Monday, August 25, 2008

Wedding Azlina & Tuan Rosli

Aku kembali lagi dgn entry pasal wedding! Saper lagi kalu bukan wedding kawan² aku. hehe..
Kali ni member aku, Azlina Ibrahim yang dah melangsungkan perkahwinan bersama pilihannya, Tuan Rosli pada 24 Ogos 2008 yg lepas.

Majlis yg diadakan di Metro Prima, Kepong ni turut dihadiri oleh keluarga aku yg kebetulan dtg ke KL ni. Lgpon Ena ni agak close la ngan kakak² and dia pon pernah gi ke umah aku di Perak nun.

Azlina atau Ena Eekk (panggilan mesra di kalangan kengkawan) yg mulanya aku kenali sebab nak mendekati seseorang lebih kurang 8 tahun dulu sewaktu aku mengambil kursus diploma di UiTM hinggalah ke hari ni adalah antara kawan² rapat aku yg masih lagi berhubung walopon jarang berjumpa. Sedikit info pasal si Eekk ni, dia ni mmg pandai masak dan masakan dia yg paling femes dikalangan kngkwn adalah Daging masak Dendeng. Marvellous.. Kalu dia masak tu, sure mesti tapaukan kat aku yg dok bujang kat umah sewa. ahaha...tingat la zaman dulu kala... hurmm...dpt ke lagi nak merasa dendeng tu eyh..??

OK la..tak banyak yg aku nak citer pasal wedding sbb aku pon dtg agak lambat disebabkan jammed yg gila baban kat KL ditambah lak hujan lebat. Apa pon, to Ena & Rosli, aku ucapkan "Selamat Pengantin Baru, dan semoga berbahagia dan berkekalan hendaknya. Lumrah hidup berumah tangga, tentu ada pasang surutnya kan, so pandai² la korang melalui kehidupan korang sbg pasangan suami isteri agar semuanya lebih makmur..Insya-Allah.."

Selamat Pengantin Baru

Antara rakan² terdekat yg hadir.

2 diva yg sentiasa je nak vogue!

Nak lebih Story pasal wedding si Ena ni, bley la klik Blog Kematz ni yer..

2 comments:

♥Syamelia♥ said...

"Aku kembali lagi dgn entry pasal wedding! Saper lagi kalu bukan wedding kawan² aku"

- Asik2 posting pasal wedding kawan jer? bila la nk bagi peluang kawan2 buat posting pasal wedding adam laks???

ooops!!!

Adam Arjuna said...

huhu...
masalah la kan...
susah skit la nak kasi peluang kat kengkawan buat posting pasal my wedding sbb ntah bilanya la akan terjadi....
ehehehe....

tipis sgt je peluang tu..

ahaks!

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates