
Tak dinafikan yg sekarang ni kita semua masih lagi berada dalam mood hari raya kan? Hari ni (4 Oct 08) 4 Syawal 1429H menandakan sudah 4 hari kita menyambut hari raya Aidilfitri.
Best ke aidifitri korang tahun ni?? Rata-rata bloggers dlm blog list aku ni pon sumer dok menyatakan tema perkara yg sama...'Hari Raya Aidilfitri', and aku pon tak nak la ketinggalan sama.

Tapi pengalaman raya aku kali tak banyak! Bagi aku, aidilfitri yg aku lalui tahun ni agak membosankan jika nak dibandingkan dgn tahun2 yg lepas...naper eyh?? Entah laa..mungkin sbb aku sendiri yg jdkan aidilfitri aku tahun ni bosan, dan itu lah jdnya. Cuma apa yg membuatkan aku agak excited tahun ni adalah sbb nak pakai baju raya baru, sampin baru dan sandal baru... tu jer...hehehe..macam kanak2 ribena pulak kan...tahun ni warna yg jd pilihan aku PURPLE! ekeke...yg lelain, bg aku biasa je.

Seperti tahun2 biasa, pagi raya aku dah bersiap ngan baju yg dah awal lg aku iron, bersiap dgn sampin segala... and ready utk amik gambar sblm gi sembahyang raya. Harus la kan..baju baru kena la posing skit..


Selesai sembahyang, balik rumah dan beraya pulak dgn famili... tu je yg aku buat selain melayan tetamu yg dtg! Bosan kan? tu lah realitinya. Aku balik kg kali ni stlh 8 bulan aku tak balik, sangat la 'tanggang' kan? ahaks..


Raya kedua masih lg serupa. Hanya stay kat rumah and layan tetamu, saudara mara yg dtg ziarah. Mana kawan2 aku..? Tak der! tu yg aku sedih :( tahun ni aku beraya tanpa kawan2..mmg sedih. Ramai yg bertanya, "kawan2 hang tak mai ka..??".. jawapan standard aku pulak... "depa sumer kan dah kawen, mana la nak ada kat sini, takkan lak org nak gi umah diorg sengsorg lak!" Waktu ni satu je yg pk, aku mula rindukan kengkwan aku di Shah Alam dan yg lelain tu! Apa diorg buat, apa diorg mkn, mana diorg gi..sumer jd tanda tanya kat aku. Mesti diorg tgh hepi skarang. Tapi mmg tu pon yg aku harapkan, agar diorg sumer happy :)
Raya ke-3 baru la aku berganjak skit dari umah.
Satu family ke Penang, umah tok aku. Beraya di sana baru lah aku nampak sikit erti raya aku tahun ni. Penang mmg tempat yg aku tunggu2 nak pergi setiap tahun bila menjelangnya raya. Byk saudara-mara, cousins and adik-beradik yg sekepala di sana. Ni baru buat raya aku rasa cam sedikit happening..kalau tak..hurmm.. hampeh ajer rasa.
Tiba hari ke-4 ni, sumer org dah beransur balik.
Abg and kakak aku dah mula pulang ke rumah masing2. Rumah makin kosong. Lepas ni, lg setahun la aku jumpa abg long aku ni sbb dia dah nak ke Lubnan utk misi PBB. Hope everything ok kat sana.
Melihat kpd mak aku yg dah mula berlinangan tgk abg nak bertolak balik buat hati aku jd tersentuh lak..yer la..Lubnan tu beb...ish..entah la.. Lagipon kami adik beradik sumer jarang dpt berkumpul sekali, raya kall ni pon tanpa adik aku sbb dia kat Kuching, tak dpt cuti. Apa pon,
aku doakan abg aku selamat pergi dan selamat kembali... amin...
Hari Isnin (6 Oct 08) aku mula balik ke Shah Alam. Tak sabar pulak nak beraya dgn kengkawan, sahabat handai dan family yg berada di sana.. hurmm, bila pulak agaknya aku dpt peluang utk pulang semula ke kg ni. Hope tak la smpai 8 bulan lg..hehehe.. Sekembalinya aku ke Shah Alam nnt, byk perkara yg sudah berada dlm perancangan perlu diselesaikan. haiihhh la badan...
Untuk semua, walaupon tak byk kisah menarik yg dpt aku share dgn korng sempena Syawal ni, tapi aku harap korng sumer enjoy la eyh. Mari kita jdkan setiap hari yg kita lalui ni indah walaupon ada kalanya mmg pahit utk ditelan.
Ini lah realitinya hidup..
Ini lah juga kisah aku di aidilfitri kali ni.