Showing posts with label About Blog. Show all posts
Showing posts with label About Blog. Show all posts

Wednesday, August 05, 2009

DELL Inspiron 1440

Sana sini skang org bercakap pasal gadjet itu ini. Dari phone, laptop/notebook, ipod, camera, PDA, GPS dan byk lagi la.. sampai tak terkejar la kita dgn kemunculan gadjet² baru nih. iye dak..? tiap hari ada je model baru yg kuar.. secara tak langsung model yg lama bley dah dikategorikan out-dated. So sedey kan..?

Ada org minat bab² gadjet nih! Ada gak org yg asal boleh pakai sudaaahh.. tapi tu terpulang pd citarasa dan keperluan la..

Masing² individu punya llifestyle berbeza kan.

Dunia blogging jugak perlukan gadjet sebenarnya, bergantung la pada yg blogger tegar tak hengat ke, or just sekadar suka² syok sendiri mcm aku. Camera, PC, notebook/laptop, broadband tu dah cam jadi darah daging diorg jer. Mesti kena lengkap pakej tu utk memudahkan diri ber'blogging.'

Apa pon tu bukan alasan sbnrnya. Byk cara kita bley blogging pon kan, cuma kemudahan yg ada camni buat kita lebih mudah tertumpu pada diri sendiri daripada buang masa dgn buat benda ntahapahapantah.. Ada waktunya, gadjet ni leh bantu kita utk lebih peka pd persekitaran yg lebih berteknologi kan... IT savvy tu penting... jgn kuno sgt dek non oiii... (dah mcm stetment wartawan ruang IT kat Utusan Malaysia laks :P)

OK! Tutup citer tu!

Memandangkan laptop FTEC aku dah nazak tahap tak bley nak diselamatkan lg kecuali aku mengeluarkan amount yg agak byk utk repair, tambah pulak dgn kesengalan idup tak de laptop utk menulis, tak leh layan muvie, tak dpt apdet blog (kecuali kat opis), tak dpt edit pictures, tak dpt dgr lagu (kecuali dlm keta), tak dpt nak wat keje aku as web-admin company bila perlu, dan alasan² yg bley diterima akal aku... zaaaasssss.... semalam aku dgn gigihnya telah membeli laptop baru... kuikuikui.. niat asal ke Sunway Piramid utk beli tiket wayang tanpa nak pk benda² len, terus tak semena-mena aku beli laptop baru.. keskeskes!!!

dah almost seminggu dua minggu survey dari segi brand, price, specs, and design... dan akhirnya..

DELL Inspiron 1440 INSP1440 adalah pilihan aku!


Nice design, better specs, wonderful color....

tu buat aku tertarik nak mendapatkannya!! heehehe..:P

(Hidup aku lebih ceria kini) .. sgt poyo kan!!!

P/S: next target nak beli Nikon D60 lak... hopefully dpt laa.... anybody nak jd sugar mummy or sugar daddy utk sponsor aku beli gajet baru..?? kuikuikui

Tuesday, July 14, 2009

Yoyooh Blogger Awards - Blogger Nite Event


Lebih 6 bulan menanti, akhirnya keputusan rasmi blogger awards yg dianjurkan oleh Yoyooh.Com, sebuah portal komuniti belia akhirnya terjawab. Siapa yg dinobatkan sebagai blog terbaik, blog layout paling cantik, penulisan blog paling kreatif dan sbgnya telah pon terungkai.

Bertempat di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa, 11 Julai 2009 menjadi sejarah baru pada setiap blogger² apabila mereka sumer berjaya dihimpunkan dalam satu bumbung utk menjayakan majlis akhir pencarian anugerah ini.

Wah.. agak grand gak majlis ni walau pon baru setahun jagung je pengajurannya. Tahniah kepada tenaga kerja... :)

Bagi aku lak, aku sifatkan event ni sbg sebuah event utk para blogger re-unite sbb slama ni most of bloggers hanya kenal diri antara mereka thru posting yg dibuat, blog walking, comment, follower, shoutbox etc..etc..etc.. tp, realisasinya majlis sebegini telah membuatkan sumer bloggers ni utk mengenali satu sama lain dgn lebih dekat dan messsssraaaa... huhu.. personally tu pon antara sbb naper aku datang event nih.
Aku menang?? Huh... COMFIRM la tidakkk walaupon ada suara² sumbang kengkwn aku asik sorak nama aku je walopon tak de dlm kategori yg tercalon.. huhu.. x bley blah bai... kasi malu aku jer... hehee

Pada yg menang TAHNIAH and mmg korang layak menang la, blog meletups bagai takkan tak dpt vote kan.. pada yg kalah cam aku nih :( sob..sob.. coba lagi tahun..tahun.. dan tahun kesekian-kalinya lagi..tu pon kalu ada.. kuang kuang kuang.. :P

No heart feelings kan.. :P Peace No War :)

Nak ulas panjang pon mcm tak reti sbb aku dtg pon agak lewat disebabkan masalah *tut* yg berlaku, dan aku rasa dah ramai blogger yg buat ulasan pasal majlis ni.. mana taknya, rasanya lebih 40 org bloggers hadir pada majlis berprestij nih (Wah..! Cam AJL tak..:P)

Skit update senarai pemenang :

1. Blog Informasi/Edutorial Terbaik : celikhuruf.blogspot.com

2. Blog Lifestyle Lelaki Terbaik : afiqsays.blogspot.com

3. Blog Lifestyle Wanite Terbaik : redmummy.com

4. Blog Penulisan Kreatif Terbaik : ajamihashim.blogspot.com

5. Blog Ulasan Filem Terbaik : coldheartediceprincess.blogspot.com

6. Blog Layout Paling Kreatif : nurulism.com

7. Blog Remaja Terbaik (bawah 21 tahun) : saffawati.com

8. Blog Terbaik : redmummy.com


:: Selain tu, Yoyooh.Com turut memberikan penganugerahan kepada pemenang² yg telah mengikuti cabaran Blog Squad yg diadakan di dalam protal tersebut selama 8 minggu serta anugerah khas yg diberikan kepada beberepa blogger terpilih. Untuk Laporan penuh korang bley klik LINK ni. :)
Last but not least, enjoy the rest of the pictures :)
P/S: aku ni blogger yg tak de camera, so gambar pon hasil raih simpati org, tu je la yg ado.. hehe

Founder mr.Ray (juga blogger) memberikan ucapan aluan kepada tetamu sumer..
Slide tayangan calon² pemenang setiap kategori.. - sound efek ada kureng sesuai la..

Persembahan selingan Diddy hadir menghiburkan peminat semasa majlis berlangsung. Selain Diddy, Pyan Habib serta Juara Cari Idol.. Reez turut membuat persembahan malam tu.

Pic 01 antara tamu blogger yg hadir.. mostly aku slalu baca je blog diorg.. ni bru nampak muka.. tu pon ada yg aku tak sempat nak jumpa... segan la katakan :P

Pic 02 juga antara blogger yg hadir..

Barisan pemenang pada malam tu..

Nuke Rude antara blogger yg 1st time aku jumpa. Slalu gak aku drop komen gak page mamat ni.. ni la bru kenal.. kecik jaaa ko ni eyh.. :P

Myra salah sorg calon kategori blog remaja terbaik.

Wenkt juga anatar blogger yg femes lagi gila glemer.. tu dia kata, bukan aku kata.. kan wenkt kan??

Wednesday, June 10, 2009

Blogger's Karnival '09



Bersempena dgn 3rd Anniversary PJ yang telah pon menjadi sebuah bandaraya, sebuah organisasi yg dikenali sbg Kaspersky Lab dgn usahasama oleh MBPJ dan Association of Backpackers Malaysia (ABM) akan menganjurkan sebuah event yg dikenali sbg 'PJ Challenge '09 Blogger's Karnival'.

Details of the event as stated below:

Date : 20th June 2009

Time : 9.00 am - 5.00 pm

Venue : Jaya 33, Lobby & Level 4 (Malaysia's 1st Hyperoffice and community mall)

Acara ni terbuka kepada sumer manusia sejagat especially kalu korang rasa korang tu seorang blogger. Tak kisah ko blogger tegar ke tak, baru nak berjinak-jinak dalm dunia blogging ke... blog reader ke or what-so-ever, anda dijemput utk memeriahkan lg hari tersebut.

Syarat!

Hanya perlu mendaftarkan diri di 'online registration' yg dah sediakan... susah sgt! Just klik kat bwh ni eyh..


P/S : macam nak join jerr.. tak dpt sertai stvt pon tak pe arr.. dpt gi layan tgk pon jadi la labu... ada sesapa nak teman aku tak..? sengal la gi sengsorg.... huhu

Thursday, April 30, 2009

Blogging

Dah lama aku nak buat stori-mori pasal blog² segala ni, cuma tak de masa dan waktu yg seakan-akan mencemburui aku.(huekss! ayat mcm nak termun jer..) Saat mula kenal komputer tak salah aku waktu tu aku bru je form 4 tahun 1998.. (zaman lagu Puncak Kasih tgh meletups!! :P) Ketika tu aku hanya tau e-mail.. tu pon kwn yg buatkan. Sampai tiga pat emel la jugak aku create sbb dah addict sgt ngn dunia IT waktu tu kononnya. Then berlarutan hinggu ke dunia chatting, dan of kos yg paling femes ketika tu MiRC kan? jangan ckp korang tak tau.. :P Masa dulu mana nak ada YM or segala mak nenek tentang instant messenger ni.. so MiRC la medium nak berinteraksi ngan dunia luar.. nak cari awek.. nak surfing itu ini termasuk yg satu kaler..(bukan aku! ish!) nak berkenalan..dan segala-galanya la.

Kini, zaman semakin maju. MiRC wujud lg ke? Ada org yg aku rasa tak tau pon kewujudan MiRC tu sbb sumer dah berubah.. Yahoo Messenger, Meebo, eBuddy, Windows Live Messenger, dan ntahapahapantah lg yg wujud.. terlampau byk sgt smpai kadang PC kita lak tak tertanggung dgn sumer tu. BLOG! Apa pulak tu...? yupz!! Sekarang dah beralih ke dunia BLOG. Juga antara medium utk kita gunakan bg berinteraksi dgn org.. cuma konsep nya pulak berbeza.

Aku rasa sekarang memang era BLOG! Semua org nak buat blog. Tak kira laki ke pompuan, blog tu dah jd mcm satu yg wajib pd yg betul minat menulis dan membaca. Instead of having diary as a medium to write anything we feel or we think, blog could be one of place that we can share even anything with anybody.


Mcm² cara org nak tulis blog. Ada yg suka citer pasal hal peribadi dan jadikan blog tu sbg diari hariannya sendiri, ada org yg hati baik luhur pulak suka share semua perkara2 baru yg dia tau, contohnya pasal dunia IT, aplikasi itu dan ini, bla..bla..bla.. ada org lak suka jdkan blog medium utk berdebat dgn topik² yg dikarang..ada pulak yg jdkan blog sbg medium utk bergelak tawa..blog humor la konsepnye, ada yg buat bisness thru blog, jual diri (opss!), laman utk berperang dgn org yg diorg tak puas ati, blog utk share masalah dan macam² la... mmg tak ter'list'lah kalu nak bercakap pasal jenis² blog nih.

Yg aku nampak kat sini, org kita ni sbnrnya memang suka menulis...dan suka membaca. Sebab tu semakin byk blog yg bercambah. Iye dak?

Kalu aku melawat sesebuah blog tu, bagi aku.. content, cara penulisan, kelainan dari segi cerita, segar bugar, layout yg chanteek dan kemas, font yg bersesuaian, dan cara unik seseorang tu nak sampaikan mesej adalah apa aku lihat utk aku kata 'YES! AKU SUKA BLOG NI'. Ada org suka main taruk je apa dia suka smpai blog dah jd lebih dari yg sepatutnya.. tak salah la, blog kan hak personal.. lantak la apa yg ko nak buat kan! Tak kurang gak ada yg suka baca jer blog² ni, tp tak berminat nak wujudkan blog sendiri..mungkin sbb kekangan masa dan kurang idea nak menulis (halamak ayat...) Dalam sesebuah arena, blog juga digunakan utk menyuarakan pendapat, kebenaran dan utk membangkang sesuatu yg dirasakan betul or tidak. Ni selalunya blog2 berunsur politak la.


Bukan susah nak buat blog.. just register je kat memana aplikasi blog yg korang minat, then here they are..blog pon siap! Blogspot, wordpress, myspace and frienster tu antara medium yg kita leh guna utk buat blog. Banyak lagi sebenarnya. Cuma terpulang pada individu yg mana diorg rasa sesuai, sebab setiap satunya ada daya tarikan dan kekurang tersendiri dlm nak menyerlahkan blog korng.


Apa pon pilihan korang, aku tau yg kita buat blog sbb kita ada matlamat tersendiri.. bukan sebab nak menang award, nak jd femes blogger or nak raih simpati dan perhatian org dgn citer² yg kita publishkan... tak tau la pada org lain kan.. niat org berbeza.


Dunia blogging gak dah byk bg aku pendedahan tentang mcm² isu yg sblm ni aku sendiri pon tak berapa tau. Contohnya pada aku , aku buat blog utk suka², utk berdebat, utk buat org berfikir pasal perkara² yg mungkin terlintas kat otak kita tp tak pulak kita nak suarakan.. sbb bg aku, kadang tak semua apa yg kita nak cakap, boleh kita cakapkan.. dan tak semua yg kita cakapkan org akan paham..kan.. so, blog la medium yg aku guna utk buat semua tu. Melalui blog jugak kita bley dpt ramai kenalan. Tu mmg dah terbukti pon sbnrnya, betul kan..? secara tak langsung kita punya kwn yg wujud secara maya walaupon mungkin amik masa utk kita kenal dia. Tapi sekurangnya dia pembaca kepada blog kita..kan...kan..kan..


P/S: Suka tgk rancang BLOG yg ditayangkan kat RTM.. byk perkara yg diutara-timur-barat-selatan-kan dlm pgrm tu.. Ada pendedahan jugak lak pasal dunia blogging nih.

Ada org yg struggle sgt nak update blog smpai tak cukup masa nak buat benda lain..gigih!.. lambat up-date blog.. isu akan basi katanya... ahahaha..

Wednesday, April 22, 2009

I'm Back!

Yezza!! I AM BACK!!

Definitely entry ni bukan la sebuah review atau ulasan filem yerr.. Tgk je poster tu dah mcm poster filem plak..ahaks!!

Setelah tiga pat ari aku bergelumang dgn bencana, meredah badai, memerah otak dan mencari idea.. akhirnya... selamat jugak blog aku ni dari terus ditutup. Haha.. Hampir² dah aku nak shut down blog ni gara² virus yg melanda kat templates blog aku ni.

Godek punya godek.. try punya try.. so ni je la template terbaru yg termampu aku carik. Tak de la lawa sgt (masih mengenangkan template lama ku itu..), tp sekurang-kurang ada la kan dari tak der.. huhu..

So, lepas ni bley la aku kembali membloggingkan diri.. Stay tune!!

P/S: Sudi apalah kiranya kalu korang drop kat shoutbox or ruangan komen aku utk aku men'copy-paste' balik url² blog korang sumer yer... Arigato Gozaimasu! :)

Wednesday, April 08, 2009

Tentang Blogger Awards

UPDATE : YOYOOH.COM BLOGGER AWARDS 2009


Well, kat sini aku nak update skit pasal Anugerah Blogger Awards 2009 anjuran portal belia YoyoOh.com ni. Rasa-rasanya sumer readers dah tau kot pasal kewujudan portal dan penganjuran blogger awards ni kan? Kalau pada yg belum maklum tu..just click SINI utk maklumat lanjut ok..

Hai la Adam Arjuna.. Orang buat blog, ko pon nak buat blog...
Orang menulis, ko pon nak menulis.. sumer nya nak mengikut orang.. :P

Anyway, sempena penganjuran blogger awards 2009, blog aku secara tak sengaja nyer pon dah 'ter'turut serta sebagai calon akhir anugerah ni. Wah..!! Ala² anugerah bintang popular pulak kan? ekekeke..

Dari lebih kurang 100 blog yg dicalonkan, then di saring lak menjadi 45 melalui teknik voting dari sumer pengujung² portal YoyoOh utk disenaraikan melalui 9 kategori akhir yg dah dijalankan oleh moderator portal ni. Huh..!! Struggle beb...

Okey la.. Senarai kategori pon dah kuar. Pada yg pernah vote blog ni, [ @geNda iNsPiRaSi ] sehingga tersenarai pulak ke kategori akhir, aku nak ucapkan terima kasih la bebanyak. Buat blog ni bukan utk raih perhatian, tapi utk kongsi apa kita sumer boleh kongsikan..tul tak..?

Below are the nominees for Yoyooh.Com Blogger Awards 2009 :

1. BLOG DIARI WANITA TERBAIK

2. BLOG DIARI LELAKI TERBAIK

3. BLOG INFORMASI / EDUTORIAL TERBAIK

4. BLOG LIFESTYLE LELAKI TERBAIK

http://adamarjuna.blogspot.com
http://bukuria-malaysia.com/
http://blog.mohdimran.com/
http://freakyfrid.blogspot.com/
http://viedash.blogspot.com/
http://harizshazalli.blogspot.com/

5. BLOG LIFESTYLE WANITA TERBAIK

http://celikhuruf.blogspot.com/
http://bukuria-malaysia.com/
http://blog.mohdimran.com/
http://freakyfrid.blogspot.com/
http://redfapet.blog.co.uk/
http://farridhusin.tumblr.com/

6. BLOG PENULISAN KREATIF

http://ajamihashim.blogspot.com/
http://qaisyjaslenda.blogspot.com/
http://afiqsays.blogspot.com/
http://freakyfrid.blogspot.com/
http://redfapet.blog.co.uk/
http://cartoonrama.blogspot.com/

7. BLOG ULASAN FILEM TERBAIK

http://amyikram.blogspot.com/
http://bukuria-malaysia.com/
http://blog.mohdimran.com/
http://tontonfilem.blogspot.com/
http://ajamihashim.blogspot.com/
http://adamarjuna.blogspot.com

8. BLOG LAYOUT PALING KREATIF

http://cartoonrama.blogspot.com/
http://nurulism.com/
http://tothecircus.blogspot.com/
http://saffawati.com/
http://sawanila.com/
http://afiqsays.blogspot.com/

9. BLOG REMAJA TERBAIK (BAWAH 21 TAHUN)

http://deathsex.org/
http://killerguy999.blogspot.com/
http://tirablurb.blogspot.com/
http://sweetmyra89.blogspot.com/
http://saffawati.com/

10. BLOG TERBAIK

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Yup! As you can see, there's nine categories of awards to be won and one will be annouce as Best Blog for YoyoOh.Com Blogger Awards 2009. Blog siapakah itu, hanya ANDA yg menentukan. Keputusan di hujung jari anda. Hahaha.. (ada cam AF tak..? ekeke..)

OoOppPss!!

Cam ne nak undi?

Senang je..

Pada anda di sana yg ingin terlibat untuk mengundi blog pilihan, blog kegemaran dan blog yg korang minati.. haruslah mendaftar terlebih dahulu di portal YoyoOh.Com ni sebab hanya ahli berdaftar je yg layak untuk mengundi di final stage ni.

So.. pada semua calon², gudluck utk korang. Bak kata Vince AF1, "kita semua pemenang, tiada pengalah!" ahahaha..(banyak tgk TV la aku..! :P)

Tuesday, March 10, 2009

Notis Pemberitahuan

Wah!! Apakah entry aku kali ni.. :P Nak bernotis segala kan..

Anyway..tak der apa pon. Saja nak wat statement propa. kes! kes! kes..!

Anyway,

To all my blog's followers (wakakaka...mcm la blog aku ni follower..hehe..gebang jah!!), unfortunately nak bitau yg aku tak dapek nak update blog ni ngan lebih kerap dalam masa2 terdekat ni.. huarrrghh... Kenapa..?


Sebab keadaan notebook aku yg kurang stabil.. may be terkena demam ke, campak ke, chikukunia ke or denggi ke..aku pon tak sure.. nak kena bwk jumpa pawang or dokter la nampak gayanya nih.. :( -- melayang lagi la duit aku nih!


Cam ne ni...?? hurmm.. byk benda nak stori mori dlm blog nih!! for the time being, access aku hanya menerusi opis..cc..and laptop kengkwn je la nampaknya.. haha..

Nasib badan la....

Monday, November 24, 2008

Blogger Awards 2008/2009

"Salam Sejahtera...Sari berita utama.."

Bersempena dengan arena blogging yg semakin meluas kat negara kita skang ni, satu pertandingan antara blog atau Blogger Awards 2008/2009 telah dianjurkan oleh sebuah portal belia terbaru yang dikenali sebagai Yoyooh.Com.

Bagaimana..??

Caranya mudah je, kita sebagai pembaca layak memilih 3 calon utk dinominasikan sebagai calon blog terbaik dan juga utk menyandang beberapa lg kategori lain dgn hanya menghantar url blog pilihan kita ke emel awards@yoyooh.com. Setiap calon yg terpilih pulak akan diadili oleh pengunjung rasmi yg mendaftar kepada Yoyooh.Com.

Mudah je kan..?? Pada saper yg kurang jelas tu senang je..just layari Yoyooh.Com utk maklumat selanjutnya.. Aku pon agak blurr gaks..



So..saper calon pilihan korang..?

Yang pasti aku dah ada calon pilihan aku..hehe!!

Tuesday, November 18, 2008

Rebranding

Sejak dua tiga minggu ni bila dok melepak ngan kengkawan aku, benda yg kami suka bincang skang pasal branding and re-branding. Ala² ni cam word of the week la.

"R.E.B.R.A.N.D.I.N.G"

Ada sbb yg buat kami semua tetiba je asik bercakap pasal rebranding ni. Tp lupakan la sbb apa sbb yg paham je akan memahaminyi kenapa. Bercakap pasal rebranding ni, aku pon cam tak nak la ketinggalan dalam menyahut seruan ReBranding ni. Haha.. Apa aku nak buat eyh??

Mungkin REBRANDING balik BLOG aku? Mungkin!

Yup! Memang tu pon yg aku nak buat, tapi cam ne eyh..? Korang ada idea..?

Yang pasti aku TAKKAN tukar la layout ni sbb ni la keje paling leceh nak buat. Aku just nak ubah content blog aku ni agar lebih fresh. May be bley lg tambah side links yg lebih menarik dan informatif. Apa pendapat korang? Aku tak nak la apa yg aku tulis kat blog ala² syok sendiri je... may be aku perlu lebih universal kot kan... sekurangnya org tak la org boring nak baca blog aku walopon tujuan asal aku buat blog ni hanya utk syok sendiri..

So..apa kata survey..??

Should i or shouldn't rebranding my blog content??

Friday, October 10, 2008

Blog Award!

Haahah..'tak sangka ye' ..(pinjam jap taglimne ko kematz!) dengan buat blog pon leh dpt award.. Ntahapahapantah..! kan.. Walaupon bukan award actual macam award Juara Lagu ke, ABPBH ke.. tp hakikatnya dunia blogging ni pon ada kelas tersendiri kan... ekeke..macam bagus je ayat.

Well..nak cakap byk pon tak mo la. Agak terharu la sebab memberikan aku award ni.! tak sangka gak la yg blog aku ni sbnrnya ada gak pembacanyer..igt buat blog syok sendiri je...hehe... Well, my big thanks to dua org sahabatku ni, Mr. Kematz dan Encik Mesin.Masa kerana sudi and terlintas gak kat fikiran korang utk menyenaraikan blog aku tak seberapa ni di laman korang. Yang pasti blog korang ni pon SANGAT BEST sebenarnya jika nak compare blog aku yg jarang giler ber-update..hehe..


Ok..berdasarkan rules yg dah diberikan, aku pon kena select la 4 orang dari blog list aku utk diberikan award ni. Apa pon kat sini, aku nak mention la, for those yg aku tak senaraikan tu jgn la kecik ati yerk! Doesn't mean yg blog korang tu tak best.. Sumer blog dlm blog list ni aku baca k.. (saja je nak mention..! hehe..)

Sunday, September 07, 2008

September Entry!

Wahai September!
Saja je nak bitau..pada bulan ni juga la aku mula menitipkan (wah! ayat....) sumer luahan rasa aku, idea, kata-kata serta semua yg ingin aku sampaikan di blog ni...kini sudah genap setahun blog aku ( http://www.adamarjuna.blogspot.com/ ) ni berfungsi. Terima kasih buat semua yg sudi singgah di laman aku yg simple ni.

Bulan September ni jugalah bulan yg betul2 menguji aku sebagai seorang pekerja. Masalah dalaman dalam bekerja membuatkan aku ni dah semacam meronta-ronta utk mencari sesuatu yg baru. Namun, sehingga ke hari ni, aku masih terus menanti dan terus menanti...haih...bila la masanya akan tiba utk aku berubah angin....?? hehehe..

Hurmmm..lupakan seketika duka..

September yg telah telah menjelma ni juga turut membawa Ramadhan bersama kita khususnya kepada umat Islam utk menunaikan kewajipan kita dalam berpuasa. Sehingga ke hari ni, lebih kurang 6 hari kita telah menjalani ibadah berpuasa. Rasanya belum terlambat utk aku mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Harap2 belum ada hari yg lopong yerkkk.. Jika ada puasa, tentu adanya pula tarawikh kan..?? yang ni pulak..ada yg dah ter'miss' ke..? ehehe... Alhamdulillah..puasa aku lancar tahun ni walopon condition badan aku kurang stabil skit lately. Tapi agak kecewa sbb aku tak sempat bersahur, berpuasa dan berbuka bersama keluarga di kg..kalau sempat pon may be sehari sebelum raya menjelma...hopefully la.. Dah lama tak rasa makanan air tangan mak aku.. dah lebih kurang 7 bulan tak kg ni...haihhh la badan... Tapi aku bersyukur sgt sbb masih ada kawan2 dan sahabat2 yg sudi meluangkan masa bersahur dan berbuka bersama aku..tak lupa gak pada yg sudi berterawikh bersama...Ramadhan kali ni cukup bermakna bila bersama korg sumer.. Thanks a lot buddies.. love u guys so much... Harap Ramadhan ni turut membawa sinar cahaya dan keberkatan utk kita bersama.

Insya-Allah..

Tuesday, August 12, 2008

My 100 Posts!!

YahooOOoo...
Atlast..after a while..i manage to complete my 100 entries..
wait for my coming celebration post.
p/s: janji aku post dulu..(hanya yg memahami je akan faham..)
ekekeke..jangan marah eyh...

Thursday, July 31, 2008

Where Bloggers Meet

www.yoyooh.com : where bloggers meet

Sekadar gambar hiasan.

Pernah dgr tentang portal terbaru ni..?? kalau belum, cuba la ringan² jari jemari tu utk klik kat laman web ni YoyoOh.Com.

Portal yg dibina bertujuan untuk mengumpul para bloggers ke dalam satu arena pemblogan yg baru di mana para bloggers dpt lebih dikenali bukan hanya melalui portal blog persendirian saja, tetapi boleh jugak di'link'kan melalui blogger² yg lain. hurmm.. cam ner tu yek..?

Melalui YoyoOh ni, blogger boleh menulis apa saja artikel yg dirasakan perlu termasuk bidang hiburan, sukan, politik dan bermacam lagi di samping dapat meluaskan kenalan atau memperkembangkan lagi blog persendirian melalui link yg dah disediakan.

Berbeza kan..? So...pada sesiapa yg rasa blom tau pasal portal, cuba² la utk register dan menjadi ahli YoyoOh.Com ni.. kalu nak tau lebih lanjut...bley la klik pada link yg dah disediakan tu. Percuma je..tak payah bayar!!

Buat pertama kalinya, pada 30 Julai 2008 bersamaan hari Khamis, YoyoOh dah anjurkan satu majlis resepsi (waahh ayat..!! tak bley blah) bersama beberapa orang bloggers, wartawan dan artis, wakil pelajar dan pihak pengurusan di bahagian hiburan yang bertujuan utk beramah mesra di samping memperkenalkan lagi YoyoOh melalui pelbagai medium yang ada. Majlis santai yg di adakan di Amarin Heavenly Thai Restaurant, Midvalley ni dihadiri lebih kurang 50 orang jemputan termasuk la kumpulan The Lima dan Dafi serta tak ketinggalan Ajieb dari Murai.Com. Ramai gak yek!

Best jugak bila dah kumpul macam ni, di tambah pulak dgn makanan thai di Amarin ni yg memang sedap gilerss...

Apa pon, thanks to YoyoOh and the committees involved for inivited and opportunity given to me to attend these gathering.

For more info, please find it HERE..!!


As usual, here are some photos taken that night. Enjoy!



Pelbagai aneka makanan yang dah di order oleh pihak pengurusan YoyoOh.Com untuk para jemputan. Dari pembuka selera, makan utama hinggalah ke pencuci mulut.. Yummy..


Antara yang hadir..

Azri dan Syahid, wakil pelajar dari UIA yang turut hadir. Nice to meet both of you.

Definitely i'm not part of this group...haha....oh buronan cinta..lalalala...

Bakal model popular....katanya...walopon...ahaha..me with Ajieb..

P/s: thank to Kak Amy for those pictures..:)

Tuesday, July 01, 2008

Coming Soon!

Hello visitors!
July is Back!
Wait for my new up-coming entries. Get new info, new topic and new things to be share with you here.
still in draft:
* Why so hard learning English
* Minyak oh! Minyak
* Cornetto Love Sparks
-- and many more --

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates