Tuesday, April 07, 2009

Tall, Dark and Handsome!

Tall, dark and handsome! Ada apa padanya? Entry aku kali ni specially made for girls out there.

Bila melepak sesama, selain isu politik dan sukan, lelaki juga suka bercerita pasal wanita dambaan diorg. Especially yg cantik, cun melecun, body marvellous dan menggiurkan dan yang vogue. Tul kan..? eheh!! Tak ketinggalan gak pada golongan wanita ni bila bercakap soal lelaki pilihan. Selain cute dan macho, term seperti tall, dark and handsome pon agak popular digunakan oleh diorg² nih. Ni pon berdasarkan pemerhatian dan kaji selidik yg dah aku jalankan la. (wahh...!! memang tak boley blah ayat ni..! poyo :P)

Dulu aku pernah buat posting tentang maksud di sebalik kacak, macho, cute, jambu dan lelaki yg macam mana perempuan ni suka klasifikasikan dgn kategori² tersebut. Tapi sekarang jom kita kaji term di sebalik tall, dark and handsome ni pulak. (dalam bahasa melayu: tinggi, gelap dan kacak! -- macam tak sesuai jerr!! haha!!)

Nama pon perempuan kan, apa yg difikir berbeza dari lelaki. Sebab tu jugak kadang perempuan ni dilabelkan sebagai seorang yg agak complicated terutama bila nak buat keputusan. Ops!! Pada yg bergelar perempuan atau yg sewaktu dgnnya, JANGAN LA EMO lak bila baca yer.. ni hanya sekadar bahan bacaan dari pandangan peribadi. Baca sampai abis dulu.

Sama macam lelaki gak, setiap perempuan mahukan yg terbaik utk dirinya. Tu aku tak nafikan la. Dan setiap mereka punya citarasa sendiri dalam memilih sesiapa yg berkenan di hati. Tapi jika kita perhatikan, golongan wanita urban skang ni, terutama yg stylish dan berkarier cenderung dgn terma tall, dark and handsome ni. Bagi diorg, kalau ciri² ni dah ada pada sesorang lelaki yg disukai tu, means si dia la Mr. Perfect utk dirinya. Betul ke camtu?



Kenapa perlu TALL, kenapa perlu DARK, dan kenapa perlu yang HANDSOME?


Pernah la terbaca satu artikel ni kat sebuah majalah : wanita lebih mendambakan seorang lelaki yg tinggi dan bertubuh besar darinya. May be bukan yg galah cam aku ni..:P Bagi mereka, seorang lelaki yg lebih tinggi dari mereka mampu melindungi mereka jika ada masalah. Konon² hero la.. Tinggi dah gagah perkasa la konsepnye nih. Jika difikirkan logik, memang ada betulnya. Lelaki dilahirkan sebagai pemimpin dan pelindung kepada wanita. Dengan tubuh laki yg lebih tinggi dari mereka buat mereka rasa lebih secure. Bak kata seorang teman aku (juga seorang wanita), "we treat man like handbangs, and a good handbags never ever worn out style." Tu antara metaphore yg perempuan kaitkan bila bercakap soal lelaki. Betul ke kesahihannya, hanya mereka (wanita) je yg tahu.

Tapi tak bermaksud lelaki yg kecil ni tak bagus. Padahal ramai je wanita berpasangan dgn lelaki yg lebih rendah dan kecil dari mereka. Sebab personaliti lelaki itu sendiri memainkan peranan penting utk dia berada di hati wanita². Eceh!! Bak kata org tua², kecil kecil cili padi kan.. makin kecil makin berapi..


Kadang aku terfikir gak, ada apa pula dgn istilah 'DARK' ni? bukan ke kulit yg cerah, dan sihat lebih mendapat perhatian oleh si wanita utk dijadikan pilihan hati. "ish tgk mamat tu, tok sey la kawe nok dekat deh!" Namun, generally, term 'Dark' ni keluar mungkin disebabkan sifat lelaki itu sendiri. DARK pada lelaki boleh disimbolkan sebagai seorg yg lebih maskulin, nampak lasak dan lebih gemarkan aktiviti luar berbanding lelaki yg lebih suka terperuk kat umah, buat keje² dapur dan terlalu menjaga penampilan dan tatarias wajahnya.. wah..statement!!

Tapi, kalu dah original fizikal tu berkulit cerah nak buek cam mano kan.. tu genetik. Takkan sampai lelaki nak ke salon, kasi tend skin tu sampai jd gelap.. berjemur kat pantai hanya semata-mata mahu dilihat sebagai seorang yg lebih maskulin.. Guys!! tak perlu la korang nak buat cam tu. Biar tonjolkan siapa diri kita sebenar kan lebih bagus. Terma ni mungkin hanya sesuai digunakan oleh orang barat yg nyatanya mereka ni berkulit lebih cerah dari kita org asia. Sebab tu sanggup berjemur, berjalan ke sana sini tanpa pakai baju bagai hanya utk dptkan tone kulit yg lebih gelap. Proud to be asian!! Yahooo..



Handsome!! Frankly speaking, maksud handsome pulak dinilai berbeza-beza oleh setiap org kan. Sebab handsome tu subjektif. Kalu tak caya, cuba refer kat entry aku pasal topik ni. [SILA VIEW]

Yang mana sedap mata memandang, yg tu buat si wanita katakan handsome. Handsome + kacak + cute + comel + jambu = good looking. Term yg digunakan je lain, maksud nye tetap sama. Betul tak?

Apa pon, tak kisah la Tall, Dark and Handsome ke atau Short, Bright and ala² je ke.. memasing punya keistimewaan tersendiri. Wanita sekarang lebih bijak menilai. Macam org slalu ckp, muka handsome macam Arjun Rampal pon kalu perangai burook wat per kan? Bukan leh jamin kehidupan yg bahagia..kan..kan..kan.. (jadi ustaz kejap aku nih!! :P) Yang penting hati budi dan keserasian :)

Secara umumnya, term tall, dark and handsome ni lebih digunakan oleh org barat org short form nye org putih la utk men'describe' seorg lelaki yg perfect utk dijadikan calon hati. Wah gitu! Bagi wanita kita ni kira cam tak der maknanya sgt la kot..kan? ke memang bermakna jugak kat korang wahai si wanita? :P

P/S: Rasa-rasanya, kenapa mat² bangla ni laris je and byk lak gadis² bley sangkut kat diorg.. mungkin sbb diorg pon tall, dark and handsome kot..?? entah laa.... renung-renungkan..

11 comments:

farish izaryl @izreez said...

yer wanita skang pndai menilai.mcm2 ragam kan.de yg nk esem.de yg x..de yg nak bangla.hahah

joegrimjow said...

stujuuuuu
pasal mat mat bangla ni
ish2
xde la hensem
mg kin ayat power kot
tertinggal satu

Adam Arjuna said...

Comment to Rizz:

wah!! cepatnye reply! bru je post tak smpai seminit dah ada komen..

hehe..TQ anyway :)

tu la dia rizz, mcm² perangai perempuan ni kan. susah nak paham.
harap diorg terima kita seadanya.


Comment to Joegrimjow :

ahaks!! tertinggal eyh?? boleh la..
ayat diorg power tu.. asik adik manis jer..kan..

hehe.. nak kena blajar goreng ayat power nih!! :P

Anonymous said...

boringggggg

Naftalena 'Nafty' said...

Sape anonymous yang boring ni? dah tau boring pg la main tempat lain..



--

teremosi. TDH adelah pilihan saya dan saya percaya saya sudah pun berjaya mengahwininya..


hehe..

Adam Arjuna said...

Comment ikhlas to Anon :

betul bak kata si Nafty tu, dah boring bley plak gigih drop komen kan Nafty.. respect aku org cam ni..

trima kaseh yer.. :P

**peace no war :)


Comment to Nafty :

Ahaha.. ada juga wanita yg percaya pada term T.D.H ni yer..
aku igt metafora je benda ni..
apa pon, mungkin tu pilihan terbaik ko kan..
huhu..

p/s : ada apa TDH ni pada ko?

Anonymous said...

emmm... bab pempuan ni mmg leceh.. kadang2 mmg aku sendiri x fhm... yg ko citer ni pasal "jejaka idaman" mereka... tu belum tentu lagi pasal benda2 lain yg ntah aper lagi..

TDH.... kalu aku ni??

T - mmg tinggi 176
D - mmg gelap pun...xkan putihnyer la...
H - hah... bab ni mmg aku xleh nak ckp... nilai la sendiri...

hehehe...

KeMatZ said...

adam... better ko cinta orang yang boleh terima ko seadanya.... tu lebih penting....

hehehehe..... dorang kekwat sangat... abaikan ajhe... cari lain... banyak choice....

pilihan harus tepat... sebab benda ni for long term... bukan setakat setahun 2 ajhe....

wahh tiba tiba aku plak nak over berblog apakah....

layan....

KeMatZ said...

tp kadang kdang untung gak jadi pendek ni bro....

awek mesti tinggi.... kadang kdang jelous tu... cuba ko imagine... kita yang tinggi ni..

dapat aweks yang tinggi.... aku rasa awek tu mesti ala ala ganas kan.... hehehe...

kena tinggi macam kakak ko yang kat kolej dulu.... nahhh...

opss... sampai 2 kali comment apakahh....

Adam Arjuna said...

Comment to Voice2heart :

tu la dia bro,
makin lama mengenal org, makin complicated nak pk..
setiap kita ni dah la ada perangai tersendiri..
termasuk la ngan perempuan ni.
dah ala2 'tak tercapai akal' ku gak la jdnya..

susah nak menilai apa yg diorg mahukan utk pilih pasangan..

ni timbul lak pasal T.D.H, lg pening nak pk..

erk!! wah..ko pon ada ciri2 TDH la nampaknya..mesti jd rebutanz ni.. ahaa..

Adam Arjuna said...

Comment to Kematz :

aiyo!!
ni dia bila si kematz dah mula bersuara...ups! menaip.
dah jdkan ruangan komen ni mcm blog dia lak..ahha

apa pon aku hargai.. :)

nak mencari org yg terima kita seadanya tu la yg agak susah sbb kita tak tau apa yg diorg nak, yg mungkin ada or tak pada diri kita..
kan..

through experienced beb!

tinggi ke pendek ke, gelap ke cerah ke..handsome ke tak ke.. sumer dah ditetapkan..
tu luaran je, yg penting hati budi..

ewah!!

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates