Wednesday, November 19, 2008

Lelaki Gentleman

Wahai insan-insan bergelar lelaki, saper rasa-rasa diri tu dah cukup hebat nak digelarkan sbg seorang yg 'gentleman'? mesti ramai kan... lagi² kalu berdepan dgn perempuan. Masing² cuba nak tunjuk macho and gentleman.. lumrah hidup la...saper² pon mesti mcm tu nyer.. yg si gadis nak kontrol ayu, si jejaka lak nak kontrol hensem. kan..kan..kan..

Tapi..sejauh mana kita sbg lelaki (termasuk aku la nih...adoyai...) tau apa maksud sebenar gentleman ni and level gentleman yg ada dlm diri kita? Ha..ha..ha.. Kat bwh ni aku list down serba skit sifat² sebenar seorang yg gentleman..actually(bak kata si Megat), byk lg yg aku nak senaraikan, tp byk plak yg melibatkan isu sensitiviti. So for the time being, better kita kaji sifat gentleman dari skop yg simple je eyh.

1.
Jika kamu seorang perokok, jgn sesuka hari menghembus asap rokok tu ke muka orang sekeliling. Misalnya warga emas mahupon wanita sedang hamil dan kanak-kanak.
2.
Jika naik kenderaan awam, jangan asik nak main serbu je. Tolong tunggu giliran dan beratur.

3.
Jangan suka pandang rendah pada kemampuan orang lain, lebih² kepada wanita. Wanita zaman skang sgt competitive.

4.
Jangan suka tunjuk pandai lebih² pada sesuatu perkara yang kamu tidak pasti. Lebih baik merendah diri.

5.
Jangan mudah melenting bila orang lain menegur kesilapan yang kamu lakukan. Terima apa yg disampaikan utk memperbaiki kelemahan diri.
6.
Tolong hormat majlis especially dari segi berpakaian sekiranya majlis tersebut mempunyai dress code tertentu.
7.
Tolong jaga kebersihan sekeliling di mana jua kamu berada. Jangan sesuka hati membuang sampah.

8.
Jika bercakap jgn sesekali meninggikan suara walaupon dalam keadaan marah, cuba kawal emosi agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

9.
Jangan ego. Jika kamu melakukan kesalahanan, akuinya. Orang akan lebih hormat jika kamu mengakui kekurangan diri dan rela memperbetulkan kesilapan.

10.
Jika kamu ingin mengenali atau mendekati seseorang, gunakanlah cara terhormat. Perkenalkan diri terlebih dahulu. Jika baik niat dan betul caranya, kamu akan diterima. Jika dia menolak sekali pon, dia akan menolak dgn cara terhormat sama sebagaimana kamu dtg kepadanya.

11.

Jangan suka melawan atau memberontak sesuka hati. Walaupon ada perkara yg kamu tidak suka atau bersetuju, ada cara terbaik untuk membantahnya.

12.

Jangan sesuka hati bersiul-siul mengacau atau mengurat perempuan. Bila tidak dilayan mulalah mengejek-ejek kononnya perempuan tu perasan cantik. Apa kamu rasa jika adik kamu diperlakukan sebegitu?


SUMBER : Majalah EH! Edisi Julai 2008
OLAHAN : Adam Arjuna

2 comments:

mesin.taip said...

senarai yg ko senaraikan tu mmg ciri2 lelaki yg gentlemen...tapi aku agak tak suka lelaki yg camtu...to be honest...lelaki sepatutnya kena rough dan lasak skit....

err....ntah ar...pada aku tu sepatutnya ciri2 pompuan jer tuh....

pada pandangan aku laaa....

Adam Arjuna said...

betul..betul..betul...
aku setuju gaks ngan ko!

tp bg aku, tak perlu gak nak tunjuk sifat ke'ganas'an yg melampau baru dikatakan gentleman kan? sbb gentleman tu sendiri subjektif pd setiap org yg menilainya..

asal org boleh terima dgn pelakuan kita yg bg mereka tu gentleman, cukup la kan..

wat pe nak pening² lg..ehehhe..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates