Tuesday, May 06, 2008

Trip to Sabah..[day 01]

Minggu aku hagak² cam malas nak kerja...hehehe..dah bercuti hampir seminggu ni, mood nak kerja tu blom sampai lg rasanya...tapi kena datang gak ofis ni sebab buku² baru bertimbun masuk..haih la badan....

Citer bab cuti ni, aku nak share la serba skit pengalaman aku bercuti ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu baru² ni (29 Apr 08 - 2 Mei 08). Aku bersama 4 lagi rakan aku Zam, Aleng, Alyn and Ika buat pgrm ala² travel and living la kat Sabah ni. Plan yang dibuat dalam masa tak sampai stgh jam akhirnya menjadi. Aku igt diorg ni memain je. Ajak g Sabah pon through YM jer..rupa plan yg tak pernah dirancang langsung ni menjadi.

Actually, thanks to Ika yg merialisasikan trip ni, segala tiket, penginapan sumer dia la yg settlekan..kitaorg just bayar jer...ehehe..

Kami bertolak pada 29 Apr 2008. Anggaran waktu penerbangan menerusi Air Asia sepatutnya jam 9.00 mlm, tp 10 minit lg kul 10 bru flight berlepas..tak bley blah nyer lama...Anyway nak credit skit utk member umah aku, Man, Daus and Is yg sudi antar aku gi LCCT.

Perjalanan ke KK mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tak byk yg bley aku sharekan semasa penerbangan kami ke sana kecuali ada satu kejadian yg tak diingini berlaku kat aku semasa atas flight...tak perlu la aku nak cerita aper dia..ehehe..nak tau jumpa aku personally..ecececcece..macam bagus ajer...

Kami sampai di Kota Kinabalu Terminal 2 International Airport lebih kurang kul 12 tgh mlm dan disambut pulak oleh rakan kami yg mmg ada kat Sabah waktu tu..Zarini...bermalam di rumahnya di Inanam sebelum berangkat esoknya ke Marina Court Kota Kinabalu.




0 comments:

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates