Thursday, September 17, 2009

Checklist Balik Raya '09

Guys.. raya is just in the corner rite? tak lama je lagi.. kurang lebih 3 hari je lagi kot..

Dah bersedia nak sambut? Ada setengah orang slalu bercakap yg mereka tak sambut raya, or tak beraya.. what is the meaning by that anyway? Selalu nye terjadi kat orang² yg sedih dan berduka lara or yg tgh gundah gulana lah.. but it's ok kot!

However it is, Hari Raya is TETAP hari raya kan? Sama ada si polan-si polan tu beraya or tak, raya tetap akan menjelang tiba tepat pada harinya. Hanya kita yg menentukan raya tu meriah or tak! Bukan org lain. Hanya hati kita dan diri kita sendiri yg buat raya tu akan menjadi or tidak. Tak der istilah tak beraya sebenarnya sbb raya tu mmg dah pasti akan tiba. Cuma cara kita sambut je kot berbeza.


Pada semua, dah ready nak beraya? semuanya dah tersedia ke?

Checklist aku tahun ni:

Kereta + Cuci + Servis = Selesai

Duit Raya anak buah + Pendrive 4GB = Selesai (motif pendrive!! aku tukar kasi pendrive instead of duit raya kat anak² buah aku.. hehe.. moden tak??)

Bonus kat Mak Bapak = errrm.. kira selesai la..

Belanjawan raya + Bonus Kerja = Kecewa!

Packing = BELUM SELESAI! Insya-Allah malam ni kot!

Kuih Raya + Order - Bayar = Selesai (2 jenis je aku order tahun ni! Biskut Gajus + Chocholate Chips)

Baju Baru + Baju Raya = TAK AKAN SELESAI! -- bajet larik sampai tak sempat nak kejar
Planning Beraya Hari Raya = Tak payah nak fikir -- ikut flow je apa yg jadik!

Hurmm.. so far tu je kot yg aku terfikir nak selesaikan sbg persediaan menjelang raya nih. Esok dah gerak balik kampung strictly after kejer.. or after berbuka. Lebih kurang 11 ari aku bercuti kali ni... Hahaha.. heaven! Either akan balik awal or tak.. akan difikirkan kemudian.

Sehingga itu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

dan

Maaf Zahir Batin!

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Lebih kurang 4 hari je lagi kita semua akan sambut 1 Syawal a.k.a Hari Raya Aidilfitri. Pejam celik pejam celik kita dah di penghujung Ramadhan kan.. sekejap je masa berlalu.

Bila bercakap pasal raya ni, tak kira la yg tua or muda, kecik atau besar mesti terasa excited, walaupon tak byk, sikit tu tetap ada. Betul tak? Dari persiapan, persediaan, kuih muih, baju raya, bajet raya, malah semuanya la harus teratur. Yang hidup di perantauan dah mula fikir² perjalanan utk balik ke kg, yg tinggal di tempat asal lak sure kelam kabut dgn persiapan di rumah.. Apa pon yg kita buat, semuanya utk pastikan yg 'hari raya' kita disambut dgn lebih baik dari yg sebelumnya.

Menjelang raya ni, mcm2 citer yg keluar. Tak kira la dari mulut ke mulut ke, surat khabar ke, berita ke... mcm² perihal raya yg wujud. Dari bab mercun, putus jari sana sini, sampai la ke cerita order-meng'oder' kuih raya. Mesti je kita sering kita perkatakan.

Aku yakin yakni sahih yg masyarakat kita sangat mementingkan perayaan yg cam ni. Bagi kanak² jgn cakap la.. time ni la utk diorg jd hepi-sehepinya bila raya menjelma. Apa lg kalu tak nntkan $$$ duit raya $$$ kan.. Sama je kita masa zaman kanak² dulu kan, satu persatu rumah kita atur utk collect duit raya. Kalau ada rumah yg kasi seposen je, hazab kita nak dtg lg next year.. makan tu skit je, yg penting ongkasnya lumayan. Kuar umah kul 10 pg, tgh hari bru nampak batang hidung.. petangnya kuar balik.. buat lg banci rumah mana yg belum beraya.. Hahaha..

Peribadinya, raya kita semua sama je. Setiap zaman kita lalui, raya kita disambut berbeza. Saban tahun cara kita sambut raya juga berbeza. Dari alam kanak-kanak sampai la ke dewasa ni. Jika dulu kita lebih penting baju baru, dan duit raya.. mungkin kini kita hanya mahukan masa utk rehat dirumah.. atau berjumpa rakan² lama yg mungkin dah lama kita jumpa..

Kad Raya?? Amalam tradisi yg makin dilupakan disebabkan kecanggihan teknologi.. Hehehe.. Jika dulu boleh la sekurangnya 20 keping kad raya kita akan dpt sepanjang Ramadhan, kini, nak dpt satu pon mungkin susah.. tp bila bukak emel, blog, facebook, myspace.. mungkin berpuluh-puluh kad raya yg kita terima. Itu lah 'bila teknologi dan mengatasi segala-galanuya'.

Apa yg aku nantikan??

Hari raya kali ni apa yg sgt aku nantikan ialah utk sembahyang sunat Aidilfitri yg hanya setahun sekali je ni. Bersiap dgn baju melayu, sampin, bersarapan dgn famili sebelum ke surau/masjid utk solat.


Aku juga nantikan utk makan lemang, ketupat, rendang, nasi himpit dan kuah kacang yg mmg fevret aku. Especially home made! Tapi kalu gi rumah org pon aku tetap cari makanan tu. :P Memang fevret la..

Duit raya! Opss!! aku juga nantikan utk kasi duit raya kat anak² buah aku. Yang bestnya bley ugut2 diorg sblm kasi duit raya.. sure apa yg disuruh mesti diorg buat...sbb duit raya nye pasal.. ahahaha..
Haih.. raya.. raya.. raya...

Kalau korang la, apa yg korang nantikan??

Unfortunately this year aku tak kasi kad raya even kat sesaper pon. So sad. Both online or actual pon tak de. Kalau tahun sebelum ni akku rajin create, design and printing kad raya muka sendiri (berangan), tp tahun ni tak der mood nak kasi kad raya. Tapi.. THANKS kat semua yg kasi kad raya kat aku.. tahun depan la aku balas eyh.. Insya-Allah..
TAPI..

kat sini aku amik kesempatan nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua yg mengenali aku dan pada yg tak kenal juaa.... Aku minta ampun dan maaf dgn hati yg ikhlas ni jika selama mengenali korang, selama bergurau, selama bersama, byk salah dan silap aku sama sengaja atau tidak telah mengguris hati dan perasaan korang (Sure ada kan..?). Pada yg mungkin juga tersinggung dgn tingkah laku aku, kata-kata, perbuatan or even penulisan aku di blog ni juga aku pohon berjuta-juta kemaafan..

Harapan aku agar kita semua bahagia di hari dan bulan yg mulia ini.

P/S: Jemput la datang ke umah raya nnt. Pada yg singgah² di perak or penang tu, rerajin la calling² aku.. bley kita raya together-gether.. :P

Sunday, September 13, 2009

The Blog is BACK!

Almost about 1 week this blog http://adamarjuna.blogspot.com) has been away, being disable from any comment, any critic, and any entry or posting, now i would love to say.. this blog is BACK ONLINE!


Have a pleasant time reading the following and future entries.
Thanks for your support guys!!
Love you!
Keep the world peace and respect!

Friday, September 04, 2009

Final Destination

The Final Destination

What person on earth you are if you don't even know what Final Destination films are all about!
And if so, please check out all those below trailers to get a view about it before you watch the new sequel which already on the cinema.


:: Final Destination ::



:: Final Destination 2 ::



:: Final Destination 3 ::


So.. how's that?
(Wah!! Speaking omputih lak aku.. hehe!!)


03 Sept 2009, official screening untuk sebuah lagi filem sekuel blockbuster Hollywood berjudul The Final Destination (FD4). Sebelum lebih dalam aku menaip, aku nak kasi 3 bintang utk filem yang berdurasi selama 82 minit ini.

Secara umumnya, aku klasifikasikan The Final Destination ini sebagai sebuah filem biasa yg boleh ditonton umum jika anda kuat semangat dan tak takut dgn sebarang kejutan yg mungkin ada di dalam filem ini. Berbanding filem-filem FD yg sebelumnya, FD4 dilihat agak longgar dari segi penceritaan dan naratif filemnya. Kenapa? Jom kita cuba rungkai satu persatu.

Jika bicara tentang lakonan, setiap pelakon masih memberikan lakonan yg boleh dikatakan agak baik tetapi masih dilihat agak biasa dan stereotype yg mungkin terkesan akibat filem² FD terdahulu. Namun itu bukanlah kayu pengukur kepada jalan cerita yg ingin disampaikan. FD4 yang masih mengekalkan elemen² suspen thriller yg sama dgn filem² nya sblm ini masih mampu memberi kejutan jika anda merupakan orang yg pertama kali menonton filem Final Destination. Namun apa yg dilihat kurang di sini ialah dari segi naratif filemnya. We can aspect what's going to be happen in next..next.. and next scenes. Terma 'aspect what the unaspected' mungkin sesuai digunakan di dalam filem ini. Secara umum, kita dah mengetahui apa yg ada di sebalik FINAL DESTINATION itu sendiri, dan seharusnya, utk siri ke-4 ni ia lebih mengejutkan dan cuba lalaikan penonton dgn apa yg bakal dilayarkan. Mungkin itu akan buat FD4 akan lebih berkesan di hati penonton.

Teaser serta trailer The Final Destination 4 ini juga boleh dianggap sbg spoiler kepada penceritaan movie ini kali ini. Dengan berbekalkan cuma 2.12 saat, ia seakan merangkumi segala aspect serta kejutan yg ada di filem ini. Penonton dah boleh mengagak apa jua insiden yg berlaku kepada setiap watak² di dalamnya, dan aku rasakan itu merupakan satu elemen suprise yg kurang sesuai dan menghilangkan mood penonton dgn kejutan yg bakal berlaku.

Akan tetapi, FD4 mempunyai kekuatannya tersendiri especially dari segi visual serta effect yg wujud kali ni. Ia dilihat lebih berkesan jika dibandingkan dgn filem² sebelumnya. Kesan 3D yg wujud juga membolehkan penonton menjadi semakin dekat dgn filem ini. Itu adalah salah satu kelainan yg wujud melalu siri keempat ini. Selain itu, aksi, insiden serta kesan khas nya juga lebih ketara pada beberapa babak yg mungkin boleh membuatkan penonton geli dan tak mampu utk melihat apa yg ada di sebaliknya.

Secara peribadi, The Final Destination tidaklah dianggap sbg filem yg buruk kerana ia masih lagi mempunyai kekuatan tersediri yg mampu membawa penonton menjelajahi setiap elemen ngeri yg cuba dilayarkan di dalamnya. Dan sudah tentu peminat kepada filem² Final Destination tak akan melepaskan peluang untuk menonton siri terbaru ini.
Selamat Menonton :)



:: The Final Destination 4 ::


P/S: aku antara peminat filem² FD, dan tak mustahil aku tgk lagi sekali.. ehehe.. ada yg sudi ajak tak? ahaks!! Hope ada siri ke-5 pulak!

Thursday, September 03, 2009

Kisah Menjelang Syawal

:: INTRO ::

Di atas adalah gambar² aku masa bukak puasa ngn artis² dari filem terbaik FFM bebaruh nih, PAPADOM. Invitation ni aku dpt dari salah sorng member aku yakni juga blogger tegar yg lagik gigih iaitu hencek Romi. Thanks dude! Saja je buat caption ni takut nnt ada yg sentap sbb aku tak maklumkan. hehe.. Majlis berbuka puasa yg simple ni diadakan di Pak Hailam Kopitiam Sg. Wang dan anjurah leh Media Hiburan.. Thanks gak to Media Hiburan dgn segala goodies and hadiah tu.. korang mmg sporting lah! Read more...

P/S: nnt korang belek² lah MH tu kot² terselit muka aku.. hehe

Welcome September! Ulps!! Dah 3 aribulan kot! Terlupa lak aku nak wish SELAMAT HARI MERDEKA utk korang semua.. Tak terlambat lagi kan kalau aku nak wish ni? MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!


Laungan yg biasa kita dgr bila tiba detik 31 Ogos. Biasa... sangat dah terbiasa.. Tapi kalau hanya sekadar laung je bermaksud apa² ker? "

"Laung Semangat" katanya... walaupon kan..

Selalunya semangat kita ni pada detik ni jer, masuk hari baru, bulan baru.. semangat dah macam pokok semalu, terus kuncup layu.

Semangat 1 Malaysia!! Hopefully biarlah terlaksana sbb aku yakin la yg kat luar sana masih 'tak tahu' apa tu 1 Malaysia. Diucap je satu rumpun, satu bangsa, satu negara... tp masih ada yg kurang segalanya. Mana pergi nilai majmuk dlm diri tu... hilang... hurm... Kita ni dilihat hidup dalam satu negara pelbagai bangsa, tp realitinya, yg melayu cara melayu, yg cina dgn masyarakat cina, yg india dgn golongan india sendiri. Ada kot segelintir yg tak kisah, tp yg banyak tu lg kita nampak.. iye dak?

So, pikir la sendiri kat mana terletaknya 1 Malaysia dalam diri kita. Tak payah kita laung kuat² kalau diri kita ni masih utk kita.. bukan utk satu Malaysia.


STOP citer merdeka! Sblm terlupa, TAHNIAH to Audi Mok, Nur Fatimah dan penyanyinya Faizal Tahir yg dah menang dlm pertandingan penciptaan lagu 1 Malayisa untuk generasi baru anjuran HotFM. Lagu berjudul "Malaysia Satu" tu dah dpt RM25000... masyuk tu beb! Duit Raya di bulan Ramadhan la nampaknya kan... hehe..

Huurrmmm...

Difikir-fikir mcm lama tak update blog ni. Last posting tarikh 26 Ogos, kira punya kira dah lebih seminggu gak la. Bukan tak de idea, bukan tak de line internet tapi bila dah MALAS, satu keja pon tak jalan kan.. hehe..

Sabtu lepas sempat la aku mem'free'kan diri meronda ke sana sini seorng diri tanpa tujuan kat sekitar Shah Alam. Huh!! Apa yg aku jumpa?? Ushar je gambar² kat bawah.


Promosi raya yg sgt berleluasa. Dah masuk 12 Ramadhan ni, semakin ligat la jualan² raya diadakan sana sini. Duit gaji pon skang ni lebih fokus kat persiapan raya. Kalau si wanita dok sebok dgn kuih muih raya, biskut raya, cadar, langsir, sarung kusyen baru... shopping baju² raya kat diri sendiri dan keluarga... dan yg laki lak dok sebok gi servis keta, moto utk perjalanan balik kampung nnt. Pendek kata, sumer org skng ni dok kelam kabut dgn persiapan raya.

Sana sini citer nak raya jer.. Lagu² raya pon dah bley kedengaran, infact satu dua hari Ramadhan pon kita dah bley dgr lagu² ni kat shopping² complex.

Ada orang suka berbelanja last minit, ada org mmg tunggu masa je utk shopping. Masuk je bulan Ramadhan.. semua terus on. Kalau aku kat kampung, dah kelam kabut dah cat rumah dgn kaler² baru, cuci pinggan mangkuk, bersihkan kabinet² umah, lap² segala cermin yg ada kat umah tu.. tu la slalunya job utama aku kat umah bila menjelang raya. Kalu tak buat kang, mau aku kena bebel 7 hari 7 malam! Tetiap tahun nak cat umah.. apakah??

Manusia yg paling best time² cenggini for sure la kanak² kan? Waktu ni apa yg diidamkan tu akan dpt. Baju baru.. sluar baru... kasut baru... yg pasti duit raya mesti mau UP tetiap tahun.. hehe..

Eerr.. berapa duit raya paling byk korang pernah dpt?

Huhu.. tetiba aku plak mcm excited nak raya. Yahooo.. dpt balik kampung jua! Setelah 8 bulan di perantauan (eceh! Ayaaattt...!) akhirnya aku bakal pulang ke kampung halaman.. errmm.. kampung kah masalahnya..?? hehe

Kereta = DONE! sumer dah servis.. tinggal nak cuci je, nnt kena bebel ngn bapak aku.
Duit Raya = errr.. tunggu gaji la... byk wooo nak kuar.
Kuih Raya = DAH ORDER!
Baju Raya = Sedey! tahun ni tak shopping! bajet larik tak sempat nak kejar!
Cuti = DONE! tinggal approval jer..

Apa lagik yerk??

P/S: best kalu aku still bergelar student, sure masih dpt duit raya walopon dah tua bangka! Asalkan namanya student. hehehe.. saper mau kad raya?? :P

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates