Wednesday, October 07, 2009

Lu Pikir La Sendiri!

  • Kita selalu nak org fikirkan pasal kita... tapi pernah ke kita fikir pasal orang?
  • Kita sering nak mintak org amik berat tentang diri kita.. tapi kita jarang nak amik berat tentang org lain meskipon diorg buat dunno je dgn kita..
  • Kita mudah je nak bantu org yg perlukan pertolongan kita.. tapi orang lain susah nak buat perkara yg sama kat kita. Kalau tolong mesti nak balasan..
  • Kita selalu cuba nak jaga hati orang agar tak de yg sentap segala.. tapi hati kita? berapa kerap orang nak jaga..?
  • Kita cuba sedaya upaya la nak terima sesiapa pon utk jd kawan or sebahagian dari hidup kita.. tp kenapa org lain perlu memilih utk menerima kita seadanya? Hidup ini tidak adil..
  • Seboleh-boleh nya kita cuba nak jadi yg terbaik utk kepuasan hati orang lain... tapi kenapa kita jarang dihargai dgn apa yg kita dah buat utk orang lain
  • Kita, kalau boley nak org pandang tinggi siapa kita ni.. tapi kita pulak cuba nak merendah-rendahkan org lain dgn keupayaan mereka.. kenapa yerk??
  • Kenapa kita sering salah kan yg lain jika kesalahan itu terbukti datangnya dari kita?
  • Kita mengharap orang lain yg datang menyapa serta bercakap dgn kita, kenapa ta kita yg mulakan langkah utk memulakan semuanya??
**********

Haih!! Jika nak difikir-fikirkan, mmg takkan ada penyelesaian dalam setiap tanda tanya yg selalu bermain dlm minda kita ni kan. Apa yg penting..? BUKAN KERJASAMA!! tapi mengetahui apa yg isi hati kita sendiri ni nak. Kalau buruk.. buruk lah jadinya, kalau baik... baik lah ia.

Korang fikirlah sendiri yer..

Penat dah otak asik memikir je nih!!

Renung-renungkan, dan selamat beramal :)

Monday, October 05, 2009

Jom! Jalan Raya!!


Dah jadi tradisi orang kita mesti akan 'buka rumah' sempena hari raya. Tak kira la raya melayu, cina or even india sekali pon, tradisi open house ni akan tetap juga dibuat pada golongan yg selalunya berkemampuan.

Bukan perkara wajib pon! Kebanyakkannya just nak mengalu-alukan kedatangan jiran², sahabat handai, rerakan, sedara mara dan kenalan terdekat. Reason yg sgt common -- nak merapatkan silatur-rahim.

Entry aku nih bukan sebab aku nak jemput korang dtg open house umah aku! Jangan salah paham yerr.. belum dalam schedule utk wat open house lagik nih.. tengok la nnt.

Story aku ni pasal benda kat bawah nih! Baca laa...

**************************************************



Photo : 2007 - Rumah Terbuka Dafi FC
Lokasi : Kampung Sg. Kandis, Klang
Tema : Dafi @ Mesra Aidilfitri DFC
Konsep : Beraya di kampung
Peserta : Target 150 orang -- Kehadiran 150 orang
Status : SUCCESS!!

Photo : 2008 - Rumah Terbuka Dafi FC
Lokasi : Saloma Bistro & Restaurant, KL
Tema : Dafi @ Fiesta Aidilfitri
Konsep : Warna Warni Aidilfitri
Peserta : Target 80 orang -- Kehadiran 120 orang
Status : SUCCESS!!

Photo : 2009 - Rumah Terbuka Dafi FC
Lokasi : Hotel Putra KL
Tema : Jom! Jalan Raya Bersama Dafi
Konsep : Kecerian di Aidilfitri
Peserta : Target 60 orang -- Kehadiran ???
Status : ???

***************************************************

Lazimnya setiap tahun Dafi FC (DFC) akan mengadakan 'open house' seperti juga badan² pertubuhan lain. Cuma konsep serta pengisian open house yang agak 'lain dari yg lain' mungkin menjadi perbeza DFC dgn pertubuhan yg lain. Tahun ini juga kami tak ketinggalan dgn kelainan itu.

17 Oktober 2009, sekali lagi kami akan menganjurkan open house ini.

Dengan konsep yg baru, acara serta pengisian yg baru, di harap agak open house kali ni membawa 1001 kenangan pada yg sudi menghadirinya..

Bayaran..?? murah jer.. RM40 nett!!

Semua dijemput hadir tak kira la siapa pon anda. Aku harap rakan² blogger aku dpt join la event ni. Motif..?? Aku nak kenal² ngan korang,,, hehehe...

Pembayaran..?? Pakaian..?? Lokasi..?? Acara..??

Sila rujuk di link ini Jom! Jalan Raya ini or else... just sms or kol aku k.. 017-4503450!! (Berani mati nih tayang no fon.. huhuhu..) :P

Friday, October 02, 2009

Sekadar Berangan!

Chooopp!!

Jom rehat kejap dari baca entry² aku yg selalunya panjang lebar tuh.

Kali ni aku bagi peluang korng untuk nak gelakkan aku ke, kutuk ke, ketawa terbahak-bahak sambil nak guling² atas lantai carpet umah korang ke..ikut suka ati la korang nak wat per pon dengan melihat sesi² berangan yg pernah aku design masa tgh bosan-tak de keje masa zaman study dulu.. paling tepat masa mula² berjinak-jinak merpati dgn photoshop & illustrator sbnrnya.. hehe..

Layankan ajer lah eyh.. :P


Caption: Poster Fantastic Four Edisi Terhad. Khusus untuk pasaran Malaysia jer.. tapi malangnya kena banned disebabkan karektor villain dlm citer tu mcm tak jahat jer.. tengok la muka Dr.Doom tu, korang rasa mcm jahat ke? macam kelakar ada la kan..??

Caption: Pernah tengok movie "Meet The Fockers"? sequel kepada "Meet The Parents".. Poster kat atas nun bukan lah poster sebenar. Tu cuma poster remake utk filem yg sama versi melayu.. tapi disebabkan bajet tak melepasi piawaian yg ditetapkan, maka filem tu pon tergantung cam tu jer. Tgk je la muka barisan² pelakon tu.. cam tak de selera je kan? poster pon itam putih je tanda bajet ciput je.
Caption: Hoho!! Filem yang tak tau bila akan ditayangkan.. Gandingan pelakon baru dan pelakon wanita yang sangat super duper hot babe, Angelina Jolie.. makan hati la Brad Pitt tgk poster ni nnt. Ahahaha.. eyh! saper Mr. Mazlly nih? Aku kah..?

Caption: Ni la poster berangan tahap dewa pernah aku hasilkan.. keskeskes!! Memang dah mengidam badan yg cam gini sejak azali lagik, tapi entah bila la akan terhasilnya... ada sesapa sudi jadik personal trainer aku tak..? hehehe.. Kalu nak gi gym pon malas, maka jangan harap la kan... Tapi.. kalau sekadar berangan apa salahnya kan.. one day.. one day.. Hot tak aku?? wakakakaka...

Thursday, October 01, 2009

Berlalulah Sudah Ramadhan...

Even Aidilfitri dah masuk ke hari yg ke 12, aku tetap nak ajak korang nyanyi lagu raya ni sambil aku menceritakan apa ertinya raya pada aku tahun ni.. just enjoy ok!

Berlalu lah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira

Anak muda di rantauan

Semuanya pulang ke desa

Ibu dah ayah keriangan

Bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam
Ziarah menziarahi
Hulurkan tangan bersopan

Saling Memaafi

Suasana hari raya
Walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan
Dan mententeramkan jiwa

Kuih dan muih beraneka macam


Makanlah jangan hanya dipandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan

Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

Asyik bersembang pakcik dan makcik

Hai duit raya lupa nak diberi


** Frankly speaking, tak banyak aku nak ceritakan pon :P sbb semuanya mcm yg dah terlulis dalam lirik lagu tu dan mcm tu jugak la yg aku nak sampaikan. Saban tahun, setiap kali raya menjelma, mcm tu juga la yg aku rasa.. Cuma bagi aku, tahun ni lebih baik dari tahun yg lalu.. lebih meriah.. lebih bermakna..

P/S: Duit aku pon sangatlah banyak habis kali ni..l. hua..hua..hua..

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates