Showing posts with label Tributes. Show all posts
Showing posts with label Tributes. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

Selamat Hari Bapa

Teringat di suatu ketika dulu...

Family aku ni bukan la jenis yg mewah, kaya raya, harta berkepuk-kepuk.. tp masih cukup makan dan pakai la.. tak de lg la sampai kebulur tak makan.. cuma kalu ada time terdesak nak guna duit tu paham² je la, agak susah la cari duit dlm amount yg byk sekali gus.

Simpanan? aku tak rasa bapak aku byk menyimpan. Belanja kitorg adik bradik dan perbelanjaan rumah pon adakalanya atas pagar je.

Saat aku dpt menerima surat tawaran nak continue study di UiTM kira 10 tahun dulu, saat tu aku tgk ayah aku gigih mencari ruang utk beri aku peluang. Aku anak ke-4, dan yg pertama dpt peluang melanjutkan pelajaran.. ibu bapa mana tak bangga kan kalu anak² diorg nak berjaya..iye dak?

Melihatkan mcm agak susah utk buat penyediaan.. menempah baju.. beli itu ini.. yuran dan perbelanjaan lain... aku give up! Waktu ni aku dah cam redha jer.. baik aku teruskan dgn study aku di form six je.. tamatkan apa yg aku dah mula. Tapi. ayah aku tetap gigih mahukan aku ke universiti. Sanggup dia jual motor yg bru dia beli 2 bulan kepada sedara jiran sblh umah hanya utk pastikan perbelanjaan dan persediaan aku lengkap!

Terharu.... mmg aku terharu....

esekali masa balik cuti...

Bila ikut ayah ke surau, org mula bertanya.."ni ke anak hang yg belajar kat U tu?" Bangga bila tgk riak ayah menyatakan kebenaran.. Sekurang-kurangnya aku nampak ayah boleh berbangga dgn org lain apabila dia juga punya anak yg belajar di U. Biasa la.. persepsi skeptikal masyarakat luar bandar.. pemikiran ramai yg masih kebelakang. Jika ada sesuatu yg gah di depan mata, bru la mata terbeliak menjegil... mengagumi segalanya. Betul tak?


Ayah jarang nak membebel.. namun ada masanya leteren ayah tu agak terkesan dan makan dlm jugak. Apa yg perlu ditegaskan... tu yg akan diutarakan. Lain² yg mengarut mmg tak de la.

Kalau kerja lewat, seawal Subuh dah boleh dgr suara ayah mengaji. Tak payah pakai mic or speaker.. jiran sblh umah pon boleh dgr alunan suara ayah mengaji. Tu jugak cara nak kejutkan kitorg dari bangun tido. Tp normal... aku tido gak..:P hehe

Ayah tak byk ckp... lain pulak dgn aku yg memang susah nak stop bila dah buka mulut. Tapi permintaan anak² susah utk dia abaikan kalu rasa iainya perlu. Ingat lg saat aku mula nak beli kereta.. "Kalau tak cukup duit downpayment, hang bagi tau abah.. nnt abh bwk keluaq duit tabung haji.." Tersentak aku! Aku tau brapa byk sgt simpanan ayah tu. Mungkin tak smpai RM3000 pon waktu tu... Seboleh aku menacri jalan... baik aku selesaikan hal aku sendiri.. cukup² la semua yg dah diberi sblm ni... perlu ke lagi...??

Kini..

Ayah dah berusia 66 tahun.. masih lg gigih mencari rezeki walaupon hanya sbg pengawal keselamatan. Jarang benar dia merungut... cuma lesa dan letihnya tu yg jelas nampak di wajah.

Hurmm....


Cerita ini hanya segelintir dari cerita aku.. pengalaman aku..

Apa pon gelaran yg diberi padanya.. ayah, abah, bapa, papa, babba, daddy, pita-ji, otosan, atau apa jua sekalipon... definasinya tetap sama dan takkan berubah.

...dan kerana dia juga lah kita wujud di muka bumi ni, menikmati segala yg ada.

Mungkin pandangan dan pengalaman setiap kita berbeza.. ada suka, tak kurang juga duka.

21 Jun 2009. Hari Bapa yg dirai di seluruh dunia. Hari utk menghargai dan mengenang jasa serta pengorbanan mereka yg telah membesar dan mencorakkan hidup kita. Mungkin coraknya antar kita berbeza-beza, tp itu lah kehidupan kan..? Yang pasti.. jgn pernah lupa utk mengingati mereka.. bapa..

"Happy Father's Day.. Abah!"

Thursday, May 07, 2009

Selamat Hari Ibu


Pada saper yg kurang maklum, meh sini aku nak bitau korang yg selain Hari Buruh je jatuh pada bulan May, Hari Ibu Sedunia gak disambut pada bulan ni. Hari Ahad, minggu kedua setiap bulan May merupakan Hari Ibu atau dalam erti kata lain Mother's Day yg akan disambut seluruh dunia.

Tahun ni, 10 May 2009 adalah detik yg telah ditetapkan.

"Tak perlu kita nak tunggu bila tiba waktu ni je baru kita gigih nak appreciate ibu kita kan, sedangkan kita boleh lakukannya pada hari² biasa atau setiap masa dan ketika."

Benar.. pengorbanan dan kasih sayang ibu adalah yg terbesar pernah kita semua miliki. Tak terbalas oleh harta benda, wang ringgit atau segalanya... hanya kasih sayang dan doa kita kepadanya adalah sesuatu yg ternilai dan dituntut.

Ibu.. mak.. ummi.. bonda.. tak kira apa juga gelaran yg digunakan... maksudnya tetap satu.. iaitu mereka yg lahirkan kita.. merekalah ibu kita...


Sesuatu yg aku yakin pernah kita semua baca :

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang.... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak


Aku selalu teringatkan.... mak
Bila sedih, aku mesti talifon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku.... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak

Bila seronok, aku cari....pasanganku , Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku , Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku , Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku , Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku , Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasangan , Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talifon pasanganku , Entah bila... aku nak talifon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku , Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Dari hati:

Buat mak di sana.. orang doakan semoga mak panjang umur dan sentiasa dlm keadaan sihat. Terima kasih utk mak atas segalanya... Tak niat pon org nak buat buat mak menangis atas setiap apa yg pernah org lakukan...

...

the end

P/S: Hargailah merekaselama mereka masih ada... doakanlah mereke, jika mereka sudah di sana... amin..

Friday, August 22, 2008

Get Well Soon miss Nafty

Petang semalam (lebih kurang kul 5.00 ptg, 20 Ogos 2008), masa aku tgh settle2kan keja, member aku si ena ekk ni buzz la aku kat YM. Tetiba dia ckp yg mbr baik kitaorg Ayu (atau lebih dikenali sbg Miss Nafty) dah admitted ke wad SJMC and akan operate kul 6.00 ptg. Terkejut lak aku, sbb cam tetiba je...
((( Takkan nak bersalin dah kot!! hehehehe... )))
Rupanya Nafty kena jalani operation disebabkan apendics. Hurmmm...aku cakap kat ena, apsal bitau lambat, and katanya dia pon baru tau.


Mazwani 'Nafty' Ayu with her husband. (pictures grab from Kematz's Blog)

To miss Mazwani 'Nafty' Ayu, i'm so sorrrryyy sbb tak sempat nak g melawat ko. Minggu ni aku direct kena keja malam dan tak sempat lak nak singgah ke SJMC tu. Harap ko paham sgt.. And i'm also hoping for you to get fast recovery of your health and get well soon as before. Bley la kita gosip2 and shopping2 lagi. To Rafie, jaga ayu nih elok2 skit. Hehehe...


Get Well soon k.

Saturday, August 16, 2008

Thanks to Fendy_Leo!


Bulan Ogos ni memang agak sibuk! Wah...!! Cam artis lak..penuh dgn show..! ekekek.. Tak bley blah..!! Jangan salah faham. Memandangkan bulan depan kita dah nak sambut Ramadhan (x sabar nih!) dan bersempena pulak Ogos ni adalah bulan olimpik, byk la pgrm berkaitan yang seumpama aku cuba libatkan diri. Cari pengalaman beb!

Minggu lepas baru je abis kenduri kat umah kak Lyn, dan minggu ni lak aku and kengkawan terdekat dapat lak invitation from one of my best buddies, saper lagi kalu bukan Mr. Fendy Leo..hahah..

Majlis kenduri arwah dan doa selamat yg diadakan keluarga Fendy diadakan pada 15 Ogos 2008 (Jumaat) dan tahlil diadakan selepas solat Maghrib. Sorry la Fendy tak sempat nak dtg tahlil tu sbb ada masalah skit walopon mmg niat asal aku nak g tahlil tu. Tak de rezeki. Apa yg pasti, jamuan yg disediakan memang vast lah! sampai tak terbangun aku makan. hahaha.. Thanks again.

Selain aku, Azim, Kak Lyn, Kak Amy, Abe & Lilo pon turut datang memeriahkan majlis di rumah Fendy nih. Sekali lagi, thanks for invited us. Actually, x byk pic yg aku snap. So here the only pic that would tell how we feel...so meriah kan..?


Monday, August 11, 2008

Thanks to Kak Lyn :)

Well guys, nothing much to say in this entry. Actually i just want to express my THANKS to Kak Lyn and family for inviting me and friends to the 'Kenduri Doa Selamat' held at her house on 09th August 2008.

By the way, the foods was so delicious. Memang pandai la your family masak. Tak sesia aku tapau bawak balik umah.. ahahhaha..

6 of us (me, Azim, Fendy, Ayum, Abe, and Puan Syamelia Contessa) had attended this little 'kenduri', but no pictures taken anyway. ..just a little posing inside kak lyn's house...as usual, nak gak posing sbnrnya tu.. eventhough it just a little while, but we had fun..

Thanks again to kak Lyn and families. :) and hope for more after this...ehehe..

Bersama tuan rumah..wah..mengimbau kenangan raya plak bila dah berbaju melayu cam gini kan..?

Like this pics! Men'tega'. ahahaha..erm..gambar ni tak pakai flash yerk..
Bersama adun parlimen kawasan Shah Lampu, Syamelia Contessa.. Aiyo kak..silau nyer mata ngan kerlipan baju itew..

Friday, November 09, 2007

Tribute To My Friends!

*************************************************************





Friday, September 14, 2007

Doa Buat Sahabatku

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates