.. Detik² manis Pak Tam & Ana cuba aku rakamkan ngan sentuhan lensa dari tangan aku sendiri.. (wahhh...cam ne aku dpt ayat ni..? x bley blah!!) Mungkin tak sehebat jurugambar professional lain yg mengguna DSLR, tp ni la hasil keje aku. Ni la dunia baru yg cuba aku jelajahi..

************

************

************

************

************

************

************

************

************

************

"Just Married!"

Monday, August 25, 2008

Wedding Azlina & Tuan Rosli

Aku kembali lagi dgn entry pasal wedding! Saper lagi kalu bukan wedding kawan² aku. hehe..
Kali ni member aku, Azlina Ibrahim yang dah melangsungkan perkahwinan bersama pilihannya, Tuan Rosli pada 24 Ogos 2008 yg lepas.

Majlis yg diadakan di Metro Prima, Kepong ni turut dihadiri oleh keluarga aku yg kebetulan dtg ke KL ni. Lgpon Ena ni agak close la ngan kakak² and dia pon pernah gi ke umah aku di Perak nun.

Azlina atau Ena Eekk (panggilan mesra di kalangan kengkawan) yg mulanya aku kenali sebab nak mendekati seseorang lebih kurang 8 tahun dulu sewaktu aku mengambil kursus diploma di UiTM hinggalah ke hari ni adalah antara kawan² rapat aku yg masih lagi berhubung walopon jarang berjumpa. Sedikit info pasal si Eekk ni, dia ni mmg pandai masak dan masakan dia yg paling femes dikalangan kngkwn adalah Daging masak Dendeng. Marvellous.. Kalu dia masak tu, sure mesti tapaukan kat aku yg dok bujang kat umah sewa. ahaha...tingat la zaman dulu kala... hurmm...dpt ke lagi nak merasa dendeng tu eyh..??

OK la..tak banyak yg aku nak citer pasal wedding sbb aku pon dtg agak lambat disebabkan jammed yg gila baban kat KL ditambah lak hujan lebat. Apa pon, to Ena & Rosli, aku ucapkan "Selamat Pengantin Baru, dan semoga berbahagia dan berkekalan hendaknya. Lumrah hidup berumah tangga, tentu ada pasang surutnya kan, so pandai² la korang melalui kehidupan korang sbg pasangan suami isteri agar semuanya lebih makmur..Insya-Allah.."

Selamat Pengantin Baru

Antara rakan² terdekat yg hadir.

2 diva yg sentiasa je nak vogue!

Nak lebih Story pasal wedding si Ena ni, bley la klik Blog Kematz ni yer..

Wednesday, July 23, 2008

Wedding Zarini & Aiiman

Kawanku KAHWIN lagi..!!

Hurmm..kali ni saper lak..?

Tahniah buat Zarini Nizar & Aiiman Rahmat yang telah melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lepas bersamaan 19 Julai 2008 di Dewan Putra, Klang. Zarini dan pasangannya Aiiman ni aku kenal masa kitorg sama² amik degree dulu..kecuali Aiiman la yg aku kenal melalui Zarini.

Apa pon..tahniah sekali lg dari aku..Moga berbahagia dan berkekalan hendaknya..Amin..

Haiiii..kawan² aku ni sumer dah menghitung hari je nak jd raja sehari...aku pulak menghitung wang ringgit pk nak bli hadiah apa waktu diorg kawen nnt..

Apa yang pasti...aku masih menunggu kad jemputan beberapa orang lg kawan baek aku yg bakal menamatkan zaman bujang, antaranya;

[ Azlina & Rosli ] , [ Zuliyana & Nazri ] , [ Faizal & Sazalina ]

..bila pulak la time aku nih...??

Okey la..rasanya aku dah sedia kot. So pada sesiapa yg rasa nak jd couple aku (Wahh!! berangan lagi nih..!!), sila download borang dgn KLIK SINI segera yerk.. ahaks.!!

Aku dan Mr. Kematz di samping pasangan pengantin..Sori la Ika, gambo ko aku tak letak.. nnt ter'over-shadow' pengantin lak.

Monday, July 14, 2008

Bestman Again...

Acara Majlis Perkahwinan Khairul Iskandar & Norazura

Bertempat di Taman Rinting, Masai, Johor.

12 Julai 2008

Well guys, tak byk pon aku nak citer utk posting ni..just nak bitau aku jadi pengapit LAGIiiii... ahaha..tak bley blah dowh! this is my 3rd time became a bestman. Hurmm.. planned do it for the next 24 times so that i can make a sequal film of 27 Dresses 'Malaysian Version'...than i can have my own wedding...wakakaka...

To Is & Zura, thanks for everything. It was great and good experience for me to get closed of your both families and to share this remarkable wedding with me. Wishing you guys happily ever after..Insya-Allah..

The bride..not prejudice..

The 'makan beradab' time. What i love most during my time become bestman is the foods. It was so delicious and so variety.

My bestfriend wedding..

Thursday, July 03, 2008

Iskandar dan Norazura

Hola...wassup..wassup!! Adam in da house..!! ahaha..tak bley blah...

hurmmm..nak story gapo eyh..? haaa..nak citer skit tentang majlis perkahwinan 2 org kawan aku ni. Last week (21 & 22 Jun 2008) aku telah membizikan diri ngan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku yg bernama Khairul Iskandar dan Norazura. Aku dah kenal diorg dua ni since belajar di UiTM dulu. Tp si pengantin pompuan ni aku kenal lama gak sbb dia satu batch aku dr diploma lg manakala Iskandar lak aku kenal masa degree. Sempat la kami jd housemate utk satu sem sblm tercampaknya kami di Kampus Puncak Perdana.

Nak di jadikan citer, aku diminta oleh Is utk jd peneman dia sepanjang majlis berlangsung. Peneman pengantin..? Camner tu eyh? Yang pasti bukan pengapit. Kata Is, peneman merangkap advisor dia gak la...wakaka..tak bley blah la ko! Tau la ko ni PTD, kawen pon nak pakai advisor ke..hehe...jgn marah...nnt kena jual..

Majlis akad nikah diadakan di rumah Zura yg berlokasi di Danau Kota, Setapak pada 21 Jun 08 dan persandingan diadakan pada esok harinya. Persandingan sebelah lelaki plak dijadualkan pada bulan depan 12 Julai 08. Clearrr...dan aku terpaksa la meneman Is utk dua hari tu..

Well, pada asalnya mmg la aku sekadar peneman aje, tp disebabkan beberapa kesulitan (wah! ayat..!!), aku diminta terus utk jd pengapit Is. Ni kali kedua aku jd bestman..harap jgn sampai jd '27 Dresses' sudah la..tak kawen aku plak nnt...asik jd pengapit org..ahah. Apa pon, mmg aku enjoy gils la sbb dpt jd pengapit utk kawan aku ni.

Kat sini, aku amik kesempatan nak ucapkan "Selamat Pengatin Baru buat sahabat ku, Khairul Iskandar Md Yusuf dan pasangan, Nurazura Mahidin. Semoga ikatan yg termeterai ni akan kekal selamanya..Insya-Allah..dah kawen jgn lupa kawan² lak yek..Just igt satu je, apa jd pon, kawan itu wujud di mana jugak kita berada...Amin..."

So, what's next? Let the pictures tell the rest..

[sorry guys, i dont have much photos duirng the wed. this the only pic i have taken using my phone. i'll add more photos when i recieve it later.]

Aiyooo....beli bunga percuma baju sangat...ehehe..

Sewaktu majlis akad nikah..gugup giler Is sampai dua kali lafaz..ahaks..jgn maree..

Selesai diijabkabulkan..Sah sebagai suami isteri..Is menyampai wang mas kahwin RM80 tunai..

Thursday, March 13, 2008

8 March 2008

Last week akhirnya dapat gak aku pulang ke kampung ku di Parit Buntar setelah hampir 5 bulan tak balik..heheh.. Tujuan asal sbb nak menghadiri majlis kenduri kawin cousin aku pada 8 & 9 Mar 08, tp dlm masa yg sama gak negara kita mengadakan PRU ke-12, aku pon sempat la amik kesempatan utk sama² mengundi pd PRU kali ni.

Saper yg aku pangkah tu biarlah rahsia, tapi apa yg pasti byk perubahan yg berlaku pada PRU ke-12 ini. Banyak perkara² yg tak pernah kita jangka berlaku. Apa pon itulah jawapannya. Rakyat sudah bersuara. Nak trima atau tak, tidak menjadi soal sekarang. Apa yg diharapkan agar 13 Mei tidak berulang.

Semasa tgh lepak² di pusat pengundian sambil menunggu parents aku yg still on que tu, aku rasa terasa kagum gak la bila melihat warga² tua yg dah uzur tetap gigih datang untuk mengundi. Waktu ni terdetik kat hati betapa mereka sgt bersemangat utk menentukan perlembagaan negara kita. Tertanya di hati aku kenapa aku tak segigih mereka. Ni 1st time aku mengundi, kalu ikutkan ni musim kedua utk aku layak mengundi. Tapi naper aku tak buat tu dulu. Sedangkan undi tu 5 tahun sekali..entah la...

Yang kita hajatkan adalah 'negara makmur, rakyat aman.' Insya-Allah.

Berbalik kpd majlis kawin tu, kali ni aku ditugaskan jd pengapit kpd cousin aku ni, Hasrul. 1st time ni jd pengapit, amik berkat org kata...ahahhaha..x de makna nyer..

Selain pengapit, aku jugak lah driver, jurufoto, mentara (rewang) and macam² lg..Penat memang penat sbb tak sempat rest pon balik cuti kali ni, tp aku rasa ni yg paling fun sbb aku buat byk benda untuk majlis yg simple ni.

Kat bawah aku selitkan skit foto² yg sempat aku snap menggunakan camera digital 3.2 mp aku tu. Gambarnyer tak la cantik. Tu je yg termampu au dptkan. Plus aku edit la skit gambo tu ngan photoshop...baru la masyuk skit kan...ekek...


Tuesday, December 11, 2007

Ayu & Rafi Wedding Day

Stop kejap dgn citer Aku dan DFC..kali ni aku nak bukak citer lain lak. Citer bab kahwin2 lak. Hehhee…tapi bukan aku la…just friends of mine. Story selanjutnya tentang aku bersama DFC akan disambung balik nnt..tak nak la org bosan baca bila aku asik bukak citer yg sama je kan. Aku dan DFC will be back soon..!

Majlis akad nikah sebelum bergelar pasangan suami isteri


20 & 21 Oktober 2007 merupakan sau tarikh bersejarah buat pasangan ini. Mazwani Ayu dan Wan Mohd Rafi, dua orang sahabat yang aku kenali dari zaman belajar di universiti lagi. Perkenalan diorg yang tanpa dirancang ni buat mereka kekal sampai ke jinjang pelamin. Ayu ni classmate aku dari kelas diploma lagi manakala Rafi lak member sekursus tapi lain kelas. Tapi bila masuk degree, kami semua dalam kelas yang sama dan bermula dari situ la keakraban diorg terjalin seterusnya bercinta, bertunang dan kahwin.



Posing Ayu sepanjang Majlis berinai.. Melaram sakan kawan aku nih. Dari dress ala-ala perempuan melayu terakhir, masuk konsep Enchanted, bollywood and mak tiri snow white, mak dara pon sumer dia sapu..ekekekek...


Tak payah la aku nak hurai bagaimana semua ni terjadi kan, better tuan punya diri yang cerita detik bagaimana diorg berdua kenal. Tapi bagi aku, perkenalan dgn Ayu dan Rafi selama lebih kurang 8 tahun bermula tahun 2000 (saat aku diploma sampai degree) membuat aku cukup selesa berkawan dgn mereka walaupon kadang kala ada gak rasa tak puas ati. Hehhehe..normal la kan..aku tak puas ati…apa lg diorg..dgn perangai aku yg tak tentu hala ni, lagi lak buat diorg tensen ngan aku kekadang. Ahahahah…


Sedondon.. gambar sepanjang majlis persandingan di rumah Ayu.


Majlis potong kek. (errr..tu kek ke, lemang..??)

Apa pon, kat sini aku just nak share ngan semua pengunjung blog aku gambar2 perkahwinan Ayu dan Rafi pada 20 dan 21 Oktober 2007 baru2 ni. Tapi aku nak mintak maaf kat Ayu la sbb aku tak dapat nak hadirkan diri pada majlis yg diadakan di rumahnya, aku just attend wedding di rumah Rafi je pada 21 aribulan tu. Sorry eeek… aku ada komitmen lain ari tu and kebetulan lak time tu kan raya.. hehheheh..

Gambar persandingan Ayu & Rafi. Majlis yang diadakan di rumah pihak lelaki kat Putrajaya.

Bersama sebahagian kawan-kawan yang hadir.


Bergambar bersama Nad yang teman aku g wedding Ayu & Rafi di Putrajaya.

Semoga bahagia dan berkekalan hendaknya....amin...

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates