Sunday, August 17, 2008

Jacob's Walk of Life

Event: Jacob's Walk of Life

Lokasi: Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam
Tarikh: 17 Ogos 2008
Waktu: seawal 6.30 pagi
Anjuran: Jacob's
Penaja: Jacob's, Fitness First, Anlene, Spritzer & Mizuno & Ministry of Health

17 Ogos 2008! Ni la tarikh yg kitaorg tunggu². Planning asal Walk of Life (WOF) ni patutnya sekitar May atau Jun kalau tak salah aku, dan disebabkan beberapa perkara, sumer org yg terawal meng'register'kan diri di laman web Jacob's diberi emel & sms yg menyatakan pgrm ni ditunda dan 17 Ogos adalah tarikh baru yg dipilih. Sehari selepas pgrm explorace UiTM yg aku join tu. Aiyoo..penat explorace pon tak ilang lg ni kan pulak nak berjalan kaki...ish..ish.. Bila dpt info tentang tarikh baru WOF ni, aku dah cam teruja balik sbb sekian lama menunggu bru la akhirnya dpt merasa WOF ni. Tp kalu ikut ati, aku dah tak larat dah sbnrnya..ehehe.. gila baban la ni, mmg struggle la aku kalu join.. hehe.. tanya mbr² yg len sumer cam ada hal lak ari tu, termasuk la dak² umah aku (aku, Man, Fais, Farid & Daus) yg dah register awal sekali ngan aku tu, kecuali Man je yg nak join.

Seawal 6.30 pagi aku and Man dah bersiap nak ke Taman Pertanian Malaysia ni yg terletak di seksyen 8, Shah Alam. (Nasib dekat je ngan umah aku!) Sampai arround 6.50 pg cenggitu, aku tgk dah beratus org berkumpul di kawasan tersebut. Memang ramai beb. Nampak meriah. Sumer seragam dgn baju warna kuning sumbangan Jacob's.

Proses mendaftarkan diri bermula kul 6.00 pagi lagi.

Lepas register, peserta diberikan sehelai t-shirt dan wrist-band dan kemudian disediakan pula breakfast yg berupa biskut Jacob's dan susu Anlene. Wah...pemakanan seimbang sgt kan...?? hehe..lebih kurang kul 8.00 pg, sesi taklimat oleh wakil Jacob's diadakan dan kemudian diikuti pula oleh sesi warm-up yg dilakukan oleh wakil² dari Fitness First. (erobik lagi aku...ahahaha..) Tak ketinggalan juga duta² Jacobs WOF seperti Fara Fauzana & Faizal Ismail yg turut sama dalam setiap sesi yg dah disusun rapi. Meriah gak beb. Btw, event ari tu di'host'kan oleh A.G (DJ hotFM).

Ramai gila manusia sejagat kat sini..


4 org duta WOF. Fara Fauzana (fafau), Faizal Ismail dan dua lagi ni aku tak igt nama diorg..nnt aku check balik eyh..


Masa utk berjalan-jalan pon tiba. Lebih kurang kul 8.40 pg, rata² manusia kat situ yg dah bersedia dari awal pon memulakan langkah. Macam rusuhan dah aku tgk, tapi yg pasti sumernyer tertib dan tak de la rush sgt. Nama pon Walk of Life kan? Takkan nak lari. Tak ketinggalan juga Fafau dan FBI yg turut memulakan perjalanan bersama ribuan peserta. Tapi aku tak sure kat mana diorg terselit. Aku & Man kira2 kat area tgh la...tak de la kebelakang sgt and tak pula kedepan. So-so je la..ehehe. 7 KILOMETER...! Wah gitu! Jauh beb! Naik kejang otot2 kaki aku. Penat explorace tak ilang lg, aku dah tambah lak beban lain. Walopon hanya jalan, tapi memang terasa.



Di sini langkah ku bermula..ewahh..


Lihat je lan ribuan kepala² manusia mengatur langkah..

Aku ngn Man jalan seiring je. Tak la laju sgt. Tapi secara tak sengaja, sorng demi sorng kami pintas termasuk la si Fafau ni. hehehe..


Minah yg full dress ngan sweater tu la Fafau..tak panas ke kak..? Peluh aku ni je kalu tadah dah lima nam botol rasanya..

Sampai je ke penamat, kami diminta terus ke booth registration utk claim goody bag. Wrist band td la yg jadi cagarannye.. Tp aku ngan Man agak terkejut la, yg kami ni antara 30 yg terawal gak sampai. ahahahah...bukan ada hadiah pon pd saper yg smpai dulu, cuma cam pelik sbb mulanya kami ni kat belakang gak. ekekekeke....poyo kan?


Akhirnya..

Selain t-shirt yg diberikan awal, ni la antara barang yg terkandung dlm goody bag tu. Meriah gak kan..?

Skang ni masa menanti yg lain lak utk tiba. Sementara tunggu sumer peserta balik, aku pon merayap la kat booth2 yg ada di sekitar kawasan. Sempat main games yg disediakan..hehehe..mmg dah nasib aku kot ari tu, dapat pulak T-shirt sumbangan Spritzer lepas success dalam salah satu games kanak2 tadika kat situ..ekekekek...


Jangan jeles yerk Man..ehehehe

Selesai sumer, and peserta lain pon dah sampai, kini masa utk sesi cooling down lak yg bertujuan utk legakan badan dr sebarang kekejangan yg juga dilakukan oleh wakil Fitness First. Kali ni best sbb dia ala2 teknik fighting, mmg menariks siot! Akhir acara, peserta dihiburkan oleh Dina (MI).


p/s: Bila dgr brita kat TV bru tau yg Walk of Life ari tu disertai oleh lebih 5000 org. Gempaqs kan?

2 comments:

Izman said...

jeles siut dpt t-shirt.
aku nak air mineral tu pun tak dpt..
apatah lg 'tinge' ke apa tah nama air lemon tu..

Adam Arjuna said...

hahaha...
jeles ker...? tak perlu kot..
ekeke...
x pe la..nnt kita g giant beli je la air 'Tinge" tu eyh..

ahaks..

p/s: best bila dpt tambah koleksi baju free..ekekek..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates