Sunday, September 28, 2008

Checklist Balik Raya!

Hari ni 29 Sept 2008. Aku masih lg kat ofis! Kejer macam biasa...adoyaiii...member² rasanya sumer dah balik kg, EXCITED nak sambut raya. Insya-Allah, malam ni giliran aku pulak. YahHhoOOo.. almost 8 bulan aku tak balik umah, akhirnya dpt gak pulang beraya di kampung halaman sendiri (kg ke masalah nyer umah aku tu...hehe) utk meraikan aidilfitri bersama keluarga.

Plan asal aku may be nak bertolak selepas tarawikh malam karang..pick up cousin aku, then mula la bertolak ke utara nun... Seminggu jugak la aku bercuti nnt.. dan seminggu jugak la aku bakal meninggalkan life aku di bumi Shah Alam ni..perghhh...ayat!!! hehehe..

Oooppss!! ada lagi ke yg tertinggal?? Kejap! Kejap! aku nak buat checklist persiapan aku sebelum balik kampung nnt utk pastikan sumernyer clean and clear...ermm...

  1. Kad raya utk kengkawan dan sahabat terapat = DONE! (saper yg tak dpt tu sorry..jumlah terhad jer!! hehe)
  2. Belanjawan balik raya = DONE! (haih..asal raya je pokai!)
  3. Kereta = DONE! (servis..check aircond..cuci...polish...wax...vacuum...!!)
  4. Packing = DONE! (baju..seluar..songkok...kasut..!!)
  5. Duit raya = DONE! (kat anak² buah...kat cousin² and sumer dak yg kecik² jerr..)
  6. Saving = DONE! (utk emergency beb!)
  7. Bermaafan = NOT YET DONE!

Pada yg sempat aku jumpa, bersalaman dan bermaafan tu lega la skit sbb sekurangnya terlaksana lah sudah sesi bermaafan ngan korang. Pada yg belum berkesempatan aku nak kol, sms, mms, kasi kad raya and everything..kat sini aku nak amik kesempatan utk memohon jutaan kemaafan korang pada sumer yg mengenali aku. Tak kira la yg kenal aku dgn nama Mohd Mazlly atau pon Adam Arjuna... Ampunkan sumer salah silap aku kat korang, halalkan makan minum aku..halalkan mana yg dah terguna atau terambil tu...kalu ada hutang tu, Insya-Allah balik raya nnt aku cuba selesaikan... apa yg pasti aku harap kemaafan korng je ok..plzz..

Dari aku utk korang sumer..

"Jika ada kesilapan semalam belum terampun, ampunkanlah..

Jika kesilapan hari ini menyakitkan, harap lupakanlah..

Jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat.."

Ok lah..rasanya sumer dah settle.. apa pon aku harap kengkawan and sahabat² sumer doakan aku selamat pergi dan kembali yerk! Tak sure kat kg nnt aku dpt onlie or tak sbb aku sendiri dah rancang macam² agenda kat umah nnt.. hehe..bukan selalu pon raya ni kan..?? ekekeke..

Apa yg pasti, lepas balik sini banyak benda yg aku nak kena focus especially menjelang tarikh 25 Okt 2008 nnt... tungguuu..!!!

Sebelum berakhir, aku amik kesempatan di sini utk ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri utk sumer yg mengenali aku. Doa aku agar korang sumer berbahagia selalu tak kira lah sama ada korang sambut hari raya ni atau tidak..aku tetap doakan sumer happy selalu...dan berbahagia bersama insan² yg korang sayang..." Jangan lupa aku yerk!!

Salam aidilfitri ikhlas dari aku utk semua....:)

Berakhirnya Ramadhan

Huh...lama rasanya aku tak update blog ni kan? Banyak masa aku di bulan mulia ni aku luangkan dgn kengkawan dan sahabat handai...gi solat sunat terawikh...menghadiri jemputan berbuka puasa dan macam2 lagi...

Walaupon agak sedih sbb puasa tahun ni aku belum berkesempatan berbuka dan bersahur bersama keluarga, tp aku syukur sgt sbb masih ada sahabat2 yg sudi luangkan masa mereka bersama aku...Thanks a lot.. U r my family here guys and i'm gonna appreciate every moments that we have spend together! that's my promise!


'berbuka di Matrade'

Rasanya Ramadhan kali ni adalah yg ter'best' yang pernah aku lalui. Walopon tanpa keluarga terdekat di sisi, rakan taulan menjadi pengubat duka lara aku di sini. Ni la kan bayaran menjadi seorang perantau di tempat asing. Apa pon, segalanya di sini indah bagi aku.


'one of my favourite place to lepak..Pakli Kopitiam'

Cerita pula pasal buka puasa dan sahur, susah aku nak gambarkan betapa meriahnya jika dapat bersama org tersayang kan. Tahun ni pon byk tempat makan yg jarang dan tak pernah aku kunjungi dah aku rasai. Thank you guys. Di rumah pon tak kurang hebatnya! dah macam kenduri bila tiba waktu berbuka. Yang masak lain...yang beli lain pulak...ni la hakikat hidup org bujang kan..? Tak juga ketinggalan biler berbuka sengsorg di ofis..sedey je rasa....hehe..

'berbuka @ Rasa Sayang Restaurant, K.L'

'berbuka di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam'

Apa pon kat sini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih aku yg tak terhingga buat semua. Kerana kamu semua buat hidup aku lebih indah hari demi hari..Biarpon berakhirnya Ramadhan, tak bermakna berakhirnya juga saat2 indah kita semua di bulan mulia ni kan? bak kata seorang sahabat yang sangat aku sayang dan hargai, "yang mana manis tu kita jadikan kenangan terindah, yang mana tersalah atau tersilap tu, sama2 kita tegur-menegur agar segalanya kekal seperti biasa.."


'berbuka with my dearest family @ Sundanese Restaurant, KLCC'

Salam Aidilfitri dari aku untuk semua.
:)

Sunday, September 14, 2008

Annual General Meeting Ke-2 DFC

Sedar tak sedar dah lebih setahun aku join fanclub artis yg mulanya just nak cuba2 jer.. Tapi sumer berubah bila aku dah mula agak serius ngan fanclub ni ditambah lak ngan mereka2 yg sgt rapat n sporting sgt ngan aku wpon aku ni byk pe'el..apa lg kalau bukan,
DFC - Dafi Fan Club.

Rasanya tak perlu la aku nak ulang macam mana aku bley terjebak ngan DFC ni kan, kalau nak tau gak, bukak entry2 lama aku kat blog ni..just try searh topik 'Aku dan DFC'.. enjoy reading k.

Semalam, 13 Sept 2008, bertempat di Restauran Rasa Sayang, KL..jam 5.00 ptg..buat kali keduanya DFC dah anjurkan AGM - Anual General Meeting yang rasanya amat penting bg membincangkan segala berkaitan fanclub ni sepanjang setahun yg lalu dan perancangan bg memantapkan lg fanclub ni utk masa akan datang seterusnya membubarkan jawatankuasa DFC 2007/2008 dan melantik jawatankuasa baru 2008/2009.

Basically (bak kata azim), perjalanan pgrm utk AGM yg di aturkan ni berjalan agak lancar mengikut segala yg telah dirancang oleh jawatankuasa yg bertugas. Well done guys! You guys did a good job..seriously...proud of you.

Uniknya AGM kali ni adalah disebabkan ianya diadakan pada bulan Ramadhan dan sekaligus diadakan majlis berbuka puasa bersama dafinites dan dafi sendiri. Memang happening gilerrsss beb.

Ok la..ckp byk pon tak guna kan... ni la jawatankuasa terbaru DFC sesi 2008/2009:

Presiden - VID Amy

Bendahari - Rins
Setiausaha 1 - VID Adam Arjuna

Setiausaha 2 - VID Megat

Naib Presiden 1 - VID Lyn

Naib Presiden 2 - VID Lilo

Bahagian Perancangan & Jualan - VID Azim, VID Fendy, AID Chapeq
Bahagian Tugas-Tugas Khas - VID Joey, VID Afreeda, VID Syazwan, AID Ros, AID Nani
Bahagian DGM [keahlian] - VID Nad, AID Syuk. VIDN - Fin, Yaty & Ain
Bahagian New Media & Dafinites Svs - VID Fara, VID Safia, AID Rajan [Dafinites Services]

DFC sesi 2008/2009

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Wahh..!! Cheq maluuu...cam mana lak leh ter'join' balik jd VID nih..? ohh tidaaak...!!!
Dah la dulu aku beriya me'resign'kan diri, tup2 i'm back! Tapi nak buat camne kan, decision dah dibuat. Tu keputusannya. Tapi sumer ni pon disebabkan oleh few names yg buat aku nak join balik as VID ni. Tak perlu la nak mention siapa mereka..u know who u are..i'm happy to join back bcoz of u guys...Thanks!


Apa-apa pon, TAHNIAH buat semua and yg penting, kita sumer ikhlas dalan bekerja kan...
Actually, AGM ke-2 ni berakhir lebih kurang kul 6.45 ptg dan seterusnya bersiap pulak utk berbuka puasa bersama.

Buka Puasa @ Matrade

First time aku jejakkan kaki ke Matrade ni! Nampak gah kan? Sebelum ni aku kekadang je lalu depan Matrade and tak pernah pon berniat nak masuk dlm bangunan mercu tanda terbaru Malaysia ni.

Received invitation dari Kak Lyn sehari sblm tarikh berbuka puasa pada 11 September 2008 kat Matrade ni, aku dah cam "Damn!! tak dpt join! sebab kena keja late duty!" Apply balik kat Kak Lyn ckp.."sorry, i cant make it!" Sedeeeeyyy... tapi dlm masa yg sama aku mmg teruja gak nak ikottttttttttt...

Aku try la cari peluang utk gi gak..tanya office mate utk tukar duty, but unfortunately...tak dpt gak..Apply lg kat Kak Lyn.."Bad news...mmg tak dpt join..!" tapi diri masih teruuuuuuuujjjaa nak ikottttttttttt...

Atlast...try tanya lg office mate yg len utk tukar duty...Luckily, i made it but with lot of trouble after that...aahh..biar je...janji aku gi.. ehehe...

So..here i am..finally dpt gak join buka puasa reramai ngan my lovely buddies...

Food presentation! Lawa kan..? konsep tradisional yg begitu happening!

Some part of interiors yg dihiasi di seluruh kawasan ballroom. Konsep tradisional..Makanan pon mostly ala2 kampung.. "Kak Amy, dah amik balik ke kain batik akak tu...??"

Persembahan selingan sepanjang waktu berbuka puasa... Menariks!

The guys...

My buddies!

Thanks Kak Lyn for invited me, actually us to dinner here...Awesome dude!

Friday, September 12, 2008

Huurrrrmmm..

Tetiba aku cam terasa nak mengeluh panjang je..
Ntah la naper..!
Anybody can help me?

I just thinking that LIFE isn't good enough to me lately..Dunno why...but this is what i feel! Sumtimes aku rasa tersangat la enjoy ngan apa yg aku buat dan dgn apa yg aku dah ada... tapi.. ada masa cam so terrible and what da h**l is going on dude?? terus jd malas...terus jd sengal nak pk sumer benda..

Mungkin sbb byk sgt yg aku fikir sampai rasa terbeban dek kepala otak aku yg tak berapa nak center ni ngan macam2 benda. Dari yg personal sampai lah ke orang sekeliling. Aku tak salahkan org lain ngan LIFE aku yg agak SUCK ni, it's all about me! Yes...! Its about me. Dont take it as serious coz i know that i did wrong to u guys...

Sorry for what i have done buddies!

Susah bila nak sampaikan sumer yg terpendam dlm hati dgn cara lisan sbb tak sumer org dpt memahami dan menyelami perasaan kita kan..? HIDUP INI INDAH sebenarnya... tapi jika direnungkan, HIDUP INI JUGA KOMPLEKS. Kadang kita nampak org yg diam membisu seribu bahasa, kita andaikan mereka penuh dgn masalah sedangkan realitinya hidup mereka sangat bahagia & gembira..dan kita sering andaikan pula org yg happening, enjoy dan ceria, seperti bebas dari kisah duka namun, hakikatnya sedang merana, kecewa dan menderita dgn masalah yg membelenggu minda..

Huurrrmmmm...

Mudah je..cubalah fahami isi hati mereka..kerana mereka juga mungkin seperti kita...inginkan hidup yg bahagia dari kisah duka..

[antara bait2 lirik lagu Akon - Sorry, Blame It On Me]

As life goes on I’m starting to learn more and more about responsibility
I realize everything I do is affecting the people around me
So I want to take this time out to apologize for things I have done
And things that have not occurred yet
And the things they don’t want to take responsibility for

I’m sorry for the times I left you home

I was on the road and you were alone
I’m sorry for the times that I had to go
I’m sorry for the fact that I did not know
That you were sitting home just wishing we
Could go back to when it was just you and me
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times I disrespect

I’m sorry for the wrong things that I’ve done

I’m sorry for the fact that I'm not aware
That you can’t sleep at night when I am not there
Because I am in the streets like everyday
Sorry for the things that I did not say
Like how you are the best thing in my world

I understand that there are some problems

And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can't apologize for being wrong
Then it’s just a shame on me
I’ll be the reason for your pain and you can put the blame on me

* * *

aku SAYANG KORANG sumer...

Wednesday, September 10, 2008

'Sayang'

"Sayang sayang, sayang sayang sayang..? Sayang sayang sayang!
Sayang sayang sayang..?"

Ada Apa Dengan SAYANG???

Simple! Tu je ada di sebalik word 'Sayang' ni kan? Mudah utk diingat dan disebut. Tapi..kalau difikirkan dgn lebih mendalam, erti sayang cukup besar maknanya.

Adakah ungkapan 'sayang' ini terhad utk digunakan?

Adakah 'sayang' hanya boleh digunakan utk sebuah pasangan kekasih saja?

Adakah 'sayang' hanya layak digunakan utk seorang lelaki & seorang perempuan yang sedang hangat bercinta je?

Adakah 'sayang' hanya sah digunakan apabila sedang dilambung asmara?

Adakah....adakah...adakah....???

Pelbagai persoalan mampu dihuraikan hanya melalui ungkapan 'sayang'. Maksud sayang terlalu universal untuk dibincangkan, tapi satu yang pasti..SAYANG tidak ada limit utk digunakan. Tidak ada golongan tertentu yg layak menggunakan perkataan 'sayang', kerana ia boleh digunakan oleh sesiapa saja. Tak kira lah antara ibu dan ayah, abg dan kakak, adik dan abg, lelaki dan perempuan, perempuan dan perempuan, tua dan muda, kaya atau miskin atau sesiapa saja...

Namun, ungkapan 'sayang' mampu mencetuskan kontrovesi jika sayang yg dilafaz disalah-ertikan. Pelbagai isu & spekulasi boleh dicetuskan hanya melalui pengucapan 'sayang'. Maksud ini mungkin berbeza bg sesiapa saja yg lebih berfikiran terbuka dan telus utk menerima apa saja, tapi ia boleh menjadi sesuatu yg negatif jika maksudnya disalah tafsirkan.

Sayang kita kepada si Pencipta adalah sesuatu yg terulung yg harus ada pada diri setiap manusia. Sayang kepada ibu bapa/keluarga adalah sesuatu yg dituntut utk menjamin keharmonian di dalam sesebuah keluarga, Sayang kepada sang pencinta demi mengukuhkan kesetiaan dan melahirkan rasa kasih kepadanya, manakala Sayang di dalam sebuah persahabatan adalah sesuatu yg amat mulia yg tidak akan dapat dibeli di mana-mana.

Kenapa perlu takut melahirkan dan mengucapkan ungkapan 'sayang' jika kita tahu niatnya dan di mana patut kita letakkan nilai keikhlasan ungkapan 'sayang' itu..

Renung-renungkan..Fikir-fikirkan...

Tuesday, September 09, 2008

Fikirkanlah..

Dah lama rasanya aku tak mem'blogging'kan diri dgn topik² yg lebih kepada sifat 'humanities'..(mana lah aku blaja guna ayat² cenggini...hehehe..). Asik² menceritakan tentang aktiviti² ujung minggu aku yg mcm² tu je kan. Sesekali perlu gak rasanya aku ubah topik yg lebih memerlukan otak kita berjalan, berfikir dan menetapkan apa yg perlu atau apa yg tidak dlm hidup kita, betul tak..? Saper rasa betul angkat tangan...!

Sedar atau tak, sejujurnya adakah kita menghargai apa yg wujud di sekeliling kita? Tak kisah la sesuatu yg patut kita hargai itu bersifat 'benda' atau 'org di sekeliling' kita. Mungkin dlm konteks famili, kita lebih menghargai keluarga kita kerana mereka merupakan antara insan² terdekat yg menyayangi kita. Tapi, bila bercerita soal kawan, rakan, teman atau sahabat, bagaimana pula situasinya??

Tak dinafikan yg hidup kita lebih menyukai sesuatu yg baru, bernilai dan mahal serta yg mampu beri kepuasan kepada kita. Yang murah dan tidak menepati citarasa pandangan mata kita jarang kita ambil peduli. Jangan hipokrit!! Ini realiti..!!

Cubalah hidup untuk menghargai semua yg kita ada kerana kita takkan rugi apa² pon. Jika kita cuba utk menghargai apa yg berada di sekeliling kita, tak mustahil yg hidup dan diri kita juga akan mudah dihargai.

Lumrah hidup manusia, jarang utk menghargai apa yg benar² wujud di depan mata kita sehinggalah ianya hilang dari pandangan, lenyap dalam ingatan, dan baru lah waktu itu kita mula tercari-cari ke mana perginya. Belajarlah untuk menghargai sesuatu terutama yg berada di sekeliling kita kerana kita tak tahu bila masanya akan tiba...dan kita kehilangannya...

Renung-renungkan..Fikir-fikirkan...

Sunday, September 07, 2008

September Entry!

Wahai September!
Saja je nak bitau..pada bulan ni juga la aku mula menitipkan (wah! ayat....) sumer luahan rasa aku, idea, kata-kata serta semua yg ingin aku sampaikan di blog ni...kini sudah genap setahun blog aku ( http://www.adamarjuna.blogspot.com/ ) ni berfungsi. Terima kasih buat semua yg sudi singgah di laman aku yg simple ni.

Bulan September ni jugalah bulan yg betul2 menguji aku sebagai seorang pekerja. Masalah dalaman dalam bekerja membuatkan aku ni dah semacam meronta-ronta utk mencari sesuatu yg baru. Namun, sehingga ke hari ni, aku masih terus menanti dan terus menanti...haih...bila la masanya akan tiba utk aku berubah angin....?? hehehe..

Hurmmm..lupakan seketika duka..

September yg telah telah menjelma ni juga turut membawa Ramadhan bersama kita khususnya kepada umat Islam utk menunaikan kewajipan kita dalam berpuasa. Sehingga ke hari ni, lebih kurang 6 hari kita telah menjalani ibadah berpuasa. Rasanya belum terlambat utk aku mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Harap2 belum ada hari yg lopong yerkkk.. Jika ada puasa, tentu adanya pula tarawikh kan..?? yang ni pulak..ada yg dah ter'miss' ke..? ehehe... Alhamdulillah..puasa aku lancar tahun ni walopon condition badan aku kurang stabil skit lately. Tapi agak kecewa sbb aku tak sempat bersahur, berpuasa dan berbuka bersama keluarga di kg..kalau sempat pon may be sehari sebelum raya menjelma...hopefully la.. Dah lama tak rasa makanan air tangan mak aku.. dah lebih kurang 7 bulan tak kg ni...haihhh la badan... Tapi aku bersyukur sgt sbb masih ada kawan2 dan sahabat2 yg sudi meluangkan masa bersahur dan berbuka bersama aku..tak lupa gak pada yg sudi berterawikh bersama...Ramadhan kali ni cukup bermakna bila bersama korg sumer.. Thanks a lot buddies.. love u guys so much... Harap Ramadhan ni turut membawa sinar cahaya dan keberkatan utk kita bersama.

Insya-Allah..

Monday, September 01, 2008

Sunway Lagoon + Merdeka + B'day Fara (II)

Part 02

Masih menceritakan tentang hari2 aku dan kengkawan pada tarikh 30 Ogos 2008. Kali ni bahagian ke-2. Secara ringkasnya, aktiviti yg aku lakukan sejurus je keluar dari Sunway Lagoon Theme Park.

Actually, mmg tak dinafikan yg badan kitorg ni mmg letih giloosss..dah la tak makan dr pagi, tawaf lak satu laguna tu and main games dan berendam segala...ngantuk pon ada gak, ahahaha...mana tak nya, dah la kami agak2 tido lewat hari sblmnya sebab lepak minum, ekeke...gigih plak tu bangun awal sbb plan ke Sunway Lagoon ni. Pendekkan cerita, MEMANG BERBALOI...yg penting kami enjoy giler and fun sgt.

Kuar dr lagoon lebih kurang kul 5.30 ptg. Memandangkan perut masing2 blom terisi, so..cadangnya nak gi menjamu selera la pulak kat dalam Sunway Piramid. Apa yg pasti kami tak leh nak gerak jauh sbb ada plan yg dah dirancang awal menjelang malam nnt. Plan ape..?? dah tentu la surprise besday utk our lovely sis, Fara. Kalu nak tau kronologi cerita and plan tentang surprise ni, just view Syamelia's Blog ni. So, terpaksa la aku, Fendy & Azim berkampung smpat tgh mlm kat Piramid ni. dari kul 5.30 ptg hingga la kul 11.00 mlm kami dalam shopping mall ni. Dari bertiga sampai la berlima sbb Kak Lyn and Takumi pon datang join.

Syok juga berjalan window shopping ni kan. ahahaha.. tapi dalam masa yg sama, aku, Fendy & Azim juga amik kesempatan la cri hadiah utk b'day Sis kami yg cute ni. Susah cri hadiah ni sbnrnya. ahahah..sbb nak cri kelainan. Tak nak la kasi yg common je kan, tambah lak 3 org nye idea..bercanggah-canggah gak pendapat nak kasi apa kat dak Fara ni...hehehe..but atlast we've made a decision and kami puas hati. Just hoping that Fara suka ngan present kami tu.

Sblm terlupa, this year aku tak raikan sgt sambutan MERDEKA kali ni. Hanya ucapan dan balasan melalui phone and sms je yg aku buat selain melalui blog ni. Cukup bagi aku, aku happy ngan life aku sekarang dan bertambah happy kalau ada yg appeciate aku sbg kawan, teman atau sahabat. Tu paling penting utk aku.

Errmm..plan nak prank Fara berjalan lancar. Berkumpul di Petronas/Shell USJ4 dlm kul 11.30 mlm sblm menanti green light dari mak Fara. Agihkan tugas and segala apa yg patut and make sure everybody clear ttg surprise ni. Sumer ni kami lakukan masa berkumpul ni.

Utk pastikan Fara tak notice ttg plan ni, aku jd mastermind inform yg len supaya jgn sms or call Fara utk wish b'day dia. Hehehe...just nak biar dia tertanya-tanya apsal kitorg tak igt b'day dia...ehehe..Well Fara, Adam minta maaf k. Just wanna give surprise for u and it's really doesn't mean anything bad ok..ahaha..

Dapat je green light, kami pon bersedia. Nak masuk umah pon dah ala2 Abu Hassan Pencuri ok...ekeke..selinap masuk ke perkarangan umah tiba-tiba and.....SURPRISE..!!!

Tgk je la aksi Fara ni. Memang kami dah jangka reaksi dia bila dpt surprise cam ni, and it was a success for us. Ahahaha..

B'day girl are forced to open all the presents..Sorry..just to light up ur day sis.

Para pelakon....

My extra gift to my lovely sis.

The trio taken picture with our present to Fara included our extra gift. Wah!! Ada gift extra tu..

The Sister...

The Brother...

To Fara Adibah, yg lahir pada 31 Ogos, Adam wish u Happy Birthday and always be urself ok. May u gathered anything u want in life and and success in whatever u do. U know urself better than people do.

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates