Thursday, April 30, 2009

Blogging

Dah lama aku nak buat stori-mori pasal blog² segala ni, cuma tak de masa dan waktu yg seakan-akan mencemburui aku.(huekss! ayat mcm nak termun jer..) Saat mula kenal komputer tak salah aku waktu tu aku bru je form 4 tahun 1998.. (zaman lagu Puncak Kasih tgh meletups!! :P) Ketika tu aku hanya tau e-mail.. tu pon kwn yg buatkan. Sampai tiga pat emel la jugak aku create sbb dah addict sgt ngn dunia IT waktu tu kononnya. Then berlarutan hinggu ke dunia chatting, dan of kos yg paling femes ketika tu MiRC kan? jangan ckp korang tak tau.. :P Masa dulu mana nak ada YM or segala mak nenek tentang instant messenger ni.. so MiRC la medium nak berinteraksi ngan dunia luar.. nak cari awek.. nak surfing itu ini termasuk yg satu kaler..(bukan aku! ish!) nak berkenalan..dan segala-galanya la.

Kini, zaman semakin maju. MiRC wujud lg ke? Ada org yg aku rasa tak tau pon kewujudan MiRC tu sbb sumer dah berubah.. Yahoo Messenger, Meebo, eBuddy, Windows Live Messenger, dan ntahapahapantah lg yg wujud.. terlampau byk sgt smpai kadang PC kita lak tak tertanggung dgn sumer tu. BLOG! Apa pulak tu...? yupz!! Sekarang dah beralih ke dunia BLOG. Juga antara medium utk kita gunakan bg berinteraksi dgn org.. cuma konsep nya pulak berbeza.

Aku rasa sekarang memang era BLOG! Semua org nak buat blog. Tak kira laki ke pompuan, blog tu dah jd mcm satu yg wajib pd yg betul minat menulis dan membaca. Instead of having diary as a medium to write anything we feel or we think, blog could be one of place that we can share even anything with anybody.


Mcm² cara org nak tulis blog. Ada yg suka citer pasal hal peribadi dan jadikan blog tu sbg diari hariannya sendiri, ada org yg hati baik luhur pulak suka share semua perkara2 baru yg dia tau, contohnya pasal dunia IT, aplikasi itu dan ini, bla..bla..bla.. ada org lak suka jdkan blog medium utk berdebat dgn topik² yg dikarang..ada pulak yg jdkan blog sbg medium utk bergelak tawa..blog humor la konsepnye, ada yg buat bisness thru blog, jual diri (opss!), laman utk berperang dgn org yg diorg tak puas ati, blog utk share masalah dan macam² la... mmg tak ter'list'lah kalu nak bercakap pasal jenis² blog nih.

Yg aku nampak kat sini, org kita ni sbnrnya memang suka menulis...dan suka membaca. Sebab tu semakin byk blog yg bercambah. Iye dak?

Kalu aku melawat sesebuah blog tu, bagi aku.. content, cara penulisan, kelainan dari segi cerita, segar bugar, layout yg chanteek dan kemas, font yg bersesuaian, dan cara unik seseorang tu nak sampaikan mesej adalah apa aku lihat utk aku kata 'YES! AKU SUKA BLOG NI'. Ada org suka main taruk je apa dia suka smpai blog dah jd lebih dari yg sepatutnya.. tak salah la, blog kan hak personal.. lantak la apa yg ko nak buat kan! Tak kurang gak ada yg suka baca jer blog² ni, tp tak berminat nak wujudkan blog sendiri..mungkin sbb kekangan masa dan kurang idea nak menulis (halamak ayat...) Dalam sesebuah arena, blog juga digunakan utk menyuarakan pendapat, kebenaran dan utk membangkang sesuatu yg dirasakan betul or tidak. Ni selalunya blog2 berunsur politak la.


Bukan susah nak buat blog.. just register je kat memana aplikasi blog yg korang minat, then here they are..blog pon siap! Blogspot, wordpress, myspace and frienster tu antara medium yg kita leh guna utk buat blog. Banyak lagi sebenarnya. Cuma terpulang pada individu yg mana diorg rasa sesuai, sebab setiap satunya ada daya tarikan dan kekurang tersendiri dlm nak menyerlahkan blog korng.


Apa pon pilihan korang, aku tau yg kita buat blog sbb kita ada matlamat tersendiri.. bukan sebab nak menang award, nak jd femes blogger or nak raih simpati dan perhatian org dgn citer² yg kita publishkan... tak tau la pada org lain kan.. niat org berbeza.


Dunia blogging gak dah byk bg aku pendedahan tentang mcm² isu yg sblm ni aku sendiri pon tak berapa tau. Contohnya pada aku , aku buat blog utk suka², utk berdebat, utk buat org berfikir pasal perkara² yg mungkin terlintas kat otak kita tp tak pulak kita nak suarakan.. sbb bg aku, kadang tak semua apa yg kita nak cakap, boleh kita cakapkan.. dan tak semua yg kita cakapkan org akan paham..kan.. so, blog la medium yg aku guna utk buat semua tu. Melalui blog jugak kita bley dpt ramai kenalan. Tu mmg dah terbukti pon sbnrnya, betul kan..? secara tak langsung kita punya kwn yg wujud secara maya walaupon mungkin amik masa utk kita kenal dia. Tapi sekurangnya dia pembaca kepada blog kita..kan...kan..kan..


P/S: Suka tgk rancang BLOG yg ditayangkan kat RTM.. byk perkara yg diutara-timur-barat-selatan-kan dlm pgrm tu.. Ada pendedahan jugak lak pasal dunia blogging nih.

Ada org yg struggle sgt nak update blog smpai tak cukup masa nak buat benda lain..gigih!.. lambat up-date blog.. isu akan basi katanya... ahahaha..

Wednesday, April 29, 2009

Sell Out! - It's hilarious


Sell Out! Tu la judul movie terbaru yg dah aku saksikan. Honestly, before this i got zero idea about this film. Try google pon tak jumpa sgt info pasal film ni. Being invited by Mr. Ajami masa prebiu teater Mahsuri minggu lepas utk menyaksikan tayangan pra-tonton Sell Out ni buat aku terus setuju tanpa amik tau pon citer pasal aper.

Tapi lepas menontonnya, i wanted to give 4 stars out 5 utk Sell Out ni. Yupz! seriously citer mmg best bagi aku.

Sell Out merupakan filem bergenre komedi yg bagi aku sgt lain dari yg lain. Elemen humor + sarcastic yg melampau dlm filem buat boleh buatkan korang tak kering gusi dgn karektor slumber setiap watak yg ditonjolkan. Filem yg telah memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa seperti Young Cinema Award for Alternative Vision in Venice Film Festival, NETPAC Award in Taipei Golden Horse Film Festival and also Best Film of the Venice Critics Weeks 2008 merupakan filem hasil tempatan sepenuhnya. Tahniah kepada Yeo Joon Han yg merupakan pengarah kepada movie ni.


Nilai estetika masyarakat tempatan especially utk mencapai sesuatu yg sgt diharapkan dlm memastikan diri berjaya dlm bidang yg diceburi ditonjolkan jelas melalui Sell Out. Sama ada anda perlu merancang perjalanan career anda utk berjaya, bersaing tanpa mempedulikan org lain atau terpaksa mengikut telunjuk dan perintah orang lain utk pastikan anda berjaya adalah antara mesej yg aku dpt selepas menonton filem ini.

Konsep perjalanan cerita serta naratif filem yg berbeza dari filem² tempatan yg pernah wujud sblm ni menjadikan Sell Out tidak bosan ditonton. Ia bukan filem muzikal, tp penonton akan dihiburkan dgn selingan babak² muzikal menggambarkan perjalanan cerita pada waktu itu. Ala² mcm teater laa..(huh!! padahal baru je skali tgk teater.. :P) Paling tak sangka bila dimuatkan pulak babak karaoke yg boleh buatkan penonton menyanyi sendiri dalam pada cuma menyampaikan cerita di sebalik babak tersebut. Memang lain!

Filem yg berdurasi selama 110 minit ini merupakan filem berbahasa Manglish, dan terdapat juga bahasa Mandarin, Cantonese dan English. Jadi tak sukar utk penonton memahami jalan cerita tersebut tambahan pulak slang yg digunakan adalah slang masyarakat di Malaysia. Jarang kita dpt lihat filem² yg mengetahkan budaya sarcastic di dalam sesebuah penceritaan melalui filem, tp Sell Out adalah satu di antaranya. Terhibur dgn dialog² slumber yg boleh mengundang gelak tawa penonton sehingga kadang boleh jdkan kita terfikir apakah motif di sebalik babak ini dan itu. Padahal dlm kehidupan seharian kita mmg begitu. Itu apa yg aku nampak melalui Sell Out. Bukan elemen komedi kosong yg cuba dilayarkan, tapi isu terkini di Malaysia seperti isu tentang rancangan realiti, sms utk mengaut keuntungaan serta suka mencari publisiti murahan dalam menaikkan nama dan diri sendiri antara penguat cerita ini. Kita juga boleh saksikan betapa bahasa memainkan peranan yg penting di dalam sesebuah masyarakat dan bagaimana kita menerima seseorang yg datang dari pelbagai budaya. Aku memang enjoy!

Permulaan cerita dah buatkan aku terfikir mungkin Sell Out merupakan antara versi ciri² filem arahan Yasmin Ahmad, cuma bahasa dan situasi saja yg berbeza. Dari segi konsep, sinematografi, suntingan, pengcahayaan serta dialog tak jauh bezanya dari karya² Yasmin. Akan tetapi, tentu saja Sell Out punya daya tarikan tersendiri kan.


Secara ringkasnya, Sell Out! mengisahkan hidup 2 org insan berbeza iaitu Rafflesia Pong, seorang pengacara rancangan hiburan yg specific tentang karya² seni serta Eric Tan, yg merupakan seorang product designer yg mencipta product baru² bg company nya. Kaitannya, mereka berdua bekerja di bawah satu pengurusan yg sama iaitu syarikat yg dikenali sbg FONY dan mempunyai 2 orang boss (CEO) yg mempunyai karektor pelik yg sukar menerima pandangan pekerja² nya. Hidup Rafflesia jd kucar kacir apabila rating rancangan kelolaannya merundum jatuh disebabkan kemunculan rancangan realiti yg diacarakan seorng personaliti cantik yg telah memenangi sebuah pgrm realiti. Namun ia berubah tiba² apabila rating rancangan Rafflesia naik mendadak disebabkan episod Rafflesia menerumah ramah tunangnya yg menghidap penyakit jantung tiba² meninggal selepas habis ditemuramah. Dari situ Rafflesia mendapat formula utk menaikkan kembali rating rancangannya. Manakala Eric Tan pulak dilanda masalah apabila ciptaannya iaitu mesin pembuat soya direject oleh bossnya yg menyatakan dia melanggar polisi syarikat yg tidak mahukan produk² original di dalam company mereka. Maknanya, nak kena ciplak produk taiwan supaya produk tu cepat rosak, dan org boleh beli yg baru..dlm masa yg sama syarikat dpt untung. Bengong dan pelik kan? Hahahaa.. Dalam usaha mengikut kehendak boss nya sewel tu, Eric turut tertekan dlm mencari apa yg dia nak, sama ada perlu ikut kehendak boss, atau ikut kata hati atau dirinya yg mahukan dia berjaya. Satu insiden buatkan Rafflesia dan Eric bergabung... seterusnya...ooppss!!.. haha.. kena la tonton citer ni ye nnt.. :P

Seriously bagi aku citer amat menarik dan sesuai sgt ditonton oleh sumer org. Lawak slumber, sarcastic, watak yg bersahaja dgn citer yg ringan tanpa perlu korang nak fikir yg berat² sambil kerut² dahi semasa menonton citer ni. Cuma mungkin ada babak yg meleret, sunyi buatkan ada sedikit terasa bosan. Tp tu bukan faktor utama utk menolak korang dr mahu menonton citer ni apabila ia ditayangkan di pawagam pd May nnt. Tengok jangan tak tengok yer...yg pasti, Sell Out!, it's a hilarious movie...

Selamat Menonton :)


P/S: Pesanan pengarah semasa memberi ucapan sblm menonton citer nih, "please think below of you expectation." cool dowh! More info : http://www.amokfilms.com/index.htm

Tuesday, April 28, 2009

Skeptikal kah kita?

Bila bercakap soal skeptical, apa yg kita paham sebenarnya? Dari hasil carian aku: The true meaning of the word skepticism has nothing to do with doubt, disbelief, or negativity. Skepticism is the process of applying reason and critical thinking to determine validity. It's the process of finding a supported conclusion, not the justification of a preconceived conclusion. Apa yg aku paham pulak ialah, meletakkan seuatu pandangan rendah pada sesuatu yg kita tak pasti kebenarannya. Hurmm.. lebih kurang kan? Orang kita terlalu byk yg sangatt skeptikal kan??


Selalunya kalu berborak ngan mbr aku kat chatroom, tak byk la yg kiorg bual kosong. Selain gossip **wink, byk gak topic yg aku suka debatkan.. Tak caya? Ok.. ni antaranya.. Text kat bwh adalah hasil chatting aku ngan mbr2 aku bebaru nih. Tp aku dah edit, dah olah jdkan ianya sebuah karangan.. mudah skit korang nak baca. Next.. enjoy reading k.. and don’t feel hard to drop comment about it.
Permulaan story pasal kewangan…

Orang mungkin nampak diri kita mewah dgn hanya cara kita berpakaian.. berhibur sana sini, makan itu ini ikut suka gigi je kan.. Skali tgk mcm kaya je mamat nih.. dari situ mula dibandingkan dgn org lain. Sebenarnya kedudukan kita sama je. Kita bekerja utk cari duit.. Duti utk kegunaan diri sendiri, utk kesenangan diri kita gak, masa depan dan keluarga.. bukan utk kesenangan org len kan. Setiap org ada cara sendiri nak berhibur. Tapi takkan la sampai ikat perut hanya utk spend sejumlah amount yg buat kita nak enjoy je kan. Tp buat pe pulak nak tahan nafsu yg terlalu sangat walhal ada duit..nak ini tak bley.. nak tu pon tak bley.. sumernya nak kawal. Salah ke kalau kita beli apa kita nak kalu itu menjamin kepuasan kita kan. Dalam pada tu, kena la tgk sama kemampuan diri ni. Jgn belasah jerr.
Tak semesti bila melihat seseorg tu kerap bertukar pakaian kita anggap dia mewah. Mungkin ada yg terlekap di badannya tu kurang dari RM 50 pon.. mungkin lebih rendah dari tu kan. Jgn sbb tu kita anggap dia mewah berbelanja. Bg aku, bukan susah kita nak kelihatan mewah. Hanya padankan apa yg patut, tentu org akan impress!. Kalau pandai gayakan, pandai jaga ketrampilan diri, imej sentiasa clean.. bersih, barang bundle pon boleh nampak mahal kan.. Kalu dlm 4 bulan skali, bru beli seluar jeans beharga RM 150 sehelai, lepas satu tahun.. bru beli kasut jenama Primavera dgn harga RM 200 sepasang.. adakah itu dianggap mewah. Sumtimes kita kena fikir rasional gak. Lain la kalu dah setiap hari kita keluar shopping.. dpt je duit gaji.. tak smpai seminggu dah abis.. tu patut la dilabel mewah + membazir.. tp kalu dah lima nam bulan simpan duit just utk dptkan brg yg sedikit mahal.. tak salah kan?? Kalu sebulan sekali pergi clubbing nak hiburkan diri lepas utk stress dgn kerja.. pon bley dikatakan agak berbaloi..iye dak?

Apa pon setiap org ada persepsi sendiri dalam mencari kepuasan diri. Asal kita enjoy dgn life dan tak memudaratkan diri sudah la kan.. tapi jangan sampai terlebih pulak...

Story kewangan berlarutan ke isu clubbing…


Kalau ada antara kita yg pergi clubbing ke kelab gay, adakah kita akan dilabel sbg gay jugak?? Tu satu lg pandangan skeptikal masyarakat kita skang ni. Pakai baju kaler pink dikatakan gay, lelaki kahwin lambat dikatakan gay, lelaki berkawan rapat dgn lelaki dikatakan gay, lelaki byk kwn perempuan dikatakan pulak playboy.. so kesian jd lelaki ni kan.. serba tak kena!

TIDAK!! (kata kwn aku!!) So, why bother kan? Club is just a club kan? It just one of entertainment around. Ada orang suka main pool, pergi karaoke, pergi tgk wayang..dan ada juga yg suka clubbing. Kepuasan terletak pada individu tu sendiri kan? Kalu sesebuah kelab tu byk port dari org² golongan gay utk melepak, takkan orang straight tak leh melepak kat situ jugak kan? Dulu aku agak conservative bila bercakap soal ni. But now I’m old enough to be an adult kan.. Makin byk aku membaca, makin jelas aku melihat dgn keadaan sekeliling, now I’m realized pasal benda² ni sumer. Actually pemikiran masyarakat yg suka meletakkan sesuatu label tu yg menghukum seseorg tu sbg itu dan ini. It’s Not Fair!! Sebab kita tak bg peluang utk org lain menidakkan apa yg tidak. Sumtimes, we have to broaden up our thinking.. then we know what we have around.

Gay or not, itu cara hidup yg dah dipilih kan? And I’m sure that they already know the consequences about it. The matter is, gay pon org jugak! Memang ada yg jahat, tp tak semua gay tu jahat! Gay, Bi or even Straight is still human being. Kalau seseorg tu gay, tu dah memang naluri dia.. sama la mcm kita yg straight sbb tu adalah naluri kita. Takkan sbg manusia kita nak pulau hanya kerana mereka gay? Macam mana kalu putaran dunia berubah, glgn gay adalah majority dan straight adalah minor? Tentu kita jugak akan dpt tempias yg sama kan? Bukan maksud aku nak menghalalkan yg haram, tp mungkin perhatian kita boleh buat diorg berubah. We never know!!

Takkan hanya kerana kita punya kawan yg beza dari resam dan naluri hidup kita, kita sanggup putuskan hubungan persahabatan tu sedangkan dia kwn baik kita. Seriously, aku bukan jenis org yg mcm tu! Kwn yg makan kwn, songlap duit kwn dgn suka hati, mencerita keburukkan kwnnya, serta talam dua muka lebih teruk dari mereka yg dtg dari golongan² mcm ni. Naluri dia tu antara dia dah Maha Esa. Sedang kita sbg kawan harus cuba memahaminya, bukan nak letakkan hukuman tak tentu hala.

Moralnya mudah jer.. cuba jauhkan pandangan skeptikal kita dlm melabel dan menilai org lain ikut suka rasa. Sifat skeptikal ni bukan je memusnahkan maruah dah jatidiri org, tp mempengaruhi kita utk turut menuduh tanpa usul periksa. Belajar lah terima dgn hati terbuka. Jgn nak menghukum org dgn apa yg kita lihat saja kan.. So.. renung-renungkan dan selamat beramal..

P/S: I’M TOTALLY NOT GAY! But.. I’m proud to have them as friends (if I have it!) Atleast kita tau dunia unik diorg ni… Sorry.. isu ni bukan nak sentu sensitiviti sesaper.. hanya pandangan jujur agar kita bley melihat dari sudut berbeza.. Insya-Allah!

Monday, April 27, 2009

BOHSIA : Jangan Pilih Jalan Hitam

Kali pertama aku tau pasal movie ni masa tgh dok jejalan buat blog walking kat blog2 lain kira2 tahun lepas kot. Tup2, bila Syafiq Yussof drop by kat page aku ni, buat blog walking gak, bru la aku maklum tentang filem ni yg waktu tu still dlm que utk dilayarkan di skrin perak. Melihat je kepada trailer Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam ni, buat aku cam excited je nak tgk... hurm.. best ke?

Pada aku, 3.5 bintang mampu diberikan utk filem yg telah menelan belanja lebih kurang RM 1.5 juta ini. Not bad!

Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam merupakan sebuah karya kedua hasil sentuhan pengarah ramaja Syamsul Yussof yg juga merupakan anak kepada pengarah jutawan, Datuk Yussof Haslam. Ia mengisahkan perjalanan hidup 2 org gadis, Tasha dan Amy yg terjebak dalam gejala tidak bermoral di kalangan masyarakat kita kini. Memilih haluan hidup yg merosakkan diri akibat tekanan dan sejarah hitam yg terpalit dlm diri masing² menjadikan Tasha dan Amy antara gadis2 yg bermasalah. 2 org gadis yg mempunyai 2 karektor berbeza dan masing2 berlawan antara satu sama lain bg mencapai kepuasan dalam hidup. Saling cemburu, saling berdendam dan saling tidak setuju menjadi mereka sentiasa tidak sehaluan walau pun kedua-duanya dianggap liar.

Perjalanan hitam hidup Amy bermula setelah dia dirogol oleh ayah kandungnya sendiri sewaktu zaman sekolahnya. Menyimpan dendam dan trauma di dalam diri terhadap kerakusan bapanya menjadi Amy bertindak liar dan hidup dgn caranya sendiri. Tasha pula yg mengalami masalah keluarga awalnya menjadikan dia tidak tentu arah. Hidup tanpa kasih sayang ibu bapa serta hilangnya nilai sifat kewanitaan dan jatidiri menajadikan Tasha seorg yg kasar, suka berpoya dan turut terlibat dalam kancah dadah. Namun kedua-duanya punya persamaan kerana jalan yg dipilih menjadikan mereka rosak apatah lg terlibat di kalangan mat² rempit yg giat berleluasa di sekitar bandaraya. Hidup Amy banyak dipengaruhi oleh Acai yg juga merupakan kekasihnya, manakala Tasha pula setia terhadap Mus yg juga seorang mat rempit.

Namun di sebalik kesetiaan Tasha pd Mus, dalam diam Mus cuba membina hiduop diluar dan turut jatuh cinta dgn seorang gadis cantik, berpendidikan dan sophisticated. Hidup Amy pula semakin rosak disebabkan sejarah silamnya sendiri. Dihantui oleh sikap bapa yg tidak bertanggungjawab, serta diancam oleh kekasih lama yg ingin menjual tubuhnya.

Konflik, permasalahan dalam diri, keruntuhan akhlah, nafsu serta kekangan dalam hidup menjadi Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam antara filem yg sarat dgn unsur² remaja kita pada masa kini.

Sesuai dgn judulnya, ternyata Syamsul berjaya membuat sesuatu yg bru dalam arena perfileman tempatan. Mengetengahkan isu sosial remaja dlm masyarakat di Malaysia terutama yg melibatkan anak² gadis tempatan. Isu yg sentiasa hangat diperkatakan tentang masalah keruntuhan akhlak remaja yg tiada penghujungnya ini menjadikan Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam sbg satu landasan utk membuka mata masyarakat, dan ibu bapa sendiri dalam menilai dan dalam masa yg sama mendidik minda kita tentang permasalah sebegini.

Tak banyak yg aku nak komen tentang filem ini kera rata² mutu lakonan agak berkesan bg aku terutama kepada dua watak utamanya iaitu Salina Saibi yg memegang watak Amy serta Tasha yg dilakonkan oleh Nabila Huda. Watak liar, agresif serta penuh dgn sifat hitam menjadikan jalan cerita ini tampak mudah dan berkesan. Selain itu, Syamsul sendiri yg membawakan watak sbg Mus, Saheizy Sam sbg Acai, Aaron Aziz serta Diana Danielle juga berjaya menghidupkan peranan masing² melalui filem ini. Tahniah!!

Namun, persoalan yg mungkin timbul di sini ialah.. berapa byk lagi filem² berkisarkan kehidupan mat rempit ingin diketengahkan..?? Namun begita ada jugak babak klishe di dalam filem ini yg sinonim sgt dgn filem² terbitan dan keluaran Skop Production sblm ini. Apa dia..? Anda saja yg mampu memberikan jawapan itu setelah menontonnya.

Ternyata garapan Syamsul terhadap filem keduanya selepas Evolusi KL Drift ini menjadi dan sudah tentu akan menarik anak² muda remaja utk turun ke panggung utk menyaksikan filem ini, apatah lagi dgn aksi² lumba motor, dan hidup remaja masa ini dipaparkan agak jelas menerusinya.


Jadi, apa kata cuba luangkan masa anda menonton Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam ini dan jadikan ia sebagai salah satu hiburan ringan anda. Mungkin ada mesej di sebaliknya yg mungkin boleh kita jadikan panduan dlm menentukan hala tuju hidup kita. Ingat! Jangan pilih jalan hitam!

P/S: Kesian tgk budak² remaja bwh 18 tahun kena halau dari panggung sbb citer diklasifikasikan utk 18 tahun ke atas sajer. Patutnya kawal msa diorg nak beli tiket la kan, bukan waktu diorg dah sedap duduk dalam panggung baru nak suh kuar. Tak ke tu mengganggu penonton lain.. haih....

Friday, April 24, 2009

Mahsuri: Lagenda atau Mitos?


Mahsuri, siapa yang tidak tahu tentang sejarah asal usul gadis ini? Sebut saja Pulau Langkawi, otak terus menangkap kisah di sebalik kehidupan gadis yg membawa kesan sejarah terutama di tanah melayu ketika itu. Namun, kebenaran serta kesahihannya masih lagi menjadi tanda tanya pada sesetengah pihak. Samada ia sebuah lagenda yg benar wujud yg selama ini telah mengukir satu kesan sejarah yg cukup mendalam, atau hanya mitos kepada cerita² dongeng yg dibawa mulut ke mulut hari demi hari.

Aku percaya pada fakta dan kebenaran. Aku percaya pada sejarah dan kesannya terhadap masyarakat kita. Dan disebabkan itu aku tak menolak utk mempercayai sejarah Mahsuri.

Semalam (23 Apr 2009, Khamis), aku dijemput oleh rakan² blogger utk menonton teater Mahsuri yg dipentaskan di Istana Budaya jam 8.30 mlm. Thanks to Ajami dan Ray yg memberi jemputan ini. Tayangan utk penggiat seni, media dan wartawan dan pengkritik katanya..(terfikir pulak aku, di mana kedudukan aku sebenarnya..?? :P)

SERUNGKAI SEJARAH

Bila bercerita tentang Mahsuri, selain kisah hidupnya yg penuh duka tu terlintas di fikiran kita, darah putih serta sumpahannya yg telah meninggalkan kesan sejarah di Langkawi adalah sesuatu yg sangat diingati. Tak kiralah di tahun mana anda lahir, namun kita semua pasti akan dimaklumkan dgn perkara² tersebut.

Mengikut Lagenda, Mahsuri merupakan seorang gadis jelita yg tiada tandingannya dan penuh dgn nilai kesopanan serta mempunyai budi pekerti yg sangat dikagumi oleh seluruh rakyat di Langkawi, namun tak kurang juga yang mencemburui kehidupannya itu. Anak kepada pasangan Pandak Maya dan Mak Andam ini telah dikahwinkan dgn seorang jejaka bernama Wan Darus yg juga merupakan anak kepada seorang wakil Sultan bernama Datuk Pekerma Jaya serta isterinya yg dikenali sbg Wan Mahura.


Kehidupan awal Mahsuri dikatakan ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Mahsuri yang sedang hamil ketika Wan Darus keluar berperang dgn tentera Siam utk mempertahankan Langkawi telah dikatakan curang dan bermukah dgn Deramang, seorang penyair kembara yang tinggal bersama Pandak Maya dan Mak Andam. Atas hasutan dan fitnah yg dibuat oleh Wan Mahura yg sememangnya iri hati dgn kemasyuran serta budi pekerti Mahsuri, Mahsuri telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya kerana menduakan suaminya serta pengajaran kepada seluruh rakyat Langkawi ketika itu. Namun Mahsuri memohon agar perintah bunuh itu dilakukan selepas beliau selamat melahirkan bayinya. Sejurus Wan Hakim (nama anak kepada Mahsuri dan Wan Darus) lahir, hukuman bunuh terhadap Mahsuri dilakukan di sebuah kawasan yg dikenali sbg Padang Matsirat dan dipertontonkan oleh suluruh rakyat Langkawi. Namun Mahsuri sempat menyatakan sumpahannya bahawa Langkawi akan dilanda musibah dan malapetaka menjadikan Langkawi seperti padang jarak padang tekukur selama 7 keturunannya kerana beliau tidak bersalah dan semua tuduhan adalah fitnah kepadanya. Keajaiban berlaku apabila darah yg mengalir dari tubuhnya selepas ditikam menggunakan keris pusaka keluarganya berwarna putih menandakan Mahsuri seorang yg teraniaya dan tidak bersalah.

Dari hari tersebut, Langkawi menjadi tidak aman dan diancam pelbagai bencana sehinggalah pada sebelum tahun 1980-an, ada yg mengatakan di Langkawi, kerbau lebih banyak berbanding manusia yg berada di sana.

ULASAN TEATER

Bintang?? Rasanya tak wajar aku nak menilai teater Mahsuri arahan ibu Fauziah Nawi ini dgn berapa bintang yg patut aku berikan, sebab.. ni adalah teater pertama yg aku tonton dan sudah tentu tiada perbandingan lain yg dpt aku nyatakan di sini. Namun secara amnya, rasanya aku masih berhak menilai , sekurang-kurangnya keberkesanan teater ini dipentaskan pada pandangan aku sendiri.

Mahsuri pernah ditayangkan di kaca televisyen lama dulu. Watak utama yg dipegang oleh Norlida 'Connie' Ahmad sbg Mahsuri. Masih ingatkah anda? Namun kali ini Mahsuri dibawa pula dalam versi teater.

Kenapa aku nak tonton cerita ini? Tentu saja aku nak lihat sejauh mana lagenda ini dipentaskan secara live. Aku tak mampu nak menyatakan adakah ia lebih hebat dari Puteri Gunung Ledang The Musical yg telah membawa fenomena baru kepada industri teater di Malaysia, kerana aku sendiri tak berkesempatan menontonnya. Namun aku tahu ia sesuatu yg sangat GAH! Adakah Mahsuri setanding PGLtM?

Walaupon tidak sekalipon berkesempatan menyaksikan PGL, namun aku yakin Mahsuri masih belum dapat menandingi kehebatan PGL ini selepas menontonnya semalam. Kenapa?

Banyak kelemahan yg dpt aku saksikan pada tayangannya semalam dan kelemahan itu amat ketara. Itu pendapat aku.

Lagenda Mahsuri diangkat dgn agak longgar. Kurang nilai dan elemen sejarah serta fakta penting yg dilayarkan. Bila bercerita tentang Mahsuri, tentu saja kita ingin melihat sejauh mana produksi mampu menghasilkan sesuatu yg lebih hebat seperti yg kita tahu pada kisah² yg pernah kita dgr sblm ni. Darah putih.. sumpahan.. personaliti... Namun ia tidak ditonjolkan dgn baik. Contohnya tiada langsung terpahat dipentas tentang Mahsuri yg mengeluarkan darah putih semasa beliau dihukum bunuh. Even nak menyatakannya pon tidak. Penonton yg hadir kerana merasakan itu adalah babak penting dalam hidup Mahsuri seakan tidak puas menonton dan tertanya-tanya adakah sejarah ini benar wujud?

Vaneeda Imran seorang yg berkarekteristik bg aku aku amat sesuai memegang watak Mahsuri ini. Namun sayang, kerana watak Mahsuri tidak dikembangkan dgn baik dan kelihatan seperti ditenggelamkan oleh watak² lain yg lebih menonjol seperti contoh watak antagonis Wan Mahura yg dilakonkan oleh Sabera Shaik. Tahniah buat Sabera yg memaparkan lakonan yg cukup baik walaupun ada ketikanya beliau tersalah dalam memperucapkan dialog. Namun jelas kelihatan yg watak Mahsuri seakan ditindas oleh watak Wan Mahura yg lebih lantang dan jelas. Sesuatu perlu diperkemaskinikan di sini kerana penonton inginkan cerita Mahsuri serta mungkin cerita² di sebalik riwayat hidupkan yg mungkin belum pernah kita dgr sblm ini.. tentu saja teater ini bukan teater Wan Mahura kan?

Peserta prelude progran realiti AF6, Azhar (Arja Lee) yg diberi kepercayaan memegang watak Wan Darus juga agak kurang menonjol. Ada babak yg dirasakan tidak penting telah diperlihatkan dgn jelas melalui teater ini dan itu seperti mengganggu sedikit perjalanan cerita Mahsuri semasa ia dipentaskan. Namun begitu, aku mengagumi lakonan Azizah Mahzan yg telah membawakan watak Wan Endah, seorang anak dara tua yg kepingin utk merasakan belaian kasih seorang lelaki dgn sangat baik. Bravo!

Bagi aku, team produksi patutnya lebih peka dgn fakta² sejarah dalam menghasilkan Mahsuri ini kerana lagenda Mahsuri bukanlah sebuah cerita ringan yg boleh mudah utk diangkat. Rata² masyarakat kita tahu fakta berkaitan dgn Mahsuri dgn agak jelas seperti tempat Mahsuri dihukum bunuh iaitu di Padang Matsirat. Namun sayang kerana ia tak dinyatakan dgn baik.

Masalah teknikal seperti perubahan set pada setiap babak juga amat kelihatan dan perubahan ini tampak tidak kemas. Muzik yg digunakan sbg latar juga tidak kelihatan harmoni seiring dgn pengucapan dialog semasa ia diucapkan dipentas juga seakan menganggu kosentrasi penonton. Itu yg aku rasakan. Namun ada juga babak serta lagu yg patut dipuji kerana mencerminkan budaya masyarakat melayu kita serta bait² lirik yg indah utk menggambarkan suasana pada babak yg cuba dipentaskan.

Namun begitu, aku hormati dan kagumi dgn usaha ibu Fauziah dalam pada cuba utk merialisasikan kehidupan Mahsuri ini. Aku sedar ia bukan sesuatu yg mudah kerana lagenda Mahsuri sgt besar kesan pada masyarakat kita kini, terutama penduduk di Pulau Langkawi sendiri. Jesteru, aku berharap... sekiranya mungkin terlintas utk memapar Mahsuri utk kali kedua, biarlah elemen² harus serta fakta² tepat lebih ditonjolkan.. kerana penonton lebih mahu mengenali siapa itu Mahsuri.

Buat anda, teater Mahsuri ini secara rasminya akan dipentaskan pada 24 hingga 30 haribulan di panggung Istana Budaya pada April 2009 ini. Harga tiket juga sangat berpatutan kerana anda boleh mendapatkannya pada harga serendah RM30, RM50, RM70 & RM100.

Selamat Menonton!


Wednesday, April 22, 2009

I'm Back!

Yezza!! I AM BACK!!

Definitely entry ni bukan la sebuah review atau ulasan filem yerr.. Tgk je poster tu dah mcm poster filem plak..ahaks!!

Setelah tiga pat ari aku bergelumang dgn bencana, meredah badai, memerah otak dan mencari idea.. akhirnya... selamat jugak blog aku ni dari terus ditutup. Haha.. Hampir² dah aku nak shut down blog ni gara² virus yg melanda kat templates blog aku ni.

Godek punya godek.. try punya try.. so ni je la template terbaru yg termampu aku carik. Tak de la lawa sgt (masih mengenangkan template lama ku itu..), tp sekurang-kurang ada la kan dari tak der.. huhu..

So, lepas ni bley la aku kembali membloggingkan diri.. Stay tune!!

P/S: Sudi apalah kiranya kalu korang drop kat shoutbox or ruangan komen aku utk aku men'copy-paste' balik url² blog korang sumer yer... Arigato Gozaimasu! :)

Monday, April 20, 2009

Just For Laughs

Entry aku kali ni berbeza skit. Kalau selalu aku create posting yg more to pemikiran, lifestyle, cara hidup kita seharian yg jarang kita kaji and amik tau serta citer² hidup aku yg tak berapa best tu.. tp kali ni aku mau stori-mori pulak pasal citer² lawak a.k.a kelakar tahap cipan ngan korang. Saja nak buatkan hari² korang lebih happy dan gumbira yg mungkin td korang muram sbb gado² ngan boifren or girlfren ke, kena sound ngan driver bas ker, terkena panggilan hangitt ke, kena makin hamun ngan boss ke atau yg sewaktu dgn nyer tu.

So, kat bawah ni ada beberapa koleksi citer² kelakar (kelakar ker..? entah!) utk tatapan korang sumer eyh, especially to all my dearest blog readers. Eceh! :P Enjoy reading k.

KISAH SERAM DI KLCC


Kisah benar ini berlaku di Menara KLCC yg menjadi kemegahan kini. Pernahterjadi pada suatu hari, waktu tu KLCC baru saja dibuka utk kegunaan ramai. Seorang pegawai yg bertugas lebih masa terpaksa tinggal di pejabat keseorangan. Toleh kanan, toleh kiri tak ada orang di sana sini. Tengok jam di tangan dah pukul 3 lebih. Maka lelaki ni pon bergegas la utk turun ke bawah. Kebetulan pulak pejabatnya di tingkat 40. Tinggi tu bai.. Kalau nak diikutkan, time ni dah patut tak ada org lg dah. Lelaki ni pon melangkah masuk ke lif. Tekan butang G, tetiba je lif bergerak laju naik ke atas. Lelaki ni dah mula tak sedap hati. Sampai ke tingkat 56, lif tetiba berheti.


Berdegup kencnag jantung lelaki ini. Masuk seorang perempuan cantik yg mmg tak pernah langsung dilihatnya sblm ni. Melangkah masuk sahaja diiringin pulak dgn bau harum semerbak. Dalam hati lelaki ini dah mmg tak tenteram. Bau wangi ni pon dah buat dia berfikir panjang. Lif turun semula menunju ke tingkat bawah. Sampai je di tingkat 18, tetiba lif berhenti sekali lg, tapi kali ni dalam keadaan mengejut. Lampu lif pon turut terpadam. Lelaki ni mula panik. Seretak itu juga ada bau yang amat meloyakan tekak menusuk hidungnya. Tentu dapat dibaca apa yg terlintas di fikirannya. Beberapa saat kemudian lampu lif bernyala semula. Dalam ketakutan, lelaki ini memberanikan diri menoleh ke belakang..


Dengan muka kemerahan, perempuan itu pon berkata : "he..he..he.. maafkan saya. Tadi saya terkentut!!"


PARTI

Hamid baru mendapat tahu dia akan ditukarkan ke Pulau Pinang kerana dinaikkan pangkat.

"Semua kawan saya akan mengadakan parti secara besar-besaran dan telah menempah supaya diadakan pertunjukan bunga api bagi meraikan pemergian saya." kata Sonto kepada Supir.
"Bagus la tu, Habis kenapa pulak kau bersedih ni?" tanya Supir kembali..
"Sebab saya tak dijemput..huaarghhh.." jawab Sonto.


TEMUDUGA WARDEN

Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.

Pegawai : Awak ada pengalaman ke?

Pemuda : Tak ada.
Pegawai : Awak mesti dasyat kalau dapat kerja kat sini.
Pemuda : Kenapa tuan?
Pegawai : Banduan di sini ganas² semuanya. Boleh ke awak kawal?
Pemuda : Oowwhh..!! Tak ada masalah! Kalau diorg menyusahkan saya, saya keluarkan ajer..!



Huhu.. ada rasa² mcm terhibur tak? Kalu tak, buat² la terhibur yer.. ketawa guling-guling atas carpet pon dah buat saya cukup menghargai usaha anda semua tu.. Ahask! Banyak lagi koleksi² citer kelakar nak mampos kononnya ni akan dipublishkan pada masa² akan datang. Sehingga itu.. Teruskan membaca @geNdaiNsPiRaSi kerana di sinilah gerbang maklumat untuk anda. Wah!! Katanya.. (cam tagline berita perdana lak kan.. :P)

Friday, April 17, 2009

Ketua dan Tuan.. Apa Bezanya?

Dalam pada kita ni asik 'beroganisasi' je kan, membentuk komiti bg menjalankan tugas, bertindak sebagai superior di kalangan yg lain, mesti tanpa sedar kita diletakkan kepercayaan sbg ketua utk mengendalikan mereka yg lain. Dengan bahasa mudahnya, orang yg bertanggungjawab dlm menentukan sesebuah organisasi tu berjalan dgn baik.

Orang kata, baik buruk dan kejayaan sesebuah acara atau kumpulan tu terletak pada ketuanya.. betul ke? Ketua atau Tuan? Nampak sama kan.. namun penilaianya sangat lah berbeza.

Jadilah seorang KETUA , bukannya TUAN


Ketua memberi inspirasi kepada mereka
Tuan mengerah orang bawahannya

Ketua
bergantung kepada semangat muhibah
Tuan bergantung kepada kuasa

Ketua
mencerna kemesraan
Tuan membangkit ketakutakan

Ketua
sentiasa berkata kita
Tuan sentiasa berkata saya

Ketua
menunjuk apa yang salah
Tuan menunjuk siapa bersalah

Ketua
memberitahu cara sesuatu kerja berjalan
Tuan tahu sesuatu kerja berjalan

Ketua
diberi penghormatan
Tuan menuntut penghormatan

Renung-renungkan lah yer pada sesaper yg terlibat seperti keadaan di atas nun. Ketua, tuan, boss, pengarah program, presiden, pemangku, perdana menteri, chairman/woman, or sesapa jugak yg berada pada position yg cenggitu sumernya sama jer.. tetap seorang leader. Jadi, sebagai leader.. pepandai la jaga position tu supaya 'orang lain' tak menyampah dan meluat dgn anda. Jangan jd seorang yg pandai mengarah, tapi tak pandai merencanakan misi atau peranan yg diberi. Don't just speak and do things for your own sake! We're in one community, so we should act like one. Kan??

Enjoy the rest of the pictures!




P/S: I had few experienced with a very bad-attitude-bosses during my previous² working place.

Tun Mahathir - is #1!

Thursday, April 16, 2009

Lelaki 'vs' Pink

[Satu lagi entry yg pernah aku publish kat blog friendster aku waktu dulu kala.] LELAKI 'vs' PINK.


Ni antara topik yg sering menjadi perbualan aku ngn rerakan masa zaman study dulu even sampai sekarang pon. Actually, banyak benda yg selalunya kitorg ni debate kan bila dah duduk berkumpul menyembang. Dari isu politik, ekonomi, hiburan, sukan, lelaki, perempuan dan macam² lagi. Macam² pendapat dan pandangan kita bley dgr bila kita create topik utk menyembang, tak der la asik bual kosong.. berangan sampai ke angkasa dan perasan diri bagus je kan..

Okey lah! Mari kita baca blog. Pada yg letih wat keje, stress ngan bos korang yg asik memerintah je tu, apa kata rilex² kan diri ngan membaca topik aku kali ni yerk. LELAKI vs PINK (pink the color tau..not pink the penyanyi one.)


Nowadays.. kalau kita semua perasan, ramai lelaki yg dah mula amik berat tentang keterampilan diri mereka...mungkin sebab ujudnya term² seperti Metroseksual, Urbanseksual & sbgainya... tak kiralah mereka ni seorang yg tergolong dari dolongan heteroseksual (straight) ke, homoseksual (gay) ke, or even biseksual (dedua pon layan!) pon, keterampilan diri macam menjadi satu yg penting pada mereka (termasuk aku!). Betul tak? Siapa yg tak nak diri sentiasa dipandang segak di mata org lain kan, especially pd pandangan tajam si wanita. Namun apa jua cara keterampilan makhluk Allah swt yg bernama lelaki ni, kebanyakkan mereka still ada perasaan takut terhadap warna baju atau seluar yg ingin di pakai...terutama sekali warna PINK !! ..what with the color anyway...???



Cuba kita cari berapa ramai lelaki yg sanggup pakai baju kaler PINK ni, sure susahnye nak jumpa! Bagi aku lak.. aku positif terhadap warna ni. Buat apa nak takut dgn warna right? for me, PINK is just PINK. It's only a color.. sama mcm hitam, merah, biru, putih dan lelain, Tapi, brapa ramai lelaki yg sanggup keluar rumah, going out to have the leisure moments, hang out every where, here and there with their PINK shirt? I like to say NONE! May be got small sum of them really brave to wear it, but the most rather not to wear it. Bagi diri seorang lelaki, PINK usually visualized the symbol of feminime, cute, girlish dan yg sewaktu dgnnya. GUYs who's wearing their PINKY shirt always been talking by everybody as 'tak macho', 'cam pompuan je baju', 'auww', 'jambu', 'tak cool', lembut dan macam² perceptions lagi. Persoalannya, Kenapa?

But anyhow, lambang kelakian atau kemachoan seseorg lelaki bukan terletak pada warna baju yg dipakainya, juga bukan pada sasa atau tough nyer badan seseorang lelaki atau juga sekuat mana dia menghabiskan batang² rokok, tapi ia dilihat melalui jatidiri dan sejauh mana pembawakan dirinya dlm sesebuah komuniti masyarakat itu sendiri dalam menjadikan dia seorang yg macho dan mampu mempamerkan semangat kelakian yang ada pada dirinya. Tak semestinya dgn hanya memakai baju kaler PINK dia tu tak macho dan kadang-kala dilabelkan pula sbg GAY hanya kerana warna baju yg dipakainya. It just people perceptions! We cannot judge people people by the way they look! That's the fact that we should realize.







Sekuat atau segagah mana pon seseorg lelaki tetapi jika dia takut utk memakai baju berwarna PINK, apakah maksudnya pulak kan.. Try to think how brave he is anyway..!!









Haiyaaa!! Why..why...why.. this kinda of things happened..!! Only YOU have the anwser... but for those who is ever known as LELAKI or GUYS, kalau pon terlalu berani nak pakai kaler PINK ni, tgk² la sama keadaan, jgn la sampai teh whole set of ur clothes tu warna PINK... seluar PINK..baju pon PINK...underwear pon nak PINK gak! Heheh..tu dah lain macam ajer.. What ever it is, just be urself. Dont afraid of what people will say. People just only can say without doing anything, they can predict but they cannot even know who u are until u tell them who u really are.


Hurm, rasanya tu je la kot. Just nak bitau yg PINK is just a color...a very true color. Warna yg tak bersalah pon pada sesiapa. Anybody can always use the color without any permission from anybody. So, kenapa lelaki nak perlu takut untuk memakai baju berwarna PINK kan? Think about it guys..


P/S: Teringat plak kat t-shirt pink aku kena curik waktu kat kolej dulu...haram nyer mangkuk yg kebas t-shirt aku tuh..!! Dah la lama aku reserved kat kedai tu sblm aku beli, dah beli kena curik lak.. siott..!

Kadang aku perasan lak yg semakin ramai mat² skooter ni suka cat motor diorg kaler PINK.. cute giler...moto tu yerrrr..


Tuesday, April 14, 2009

Queens of Langkasuka

Kali terakhir aku menonton filem Thailand di pawagam rasanya tahun lepas, melalui cerita Long Khong 2. Seorang diri je waktu tu sbb aku tau tak ramai member aku gemar nak follow citer² mcm ni. Dan sehingga kini, antara filem² negara jiran ni yg menjadi kegemaran aku ialah 303: Fear Faith Revenge (my favourite so far), Nang Nak, Nang Nak 2, Nek Nak (oooppss!! ni tak termasuk! silap!!), Long Khong, Long Khong 2 dan yang terbaru Queens of Langkasuka.

Tertarik nak menonton citer ni semasa aku tertengok trailer movie ni diputarkan di dalam panggung minggu lepas. Nampak menarik.. tap entah la kan.. Semalam, abis je keja, planning ngan member umah aku gi tonton movie ni. Bagi aku, 3 bintang utk Queens of Langkasuka ni!
Sebelum aku ulas pandangan aku pasal citer ni, aku nak tanya saper tau sejarah Langkasuka? Masa belajar subjek sejarah kat sekolah dulu, ada la dgr gak kan pasal Langkasuka ni.

Sebuah kerajaan terletak di kawasan yang dikenali sebagai Patani (Kedah). Langkasuka juga merupakan sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. . Ada sorg reseacher tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Konon, menurut buku Negarakertagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka. Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropolog berasal dari suku Jawa-Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.

Alamak!! Terlebih sudah! But, tu la serba sedikit info pasal Langkasuka. Tapi, movie ni tak der kaitan dgn sejarah tertubuhnya kerajaan ni. Filem ni mengisahkan tentang kerajaan Langkasuka yg diperintah oleh tiga orang puteri bernama Hijau (permaisuri), Biru dan Ungu. Dalam usaha menjaga dan mempertahankan kerajaannya, Langkasuka diancam oleh kekacaun dan kekejaman Prince Rawai dan lanun laut bernama Black Raven. Mereka juga cuba utk menjejaki kembali sebiji meriam terhebat yg pernah dihasilkan oleh seorang pembuat senjata berbangsa asing yg ingin dihadiahkan kepada Langkasuka. Namun meriam tersebut hilang di dasar laut akibat pergelutan kekacauan yg dilakukan oleh Black Raven. Dalam masa yg sama, seorang pemuda gipsi bernama Pari yg pernah dijumpai dilaut pada waktu kecilnya cuba mempertahankan kampungnya setelah seluruh ahli keluarga, teman, isteri serta penduduk² yg lain dibunuh oleh Black Raven. Pari yg ingin membalas dendam atas kematian mereka semua cuba utk mendalami ilmu sihir Du Lum dgn seorng yg dikenali sbg White Ray. Namun keadaan menjadi agak sukar kerana utk mempelajari Du Lum, Pari harus membuang sikap dendam dan marahnya kerana jika tidak, dia akan menjadi seorang yg ganas dan kejam seperti mana White Ray memisahkan dirinya dari sisi gelap dirinya yg dikenali sbg Black Ray. Pelbagai kejadian dan kekejaman berlaku hingga menyebabkan Pari turut terlibat dalam mempertahankan Langkasuka dan dalam usaha mencipta sebuah meriam lain yg lebih hebat utk menentang Prince Rawai, Black Raven serta pengikut²nya.

Sejujurnya, boleh dikatakan aku agak menggemari cerita ini. Bukan kerana sbb filem ini menjadi review pada Cannes Film Festival 2008, tapi kerana ia memberi kepuasan menonton kepada aku. Dengan durasi lebih kurang 2 jam tayangan, ternyata Queens of Langkasuka berjaya membawa perubahan baru kepada dunia perfileman Thailand yg dulunya lebih diterima dgn filem² bergenre seram. Namun begitu, pada sesetengah penonton, mungkin akan berasa bosan menantikan cerita ini hingga ke penghujungnya kerana harus terlebih dahulu meneliti jalan cerita yang panjang dek kerana setiap babak dirungkaikan satu persatu. Queens of Langkasuka juga menggabungkan pelbagai watak seperti Puteri Hijau, Biru dan Ungu, Pari, White Ray, Black Ray, Lord Jarang, Prince Pahung, dan ramai lagi di mana setiap watak mempunyai peranan yg besar dalam menghidupkan jalan cerita Langkasuka.

Kredit juga diberikan kepada tenaga produksi kerana filem ini memaparkan sinematografi yg cantik dan indah kepada mata penonton. Selain itu, teknik kesan khas serta CGI yg digunakan juga boleh dikatakan baik bagi sebuah filem epik yg baru cuba utk memasuki dunia perfileman kreatif sebegini. Melihatkan kepada filem yg menelan belanja sebanyak 140 juta bath ini seakan memberikan kita pandangan bahawa ini adalah filem kita..filem tempatan. Dari segi costume, reka bentuk budaya, tatasusila, riak wajah, nama watak serta pakaian yg dipakai di sepanjang filem ini dilayarkan menampakkan Queens of Langkasuka lebih menjurus kepada masyarakat di tanah melayu pada waktu dulunya. Kalau tak percaya, cuba korang sendiri saksikan..

Jadi, jika tiada pilihan lain, apa korang luangkan masa menonton filem epik Queens of Langkasuka ni kerana hanya anda sendiri mampu menilai sejauh mana filem ini mampu pergi. Mungkin ia bukanlah sebuah filem hebat yg bisa menandingin kehebatan filem epik kita seperti Puteri Gunung Ledang atau pon filem antarabangsa seperti Elizabeth, namun Queens of Langkasuka masih boleh dibanggakan melalui teknik suntingan serta animasi yg agak baik. Selamat menonton :)

Monday, April 13, 2009

Yang Pertama

Apa kaitan 'yang pertama' dalam idup kita seharian?



Pandangan aku mudah je. Kebanyakkan kita sumer mahukan yg pertama iye dak?

Masa sekolah dulu², kalu boleh nak jd no. 1 dalam kelas. Dalam ujian atau peperiksaan, mesti nak jadi yg pertama. Kalau boleh tak nak ada orang lebih dari kita.

Bila time sukan, kita sering nak jd yg pertama memenangi setiap acara yg kita masuk. Olahraga ke, lompat kijang ke, rejam lembing ke, dan segala-galanya la..nak jadi yg pertama supaya boleh dpt pingat emas kan.

Dalam adik beradik, anak pertama mempunyai tanggungjawab besar pd adik-adiknya yg len. Luckily aku anak ke-4. Tapi tak bermaksud aku pon lepas tangan sumer perkara. Cuma anak pertama atau lebih glemer digelar anak sulung ni mmg seorang yg diharapkan la. Diharapkan dari segi apa? Untuk memberi contoh dan teladan yg baik supaya jadik ikutan adik beradiknya yg len..tu kata org² tua la.

Cinta pertama adalah sesuatu yg akan tetap segar dalam hati sanubari setiap kita. Betul kan? Mana boleh lupa aapa yg pernah pertama kali kita rasa bila bercinta kan. Even cinta tu dah 10 tahun berlalu pon, tapi mesti tetap akan dikenang sbb yg pertama tu la permulaan utk yg kedua, ketiga, atau keempat jika ada.

Siti Nurhaliza selalu sebut.."Pertama sekali Siti ingin mengucapkan..." bila setiap kali dia menang awards. Tu yg aku perasan. Kadang ada gak dialog lain yg dia ucapkan. Namun reason nya utk menyatakan apa yg sepatutnya di dulukan..


Apa lagi significant yang pertama pernah berlaku dalam hidup kita? Banyak sgt kan..

Hari ni..

13 April 2009..

Hari pertama aku memulakan kerjaya di tempat yg baru.

Walaupon bukan tempat pertama aku berkhidmat, tapi di hari yg pertama ni la aku nak kena sediakan diri aku dgn segala hal yg mungkin impact nya nnt negatif atau positif kan. Kata org, First impression tu penting! Aku percaya tu! Tapi orang jugak cakap, don't judge a book by its cover.. tu jugak aku percaya! Yang pasti, hari pertama di sini buat aku rasa selasa walaupon agak blurr dgn apa yg patut aku buat. :P


**Peace No War!

P/S: Masih igt lagi pertama kali beli kereta yg sampai skang ni aku pakai, pertama kali pakai henset, pertama kali jejakkan kaki kat 'U', pertama kali luahkan perasaan kat si dia.. huaaarrghhh..tak mo igt!!! :P


Saturday, April 11, 2009

Jangan Tegur


Aku kembali dgn ulasan filem pulak kali ni. Last movie yg aku tonton di pawagam adalah filem kreatif 'Talentime' almost dua minggu yg lepas. Skop aku kali ni pulak kepada sebuah filem baru keluaran Metrowealth Movie Production berjudul 'Jangan Tegur'. Berapa bintang bagi aku utk filem ni? aku hanya mampu kasi 3 bintang je! Kenapa yerk?

Bila menonton sesebuah filem, bagi kita bukan hanya perlu menonton cerita yg dilayarkan tu dgn sepasang mata ni sahaja, tapi juga perlu juga mendengar apa yg di sekeliling dan merasai apa yg cuba dipaparkan utk mencari sendiri tahap kepuasan menonton kita. Itu yg aku cuba buat setiap kali menonton filem atau drama, bukan hanya sekadar focus pada satu segmentation saja.. kita perlu lebih dari itu sebenarnya.

Jalinan antara jalan cerita, watak dan penghayatan, karektor, pengucapan dialog, plot yg dilakukan, emosi, naratif filem serta mesej yg ingin disampaikan adalah apa yg cuba aku perhatikan di dalam sesebuah filem yg ingin ditonton. Itu bagi aku!

Jangan Tegur, sebuah lagi filem seram yg disebut bakal menggamatkan suasana di panggung semasa anda menonton. Tertarik dgn salah satu statement (kalau tak salah la..) yg dibuat oleh produsernya iaitu David Teo, "Jangan Tegur adalah 10 kali lebih seram dari filem successnya terdahulu seperti Jangan Pandang Belakang dan Congkak". Adakah kepastian beliau tepat utk menggambarkan apa yg terdapat di dalam Jangan Tegur adalah lebih baik dari filem yg sebelumnya? Bagi aku, tidak kepada 100%. Mungkin 40% saja tepat.

Filem yg mengisahkan tentang dua cerita berbeza pada mulanya namun mempunyai satu kaitan yg sama di sebalik kisah seorang gadis bernama Natasha dan Baizura. Natasha, seorang gadis yg sudah berkahwin mengalami koma akibat terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya namun pulih secara tiba-tiba. Manakala Baizura, seorang gadis kampung yg berhijrah ke bandar telah pulang semula ke kampung halamannya setelah menerima berita tentang kematian neneknya yg tersayang. Akan tetapi, kepulangannya itu merubah keadaan dirinya hingga dia hilang tanpa dapat dikesan.

Sejujurnya, Pierre Andre yg juga merupakan pengarah kepada filem ini mempunyai konsep cerita yg baik utk dilayarkan, namun sayang kerana pengarahannya utk Jangan Tegur seakan tidak kemas sehingga menampakkan beberapa kelemahan yg ada pada filem ini. Susunan karektor dan kaitan antara watak digabungkan dgn kurang baik especially tolenransi antara watak Natasha dan Baizura. Antara persoalan yg mungkin bermain di minda anda ketika menonton, kenapa hanya Natasha sahaja yg boleh melihat bayang² ghaib setelah pulih dari koma dan kenapa Baizura memilih Natasha untuk membongkar misteri kehilangan dirinya tidak dinyatakan dgn jelas. Adakah kerana kelibatnya yg mengundang Natasha terlibat dalam kemalangan menjadikan Natasha orang yg dipilih oleh Baizura? Apa kaitan Baizura dan Natasha dalam filem ini?

Plot dan kesinambungan cerita serta beberapa babak yg dilayarkan juga agak kurang diberi perhatian sehingga ada babak kelihatan seakan-akan seperti tergantung di tengah². Logik serta boleh diterima akal mungkin diperlukan oleh penonton semasa menonton genre filem sebegini. Especially yg melibatkan soal adat dan budaya masyarakat melayu. Ada ke kalau orang yg telah meninggal dibiarkan mayatnya seorang diri tanpa dijaga sebelum dikebumikan, dan tuan rumah pulak boleh masuk tidur..? Selain itu, kehadiran pelakon² tambahan juga seakan tidak memberikan apa² kesan kepada keseluruhan perjalanan cerita di dalam filem ini.


Pengucapan dialog dan skrip juga bagi aku mengundang kepada filem utk dikritik. Lemah dan agak kaku. Yes!! Itu yg aku perasaan semasa menonton. Pierre yg boleh dilabelkan sbg pelakon yg baik gagal menaikkan mood utk filem ini. Termasuk juga Julia Ziegler yg membawakan watak sbg Natasha ini seperti tiada daya. 'Sayang.. sayang.. sayang.. please.. please.. please..' itu mungkin yg anda akan dengar sepanjang menonton filem ni. Rata² penonton juga agak rimas dgn keadaan ini dari apa yg aku lihat dan dengar. Namun pujian jugak kepada Julia kerana lakonannya lebih dan semakin baik dari filem Kayangan yg dilakokannya sebelum ini terutama pada babak Natasha dirasuk. Tidak dilupakan juga kredit kepada Nadia Mustafa dan Ellie Suryati yg membawa watak dgn sangat berkesan dan antara punca filem ini hidup dalam mata penonton.

Selain itu, aku juga menggemari teknik serta kesan khas yang terdapat pada filem ini especially perubahan make up serta efek pada wajah Nadia Mustafa serta Julia Ziegler semasa mereka melakonkan babak rasuk. Bagi aku, ia satu kelainan di dalam filem² seram sebelum ini yang lebih memfokuskan kepada imej² hantu. Tahniah produksi! Filem ini juga berjaya membuatkan penonton berdebar-debar dengan setiap babak² gelap, suspen dan cemas melalui sistem bunyi dan audio surrounding yg digunakan.

Namun bagi aku, Jangan Tegur bukanlah sesuatu yg merugikan utk ditonton. Meskipun terdapat beberapa elemen dan kelemahan yg boleh kita rungkaikan, tapi ia tetap boleh menjadi sebuah filem yang menghiburkan untuk seisi keluarga.

Bagi yg belum atau sudah berhasrat utk menonton filem seram terbaru keluaran tempatan ini, apa kata luangkan masa utk menilai sendiri filem ini kerana pendapat and mungkin berbeza dgn apa yg dah aku nyatakan di sini. Selamat Menonton. :)

P/S: Aku masih lagi kecewa dgn sikap penonton kita bila menonton filem di panggung! Masih kurang sensitif dan peka dgn keadaan sekeliling. Kalau rasa nak buat bising, sembang, borak, gelak tak tentu hala.. baik beli je DVD pirate tu kalau dah tak mampu sangat, then layan la kat umah! Senang tak kasi nyusahkan hidup orang lain. Sembang la suka hati korang yerr.. Please!

Friday, April 10, 2009

Au Revoir


Macam² cara orang nak ucapkan kata 'Selamat Tinggal' iye dak..? Tak kira diri tu melayu ke, cina ke, india or even omputih sekali pon word paling senang nak sebut maksud kata perpisahan ni ialah dgn 'Good Bye' instead of nak gunakan our own mother tounge kan..

Bila say 'Good Bye', automatically kita nye tindakan refleks mesti akan melambai tangan.. kenapa eyh? (Ni pon aku cam baru terfikir..) Cuba la angkat kaki ke... buat peace ke.. angkat ketiak ke...?? tak pulak nak cuba try test kan.. Ada sesaper tak yg tau fakta saintifik kenapa bila cakap 'Good Bye' kita mesti akan melambai tangan dgn jari jemari yg meliuk lentok tu..?

Kalau orang melayu dgn 'Selamat Tinggal' nya.. orang putih la lebih mudah dgn 'Good bye'.. mcm mana lak ngan bangsa² lain..?

Meh sini aku listkan antara bahasa² yg femes utk ucapkan kata yg bermaksud perpisahan ni..


Arabic - 'Salam'
French - 'Au Revoir (aw reh-VWAH) -- fevret aku!
Indonesia - 'Sampai Jumpa'
Mandarin - 'Zai Jian'
Hindi - 'Alvida'
Jepun -'Sayonara'
Tamil - 'Vidaiperukiren'
Latin - 'Vale' (utk sorg je..), 'Valete' (utk lebih dari sorg lak..)
Spanish - 'Hasta La Vista' (dialog femes citer Terminator)
Korea - 'Anyeonghi Gasyeo'
Filipin - 'Paalam'
Itali - 'Buona Sera'

Tu la antara bahasa yg agak femes utk ucapkan 'selamat tinggal' ni. Even 1000 bahasa pon yg kita ucapkan, maksunyer TETAP SAMA kan..?

  • Ada orang suka bagi sms jer..
  • Ada orang sertakan jugak dgn greeting card..
  • Dan ada orang pulak suka kasi skali dgn hadiah dan cenderahati sbg kenang-kenangan.. (yg ni aku paling suka la..:P )
  • Ada pulak yg suka buat blog dan nyatakan sumer kat dlm tu.. -- macam aku buat ni la!

Hari ni hari terakhir aku kerja kat company ni. Taylor's University College. Dan hari ni genap 2 tahun 10 hari aku kat sini. Lama tu! Atleast paling lama la dari company² yg aku pernah aku kerja sebelum ni... heeehee.. Alhamdulillah..rezeki anak² katanya. Selagi ada rezeki, selagi ada peluang utk majukan diri why not mencuba kan.. huhu

Next station, Maritime Institute of Malaysia. A new hope! That's for sure. To my dearest ex-colleagues, THANK for everything buddy. Habis laa, dah tak der meeting meja bulat la pas ni.. sedey :( , gosip² pon dah kurang la nampaknya kan.. hehe.. Wishing y'all all the best... always . Daaa...

P/S : Harap² aku terus kekal kat company baru ni ngan lebih lama la.. Sekurang-kurangnya smpai share saham tu masuk kat tangan aku laks.. ahaha.. berangan sudah!! Korang selalu tak tukar kerja..??

Wednesday, April 08, 2009

Tentang Blogger Awards

UPDATE : YOYOOH.COM BLOGGER AWARDS 2009


Well, kat sini aku nak update skit pasal Anugerah Blogger Awards 2009 anjuran portal belia YoyoOh.com ni. Rasa-rasanya sumer readers dah tau kot pasal kewujudan portal dan penganjuran blogger awards ni kan? Kalau pada yg belum maklum tu..just click SINI utk maklumat lanjut ok..

Hai la Adam Arjuna.. Orang buat blog, ko pon nak buat blog...
Orang menulis, ko pon nak menulis.. sumer nya nak mengikut orang.. :P

Anyway, sempena penganjuran blogger awards 2009, blog aku secara tak sengaja nyer pon dah 'ter'turut serta sebagai calon akhir anugerah ni. Wah..!! Ala² anugerah bintang popular pulak kan? ekekeke..

Dari lebih kurang 100 blog yg dicalonkan, then di saring lak menjadi 45 melalui teknik voting dari sumer pengujung² portal YoyoOh utk disenaraikan melalui 9 kategori akhir yg dah dijalankan oleh moderator portal ni. Huh..!! Struggle beb...

Okey la.. Senarai kategori pon dah kuar. Pada yg pernah vote blog ni, [ @geNda iNsPiRaSi ] sehingga tersenarai pulak ke kategori akhir, aku nak ucapkan terima kasih la bebanyak. Buat blog ni bukan utk raih perhatian, tapi utk kongsi apa kita sumer boleh kongsikan..tul tak..?

Below are the nominees for Yoyooh.Com Blogger Awards 2009 :

1. BLOG DIARI WANITA TERBAIK

2. BLOG DIARI LELAKI TERBAIK

3. BLOG INFORMASI / EDUTORIAL TERBAIK

4. BLOG LIFESTYLE LELAKI TERBAIK

http://adamarjuna.blogspot.com
http://bukuria-malaysia.com/
http://blog.mohdimran.com/
http://freakyfrid.blogspot.com/
http://viedash.blogspot.com/
http://harizshazalli.blogspot.com/

5. BLOG LIFESTYLE WANITA TERBAIK

http://celikhuruf.blogspot.com/
http://bukuria-malaysia.com/
http://blog.mohdimran.com/
http://freakyfrid.blogspot.com/
http://redfapet.blog.co.uk/
http://farridhusin.tumblr.com/

6. BLOG PENULISAN KREATIF

http://ajamihashim.blogspot.com/
http://qaisyjaslenda.blogspot.com/
http://afiqsays.blogspot.com/
http://freakyfrid.blogspot.com/
http://redfapet.blog.co.uk/
http://cartoonrama.blogspot.com/

7. BLOG ULASAN FILEM TERBAIK

http://amyikram.blogspot.com/
http://bukuria-malaysia.com/
http://blog.mohdimran.com/
http://tontonfilem.blogspot.com/
http://ajamihashim.blogspot.com/
http://adamarjuna.blogspot.com

8. BLOG LAYOUT PALING KREATIF

http://cartoonrama.blogspot.com/
http://nurulism.com/
http://tothecircus.blogspot.com/
http://saffawati.com/
http://sawanila.com/
http://afiqsays.blogspot.com/

9. BLOG REMAJA TERBAIK (BAWAH 21 TAHUN)

http://deathsex.org/
http://killerguy999.blogspot.com/
http://tirablurb.blogspot.com/
http://sweetmyra89.blogspot.com/
http://saffawati.com/

10. BLOG TERBAIK

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Yup! As you can see, there's nine categories of awards to be won and one will be annouce as Best Blog for YoyoOh.Com Blogger Awards 2009. Blog siapakah itu, hanya ANDA yg menentukan. Keputusan di hujung jari anda. Hahaha.. (ada cam AF tak..? ekeke..)

OoOppPss!!

Cam ne nak undi?

Senang je..

Pada anda di sana yg ingin terlibat untuk mengundi blog pilihan, blog kegemaran dan blog yg korang minati.. haruslah mendaftar terlebih dahulu di portal YoyoOh.Com ni sebab hanya ahli berdaftar je yg layak untuk mengundi di final stage ni.

So.. pada semua calon², gudluck utk korang. Bak kata Vince AF1, "kita semua pemenang, tiada pengalah!" ahahaha..(banyak tgk TV la aku..! :P)

Archive

My Blog List

 

@geNda | iNsPiRaSi | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates