Wednesday, January 07, 2009

Murai Youth '09

PROMOSI : [http://www.murai.com.my/]

KUALA LUMPUR, 6 JAN 2009: Memulakan lembaran baru 2009, portal hiburan Melayu No. 1, murai.com.my mengorak langkah lebih jauh lagi dengan menyertai aacara Youth'09 yang akan berlangsung bermula Jumaat ini, 9 Januari sehingga Ahad, 11 Januari 2009.

Antaranya, murai.com.my menganjurkan pelbagai aktiviti menarik dengan melibatkan beberapa artis popular tanahair.

Sesungguhnya, program ini memberikan peluang peminat untuk lebih dekat dengan artis kesayangan mereka dengan menyertai sesi karaoke bersama selebriti. Selain berkaraoke, GengMurai yang berminat untuk bergelar model juga boleh menyertai pertunjukan fesyen Murai.

Bagi sesi karaoke, penyanyi lagu Benar-Benar Cinta, Adam akan turun padang untuk berjumpa dengan peminatnya selain beramah mesra dengan berkaraoke bersama. Pada sesi itu nanti, peminat boleh pilih apa jua lagu untuk menyanyi bersama Adam.

Selain penyanyi kacak ini, pendatang baru dari Suria Records (SRC), Indah Ruhaila juga akan bersama peminat untuk mempromosikan album sulungnya. Difahamkan, Indah seorang yang serba boleh menyanyi apa jua jenis lagu. Jadi pada hari itu nanti, peminat boleh berduet dengan Indah menerusi lagu pelbagai genre.

Untuk pertunjukkan fesyen pula, ramai artis dari Akademi Fantasia (AF) akan menunjuk bakat menjadi model catwalk bersama dengan GengMurai yang terpilih. Antara artis yang akan menjadi model ialah Dafi, Shawal, Ebi AF5, Adam, Nora dan Noni.

Mereka akan bergandingan bersama GengMurai yang terpilih untuk memperagakan baju rekaan pereka fesyen popular, Micheal Shu. Jadi, bagi mereka yang berminat untuk menyertainya, mereka perlulah menghantarkan foto menarik berserta butir peribadi kepada webmaster@murai.com.my.

Sebelum menjadi model, kesemua artis ini terlebih dulu akan mendendangkan sebuah lagu. Apapun, sesiapa yang ingin menyertai kesemua aktiviti ini, mereka perlulah muat turun VVIP pas di WAP Murai dengan taip murai dan hantar ke 32888. Mereka yang mempunyai pas ini saja boleh memasuki ke dewan acara ini berlangsung.

Bagaimanapun, pada hari pertama program ini dijalankan iaitu Jumaat bersamaan 9 Januari 2009, murai.com.my akan mengadakan hari terbuka di mana semua artis di Malaysia termasuklah penyanyi, pelakon, pengacara, penyampai radio, pelawak dijemput hadir untuk mendaftar dan mengemas kini profil masing-masing dalam ruangan Seleb A-Z di portal ini.

Langkah ini diambil bagi menambahkan lagi info kerana ruangan ini sudah menjadi rujukan segelintir peminat hiburan untuk mengetahui fakta mengenai artis kesayangan mereka.

Berikut adalah info lengkap mengenai mailto:MURAI@YOUTH.


Jumaat (9 Januari 2009)
Hari Terbuka Murai
Masa: 3 petang - 7 malam
Artis: Dafi, Adam, Hafiz Hamidun, Aiman, Farawahida, artis SRC, Universal Music & ramai lagi.

Sabtu (10 Januari 2009)
Karaoke Bersama Selebriti

Masa: 7.30 malam - 9 malam
Artis: Adam, Indah Ruhaila, New Boyz & Ajieb

Ahad (11 Januari)

Showcase (10 pagi - 12 tengah hari) Pertunjukan fesyen Murai
Masa: 3 petang - 4 petang)
Artis: Adam, Dafi, Shawal, Ebi, Noni, Nora

8 comments:

Farazila said...

erm mcm menarik jerk....
dafi ada...nk pass laaa..

KeMatZ said...

dapat pass lebih jangan lupa bagi aku.... wah..

farish izaryl @izreez said...

hehe nk pass gakk!:p

Adam Arjuna said...

ala kengkawan...
saya jugak ngak ada passs la..
tu hanya satu bahan promosi.. tolong promotkan bg pihak rakan..

kalu nak pass kena tru WAP Murai tu gak la. Tak pon go through portal ni utk maklumat lanjut k..

:)

Anonymous said...

mcm menarik je..
tp org dh blk ipoh..
emmm menyesal pulang kan!

Anonymous said...

sebelum masuk program murai tu...kena ada pass youth09 jugak...

go to my blog for online passes...

it's free and mudah bangat.

http://raydrevil.blogspot.com

Adam Arjuna said...

canti menarik tertarik..mmg daboom lah...hopefully event tu pon daboom gak kan...ekeke...


well, utk memudahkan sumer, mr.ray dah create link utk dptkan pass Youth'09 ni kat blog nya... so, jgn lepaskan peluang eyh...

chow chin chow...huhu!!

Anonymous said...

jom pegi beramai ramai...

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates