Tuesday, October 14, 2008

Aku Suka Bergambar.. tapi..

Dulu aku tak suka sangat bergambar...

Masuk form 5, baru la terfikir, kalu tak amik gambar..mana kan dapat aku kenang zaman sekolah aku dgn kawan²..

Tapi..

Aku cukup malu utk bergambar..

Tak reti nak pose! Muka pon tak fotogenik.. Rasa malu yg sangat menebal dari dalam diri aku.

Namun..aku tetap ingin bergambar dan semakin hari semakin obses dengannya. Mana saja ada kamera, di situ aku cuba utk mencelah.

Melihat aksi² aku semasa bergambar menunjukkan betapa 'over' nye aku bila setiap kali bergambar.. tak pedulikan apa tanggapan org lain pada aku..aku tetap terus dan terus bergambar.. bagi aku dulu, DIRI aku, DUNIA aku..





Kini...aku ingin cuba untuk berubah dari perangai itu dan mengubah kembali tafsiran org pada aku bila aku gemar sgt utk bergambar.

Menjauhkan diri dari lensa kamera mungkin jalan terbaik!

Kenapa aku perlu terlalu obses sgt bergambar? Hasilnya AKU TETAP AKU..!

Yup..!! Aku ingin cuba mengubah sikap ini. Harap² ini yang terbaik dan bukan pula sebaliknya..

Sunday, October 12, 2008

LONELY!

Stori aku ni terjadi beberapa hari lepas! Habis je waktu keja kul 10 mlm aku strictly balik umah then terus online. Tak tau apa nak buat. Kalau dah online tu tau² je la, apa lg kalau tak on YM, on Facebook, Myspace, Friendster dan blog. Masa dok tgh asyik layan YM tetiba ada la sorg rakan chat aku kat YM tanya sumthing..Nak dijadikan citer, pada suatu malam ni dia pon bertanya...

[skrip di bawah telah melalui proses penyuntingan dan editing dr pihak² yg bertanggung-jawab.]

Rakan YM: Tak kuar gi memana ke? Selalu kuar je..

Diri @ku: Tak...tak der saper nak ajak kuar, lg pon bru balik keja..

Rakan YM: Laa..naper tak ajak kengkawan len sumer tu kuar..? U kan ramai kawan.

Diri @aku: Erm...diorg tak der..sumer ada open hause sana sini..Bz la kot kan..

Rakan YM: Ooh! alala...cian u...malam ni mesti lonely kan... apa kata layan je DVD
ke kat umah tu..

Diri @ku: alaa...setiap hari pon lonely sebenarnya..(nada yg agak² sedey laa..)

Rakan YM: U je kot yg rasa lonely ni...

Diri @ku: Ye ke..? tp mmg lonely pon..even ada kwn pon..tetap terasa lonely.
Jumpa kwn, mmg la bley senyum..gelak...tp dlm hati saper tau kan apa yg
rasa.

Rakan YM: Well..i pon kekadang rasa camtu gak!

Diri @ku: hurmm..rasa lonely ni bukan la sebab tak der kekasih ke, tak der family
ke.. U jgn salah paham lak eyh.. Tp byk nyer sbb KAWAN. Kadang jd
takooottt sgt bila terlalu baik dgn kawan² smpai tak pedulikan apa lebih
perlu pd diri sendri. Tapi takut pulak bila ada kwn² akan menjauhkan diri
dari kita kan... And sumtimes i feel that i'm so annoying to them..

Rakan YM: Well, I agree with u. Bila kita dah rapat sgt, kalau kita atau diorg buat
silap skit mesti akan mudah terasa. I mean our closed friends, tak kira la
saper pon mereka. Then bila kita dah rapat sgt, bila kita kehilangan
diorg..kita akan rasa lebih sakit hati, kecewa berbanding kita kehilangan
kekasih.

Diri @ku: Tu la...bila dah stay berjauhan ngan family ni, kawan la tempat kita
bergantung harap kan? and i was hoping FRIENDS yg dpt isi my lonely side
tu.

Rakan YM: Yeah!! Bila dah jauh ngan famili friends jer la yg isi kekosongan hati
kita. Tak pe.. kadang² we need time to be alone to reflect things.

Diri @ku: And may be give some space for us to think about them kan..?

Rakan YM: Yah..! provided for them to think about us rite..

Diri @ku: ERRRRrrr...Jap eyh...lapar la pulok! nak gi cri makan.. menggeletar je
perut ni..ehehe..

Rakan YM: Haha..k.

Lantas aku terus mencapai gugusan kunci umah and kunci keta aku memblahkan diri menacri makan di kala waktu tengah malam.. Laparr beb!! Conclusion citer aku ni, korang pk la sendiri aku aku cuba sampaikan eyh...

Friday, October 10, 2008

Blog Award!

Haahah..'tak sangka ye' ..(pinjam jap taglimne ko kematz!) dengan buat blog pon leh dpt award.. Ntahapahapantah..! kan.. Walaupon bukan award actual macam award Juara Lagu ke, ABPBH ke.. tp hakikatnya dunia blogging ni pon ada kelas tersendiri kan... ekeke..macam bagus je ayat.

Well..nak cakap byk pon tak mo la. Agak terharu la sebab memberikan aku award ni.! tak sangka gak la yg blog aku ni sbnrnya ada gak pembacanyer..igt buat blog syok sendiri je...hehe... Well, my big thanks to dua org sahabatku ni, Mr. Kematz dan Encik Mesin.Masa kerana sudi and terlintas gak kat fikiran korang utk menyenaraikan blog aku tak seberapa ni di laman korang. Yang pasti blog korang ni pon SANGAT BEST sebenarnya jika nak compare blog aku yg jarang giler ber-update..hehe..


Ok..berdasarkan rules yg dah diberikan, aku pon kena select la 4 orang dari blog list aku utk diberikan award ni. Apa pon kat sini, aku nak mention la, for those yg aku tak senaraikan tu jgn la kecik ati yerk! Doesn't mean yg blog korang tu tak best.. Sumer blog dlm blog list ni aku baca k.. (saja je nak mention..! hehe..)

Saturday, October 04, 2008

Kisah di Aidilfitri

Tak dinafikan yg sekarang ni kita semua masih lagi berada dalam mood hari raya kan? Hari ni (4 Oct 08) 4 Syawal 1429H menandakan sudah 4 hari kita menyambut hari raya Aidilfitri.

Best ke aidifitri korang tahun ni?? Rata-rata bloggers dlm blog list aku ni pon sumer dok menyatakan tema perkara yg sama...'Hari Raya Aidilfitri', and aku pon tak nak la ketinggalan sama.

Tapi pengalaman raya aku kali tak banyak! Bagi aku, aidilfitri yg aku lalui tahun ni agak membosankan jika nak dibandingkan dgn tahun2 yg lepas...naper eyh?? Entah laa..mungkin sbb aku sendiri yg jdkan aidilfitri aku tahun ni bosan, dan itu lah jdnya. Cuma apa yg membuatkan aku agak excited tahun ni adalah sbb nak pakai baju raya baru, sampin baru dan sandal baru... tu jer...hehehe..macam kanak2 ribena pulak kan...tahun ni warna yg jd pilihan aku PURPLE! ekeke...yg lelain, bg aku biasa je.

Seperti tahun2 biasa, pagi raya aku dah bersiap ngan baju yg dah awal lg aku iron, bersiap dgn sampin segala... and ready utk amik gambar sblm gi sembahyang raya. Harus la kan..baju baru kena la posing skit..



Selesai sembahyang, balik rumah dan beraya pulak dgn famili... tu je yg aku buat selain melayan tetamu yg dtg! Bosan kan? tu lah realitinya. Aku balik kg kali ni stlh 8 bulan aku tak balik, sangat la 'tanggang' kan? ahaks..

Raya kedua masih lg serupa. Hanya stay kat rumah and layan tetamu, saudara mara yg dtg ziarah. Mana kawan2 aku..? Tak der! tu yg aku sedih :( tahun ni aku beraya tanpa kawan2..mmg sedih. Ramai yg bertanya, "kawan2 hang tak mai ka..??".. jawapan standard aku pulak... "depa sumer kan dah kawen, mana la nak ada kat sini, takkan lak org nak gi umah diorg sengsorg lak!" Waktu ni satu je yg pk, aku mula rindukan kengkwan aku di Shah Alam dan yg lelain tu! Apa diorg buat, apa diorg mkn, mana diorg gi..sumer jd tanda tanya kat aku. Mesti diorg tgh hepi skarang. Tapi mmg tu pon yg aku harapkan, agar diorg sumer happy :)

Raya ke-3 baru la aku berganjak skit dari umah. Satu family ke Penang, umah tok aku. Beraya di sana baru lah aku nampak sikit erti raya aku tahun ni. Penang mmg tempat yg aku tunggu2 nak pergi setiap tahun bila menjelangnya raya. Byk saudara-mara, cousins and adik-beradik yg sekepala di sana. Ni baru buat raya aku rasa cam sedikit happening..kalau tak..hurmm.. hampeh ajer rasa.

Tiba hari ke-4 ni, sumer org dah beransur balik. Abg and kakak aku dah mula pulang ke rumah masing2. Rumah makin kosong. Lepas ni, lg setahun la aku jumpa abg long aku ni sbb dia dah nak ke Lubnan utk misi PBB. Hope everything ok kat sana. Melihat kpd mak aku yg dah mula berlinangan tgk abg nak bertolak balik buat hati aku jd tersentuh lak..yer la..Lubnan tu beb...ish..entah la.. Lagipon kami adik beradik sumer jarang dpt berkumpul sekali, raya kall ni pon tanpa adik aku sbb dia kat Kuching, tak dpt cuti. Apa pon, aku doakan abg aku selamat pergi dan selamat kembali... amin...


Hari Isnin (6 Oct 08) aku mula balik ke Shah Alam. Tak sabar pulak nak beraya dgn kengkawan, sahabat handai dan family yg berada di sana.. hurmm, bila pulak agaknya aku dpt peluang utk pulang semula ke kg ni. Hope tak la smpai 8 bulan lg..hehehe.. Sekembalinya aku ke Shah Alam nnt, byk perkara yg sudah berada dlm perancangan perlu diselesaikan. haiihhh la badan...

Untuk semua, walaupon tak byk kisah menarik yg dpt aku share dgn korng sempena Syawal ni, tapi aku harap korng sumer enjoy la eyh. Mari kita jdkan setiap hari yg kita lalui ni indah walaupon ada kalanya mmg pahit utk ditelan.

Ini lah realitinya hidup..

Ini lah juga kisah aku di aidilfitri kali ni.

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates