Saturday, March 07, 2009

Trip to Kuantan

'Umpama sirih pulang ke ganggang...'

..

'tempat jatuh lagikan dikenang..'

Wah...bermadah plak aku kali ni kan? Cam tu la yg aku rasa saat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Pahang especially Kuantan nih. Teruja beb!!

Mana taknya, di Kuantan ni la tempat aku dilahirkan dan di sini gak la pertama kali aku membuka mata melihat donia.. Eceh! mcm la aku igt sumer tu kan?? Tak kisah la.. tp, yup! Memang aku teruja. Thanks kat seorg kawan yg dah bwk aku kat sini..hurmm kawan...


Tak de yg menarik sgt pon ngan percutian aku ni. Ops!! pic kat atas nun menunjukkan lokasi di mana aku menginap. Grand Contiinental Hotel jadi pilihan. Untuk semua, kalu dtg ke sini rasanya tak susah nak cri tempat penginapan sbb byk hotel2 besar dan boleh dikatakan not bad gak ada di sekeliling bandar Kuantan. Walhal Kuantan ni tak der la sebesar mana sgt pon..


Penuh nilai2 estetika kan bilik aku?? perrrghh ayat... heh.. gigih tu panjat meja sbb nak dptkan shot terbaik! Bak kata rakan aku tu, kadar byrn utk bilik ni tak la mahal.. kira berpatutan la..


Walopon di lahirkan di Kuantan, Pahang dan pertama kali ke sini.. tak byk tempat yg sempat lawat sebab aku ada kurang lebih 3 hari je. Biasa la, aku ni bukan tourist tegar cam mat² salih yg dtg negara kita ni.. sanggup ber'bag-pack' ke sana sini jalan kaki.. even aku try gak wat cam tu... namun just sempat jalan2 sekitar bandar Kuantan jaahh..! Bahasa Pahang camner eyh???

Antara tempat yg sempat aku lawat tak lain tak bukan, perpustakan (tetap kan...), Wisma Negeri Pahang, Masjid Negeri, Sungai Pahang, Hospital Besar Kuantan Tengku Ampuan Afzan (..di mana aku dilahirkan..), dan kedai2 tepi jalan..shopping complex..mamak stall...dan lain-lain. :P

Dari jauh kelihatan biru je masjid nih.. lawa beb..! Gigih self-timer kan camera amik gambor.. sedey tak der org tlg amikkan.. hehe

Agak² tingkat berapa, katil mana, wad yg mana mak aku bersalinkan aku ni haa...? Tak sempat lak aku nak wat kaji usul kat hospital tu...hehe

Sedikit fakta : Sungai Pahang ialah sungai di negeri Pahang, yang terletak di Semenanjung Malaysia. Dengan panjang 459 km, merupakan sungai terpanjang di kawasan semenanjung ini. Sungai itu berhulu di pertemuan Sungai Jelaii dan Tembeling di Pergunungan Titiwangsa dan mengalir ke Laut China Selatan.

Bagi aku, kawasan sekitar Sungai Pahang ni antara port paling best kalu nak lepak, tenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam ni.. (best la ayat aku cengginni...cam rancangan Majalah 3 plak kan..)

Respek lah kat kerajaan kuantan ni sbb memelihara keindahan alam ni. Sungai Pahang ni nampak bersih je. lanskap pon agak menarik.. sampah sarap terkawal.. layan gak la perasaan masa aku lepak2 kat sini sengsorg..huhu..

Cam aku bitau awal2 td, tak byk tempat yg sempat aku lawat sepanjang bercuti ke Kuantan ni. Hari pertama sampai, aku just pusing2 dalam shopping complex, lepak2 kat kedai and stay kat hotel je..

Hari kedua baru la aku gi ronda² area bandar Kuantan ni.. Sebelah petang lak aku ke Teluk Cempedak a.k.a Palm Beach. Bak kata org penang, tempat ni "nalla punya best!"

Pantai yg cantik, pasir yg halus mulus putih bersih...flora dan fauna yg indah, menjadikan Teluk Cempedak mmg menjadi tumpuan pengunjung. No wonder la kat sini ramai giler manusia.. tu blom campur kroni² kera serta monyet² yg penuh di sekitar kawasan ni lagi.. haha..



Well guys, tu je la pengalaman aku sepanjang bercuti di Kuantan ni. The next day aku dah bertolak balik ke Shah Alam lepas amik lunch. Apo pon thanks bebanyak kepada org yg bwk aku ke sini. Tak tau bila lagi aku bley cuti cam ni.. kena kumpul duit balik la nampak gayanya..

Btw, tujuan aku buat posting ni pon motifnya nak bitau..yg negara kita Malaysia ni sbnrnya byk sgt tempat² menarik yg bley kita lawati. Byk lg sbnrnya yg blom kita discover utk bercuti. Mungkin kita dah kenal pasti tempat2 yg punya nama yg gah dan femes jer kan, padahal byk lagi tempat terpencil yg ada daya penariknya tersendiri gak kan..

Sehingga itu... 'Selamat bercuti pada semua.. dan rancang la percutian anda sebaiknya yer...'

p/s: sorry kalu ayat aku terskema skit.. :P Saja je nak amik mood pgrm travel and living.. nnt aku masukkan byk lg yer tempat2 menarik yg dah pernah aku lawati.. stay tune... hehe

8 comments:

ayuputeri said...

wahhh menarik ye g jejln..
hehehe~
so next tmpt plk g mne??? =P

Mazwani 'Nafty' Ayu Binti Mazlan said...

Pg Kuantan tak ajak aku?


Waduh2, sekian kali pun dirundung segala macam gundah, tetap jua kau berlibur sambil bercuti ya?

nanti pg Raub plak ek...


sakan jalan bulan Mac ni.

Anonymous said...

perlu ke pergi perpustakaan??
hahaha!

wahh, enjoyable eh..

- Lina RD

rizz said...

huhu gmba kat telok cempedak sgt cntek..jeleshhh ngee.nk p pntai gak waaa

Adam Arjuna said...

Comment to Ayuputeri:

harus la menarik cik ayu..
nama pon gi bercuti kan? huhu..
next place..?? tunggu...


Comment to Mazwani 'Nafty':

ala..nak ajak ko macam ko nak folo.. ko kan nak travel over the sea jaa...hehe :P

next --> raub... hehe... yezza

btw, gi bercuti pon utk menenangkan jiwa yg gundah gulana la..tp bila balik...lagi bertambah masalah...huarggghhh...

huuhu

Adam Arjuna said...

Comment to Lina RD:

hi..hi..hi miss Lina!
keskeskes...mmg tak perlu pon gi perpustakaan tuh, tp sbb dah lalu kjat dpn tu, snappy je la pic wat kenangan...sealiran ngan kerjaya la konsepnyer..
ahaks.. :P


Comment to Rizz:
TQ rizz :)
jom gi mandi manda kat pantai..huhu..
oh...tidak.. nanti sunburn..
dah la kulitku ini mmg dah burn pon..hehe

akraminHARIRI said...

org pahang ke...~

baru tau.... (sbnrnya x penah tnye pn)

Adam Arjuna said...

eheh..
org pahang gak ler kiranya..
tp lahir jer..
besarnya kat kedah, perak, penang...
pastu skang ni slangor.
leh consider anak jati pahang lagi ke kalu camtu..??? eekekek

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates