Tuesday, April 08, 2008

Si Jelita vs Si Jelik

Masih ingat tentang entry aku tajuk "Lelaki Hensem vs Lelaki Tak Hensem"..?? Kali ini aku kembali ngan entry yg lebih kurang sama cuma gender yg berlainan.

Si Jelita 'vs' Si Jelik

Pandangan seorang lelaki terhadap seorang wanita mungkin berbeza. Ada yang memandang kecantikan lahiriah, ada pula lelaki yang tidak mementingkan paras rupa, sebaliknya memandand pada kecantikan batin seorang wanita. Sedar tak sedar, anda juga mungkin menghakimi seseorang wanita berdasarkan paras supanya. Tak percaya..?? jom baca fakta di bawah..

Kalau si jelita buat jahat..
Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman, kesiannya!
Kalau si jelik buat jahat..
Lelaki akan cakap: dah la muka tak lawa, perangai pon sama gak!

Kalau si jelita pendiam..
Lelaki akan kata: wow! Inilah cirri-ciri isteri idaman, pendiam tu pemalu maknanya.
Kalau si jelik pendiam..
Lelaki akan cakap: tak reti nak komunikasi langsung. Macam sombong pon ada!

Kalau si jelita menolong seseorang lelaki..
Lelaki akan kata: inilah heroin sejati!
Kalau si jelik menolong seseorang lelaki:
Lelaki akan cakap: ala…taktik nak mengurat la tu..

Kalau si jelita dapat lelaki kacak sebagai kekasih..
Lelaki akan kata: ok lah tu..bagaikan pinang dibelah dua.
Kalau si jelik dapat lelaki kacak sebagai kekasih..
Lelaki akan cakap: tak padan langsung! Kena bomoh agaknya?

Kalau si jelita ditinggalkan kekasih..
Lelaki akan kata: buta ke mamat tu? Dapat awek cun pun lepaskan..meh la kasi kat aku!
Kalau si jelik ditinggalkan kekasih..

Lelaki akan cakap: patut la kena reject, tak menepati piawaian langsung!

Kalau si jelita memandu BMW..
Lelaki akan kata: mesti ada sugar daddy!
Kalau si jelik memandu BMW..
Lelaki akan cakap: ala…ni mesti anak orang kaya!

Kalau si jelita enggan bergambar..
Lelaki akan kata: pasti takut gambar-gambarnya tersebar.
Kalau si jelik enggan bergambar..
Lelaki akan cakap: sedar pon diri.

Kalau si jelita menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan kata: caring sungguh.
Kalau si jelik menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring ler tu..

Kalau si jelita bersedih hati..
Lelaki akan cakap: don’t worry, I will make you happy forever.
Kalau si jelik bersedih hati..
Lelaki akan cakap: sikit-sikit nak nangis! Mengada-ngada.

Kalau si jelita masak..
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu..
Kalau si jelik masak..
Lelaki akan cakap: entah sedap ke tak..???

Kalau si jelita main-main missed call..
Lelaki akan kata: taka pa, dia suka bergurau.
Kalau si jelik main-main missed call..
Lelaki akan cakap: kau ni tak ada kerja lain ke..? Sibuk ni tau!

Kalau si jelita hantar e-mel..
Lelaki akan kata: sukanya…
Kalau si jelik hantar e-mel..
Lelaki akan cakap: balik-balik e-mel dia..boring..!!


Hurmm...kebenarannya tiada siapa yg tahu...kan..

4 comments:

Linaaa said...

alarh lelaki nie..
nak yang si jelita jer..

maner tau si jelita tu sebenarnya jelik and si jelik tu sebenarnya jelita.. who knows kan?

hahahaha.
pendapat masing2.

Adam-ArJuna said...

ahahha..tu la masalahnya lina...
pendapat org berbeza..

tp tak kuranbg jugak ada pompuan yg berpendapat kalu lelaki hensem jugak yg terbaik..dan yg tak hensem sebalik nya..kan...

well..
tu la lumrah dunia..chewaahh ayat..! :P

Idham said...

ni info yang bagus untuk panduan owang perempuan..ye la bila baca info camnih diorang mula sedar mungkin nak tukar personaliti ...
idham xpression

Adam-ArJuna said...

ahhaa...tul idham...

jgn sangka yg kaca tu intan...kan..?

sebagai peringatan kita, yg buruk tu tak semesti buruk...yg cantik tu tak selalunya cantik..

keperibadian diri yg penting..tul tak..??

Archive

There was an error in this gadget

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates