Thursday, March 26, 2009

Obses

Kadang dlm idop ni, kita tak perasan yg diri kita ni dah amik mudah byk perkara. Lantak la apa nak kata.."ada aku kesah!" Tu mungkin pendapat sesetengah org. Tapi ada pulak yg sebaliknya. Terlalu amik berat tentang semua perkara sampai jadi taksud, teruja dan obses pada setiapnya.

Hurm.. apa itu OBSES?

[1] "OMG!! OMG!! Berat aku naik lagi 0.5 kg la..kena diet balik la nih..!"


[2] "Wei Temah, ada story baru la pasal Harum Salim Bachik kat majalah Mangga..artis fevret ko tu kan..?"

"Ye ke? Ish! tak leh jadik nih...nak kena bli ni! Nanti terlepas lak info!"

[3] " Bro..jap! jap! Tu la selipar yg Faizal Tahir pakai..aku nak beli la!"


Tanpa sedar, sbnrnya kita ni obses tentang byk perkara. Bila ditanya kenapa, mesti ada yg akan ckp, "ish! mana.. aku besa jerr!"

OBSES = MINAT = TIDAK! Yup!! Bagi aku, obses bukan dianggap sebagai minat. Obsesi adalah lebih dari itu. Psikologi diri dan minda yg lebih dominan dan cenderung mengawal diri utk mencapai apa yg kita mahukan. Kadang boleh jadi negatif dan kadang boleh jugak jd positif bergantung pd apa yg kita obseskan.

Ada org obses terhadap berat badan sehingga timbul la kes² diet tak seimbang kerana terlalu merasakan yg diri tu tersangat gemuk. Ada pulak org yg obses pada kecantikan dan kalau boleh segalanya mahu perfect dan mahu diri dilihat sempurna oleh org lain. Ada pulak yg obses pd alat muzik, obses pada buku, kereta, politik dan macam² lagi la.

Normal la idop ni, setiap org pasti ada sisi² obses dalam diri. Cuma apa dan kenapa kita obses tentang sesuatu tu yg bezakan kita dgn org lain terhadap apa yg kita obseskan. Aku pon ada rasa obses. Terutama dlm soal dan penampilan. Aku obses utk menjaga penampilan sbb bagi aku, kita melihat sesuatu dan menilai sesuatu melalui first impression. So, First impression org pada aku sangat penting. Itu obses aku. Pantang ada cermin, mesti nak tgk..!!


Ada masa obses ni boleh bwk byk keburukkan gak kat kita. Kerana terlalu taksub akan sesuatu buatkan diri kita tak senang duduk. Tul tak? Macam kes si Temah kat atas. Apa saja sanggup demi artis dan bintang pujaannya. Setengah org mmg cam tu. Bila hal² cam ni berlaku, wang jatuh ditempat kedua asalkan apa yg diingini tu dapat.

Tak rimas ke ada org macam ni? Agak la kan.. ditegur kang ada sentap! melenting tak tentu pasal. "Suka aku la...hal aku... apa ko kesah!!" Tapi kalu dah sampai nak nyusahkan diri wat per.. berbaloi ke kita jadi terlalu obses tentang sesuatu smpai tak sedar keperluan, kepentingan dan taraf idop diri sendiri. Senang cakap, obses ni terjadi sbb terlalu ikut perasaan sendiri la. Lebih baik cuba jadi sendiri dan buat apa yg perlu je kan..(peringatan pada diri sendiri!)


Lelaki, perempuan, tua atau pon muda sumer punya obsesi tersendiri dalam diri diorg. Tinggal lagi hanya tahap obses tu jelas terpancar di mata org len or masih lagi mampu di kawal. Macam kanak² la, terlalu obses dgn dunia khayalan diorg hingga terbawak dalam nyata mereka. Cuma bagi mereka segalanya ujud utk hiburan mereka jer. Pada kita yg dah dewasa ni, takkan nak jadik kanak² lak? Fikir² la..

Tak salah jika obsesi diri tu membawa kebaikkan. Tapi kalu memudaratkan, apa faedahnya??

P/S: Masa kecik² dulu obses sgt ngan citer Spiderman! Sanggup gi tangkap labah-labah nak suh dia gigit jari..konon² dpt la jd future superhero nnt.. hehehe :P Tapi..yg sedey nya..bila obsesi dgn cinta...tapi di reject.. huaarrrghhh.... Skang aku obses bergambar lak! Kenapakah?? Harus segera dapatkan D90 nih!!

8 comments:

farish izaryl @izreez said...

hehe skang obses more to shopaholic <- tol ke eja hahak..waa sian obsesi ngn cinta.sba la ek hehe

KeMatZ said...

obses ngan barangan spiderman budak ini..

sampai orang nak sentuh pun tak bagi...

katanya takut rosak hilang kualiti...

last last hilang kena curik...

larikkkkkkkk

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz:

byk fulus bley la shopping rizz...
huarrggg...tak mampu den ni ha.
hehe..


p/z: sabar kan separuh dari iman.. dah byk kali sabar..dah abis kot yg separuh tuh...tgal apa lagi eyh..?? suku la jawabnyer... ahaks!!


Comment to Kematz:

oooohhhh tiaaaakk!!
x perlu la ko bukak stori tu balik wei..
aku bru je mcm dah lupa² pasal koleksi spiderman aku yg kena curik tuh..tenseeeeeeennn!!
beratus ow aku bli sumer tuh..
ekekek..
tgk..aku dah sedey..:(

KeMatZ said...

opss.. I'm Sorry...

Anonymous said...

wa... obses2
sakura obses byk benda..
sakura pon obses ngan cermin.. sket2 nk tgk cermin.. nk jelak cermin 2.. hahaha..

sakura paling obses dgn purple.. everything in my room klu bleh purple.. klu la cd dafi 2 purple.. lagi bagus.. hahahahahahha

chentaMAYA said...

hahah!
s0..
jgn 0bses keterlaluan!

Edzlin said...

baca ni, teringat kes yg baru berlaku meninggal kerana sedut lemak.

Adam Arjuna said...

Comment to Sakura:
kan..
kalu cermin tu bley ckp, mesti dia kat.."wei, sudah² la.. bosan aku tgk muka ko!!" hehehe...

nak buek cam mano lagi..nama pon obses..katanya...


Comment to ChentaMAYA:
trying hard ni!!
hopefully tidak jadik terlalu obses la..
u tak obses ker??


Comment to edzlin:
tu la pasal kan. lepas kuar posting ni tetiba kuar citer org mati sbb sedut lemak..
ngeri...
tu sbb obses nak kurus la kan..?
ihs! ish! ish!

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates